07 April, 2010

Saya Rela Mati Anak Daripada Mati Adat


Salam dan hai.

Sedih hati saya, bila saya dengar, bila saya baca, wujudnya golongan yang meminta hapuskan peribahasa "Biar mati anak, jangan mati adat"!!

Sayang, saya dulu pun seperti mereka. Saya lihat diri saya dalam diri mereka. Hujah yang sama ---Kalau dah mati anak, siapa yang hendak jadi penyambung adat tu? Bertahun-tahun saya berpegang pada keyakinan saya. Saya tak tau dan tak amik tau, makna tersirat pepatah ini.Tiada siapa yang menerangkan maksud peribahasa itu dan saya sendiri tiada inisiatif mencari ilmu untuk memahami maksudnya.

Tapi hari ni, saya muak, mendengar soksek sana sini, mengatakan pepatah itu sudah tidak sesuai zaman sekarang. Soksek itu bertambah kuat apabila tercuit hal berkenaan majlis perkahwinan.

Saya tak salahkan mereka. Macam saya kata, saya lihat diri saya dalam diri mereka-- berbahas berdasarkan pemahaman sendiri, tanpa guru yang arif dan akhirnya, peribahasa itu yang menjadi mangsa kecetekan ilmu kita. Kita menghukum peribahasa sedangkan kita yang sempitkan skop pemahaman dan perbendaharaan kata kita. Yang kita nampak, "adat" hanya kepada upacara bersanding, menepung tawar, barang hantaran dan sebagainya.

Tahukah kita konteks "adat" pada peribahasa ini, mendukung skop yang lebih luas?

Menurut Dewan Bahasa Pustaka, antara maksud "Adat" :

1.Peraturan yg menjadi adat; adat yg dipakai turun-temurun; apa-apa yg selalu dilakukan; tabiat; kebiasaan.

2. Peraturan yg lazim dilakukan sejak dahulukala; mengikut adat (ketika melakukan sesuatu.

3. Undang-undang; hukum; peraturan.

Kenapa bila pepatah ni digunakan, kita semua beranggapan, "adat" hanya merujuk kepada maksud nombor 1 dan nombor 2? Kenapa kita tidak pernah menganggap "adat" di sini membawa maksud nombor 3? Ini kerana kita semua tidak tau menahu yang "adat" juga mendukung makna "undang-undang" bukan?

Masih ingat lagi tak, dalam sukatan pelajaran Sejarah PMR dan SPM, undang-undang adat merupakan undang-undang yang diamalkan orang Melayu, sebelum kedatangan penjajah Inggeris yang membawa 'Common Law'. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala Adat Temenggong diamalkan di negeri-negeri Melayu yang lain. Kedua-dua adat ini telah menggariskan panduan dalam pelbagai aspek kehidupan dan cara hidup seperti pemilihan pemimpin, pembahagian harta pusaka, kesalahan dan hukuman dan sehingga ke perkahwinan. Semua yang terkandung dalam adat ini dianggap sebagai undang-undang sah pada zaman itu.

Jangan dikata adat ini sudah lapuk.

Saya bagi situasi: Adat Perpatih mengamalkan, pemimpin atasan dipilih oleh orang bawahan. Manakala Adat Temenggong pula mengamalkan sistem autokrasi, yang mana pemimpin teratas melantik orang bawahan (Sultan melantik Bendahara, Temenggong, Laksamana, dan Penghulu Bendahari).

Sekarang, saya bagi situasi dunia politik semasa di Malaysia: Melalui sistem demokrasi, pilihanraya diadakan bagi rakyat memilih pemimpin untuk mewakili mereka (Adat Perpatih). Kemudian, PM pula akan melantik menteri-menteri beliau (Adat Temenggong) menerajui kerajaan.

Apa yang kita praktiskan, telah lama diguna pakai sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Beratus tahun dahulu. Mungkin kita sudah lupa. Yang kita tau dan ingat, "Adat Perpatih" menyebelahi perempuan dalam isu pembahagian harta. Itu aje yang kita tau bukan?

