23 July, 2010

Mak Lang Paling Baik Kat Dunia


Salam dan hai

Alhamdulillah.

Tambah lagi sorang anak buah!

Abang saya yang kahwin tahun lepas dah selamat dapat anak sulung pertama. Ibu dan baby lelaki dua-dua alhamdulillah sihat. 3 petang semalam selamat dilahirkan dengan berat 3.7 rasanya. Sila percaya, semangat kan baby?!

Semalam petang lepas balik kerja terus ke hospital.

Tengok layanan nurse kat hospital ni, buat saya terfikir kalau ada rezeki, hospital kerajaan pun Ok gak la sekarang. Sangat mengambil berat. Mungkin bilik tidak mewah macam swasta tapi sekurangnya layanan memuaskan dan banyak tunjuk ajar daripada jururawat.

Kalau ada rezeki, insyaAllah.

Jauh lagi!!

TET..

Abang saya, yang baru bergelar ayah ni amat la semangat berceritakan tentang pengalaman dia. Pengalaman dia gaduh dengan guard hospital pasal kereta kena clamp, nak pukul doktor pasal doktor pegang anak dia macam pegang ayam aje, nak gaduh dengan nurse pasal lama sangat tunggu. Abang saya memang panas baran orangnya. haha.

Memang abang saya amat seronok. Tak habis-habis dia bercerita. Antara yang paling saya ingat, dia ada kata
"Aku ni rempit tegar, setakat kutip kaki ke tangan kawan2 yang putus accident, takde hal. Tapi masa kat wad dengan k.Rina, tengok darah kuar macam air, menggelatar lutut aku. Bila tengok k.Rina sabung nyawa nak lahirkan baby, aku rasa mana-mana lelaki la, kalau fikir panjang, takkan ceraikan bini dia. Cukup la sorang. Memang jodoh kat tangan Allah, tapi tengok k.Rina tadi, huiish. Memang patut la isteri mudah masuk syurga "

Tu kata-kata seorang yang baru mendapat gelaran ayah.

Gambar baby mesti la ada, tapi muka dia masih lebam. Baby ni sangat la pendiam. Jarang nangis tapi suka tidur. Dia bangun, nangis kemudian macam malas nak nangis, kemudian tidur balik. Abang saya kata, masa dah lahir, baby boleh bantai tidur, jadi memang tak nangis pun. Tapi lepas letak kat penimbang tu, baru nangis--mungkin sejuk. Kemudian lepas diangkat, dia tidur balik.

Nah, gambar baby. Ibu kata, sebiji macam abang saya masa kecik.



Baby, baby.. Untung tau ada Mak lang macam ni. Mak Lang amat rajin tangkap gambar. Selain itu baby, Mak lang baby pun amat baik tau, siap tolong makan kan makanan hospital ibu baby. Baikkan Mak Lang?? :D





23 Julai 2010


18 comments:

  1. memang baik. ekeke
    cutela baby.. dah ada nama ke?

    ReplyDelete
  2. hahaha comel! mak lang dia tolg makan kan utk k.rina hehe~ =D

    ReplyDelete
  3. comel nye...besh kn dh jd aunty... :)

    ReplyDelete
  4. congratulations to the family :D

    tahniah kpd your brother sebab tak pitam tgk orang beranak, most men rebah on the floor menambahkan kerja medical staff lol

    tp mmg the best reactions of baby punya birth are from fathers ;)

    congrats again!

    ReplyDelete
  5. teruja baca apa yang abang u cakap tu. yes wanita haruslah dihargai terutamanya yang bergelar ibu!

    p/s: nak baby tapi takot la nak beranak!! agagagaga

    ReplyDelete
  6. alahai..comelnya..

    tahniah tau utk xora sekeluarga..

    ReplyDelete
  7. congrate dear dapat anak buah. comelnye, tembam sangat! hermmm..harap zaa pun dapat rezeki tu cepat2...


    eh2, mak lang pulak yang makan nasi orang sakit ye??baik sungguh! ;)

    ReplyDelete
  8. such a adorable baby..send my congratulation to ur brother..ckp kat abg awak..baru dia thu susahnye sorang ibu mlahirkan anak..that's why syurga bawah tapak kaki ibu..

    ReplyDelete
  9. congrats on the new born!!! hehe..dahsatnye abang..sungguh berani angkat tgn or kaki yg putus..huisshhh..hehe..

    ReplyDelete
  10. tahniah, dapat anak saudara dah! hehe..

    ReplyDelete
  11. tahniah!terharunye dgn kata2 abag awak!

    ReplyDelete
  12. darah kuar mcm air?first time dgr..takutlah!!anyway..tahniah dpt anak sedara..

    ReplyDelete
  13. btol tu laling...spital kjaan skrg da cantik...

    mase ayh aku masok baru2 ni (kt spital gomen), kire da byk improve laa..

    tgk gmbr ko mkn dgn gelojoh tu, ahakz...tgk pinggan spital, mmg skrg da upgred kan... bkn tray cam dolu2 yg ala2 skolah ostel tu dah kan...

    p/s: kimslm kt abg n kak rina ko k...

    ReplyDelete
  14. Dear all, terima kasih ye utk semua ucapan tahniah :D nanti kalau dah diberi nama, saya kongsikan disini.

    Reen: apasal ko jelez aku makan? ko hengat ko makan durian kat fesbuk tu syooomel???

    ReplyDelete
  15. mak lang terbaekkk...
    amik berkat baby tu yer :)

    ReplyDelete
  16. ko mak lang yg gilak!!~

    nway gratz krina n am!~ semoga kehadiran aku dimjlis abg ko ritu dpt menyerap aura bunting pelamin.awwww~~~

    ReplyDelete
  17. ish2 maklang ni =p
    sedap tak lauk hospital? ari2 sy dok ujirasa kt tempat keja. huhu..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)