Salam dan hai
Ini bukan cerita perjumpaan kali pertama si dia datang ke rumah kita; atau kita ke rumah dia. Ini tentang bila kedua-dua pihak cuma memahami keadaan masing-masing.
Yang selalu kita fikirkan, macam mana kita di pihak perempuan, nak sesuaikan diri dengan ibubapa si dia kan? Tapi jarang-jarang kita nak fikirkan, macam mana kita nak serasikan si dia dengan ibu bapa kita kan? Mungkin pasal dia lelaki. Biasanya lelaki jarang hadapi masalah macam ni pasal mereka selamba dan lebih mudah bawa diri. Campak mana pun, mereka pandai hidup.
Tapi ada masanya, kita perlu juga berkongsi cerita pasal famili kita. Tidak la saya memulakan perbualan "Ok Sayang. Sayang kena ingat tau ayah bla bla bla.. Ibu pulak macam ni macam ni. Jadi D jangan pulak macam tu macam tu"
Tidak la begitu saya bagitau dia. Tekanan pula dia nanti nak kena ingat satu-satu. Yang saya selalu selitkan cerita tentang peel ibu ayah saya, sambil-sambil cerita tentang makanan ke, movie Iron 2 tak best tu ke. Jadikan santai sahaja.
Bercerita tentang ayah dengan peel masa menjawab panggilan telefon.
Memang cara ayah dari dulu, dia takkan cakap "bye" atau "OK" lepas habis berbual. Dia akan terus letak. Masa mula-mula saya perasan, saya ingatkan ayah terletak, jadi saya telefon semula, semata-mata nak kata "Bye ayah".
Sama juga kalau ayah yang angkat telefon rumah, saya minta dia panggilkan ibu. Biasanya, kita akan cakap "Kejap ye", tapi ayah tak. Dia terus letak tepi. Kita yang kat sini, tercengang-cengang. Tup-tup ibu dah angkat. Dulu, masa mula-mula, memang saya keliru.
Tapi bila dah banyak kali berlaku, rasanya memang cara ayah macam tu.
Jadi saya bercerita kat D pasal peel ayah yang satu ni.
Dan saya syukur sangat saya bercerita tentang ni, walaupun sebenarnya nampak amat remeh kan?
Sebabnya, pernah sekali D telefon rumah saya, masa tu saya tengah keluar dengan kawan-kawan dan dia tak dapat nak menghubungi saya.Jadi dia risau, kemudian telefon ke rumah.
Ayah yang jawab.
Belum pun sempat D nak kata "terima kasih pakcik, Assalamualaikum"-- TET! ayah saya terus letak tanpa rasa bersalah.
D tergamam. Benda pertama dia fikir "Ayah B tak suka aku ke?"
Lepas tu, baru dia teringat yang saya pernah cerita, ayah memang jenis tak penah nak cakap bye atau apa-apa kata penutup perbualan. Terus sahaja letak. Sukahati dia. Jadi D pun faham la situasi.
Saya dah banyak kali nasihatkan ayah jangan buat macam tu. Tapi makin galak pulak dia. Lagi dilarang, lagi dia buat. Jadi, malas nak tegur.
Ibu pula, muka sentiasa sedih. Muka ibu memang cam tu. Dia tak sedih, tapi air muka dia memang sedih.
Pernah sekali, D tanya saya "B, ibu tak suka D ke? Kenapa bila D jumpa ibu, muka ibu sedih aje?"
Tergelak besar la saya.
Sayang.. sayang..
Muka ibu memang macam tu.
Jadi bila saya cerita ni pula kat ibu, ibu gelak besar.
Memang ada baiknya kalau kita selalu berkongsi peel ibubapa kita dengan pasangan kita. Iye la, kita dah hidup dengan parents kita berpuluh tahun dan dah tentu untuk si dia yang baru diterima sebagai bakal ahli keluarga yang baru, banyak yang perlu dia pelajari.
Bercerita secara santai tentang peel ibubapa masing-masing, apa yang tak disuka, apa yang disuka, macam mana nak amik hati mereka dan apa-apa sahaja yang kita rasa dapat membantu dalam membina hubungan yang baik.
Macam juga kita kenal dengan kekasih hati masing-masing. Kita tanya apa dia suka, kita buat apa yang dia suka. Walaupun kadang-kadang apa yang dia suka, kita langsung tak suka.
Sebagai contoh: Bubur kacang durian ni
Saya tak suka bubur kacang. Mungkin pasal saya tak suka kacang. Tapi pasal D pernah bagitau saya yang dia suka bubur kacang dan kalau boleh nak saya belajar masak bubur kacang. Terus minta ibu ajar saya. Malam-malam tu gak, saya pergi cari durian kat pasar malam dengan D, yang langsung tak syaki saya nak buat bubur durian.
Masih teringat muka D yang terkejut masa saya bagi dia bubur kacang ni. Tak ternilai!
Erm. Betul la kata orang, nak tambat hati lelaki, mesti dari perutnya. Tak kisah la, walau betapa kita tak suka masak masakan tu pun.
Kelas masakan akan datang, ibu suruh saya belajar buat karipap. Ibu kata "Dulu, ibu belajar buat karipap pasal ayah suka makan. Sekarang ibu dah buat business dah".
Karipap pusing ibu. sekata aje semua bentuk..
Tak suka tak suka.Pasal tak pandai nak kelim tepi tu. Lagipun, teringat kisah zaman kanak-kanak dulu, nak tolong ibu buat karipap. Sampai hitam karipap tu saya cuba kelim tepinya. Trauma sampai sekarang, dah tak mahu belajar buat. Tapi D dah bagitau dia suka karipap.