Soalnya, adakah kita akan panggil Adat Perpatih sebagai Undang-undang Perpatih? Tidak kan? Amat janggal bunyinya. Kita tetap akan merujuk nama khasnya sebagai Adat Perpatih. Tetapi mengapa kita hari ni, hanya melihat konteks "Adat" hanya berkisar peraturan lazim dan resam yang turun temurun, sedangkan "Adat" pada zaman itu mendukung konsep sama dengan undang-undang yang kita laksanakan hari ini?

"Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat" sudah tertulis dalam Buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Seri Lanang, beratus tahun yang dahulu, sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kita perlu faham maksud "Adat" yang digunakan oleh orang dulu-dulu, dan bukannya dalam konteks zaman sekarang. Ini kerana pepatah itu sendiri direka pada zaman itu, mengikut skop zaman itu. "Adat" disini bermaksud undang-undang.

Tetapi kita menonong mencipta pemahaman sendiri. Sedangkan "adat" yang dibentuk dalam peribahasa "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat" membawa maksud dan momentum bersamaan dengan istilah "undang-undang" pada hari ini.

Kita keliru. Bermati-matian menyangka pepatah itu bermaksud, biar anak kita mati asalkan adat dapat diteruskan. Biar pun anak kita tak suka sesuatu adat tu, tetap kena teruskan kerana ia adalah adat. Maka bermula la episod bangkang membangkang penggunaan pepatah ini.

Orang tua berpanjikan pepatah itu, memberi justifikasi perbuatan mereka.
"Kena bagi sireh junjung ni, ni adat ni! Ingat, biar mati anak, jangan mati adat!"

Yang muda, menanam perasaan benci dalam diam.
"Kalau macam ni, mati adat pun takpe!Lebih sayangkan adat daripada anak!"

Sayang sekali, maksudnya yang indah di salah erti. Konteksnya disalah guna demi kepentingan membabi-buta. Lalu wujudlah salah faham. Salah faham berlanjutan tanpa penerangan.

Sedarkah kita, pepatah "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat" ini sebenarnya secara langsung menentang amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang? Bukan kah penentangan terhadap amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang adalah selari dengan Islam?

Sabda Rasulullah :
“Sesungguhnya telah hancur manusia sebelum kamu kerana apabila orang yang mulia di kalangan mereka telah mencuri maka mereka membiarkannya dan apabila yang mencuri di kalangan mereka itu ialah orang yang lemah (hina) maka ditegakkan ke atasnya hudud maka demi Allah kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad itu mencuri nescaya akan aku potong tangannya.”
(hadis sahih riwayat Bukhari)

Biar anak kita menerima hukuman setimpal walau apa pun pangkat, keturunan atau latar belakang kita, jika mereka melanggar undang-undang, tapi jangan undang-undang yang dimatikan demi menyelamatkan anak sendiri. Itu la maksud "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat".

Kalau anak seniwati itu didapati bersalah dalam kes dadahnya, maka jawapan saya "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat"

Kalau pemimpin itu di dapati bersalah melakukan jenayah itu, maka "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat".

Itu la penggunaan sebenar pepatah "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Bukan berpaksi kepada adat perkahwinan sahaja.

Jadi kawan-kawan, jangan meraban melaung hapuskan peribahasa "Biar mati anak, Jangan mati adat" kalau kita sendiri tak faham maksud yang didukung peribahasa itu sendiri. Jangan disisihkan peribahasa tu hanya kerana sifat impresionistik kita sendiri. Guna lah peribahasa ini dalam konteks yang betul.

Setiap apa yang kita tulis hari ini mungkin akan diguna pakai oleh orang lain kemudian hari. Jadi, buat pemilihan berhati-hati dalam setiap ayat kita guna untuk sampaikan maksud yang sebenar dan bukannya setakat hentam kromo. Saya harap, tiada lagi penyalahgunaan peribahasa ini pada masa akan datang terutama di kalangan B2B. Masih berlambak peribahasa Melayu lain yang dapat membawa apa yang tersirat sepertimana yang B2B maksudkan.

Akhirulkalam,
Adat dipakai baru, kain dipakai usang,
Usang diperbaharui, lapuk disokong,
Yang baik dipakai, yang buruk dibuang



Nota: Kalau ada mana-mana hati terguris dengan penulisan ini, saya minta maaf. Kalau ada maklumat yang perlu diperbetulkan, tolong berkongsi dengan saya dan rakan-rakan yang lain. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.


