Salam dan hai
Saya nak kongsi gambar yang dah lama dalam simpanan saya cuma saya tak tau bila boleh kongsi gambar ni dengan idea yang sepatutnya.
Saya masih cuti sakit ni, tapi post telah saya auto-publised pasal malas nak buka komputer hari-hari *senyum
OK, mungkin idea ni praktikal bagi B2B yang:-
1. Tiada masa menggubah bunga -- ada ke kat dunia ni B2B ada masa nak gubah bunga dengan gembira??
2. Tiada bakat nak gubah bunga
3. Malas nak gubah tapi mahu deko yang cantik
4. Mati idea macam mana nak buat gubahan paling mudah dan cepat
5. Semua sebab di atas
Tanpa gubahan bunga pun, sebenarnya kita masih boleh buat deko yang cantik dengan menggunakan bunga. Dengan usaha yang minimum tapi hasil yang wallla!
Mungkin tidak la semudah amik-campak-letak, tapi sekurangnya, kita masih boleh selitkan idea bunga ni tanpa perlu gubah bagai.
Contoh gambar kat bawah ni , bunga rampai campur dengan bunga melur. Bau semerbak yang mengasyikkan punya! Nak nampak cantik, cuma perlu melabur/ pinjam/ DIY/ guna semula mana-mana bekas yang cantik untuk menaikkan seri. Selonggokkan sahaja, tetap berhasil.
Sumber: Daniel Zain
Kedua-dua gambar kat bawah yang saya dapat daripada Google Images ni, pun amat mudah dan cantik kalau kita buat. Semudah meletakkan bunga mengelilingi dulang sahaja.
Rasanya bunga tu semua terapung atas air yang dah terisi dalam bekas tu.
Pendapat saya, kalau nak naikkan seri, pilih bekas yang cantik macam kat bawah ni. Nampak bergaya!
Ok, sekian idea praktikal yang saya jumpa masa 'berlayar'. Jadi sekarang, boleh la guna bunga untuk deko, walaupun tanpa menggubah! Sudah tiada alasan lagi untuk tidak mendeko majlis korang!
9 Julai 2010
xora..seksa kan rasa bila kena sakit mata ni? huhuhuhu
ReplyDeleteoo pasal gubah bunga ni serahkan kat mak fara yg teror huhuhu
idea yang bernas.. sangat cantik, simple dan menarik la cik xora..
ReplyDeletexora..kalau nak hias rumah [un leh guna idea kat atas nun..mmg cantik la!
ReplyDeletemgkin deco di atas meja makan atau meja kopi ruang tamu atau meja solek kan..
ermm..akan difikirkan ..hasilnye menarik jugakkk...:D
ReplyDeletexora u take cr k!!