13 August, 2010

40.5% Lagi


Salam dan hai

Juadah berbuka puasa semalam--masak nasi tomato. Lauk, bantai sahaja dengan rendang, dendeng, salad dan acar. Tak tau la betul ke tak kumpulan hidangan nasi tomato ni, tapi bantai sahaja. Asal selera.

Sikit kan saya amik nasi? Kata nak diet nasi ;p Ikut diet 1 sudu makan nasi sahaja.



Ok, cukup hal juadah berbuka semalam.

Kemas kini persiapan majlis: Masih gigih ikat riben.

Kad dah siap: 29%
Kad dah siap tapi belum gamkan riben & bakar hujung riben: 22.5%
Kad reject pasal riben dah gam tapi tak cantik: 8%
Kad belum diletak riben: 40.5%


Kad dalam kotak ni, bahagian D. Asingkan siap-siap

Walau persiapan kad macam siput, tapi syukur juga, sekurangnya sudah makin pantas disiapkan. Tambah-tambah lagi, bila ada 'tangan-tangan halus' yang sudi menolong walau saya segan sangat susahkan orang.

Mekacih Nailah & K.Nadzrah!

Hari ni hari Jumaat. Rehat tengah hari 2 jam. Mungkin lagi banyak boleh disiapkan, InsyaAllah! Hujung minggu, baru boleh gamkan kad-kad tu serentak.



Nota: Masih mencari deko apa yang boleh dibuat dengan kad yang berbaki banyak ni. Barangkali nak dijadikan centerpiece. Sesiapa ada idea lain?




13 Ogos 2010



10 comments:

  1. uishh..ini betul2 diet ni xora! semangat sungguh hehehe


    kad yang lebih tu ok jugak wat centerpiece..tak pun gantung selang seli dengan gambar pre-wedding, letak dekat guestbook table.

    ReplyDelete
  2. sikit nyer makan..!!! siyes..tersangat cikit ok...~gigih betul u... :)

    ReplyDelete
  3. uikss..?? sketnye mkn.. bole thn ke ni xora..?? hehe! xpe.. yg penting mkn kann..?? diet diet jugak.. tp kesihatan kene jaga jugak yer xora.. :)

    gigihnyaa ikat riben kad.. all the best dear! ohh.. saye mahu nak kad kamu.. ;)

    ReplyDelete
  4. suke blog kamu..byk idea fresh yg mls nk google heee

    ReplyDelete
  5. hehe sekeping dua kad maybe boleh diframekan, wat kenangan kad kahwin.. sampai bila2 dikenang =)

    ReplyDelete
  6. hahhaha..nk kawen punye pasal tpakse mkn 1 sudu je erk..ke gambar tu setakat letak kt blog je..padahal 1 sudu tu sebenarnye 1 senduk..(gurau je..)

    pasti kan nama roy ada dlm senarai xora ok..klu x ada aral insyaallah roy dtg k..

    ReplyDelete
  7. omg!! gile sikit nasi u.klau sy xleh le..hehe

    ReplyDelete
  8. Dear all, reply secara pukal ya? terima kasih utk semua idea :) yg sudah bagi hint2 dijemput tu, insyaAllah bila tiba masanya, saya akan keluarkan post untuk minta alamat kawan-kawan semua ya?

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)