7 April 2010

20 comments:

  1. maksud akak dlm penulisan nie semuanya bermaksud

    Adat = undang-undang

    ReplyDelete
  2. iye Asna Cute. Adat dalam konteks ini merangkumi Undang-undang termaktub. tapi kebanyakkan kita cuma nampak dari konteks adat turun temurun sahaja.

    ReplyDelete
  3. xora.. thanks for the clear & definite interpretation of pepatah "biar mati anak,jangan mati adat"

    sebenarnya, kt muda mudi sekarang terlupa atau mungkin tak pernah didedahkan atau mungkin langsung tak ambil peduli tentang maksud sebenar yg sepatutnya

    i definitely agree with ur interpretation, dan faham kandungan artikel ni.

    cuma kt manusia kadang-kadang terlalu mengagungkan adat yang tak berapa penting hingga menyebabkan sesetengah pihak tak berpuas hati..

    wah.. mcm2 nak tulis.. rasa mcm nak kena buat satu entri tentang adat jgk.. hehe

    anyway xora.. thanks again.. n keep on writing! tulisan xora selalunya memang sgt berguna dn penuh info.
    thanks

    ReplyDelete
  4. yup..agree. (dah taip..tapi pjg sgt..macam buat entry baru plak kt komen ni..jadi saya mengambil keputusan post entry je..huhu)

    ReplyDelete
  5. uihhh...i know y u post this this enrty..i pun dah drop by kat yg kurang senang dgn pepatah tu...yup..bagus jugak tu...express ur opinion dear...semoga xde yg salah faham...semua org ada pndangan masing2 kan..but ur explanation & research yg u buat ni rasanya dah membuka mata antara kita ni...perlu ada adat(undang2)supaya anak x lupa diri!

    ReplyDelete
  6. Ctfza: Nanti kalau kamu buat entry berkenaan adat ni, saya akan terjah !!! :P sbg tanda sokongan :P

    SiKecil: la.. awat tak post aje kat sini. takpe, berkongsi pendapat. tapi post kamu yg itu, saya sudah komen :P

    Harz: Isunya; penggunaan peribahasa yang tak kena pada tempatnya. Itu yang jadi isu saya sekarang ni lalu saya seperti biasa, menjadi saiko dan buat kajian :P takleh dibiarkan, nanti rosak bahasa kita.

    ReplyDelete
  7. haha..awak nak saya post yg entry pjg tu kt sini? haha..pening org lain baca..tp td mmg taip..over..kalah tuan umah membebel. cut paste edit..jd entry. hehe..thanks sebab ketengahkan isu ni. bleh sharing pendapat.

    ReplyDelete
  8. kalau adat tu maksud undang2, x apa. masalah nya skrg, ramai sgt yg lg pentingkan adat dr agama dn hubungan kekeluargaan. terlalu byk konflik antara ahli keluarga pasal nak kena ikut adat, esp time kahwin. sy mmg x suka dgn pepatah ini, sbb ramai sgt yg pegang sgt kepada perkataan adat tu, dr maksud sebenanya iaitu undang2. and ramai yg mengabaikan agama sebab terkejar2 dgn "adat". reminder, kebanyakan adat kahwin melayu kita tu sbenanya dtg dr agama hindu tau x! (ye, sy penah melalui pengalaman pahit pasal adat2 ni. tidak suka!)

    oh, keep on writing. love ur blog ;)

    ReplyDelete
  9. secara jujurnya sy mmg berminat apa2 yg bkaitan dgn adat2 ni.. terutama berkaitan dengan raja-raja..mcm pertabalan, pemakaman dan sbgnya... (tu agaknya sebab sy agak sesuai ngan keje sy skrg hehehe) tapi sy sependapat dgn cik xora... org slalu sgt kaitkan adat dengan perkahwinan shj... padahal skopnya luas alam semesta.... adat ni membentuk disiplin kita... ala2 back to basic... agaknya kalau semua ikut adat2 ni, mesti xde masalah sosial dan kuranglah kes2 buang2 baby kt Malaysia ni...huhu~~

    ReplyDelete
  10. SK: sharing is caring kan? :) rasanya, cukup2 la dah ramai sangat org salah guna peribahasa ni. Put a stop to it! :P

    Shikuzika: peribahasa tu tak salah, tapi penggunaannya yang tidak tepat, tu yang mengundang masalah dan salah faham kan?

