Salam dan hai
Kali ni, saya nak kongsi sesuatu tentang diri saya. Post khas untuk diri sendiri, boleh?
Saya pernah tulis pasal azam nak kurangkan berat badan saya di post yang ini.
Konon nak kurangkan berat kepada 62Kg dalam masa sebulan.
Ceh.. azamku ke laut!!
Saya tau saya perlu kurangkan berat badan. Bukan atas faktor nak kahwin semata, tapi saya suka keadaan fizikal saya masa berat 57kg. Saya tak mudah letih, lebih bertenaga, stamina mengkagumkan.
Uhuk*Stamina penting untuk kahwin*Uhuk.
Mari saya kongsi, sedikit rumusan tentang perjalanan berat badan saya dalam tempoh 10tahun ni.
Berat badan ideal saya adalah 57Kg. Saya tak boleh turun daripada itu pasal nanti saya akan nampak cengkung. Dulu masa kat UiTM S.Alam, pernah terbabas sampai 55Kg dan kesudahannya, ibu asyik suruh ayah saya pergi UiTM hantar makanan pasal takut saya takde duit nak beli makanan (sedangkan duit diorang bagi, saya buat beli baju baru untuk keluar dating dengan D.--- dan D tak pernah pun perasan saya pakai baju baru. Huh!)
Saya hilang berat badan mendadak masa kat UiTM Shah Alam pasal hari-hari berjalan. Mungkin kerana itu juga, saya percaya satu-satunya kaedah selamat dan berkesan untuk turunkan berat badan untuk diri saya adalah dengan cara bersenam. Biarla orang lain kurus dengan cara pil atau JusMatte5 ke atau korset, tapi saya tetap pilih senaman. Walau makan masa, tapi bukan lemak sahaja sasaran saya. Saya bersenam bukan untuk kurangkan berat badan sahaja. Tapi untuk jaga tahap kolestrol dalam badan.
Saya lebih selesa dengan sesuatu yang norma.
Masa saya praktikal di McDonald, hari-hari saya makan fast food. Kalau shift malam, bayangkan makan pukul 10pm. Tapi berat sikit pun tak naik. Mungkin banyak kerja di McD memerlukan aktiviti fizikal, jadi sikit pun saya tak naik.
Bila dah bekerja, mula la berat naik sikit demi sikit dan tanpa saya sedar, terus banyak! Nasib la kat tempat kerja saya ni pula, kemudahan gym memang disediakan. Jadi bonus la untuk diri saya, tanpa perlu keluarkan duit. Cuma perlukan komitment dan masa. Saya takut nak pergi gym waktu petang pasal takut hantu (Dulu kat office ni dah ada bermacam-macam benda halus berlaku. Saya cam trauma), jadi saya pergi waktu tengah hari.
Gym pada waktu lunch bukan masalah bagi saya pasal ada locker sendiri. Letak segala sabun dan bedak dalam tu.
Ni la gym office saya. Saya suka naik pengisar--gambar kedua, yang hujung kanan sekali tu.
Teori mengatakan, kalau kita selalu ke gym dan kita berhenti, berat badan kita akan naik mendadak berbanding orang yang tak pergi gym.
Itu yang berlaku pada saya pada tahun ke 3 di pejabat. Mungkin teori itu betul, tapi semestinya disokong dengan rutin pemakanan saya yang hanya akan berhenti selepas betul-betul kenyang-sampai-rasa-nak-muntah.
Bila tengok Biggest Losser, saya faham kenapa mereka boleh gagal apabila berhadapan dengan dunia luar yang penuh godaan makanan. Saya pun begitu. Saya tau kelemahan saya macam tu. Mungkin kerana itu juga saya lebih suka berkurung di gym pada waktu tengah hari pasal saya takut kalau saya tak ke gym, saya mula menyetan di cafe.
Saya memang tak boleh tahan godaan makanan. Pasal tu, saya latih diri saya untuk makan kerap tapi jumlah sedikit. Hasilnya, memang sekarang saya makan sikit, tapi kerap. Dalam 2 jam, saya akan makan lagi. Sekurangnya, saya tak seperti dulu--makan semuanya selagi belum habis dan selagi muat.
Mungkin juga pasal daripada kecil, ibu selalu kata "Habiskan nasi, nanti nasi tu menangis" Jadi pasal takmo dengar nasi tu menangis, makan sampai penuh mulut. Mak korang buat tak cam tu?? Tapi zaman adik saya sekarang, dah tak jalan la cara tu.
Kawan-kawan saya pun kadang-kadang bengang pasal saya tak habiskan makanan. Jadi saya tapau, tak pun, mereka terpaksa habiskan :P hihih.
Secara fizikal dan luaran, tiada siapa yang akan kata saya gemuk. Semalam, masa kawan office tegur saya dah kurus, bila ditanya berat badan saya sekarang, saya jawab 62kg, mereka mati-mati tak percaya.
Mula la teori: mungkin berat tulang.
