Salam dan hai
Kemas kini persiapan saya untuk rujukan masa depan.
Sabtu minggu lepas, saya dan famili pergi beli langsir untuk ruang tengah rumah, warna krim, bercorak sederhana. Murah, semestinya di Kamdar :D Sekali harung terus beli kain ela untuk balut bantal hantaran saya.
Tapi tak dapat amik gambar pasal ayah kata "Langsir RM8 pun nak masuk blog ke?"
Ok. Fine.
Oh ya, dah beli kain ela warna pink untuk adik saya. Abang saya no. 2 dan K.Rina pun terus beli kain ela warna pink untuk majlis saya nanti.
Persoalan yang abang saya tanya hari tu: Kenapa warna ibuayah dan adik beradik tak sama?
Sila klik untuk post kain ela ibuayah saya di sini
Jawapan saya: Oh, aku saja nak buat trend terkini. Takmo la warna baju pengantin sama dengan warna baju kaum keluarga. Nanti korang amik gambar mengelilingi aku, tenggelam aku! Lagipun, ibu ayah sahaja yang penting sama warna baju pasal senang tetamu nak cari untuk salam.
Jawapan sebenar-benarnya: Aku silap beli kain untuk ayah ibu. Aku dah beli kain, tapi lepas jumpa vendor, aku gatal tukar warna tema aku sikit. Ko pulak pernah ingatkan isu kes pengantin tenggelam tu. Memandangkan aku tak dapat nak keluarkan kos nak beli kain ela baru warna pink untuk ayah ibu, jadi hentam sahaja la warna baju ibu ayah warna gold.
Ye, abang saya pernah ingatkan dulu. Am kata "ko pasti ke nak kitorang warna kuning. Kang tenggelam ko". Tu terus saya ubah fikiran.
Masa saya sudah mengubah fikiran tentang warna tema saya dan D, saya sudah terbeli kain ela untuk ibuayah, dan sekali dengan Icik. Jadi macam mana nak pilih warna baru, yang tak perlukan saya beli kain baru untuk Icik dan ibu ayah saya?
Saya tengok kain Icik, kemudian saya amik keputusan, warna pink untuk adik beradik- berdasarkan warna kain Icik yang sudah dibeli. Boleh mix & match sahaja. Padanan kepada warna pink tu, saya tak kisah. Macam icik pink+kuning, Am pulak nak pink+putih, K.Rina berkenan pink+ungu. Hal padanan warna, tu saya tak kisah. Saya cuma nak adik beradik saya nampak cantik dalam pilihan warna masing-masing. Itu sudah cukup. Tak perlu sedondon, cukup la sejadi.
Walaupun kombinasi pemilihan warna saya jarang dibuat orang, tapi saya yakin sahaja la dengan pilihan ni.
Pengantin warna kuning
Pengapit warna peach
Adik beradik warna pink
Memang la masa awal-awal dahulu, saya sangsi dengan pilihan warna ni. Tapi, kemudiannya saya terjumpa gambar ni. Terus simpan dan emelkan pada pengapit saya, cik Nity.
Nity kata: "Haah, takde la pelik sangat. Ok aje"
Kadang-kadang, hal kecil begini, tak patut untuk kita nak rasa tertekan. Mungkin saya tidak dapat capai apa yang saya nak- satu keluarga sedondon warna baju, tapi bagi saya, bagi mana-mana bakal pengantin pun, tiada siapa yang boleh rosakkan mood kita, melainkan diri kita sendiri.
26 Mei 2010
xora, sama dengan yanie. Kombinasi colour tak pernah dibuat orang. hehe. tapi i tak kisah lah orang nak cakap apa. i dah tak larat tukar plan xora.... anyway, meh sini ur address...i nak hantar wedding mag... email i ye babe. thisisyanie@yahoo.com...kat rumah yang ada orang la preferably, sebab nak pakai pos laju yunk!
ReplyDeleteYanie, ada apa2 ke saya terlepas ni? dapat wedding mag, suka! :D nanti saya emel ye? thanks!
ReplyDeletebagus kerana memilih baju family berlainan warna dengan pengantin..saya pun buat begitu..heheheh baju saya warna coklat,baju family warna gold..warna sebelah suami merah..so kami sgt menonjol dari yg lain.. :-)
ReplyDeletememang wajib baju pengantin lebih outstanding dari yang lelain. kata raja sehari :)
ReplyDeleteagree sgt on baju pengantin yang harus kontra dengan family! your color choices sgt sweet. im sure it will turn out to be something fabulous!
ReplyDeletetak payahla nak sedondon2. lagi bagus kalau family warna lain or at least different shades. kesian dekat pengantin nanti tenggelam. kot kalau ada adik-beradik yang over berpakaian kan, berlace baju letop-letop segala, lagilah kesian.
ReplyDeletefor my wedding nanti, i'm wearing white, my family wear gray and sedara-mara wear various shades of yellow. meriah! haha.
xora, cntikla colour awk pilih tu.tbe2 saya pun rase wrne saya pilih pun cntik jgk.hahaha.T_T
ReplyDeletep/s:mlm ni sy nk jumpe acai utk bncang gmbr kawen nnti.hee nmpk awk ade link kn die n komen kt blog die.
Deera, Reen, Aifa, Moose: ye, harus la cari warna kontra kan. takde la saya sendiri pun tak tau saya yang mana :P
ReplyDeleteMiss Nona: kamu nye isu pink belacan+kuning dah selesai tak? all the best jumpa Acai malam ni ye. Pilihan yang tepat. he's one of my fav OP! kirim salam kat dia :D
mmg setuju kombinasi warna lain2 sbb macam ryna, pantin warna oink, tapi family merah..wow di situ sbb lain dari tetamu kan..
ReplyDeletedi tempt en.fika..pantin kuning..tp family cokelat..so..ada kelainan dan bila bergambar mmg okeh punya..huhu..
jgn risau tentg kaler..sbb bila majlis..org x susah cari mak ayah kita sbb warna depa lain dari yg lain..ok apa..hehe..
konfiden je.
ReplyDeleteinsyaAllah akan ok!
=D
saya rasa cantik cz semua tu dlm pastel colour.. so lembut dan nice jek dipandang.. kalo combination warna-warna garang, mungkin nampak sgt contrast nya...
ReplyDeletekaler pastel mmg cantik...dont worry...it'll b good for u n others...
ReplyDeletetakut la kalau time kenduri mood bridezilla datang huhu
xora..belum selesai dear.hehe.
ReplyDeletexora pakai kuning nnt yeh!!!~cantikkk....kaler tu naik seri nnt tauu!!!wow!
ReplyDelete