    C.Fiza: bestnye kerja awak!! suka suka.. setiap hari belajar benda baru kan?

    ReplyDelete
  11. hai..
    setuju sgt dgn ur opinion.

    and lebih parah..

    pentingkan adat, sampai abaikan anak dan lupa adab.

    nice writing

    ReplyDelete
  12. dulu pun saya mcm awk dan sesetgh yg lain yang XSUKA peribahasa ni..pemikiran saya sempit yg menilai 'adat' dlm skop 1&2 sj. Shame on me!

    Xperlu la kita smpai nak hapuskan peribahasa tu.. ada sebab org dulu cipta peribahasa sebegitu..

    ps: bila fikir2 balik, apa salahnya kita selitkan adat(skop 1&2) dlm perkahwinan kita.. mcm sy comment dkt 'sikecil', selagi x mendtgkn khurafat sudah.. brula wedding u nmpak kemelayuan skit.. unless u nak wedding u nmpak omputih la...

    ReplyDelete
  13. keje mmg best sbb slalu handle majlis2 berkaitan menteri2 dan pegawai2 tinggi kerajaan Malaysia.. plg rasa best sgt bila handle untuk Perdana Menteri... tapi mmg mencabar... byk sgt perlu belajar....

    ReplyDelete
  14. bila awk post entry pls adat ni. sy sendiri dah rasa beberapa bulan before wedding sy hari tu. mostly sedara mara suruh kami adik beradik ikut adat pepatih which is kami sendiri pun xtau sgt :P.

    smpi lah 2 hari sblum akad nikah, ada org kg pulak masuk campur kata kami adik beradik ni xkisah dgn adat aiseh..masa tu dh rse nak nangis dh. then, jumpa Tok Imam. Alhamdulillah, Tok Imam sendiri ckp tak perlu as long ada Kadi, Saksi 2 orang, wali & pengantin lelaki ppuan dh cukup dh persiapan tu.

    so bg sy, ada sesetgh adat tu kita bleh amalkan tp ada sesetgh tu jika memudaratkan & langgar batas agama maka kita kne jauhkan. maybe agak susah nak explain kt generasi tua tp insy'allah kalau kte pandai jelaskan....mereka pn akan fhm :)

    ReplyDelete
  15. weh panjang giller ko tuleh. karangan ke hape nie? hehehe aku xbaca :p

    aku suke tgk gambo jer... wakakakaka

    ReplyDelete
  16. finallyyyyyy, ada org yang boleh tulis benda ini. agreed.

    ReplyDelete
  17. Dear all: terima kasih utk komentar korang. suka kita dapat bertukar pendapat dan pandanganN

    P.s : Reen, ko baik baca. nengok gambor aje ko ni ye!

    ReplyDelete
  18. Artikel yg sgt bagus! Bab bersanding dan menepung tawar sering dipertikai krn kononnya ada persamaan dengan budaya orang hindu. Tapi pada saya selagi tiada mantera memuja dan perbuatan yg jelas syirik tiada salahnya bukan?

    Adat (undang-undang) tersebut telah lama dipraktikkan di tanah melayu, bagi saya bersanding dan menepung tawar itulah undang-undang majlis perkahwinan melayu sendiri.

    ReplyDelete
  19. salam ziarah,

    pada saya, jika 'adat' yg semua org melayu maksudkan 100% pada maksud no.3, iaitu undang2, sy setuju dgn pepatah ni.

    tapi persoalanya, berapa ramai saja org melayu yg menyokong peribahasa ini dengan bermaksud no.3? dan berapa ramai yang maksudkan dgn no.1 & 2? sy rasa majoriti bermaksud utk mempertahankan 'adat' seperti sirih junjung, mandi bunga, etc.. malah sesetengah 'adat' termasuk dalam syirik kecil dlm islam..

    jika 'adat' ini yg mereka maksudkan, ya, peribahasa ini hendaklah dihapuskan atau ditukar perkataan 'adat'.

    ReplyDelete
  20. apa pun, dalam bab perkahwinan, saya setuju dengan pendapat ini:

    http://syahirul.com/walimatul-urus-antara-sunnah-dan-adat/

    :)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)