Salam dan hai
Saya dah lama perhatikan sindrom ni. Satu sindrom yang semakin menular. Masih boleh diterima jika berlaku pada majlis pertunangan dan pertunangan. Tapi kalau terjadi selepas berbulan kedua-dua majlis selesai, itu agak ngeri.
Lokasi kejadian tiada sempadan. boleh jadi ditepi jalan, boleh jadi juga dikedai mamak.
Cuma baru-baru ini saje, seorang kawan berkongsi cerita tentang sindrom ini.
Dia pun terkena dan dia tergamam.
Sindrom apa??
Sindrom bila ada pihak yang pergi amik tangan kita, dan tenung cincin kita betul-betul. Tak kisah la cincin risik, tunang atau nikah.
Tapi akar ceritanya, melibatkan pergerakan tenung menenung pada cincin, dengan jarak mata pelaku dan cincin mangsa, amat dekat. Tak tau la kot itu cara nak tengok berapa karat cincin yang orang tu dapat ke apa ke..
Rasanya, rata-rata yang pernah buat majlis pertunangan, mesti akan hadapi situasi kurang selesa ini (atau mungkin pada saya aje dan mungkin ada pihak yang selesa dan tak kisah cincinnya ditenung bagai nak dimakan!)
Rasanya, kalau masa majlis, amat normal la kalau orang nak lihat. Tapi kalau selepas berbulan-bulan majlis, saya rasa macam ngeri gak kalau tetiba perbualan dimulakan "nak tengok cincin ko?", ketika sedang makan chicken chop kat kedai.
Perasaan aneh itu muncul.
Pehal la ni??!
Tapi bila fikir-fikir, rasanya saya pun pernah buat macam tu gak. Rasanya kat Laling kot, masa lepas dia tunang. Tapi rasanya, takde la ditala cincin tu betul-betul kat anak mata. Takde kan Laling aku buat cam tu?? Ke ada?
Tak tau la kot tenungan saya bagai harimau melihat mangsanya? atau sekadar renungan penuh kekaguman? Iye la, kadang-kadang, kena la juga tengok pasal kang si penerima rasa cam takde istimewa lak bila tiada siapa berminat nak tengok cincin dia?
Paling kalau saya nak sangat tengok pun, mungkin saya curi-curi pandang sahaja kot.
Entah, ke saya sorang aje rasa tak selesa cam tu?
Syukur, kawan-kawan paling rapat dengan saya, selepas majlis tunang saya pun, mereka langsung tak berminat nak tengok. Sekadar bertanya apa berlaku kat majlis. Itu aje. Takde pulak mereka beria berkumpul nak tengok cincin saya. Sekadar amik tau perjalanan majlis tunang memandangkan mereka tiada dalam majlis tu. Selebihnya, mereka lebih berminat apa yang boleh mereka tolong dalam majlis nikah dan sanding saya.
Macam yang Fieza pernah kata "Aku tak berminat nak tengok, banding-bandingkan. Aku lebih berminat nak tau apa yang aku boleh tolong kau"
Terima kasih, ladies :D Korang memang tau apa yang aku lebih selesa dan apa yang tidak.
Oh, tapi.. jika lensa camera abang OP yang merenung ke cincin ini, oh silakan ya.. harus ada gambar cincin dalam album!! :P
23 March 2010
xpenah lak experience camtu skali..
ReplyDeletekalu ade pun, membe just belek2 sket je..tak pun puji dari jarak jauh..haha
maybe sbb sy ni garang sket kot..
org xbrani nk lebih2.. :P
kalau yg tanya cam 2..sah mulut kepoh..huhu..biasa kawan2 kalau citer pun xde pasal cincin berapa rege..atau beli mana..atau hantaran berapa ringgit..yg pntg tntg persiapan..yg seronok dan tidak privacy utk dikongsi..tp bila ada suara sumbang bertanya..mmg x best la..kalau kawan rapat2 sgt..mgkin nak tau..tp kalau yg jarang2 jumpa atau sekali sekala tegur pastu nyendeng2 tanya nak tgk cincin berapa carat..pang baru tau..haha..
ReplyDeletepenah kena ngan opis mate.
ReplyDeletetp cincin merisik je.
dia siap kate nape x mintak cincin belah rotan?
mengikut dia,cincin belah rotan emas lagi berkualiti n mahal.
geram giler ms tuh.
sesuka hati komen cincin org.
ops..hi,sy wanie.first time comment. :)
Keyn: wah garang orgnya kamu ni rupanya :P
ReplyDeleteRyna: kena pang sekali dua juga baru mereka sedar!!
Wanie: kamu pang dia tak cam Ryna bagi idea??:P
xora....saya sgt suka baca blog awak tau...tiap2 ari saya mesti buka blog awak...saya ingat nk jemput awak masa majlis saya nanti...teringin nk jumpa awk...he..he :)
ReplyDeletesaya sgt suka baca blog awak Xora..tiap2 ari saya akan buka blog awk...suka sgt bca cerita2 awk.klu blh saya nk jemput awak masa majlis saya nanti...cam teringin nk jumpa awk...he..he :)
ReplyDeleteseri, that's sssoooo sweeet! :D thanks :D hihih.. kalau dijemput dan tiada halangan, insyaAllah muncul la tadaaaa cik xora di majlis tu :D
ReplyDeleteok...ok....nanti saya bagi kad saya kat awk ek...cuma umah saya di batu pahat, johor...hu...hu..
ReplyDeletekampung saya kat Muar! kalau balik kampung masa tu, mungkin boleh gak. tapi tak tau balik ke idak :P takpe, if tak dapat ke majlis kamu, mungkin kamu lak ke majlis saya insyaAllah :D
ReplyDelete