Mengapa la D tak suka makan makaroni bakar ke, spaghetti ke. Senang sikit nak buat! Tapi dua jenis masakan ni pulak yang D tak lalu makan!
Kata D "D selera kampung je"
13 Mei 2010
bgs lh Xora dh blaja msk...sy yg nk kwin nextweek ni pn x balaj msk lg...he3...ngn harapan pas kawin bley blaja sndiri...n suami akn jd ala2 tikus makmal...ade 1 ari tu, die siap ckp kt member die : "weh, klo yanie msk, aku nk jmput korg dtg mkn skali...nnt xdelh aku sorg je skt perot..."ha3...hampeh kn... :)
ReplyDeletesaya pun selalu share pasal family saya kat en suami sebelum kami kawen..so dier paham la kan..takder la terkulat2 dier nanti..hehe..awak nak belajar wat karipap ek?saya pun tak reti nk kelim,akhirnyer saya beli acuan tuk kulit karipap tu..senang..tekan kuat2 insyaallah tak terbuka punyer la kelim dier tu..hehe
ReplyDeleteMrs. Eng haah dah kena belajar masak masakan kegemaran dia. Masakan kegemaran saya, dia tak lalu makan. Perut kampung, katanya. Kita sama2 jadikan mereka ala2 tikus makmal. kasi gemuk sama mereka!
ReplyDeleteDeera: tu la. saya igt nak beli kelim tu aje. tapi sekali, mak saya nak ajar buat karipap pusing-- pengsan aku!!
suami saya pula, mkn apa sahaja yg sy masak. Alhamdulillah. Paling syok, kl dia mkn bertambah.
ReplyDeletebagus xora. usaha yg baik utk menambat hati bakal suami...
bgsla xora.. i sampai skrg x reti kelim karipap.. huhu. my kekasyfi hati's fav is sambal petai, tp i xley tahan dengan petai neh.. tp demi die, nak belajar gak la.. hoho
ReplyDeleteyaa selalunya lelaki rumah adelah berselera masakan kampung.
ReplyDelete*aku terpaksa masak mee ada togeh!!~XSOKAAAAAA*
kawan2, mari la kita belajar memasak ye! B.P.T, ko boleh seperate mee. masukkan taugeh lepas kau keluarkan portion ko :P mak aku selalu buat cam tu utk icik.
ReplyDeleteerk memasak? asna lepas kawin baru nak belajar hahah =p Nasib baik My Dear punye fav food is spageti hehe ;)
ReplyDeletezaa pun selalu berkongsi ngan mr.k abou family..dia pun mcm tu jugak..alhamdulillah :)
ReplyDeletegud luck xora, belajar masak banyak2 tau..zaa yang da kawen ni pun, baru belajar sikit2..
hi xora..1st time dtg umah bakal mertua, mak dia dah siap bgtau yg ci dia suka mkn apa..bla bla bla..dgrkan je...sib baik xbg kertas n pen suh salin LOL....
ReplyDeletehmm..pasal masak n makan punya part 2 nanti ryna nak wat 1 en3..pengalaman memasak oleh orang yg x penah memasak masak lemak ketam cili api di rumah mertua..hehe..
ReplyDeleteblaja la masak sebelum kawen..kerana bila kepakaran diperlukan..tidak la kita ternganga2..huhu..
dan..peel ibu bapa msg2 harus difahami kerana salah faham yg timbul akan rosakkan hub yg baik..
takpe kak.. bleh bli tempat cetak karipap tu. yang penting sedap je kak.. mesti tunang akak okey je.
ReplyDeletehehehe..ayah xora mcm peel ayah saya. letak tepon camtu je. kecik hati kdg2..dulu la. skang dh biasa.
ReplyDeletesalah satu persediaan yang penting yg slalu b2b lupa, memasak la..
ReplyDeletemacam saya ni selalu sibuk dengan persediaan lain sampai nak belajar masak pn xde masa.. *hampeh*..
mmg ada plan..dlm sebulan nak cuba 2 resepi baru, tapi start 2bln lps stop sbb nak kejar buat persiapan lain apart penat n nak rest ms weekend..
lps baca ni entry ni kena start balik! betul... ni cara paling mujarab nak tambat hati suami kita nanti :)
Happy cooking!!!
ouh ade gak eh org prangai ckp tepon takde penutup? hehe..kalo tatau mmg trasa ati..
ReplyDeleteala..kalo susa sgt nk wat karipap tu, gne je acuan dier. sure jadik though tak "selera kampung" la rupa dier
xora!! kite sama lah..kite yg perempuan ni suke msk yg simple n segera2..tp tunang kite suka mskn yg tradisional n payah nak masak..tunang hana lagi laa..dia suh belajar masak ngan mak dia masakan rendang n masak lemak ikan sembilang salai..huh..tak ke payah itu? huhuhu..
ReplyDeleteKawan-kawan, pelajaran hari ni, kena masak lauk kegemaran dia, even tak suka pun. mari kita cari resepi di myresepi.net. igt kawan2 garam dan gula secukup rasa. bukan pakai rencah Pasti Sedap tu ye.. tu bukan kasih sayang..
ReplyDeletehehe.. pasal peel parent tu, memang betul xora..
ReplyDeletefirst time kte p jumpe parent si dia, bapa dia tak ckp lgsg dgn kte.. senyum pon takde.. ingatkan bapa dia tak suke, rupenye, mmg bapa dia jenis yg tak bercakap and payah senyum..
nasib baek la kte ni jenis tak malu.. buat muka selambe je.. huhu