06 May, 2010

3 Majlis Serentak


Salam dan hai.

Dulu, setiap kali saya dapat kad kahwin, mesti akan berlaku reaksi "Tidakkk!! Siapa lak yang kahwin ni.."

Tu memang dialog-mesti-cakap, bak kata ibu saya.

Tapi sekarang sudah tidak lagi, saya sendiri pun bakal berkahwin. Menerima kad kahwin macam satu keterujaan pula. Tambah lagi kalau di sampul surat tak tertulis nama bakal pengantin, jadi macam nak cepat-cepat buka nak tengok siapa yang kahwin.

Petang semalam lepas balik kerja, saya terima kad jemputan daripada K.Wani. Dia dulu senior saya masa kat UiTM Segamat. Kawan baik kepada kakak bilik saya, jadi daripada situ saya kenal dia pasal dia sudah macam jadi ahli ke-5 bilik kami :P Lepas tu, masa kami berdua kat UiTM Shah Alam, jumpa dia lagi pasal dia satu kelas dengan roomate saya.

Di mana-mana sahaja ada K.Wani. Hihih.

Kat bawah ni, kad kahwin K.Wani. Siap tulis Kasih Tercipta Since 2002 (tahun diorang couple kalau tak silap. Dari UiTM Segamat)



Yang uniknya kad ni-- pakai ring binding putih ni. Saya suka sangat pasal pertama kali dapat kad macam ni! Tak perlu pakai gam, tak perlu pakai stapler. Kukuh pun kukuh. Kena pulak tu warna putih ring tu dengan tulisan pangkal nama diorang. Masa saya SMS K.Wani, dia cerita yang orang printer tu pun gelakkan idea dia, tapi bila dah hantar kat tetamu, ramai yang suka--termasuk saya!


Lapisan kad terakhir, kita disajikan dengan gambar pre-wedding K.Wani.


Rasanya, kad kahwin ni buat sendiri pasal saya tak jumpa sebarang cop kedai kad pada kad tu.

Kad kedua pula, saya terima daripada Along Firdaus. Dia ni setaman aje, kenal dari sekolah rendah, masa sama-sama wakil bola jaring sekolah rendah.

Dia dan pasangannya Aliff, pun bercinta daripada zaman sekolah lagi. Along, aku cite kat blog aku, kes Aliff kata ko ngorat dia masa minta pemadam dalam kelas, ko kasi tak? :P

Bezanya majlis Along ni, pengantinnya akan ada dua pasang. Majlis Along dan adik lelakinya, akan dijalankan serentak. Daripada luar kad sekali pun, sudah dapat tangkap tema majlis. Rasanya, kartun belah kiri tu kot Along dan pasangannya, Alif.

Erm.. takmo la Along-Aliff. tukar kepada Aliff Firdaus. Macam cite kat TV3 tu. Tapi ni yang betul-betul nye nama. Bukan cobaan.


Gambar kat bawah ni adalah bahagian dalam kad. Saya amik daripada event Facebook Along. Saya ada amik gambar dalam kad, tapi tak sejelas yang gambar kat bawah ni. Comel aje kartun tu letak kat tengah-tengah!



Saya punya la seronok dapat kad ni sampai terlupa nak tengok tarikh majlis. Bila tengok, jatuh pada hari yang sama! 29 Mei. Tapi memandangkan ketibaan pengantin majlis Firdaus ni pukul 1 petang, jadi saya datang majlis dia dulu, kemudian baru ke KL, pergi majlis K.Wani, anggaran waktu ketibaan pengantin 2pm.

Saya pun semangat la SMS D bagitau plan 29hb nanti. Tup-tup, D bagitau, yang 29hb kawan dia pun ada majlis, di Seremban. Kad pun sudah terima, cuma terlupa nak maklumkan pada saya. Jadi, pada 29hb, kami ada 3 majlis- Serdang, KL, Seremban.

Macam mana ni. Semua nya kategori majlis-mesti-pergi.

OK.Yayang, family meeting.




6 Mei 2010

18 comments:

  1. huhu..seronok dpt jemputan banyak, tp bila jatuh pada hari yg sama..dan semuanya kategori majis-wajib-pergi cam..susah jugak eh..mgkn bole buat maraton majlis kawen..tapi g majlis, makan ( wajib rase..hehe..) pastu jumpa pengantin bukan pada masa dia bersanding ttp mgkin sblm 2..( di rumah masa make up ker..atau di rumah bertandang..) sbb kejar masa kan..

    owh..pnjg nya komen di pagi hari..hehe..

