11 June, 2010

Lalingku, Kini Lalingmu - Episod 1


Salam dan hai

* Ni post automatik*

Malam sebelum bertolak ke Sungai Petani untuk majlis pernikahan Laling.. Dijangka selepas solat Asar.

Siapkan apa-apa yang perlu, seperti.

Bekalan makanan! Yang roti dan segala yang sihat, ayah saya yang beli. Coklat dan segala makanan ringan, saya yang beli.


Coklat kegemaranku! Dulu suka Cadburry Dairy Milk tak pun, Black Forest, tapi sekarang sudah suka yang ini pula.


Tart nenas khas daripada
Reen. Kalau ada B2B yang nak order kuih tart di luar musim raya untuk tambahan kuih muih, boleh cari Reen. Tartnya memang sedap!


Bateri camera dan digicam pun sudah penuh. Siap bawa charge. Beg aje yang masih terkial-kial nak kemas.

Sangat teruja nak pergi Kedah pasal tak pernah sampai ke sana.

Harap sekeping hati milik Laling tu tabah sentiasa! Saya yakin, dia walaupun kecik orangnya, semangatnya tetap ada.

Nanti selepas selesai majlis, baru saya akan cerita, cerita disebalik majlisnya.

Yang penting, doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat pulang. Ayah mahu bertolak selepas Subuh! Huaa.. ngantuks!!



11 June 2010


1 comment:

  1. datang kedah eik? best tak negeriku?..... [ayat poyo jer kan?]

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)