18 July, 2010

3 Bulan, 1 Minggu, 6 Hari

Salam dan hai

Semalam hari Sabtu. Sabtu hari yang padat buat saya dan D! Jadi nak kemas kini pun, secara ringkas sahaja. Cukup untuk kenangan masa hadapan.

1. Bilik pengantin

Ni pemandangan siling bilik saya pada hari khamis. Masa ni kontraktor belum datang.



Hari Jumaat- Mereka dah mula buat kerja.Gelap sangat bilik pasal wayar semua belum disambung.


Hari Sabtu- Mereka sudah siap buat siling baru. Kat tengah tu nak pasang kipas nanti. Tapi buat masa sekarang, kipas tak pasang pasal ada rancangan lain untuk bahagian tengah tu. Tunggu la, insyaAllah kalau menjadi.


Ok, Ibu dah boleh senyum lebar tengok siling dah siap. Haha. Memang penat gila nak kemas. Habis berhabuk satu rumah! Sekarang, tinggal beberapa perkara minor sahaja yang perlu diuruskan lagi.

Saya sakit mata mungkin disebabkan alahan pada renovation ni kot. Mungkin habuk atau siling atau debu.. tapi mata kena jangkitan mengikut kata doktor. Huhu


2. Ukir nama kat cincin
Akhirnya, siap juga ukiran nama pada cincin
lepas menunggu dengan teruja. Saya fikir, pasal sudah alang-alang ukir nama kat cincin nikah, saya minta sekali ukir nama kat cincin risik. Maka, bawah ni la hasilnya pada cincin risik kami, ukir ikut nama panggilan. Kena caj RM45. Cincin risik ni cincin belah rotan, jadi banyak sikit ruang nak menulis. Ukiran lebih jelas, berbanding dengan ukiran kat cincin nikah saya. Cinonet aje kat cincin nikah, tapi takpa. Cukup syarat. *senyum



Sebelum keluar daripada kedai emas tu, D kata "Ok, Jumpa lagi" kat salesperson tu. Saya cepat cuit D, kata "oh ada potensi la kita nak gi beli barang kemas lagi lepas ni?? " D nye response "GULP!"

3. Kasut Nikah
Terima kasih ye B2B semua yang banyak kasi kata-kata semangat mencari kasut nikah saya! Ok alhamdulillah, jumpa juga yang berkenan. Walaupun bukan 100% ikut spesifikasi yang saya nak, tapi tetap ada cantik pada kurangnya. Tak tau berapa banyak kedai saya masuk, sampai la ke kedai yang saya tak pernah dengar namanya pun, jumpa, belek sikit, minta saiz, kemudian bayar.



Saleperson kedai ni best. Pasal dia siap suruh saya berdiri sebelah D, nak tengok ketinggian tumit ni akan merosakkan penampilan kami atau tak, tapi nasib la D memang tinggi, walau kasut setinggi 10cm pun , tetap saya katik kat sebelah dia. Kasut nikah ni, rasanya tingginya dalam 5 cm. Jadi ok aje elok-elok.

Oh ya, saleperson ni orang pertama yang wish kami "Selamat Pengantin Baru"

Reaksi saya --GULP! *Tak tau nak response apa

Berkenaan kasut nikah ni, yang boleh saya kata, spesifikasi kasut ni banyak tak sama macam spesifikasi yang saya berangan nak. Tapi saya sudah malas nak layan sifat cerewet ni.

Sekarang, kasut sudah ada. Cuma keyakinan diri nak pakai sahaja yang perlu dicari! Pasal bukan senang nak yakinkan diri sendiri, yang kita boleh bawa style macam kat bawah ni.
Sumber: Google images

Saya impikan nak pasangkan warna kasut dengan warna bunga tangan, macam gambar kat bawah ni



Sumber: Google images


Kasut boleh dicari, keyakinan diri tiada dijual di kedai ok! Macam mana la boleh terlepas pandang yang ini!


Hari ni hari Ahad. Saya sakit mata semula! Tak tipu.
Mungkin penghapus dosa kecil.




18 Julai 2010

11 comments:

  1. xora,cantikkan kalau pasang plaster siling tu! bilik perantin nmpk lebih kemas n nak decorate apa-apa pun yakin.haha..=)

    ReplyDelete
  2. wah, siling rumah die dah cantek! suke suke.. aww, kasut pon lawa! hot pink ye?! suke!!

    ReplyDelete
  3. xora, kasut tu cantik!! warna n the beads..suka la. ingatlah blk beli kt mana..

    plaster siling tu mmg cantik dan kemas. dah nmpk seri bilik pengantin.

    ReplyDelete
  4. Meey@: haah, nasib saya ikutkan aje permintaan ibu ayah nak pasang plaster siling :P rasanya, nak deko pun, simple sahaja pun dah memadai :)

    Belle: haah terhot pink pulak! mencari yg soft pink, takut tak naik warna. saya pun suke kalau Belle suke!

    SiKecil:ha itu la, tak igt kat mana beli..pasal masa tu sudah tahap putus harapan, tak igt dah kedai mana. tapi kedai biasa2 je, takde orang pun dalam kedai tu kec. kami :p

    ReplyDelete
  5. xora, pegi engrave kat cincin tu kat mane eh? mahal tak dia charge?

    ReplyDelete
  6. SK, saya gi engrave kat kedai emas tu balik. Dia charge RM40, utk total dua cincin engrave. Mahal gak kot bagi saya, pasal cuma 3 abjad aje kan :P , tapi bayar aje la. bukan selalu gatal nak engrave :)

    ReplyDelete
  7. kasut pink itu utk nikah or sanding.. i just bought a pink heels utk nikah..warnanya sama mcm u punya.. but i just bought it from catalog.. senang.. dan yg penting..MURAH!!!

    OOOO I am sooo cheapskate..huhu

    ReplyDelete
  8. waa siling dah cantek =) cincin pun dah siap =) em semua kedai emas memg ada buat engrave ke biasanya? =)

    ReplyDelete
  9. xora..wah..finally dah beli sepatunya..hehe..cantek lah xora!! tu lah kan, dah dapat kasut cantek, keyakinan utk pakai pula harus dicari..huhu..hana pun tak confident sgt nak pakai heels tggi2 ni..takut terpelecok aje..=p

    ReplyDelete
  10. yey, dh siap siling nye~ hehe. bilik pengantin i aritu pon just deco menggunakan plaster siling and lampu die je.. xde pon nak letak bunga ke ape..mls~ hehe

    cntik kasut tue! hot fuchsia ek? glitter dengan accessories lagi, mmg cantik!

    hehe, sy juga mengalami mende yg sm.. bukan main lagi nak spesifikasi kasut mcm ni, mcm ni, last2 redha je ape yg ade..

    ReplyDelete
  11. Zaila: utk nikah. yg sanding, vendor sanding uruskan. wah, sama ye warna kasut kita :) hari kahwin pun sama! apa lagi yg sama nnt erk?

    Nora: saya kurang pasti semua kedai ada atau tak. tapi ada certain yg ada, diorang pakai pertukangan tangan nk ukir nama tu. ada yang pakai mesin. yg pakai mesin, tulisan lagi cantik la, esp. kalau yg tulis nama panjang2

    Hana: igt nak practice dulu kan? takut tak biasa. tapi kasut nikah ni hanya utk pakai bergambar lepas nikah aje kot.

    Aifa: itu la, sudah malas nak layan kerenah diri sendiri kan?

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)