    ReplyDelete
  2. hah bnyk ye jemputan ko..
    ixa ko WAJIB dtg ms aku nikah mlm 28hb tu kt umh aku...
    esok nye ko g la yg k.wani(heheh mcm la aku knl) tu dulu..pastu g aku nye pastu g Dzul nye kwn heheheh
    sj je nk bg ko pening hahahh
    xksh la ko dtg lmbt yg ptg dtg..huhu
    mcm aku tunang dulu ko tetap dtg wpun kusi meja dh kms heheheh...
    (xksh pun ko cte yg aku ngorat alip dulu)hahahhah

    ReplyDelete
  3. Ryna: haah paling seronok kalau jemputan tu kita dapat penuhi kan? oh Ryna, thanks buat post terbaru utk bacaan sejagat tu. byk info!

    Fidot: ko nama tak perlu nak comel sangat!!! ye ye, aku insyaAllah akan datang malam nikah.. dah terfikir, tapi pasal nikah ni by invitation, jadi takut nak redah. memandangkan dah dapat cop mohor besar, aku gi ye.thanks fidot. if ada apa2 aku leh tolong, ko bgtau ye. Haah, masa tunang dulu, aku datang masa kerusi belum susun nk htr cupcakes, then datang semula, lepas kerusi sudah dikemas :P budget cam artis kan aku? :P

    ReplyDelete
  4. wah, kad yg first tu cntek la.. suke plk sbb simple tp unique. pndai dier buat.

    ReplyDelete
  5. Xora, kamu dulu study kat UiTM Segamat gak ke?? Muahahaha!!Sama la pulak..saya pun study sana jgk..amik Degree Accountancy batch 2003-2007.

    Kamu?? Ntah2 kita pernah berpapasan berkali-kali kat sana tp x pnh knal.hehehehe

    ReplyDelete
  6. Aifa: byk kerja tapi puas kan?

    Wan: serius! kamu kolej mana? saya koleh SiManja Kini (masa tu perempuan duduk lagi, tapi tahun 2005 diorang dah pindahkan student dari situ maka tercampak la saya ke kolej mana ntah, dah tak igt nama dia :P) saya dari tahun 2002-2005, buat dip kat sana.

    ReplyDelete
  7. wahh very cantikkk kad jemputan dari kak wani tu....kreatif!!!

    ReplyDelete
  8. Sweetnya kad yang first tu.. The second one is kinda similar to mine cos ours pun pakai caricature gak..

    Kad jemputan you bila nak buat? Hehe..

    ReplyDelete
  9. majlis saye juge tarikh yg same ;) jemput la dtg..hehehe..bagi lengkap perjalanan tu...

    ReplyDelete
  10. sempoi gile kad die, takyah nak pening2 pikir nak gam ni sume ek. tak pernah tgk kad kawen dibinding gitu je.

    yang second tu mcm biase gak sbb sy dah dpt byk gak yg gune caricature. hehehe hurm. kad kamu mcmane? haish. tak sabo nak tgk.

    ReplyDelete
  11. creative betul kad yg 1st tu..tp kalo DIY sendiri, byk jgk kosnye..kan?

    ReplyDelete
  12. ja pun suka kad yang pertama tuu hehe.

    jarang de kad bagi gambar preweeding sekali hehe...

    ReplyDelete
  13. Wallah. cantik gile kat no 1! diy ek tu. wah. kagum. kagum!

    ReplyDelete
  14. Dear all, terima kasih utk semua komen kawan-kawan. Dua2 kad pun saya suka. baca nama kawan sendiri kat kad kahwin tu, memang rasa teruja :D Oh yg bertanya pasal kad saya, lambat lagi syg2ku.. tapi idea sudah ada. Cuma nak cari bahan saja. Tapi takde gambar pre wedding. Gmbar pre wedding utk video Savethedate. simple aje. Hitam putih, tiada warna. serius, memang kad hitam putih sahaja. Tak tipu. bukan cobaan ni.

    ReplyDelete
  15. hehehe...terima kasih kpd komen peminat2 blog cik xora. terharu di atas penghargaan kalian :)

    printer yg buat kad kite tu ada sediakan pakej ambik gmbr pre wedding+buat kad. printer kad tu ckp,kad tu idea+design kite. sbb tu dia takmo letak nama dia kat kad kite :p

    ReplyDelete
  16. waaa, memang care lah siap ada gambar kad tu..:) berapalah kos kad tu sekeping..mesti orang yang betul2 rapat dan dihargai akan dpat kad special tu,hehe..

    Dulu sy design sendiri dan cetak kat kedai. Orang kedai printing tu sungguh bengong kerana meletak dia punya nama kedai. Dapat kurang RM0.20 dari harga asal dia,hahaha

    ReplyDelete
  17. shahnon...muka kau ade sini pehhhh hahahahahahah

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)