Tapi saya tau, lemak masih banyak di peha saya. Bahagian pinggang dan ke atas memang sudah fit, cuma pinggang ke bawah, masih banyak lagi kerja perlu diusahakan.
Kalau tak, masakan saya masih tak muat jeans saya masa di UiTM Shah Alam dulu. Tu memang titik rujukan saya.
Saya tak gemuk.
Jangan kata kita gemuk kalau kita tak gemuk. Nanti apa pula perasaan orang yang betul-betul dalam keadaan macam tu, dengar kita yang kelihatan kurus pada mata diorang-- bising kata "Aku dah gemuk!". Macam dalam post Mazuriah ni.
Dulu, saya selalu cakap macam tu, tapi sekarang cuba nak kurangkan daripada cakap macam tu lagi.
Saya bukan FAT, cuma tak FIT. Perlu kembali kepada berat badan 57kg-- berat UiTM Shah Alam.
Pada post lain, saya akan masukkan gambar jeans UiTM S.Alam saya dan saya sudah muat kat mana.
Sekian, post tentang diri sendiri di pagi Jumaat
7 Mei 2010
omg..tell me bout it! camne nk selimkan hips ke bawah in 28 days?? waaaaa..i tertekan!
ReplyDeleteslmt2...chaiyok2...he3
ReplyDeleteomg..berat saye 68kg..naik 13 kg lepas kerja dlm setahun..sebelum kawin turun 3 kg je..(haha)..dan majlis bertandang dah gemok balik..susahnya..berjalan kaki mmg terbaik utk turunkan berat badan..apetah lagi panjat bukit kat kolej perindu...huu
ReplyDeletewow.. gigih! good one. i pun kejap naik kejap trn gak. mmg kalo beat terlebih neh, prestasi badan pun menurun. cpt letih and x bermaya cm time fit dlu. =S
ReplyDeletegood luch! i pon tgh berazam nak fit jgk.
zLa,
buat scissors setiap hari. dlm 2 weeks pon boleh kecikkan beberapa inch. trust me, seriously berkesan.
zLA & Aifa: serius ke boleh kurang inci? scissors tu jenis yg kita baring then angkat kaki secara mengiring kan?
ReplyDeleteMrs.Eng.: GIGIH GIGIH!
Mrs. Drac: oh ye, mmg tu merempuh halangan kat kolej perindu.. feenat
"Habiskan nasi, nanti nasi tu menangis" ayah sy pun slalu ckp mcm ni mase kecik² dulu. Kadang tu dia tggu kite abiskn mknan baru dia ke sink.
ReplyDeleteSelamat FITkn bdn. :)
Agak² kalo ade tips nk mengempeskn perut jgn lupe share.
btolbtolbtol!
ReplyDeletebler saye stop gym stahun lebih yg lepas, berat saye terus naek mendadak.
Tensen, lagi brape bulan nak kawen, tp berat x turun2 :(
Btw, nice to read your blog :)
Linked you!
:)
la. ms drac dgan xora pun student uitm ek? sama lah. kita pun uitm, dulu duduk di delima 2.hee. so, masaalah berat badan xora nampaknya dah selesai, huhu. kita yang tengah risau. oh no :(
ReplyDeletehoho..hana pon nak turunkan berat badan..dh berjaya turun 3kg..ada 5kg to achieve 50kg..so, xora!! mari kite berusaha!! chaiyok2..
ReplyDelete=)
>> uitm shah alam ekk, faculty mana..sy masscomm grad tahun 2007..sama ker?
ReplyDeletesaper pompuan sebelah ko tuh weh?
ReplyDeleteuhukhukhukhukhuk~~
sy lak bermasalah di perut, lengan dan muka(tembam)..tp klau sy ckp sy dh gemuk dorg marah kata sy kurus..waa sesungguhnya dorg xperasan lemak2 itu..sy sgt tensen sbb majlis sy xkurang 2 bln lg.. :(
ReplyDeletesaya pula bermasalah kerana kurang tinggi.atau mungkin saya yang mencari masalah sebab makan seperti org yg tinggi.
ReplyDeleteeh?doink
sempat lagi selit cerita blog aku ya. hehehe
ReplyDeletehuhuhuhuhu.. kak xora bagi tips sikit cane nk fitkan part peha 2... huhuhuhu
ReplyDeletebile mase ko hamik gambo kat gym nie? ooo patut la kul 12 dah ada kat gym yerrr ini keje ko! aku repot! aku repot! c u at the gym tomorrow. getting nervous coz i will get my nikah outfit next week. takut tak muat!
ReplyDeleteoh..masalah berat badan..mmg x akn berakhir sampai cni..huhu..
ReplyDeleteDear all: sorry, reply secara pukal. Saya pun tak atu camne nak kuruskan bahagian peha. igt nak buat macam Aifa cakap, baru mula last week. hari2 buat sambil tgk tv. nanti 2 minggu kita tgk camne hasilnya.Reen, tengok pemandangan di luar, meja cafe takde lagi ok, tu zaman 2 tahun lepas. cis.
ReplyDelete