26 March, 2010

Mencari Tema Pre Wedding

Salam dan hai

Dah lama saya terima emel ni, cuma hari ni baru saya sempat tulis post tentang hal ni. Ada seorang B2B ni, emel pada saya bertanyakan kalau-kalau saya ada idea untuk tema pre wedding.

Payah ni nak jawab. Pasal saya tak mengenali penulis emel secara dekat. Jadi tentula mustahil untuk saya bagi idea tema apa. Bagi saya, pre wedding ni sesuatu yang amat istimewa dan sepatutnya menjadi sesuatu yang dekat dihati pasangan.

Memang ada banyak tema pre wedding sekarang. Kalau google images aje, memang amat banyak sekali tema. Kalau saya nak tulis semua pun, memang tak habis. Pengantin sekarang semakin kreatif! Cuma semuanya bergantung pada budget, idea dan kelapangan.

Lepas fikir-fikir, saya bagi dia idea, kisah cinta zaman ala-ala Gerak Khas :P

Pasal dia cerita, tunang dia seorang polis. Jadi saya pun rasa, cam best juga kalau buat pre wedding pakai uniform (ok, saya bias :P saya memang suka lelaki beruniform. Jadi sedikit semangat bab-bab berkenaan uniform :P) Tapi tak tau la kalau-kalau ada peraturan yang tak membenarkan nak pakai uniform untuk tujuan pre wedding. Kurang pasti untuk itu :)

Saya cuma bagi dia idea asas sahaja. Selebihnya, terpulang pada dia untuk explore idea tu dengan tunang dan OP dia. Iye la, sesetengah orang sukakan pre wedding jenis posing, ada yang buat jalan cerita, ada yang suka patah ke zaman silam. Jadi kesesuaian tu, terpulang bulat-bulat pada kehendak dia.

Kalau la kos dan masa bukan isunya, memang saya sarankan dia buat pre wedding macam kat bawah ni. Kisah cinta zaman dolu-dolu.. :D Zaman Sarjan Hassan kot hihihi.. Tapi nak cari uniform zaman dolu-dolu bukan senang. Takkan nak pecahkan Muzium Negara, semata-mata nak amik baju tu :P

Kalau lokasi, boleh gak buat adengan kat keretapi yang kat Muzium Negara tu :P Tak pun kt Keretapi Tanah Melayu :)

Vintage Love Story
Sumber: http://www.youropenair.com/

Zaman berzaman




Berkenalan


Bercinta


Lamaran!

Iklan: HAAAA!!! masa pre wedding kami, saya ada buat baaanyak mimik muka konon-konon terkejut masa D tunjukkan cincin :p Tak tau hasilnya camne :P

Semuanya, berbalik kepada kreativiti dan idea B2B. Kena buat homework sikit. Google sikit, bincang dengan OP, bincang dengan pasangan. Garab idea kamu elok-elok, baru laksanakan.

Saya harap pada B2B yang nak buat pre wedding masing-masing, semoga berjaya!


26 Mac 2010





14 comments:

  1. thanks sbb sudi bg tips2 mcm ni dear.. zana pun skrg tgh fikir utk pre wedding but xde idea.. if trs xde idea, posing je lah jwbnya.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Ryna: kamu nye hubby unit beruniform kan? :D

    Zana: takpe, buat homework dlu. nanti kalau saya ada tema yg best, saya post kat blog ni :D

    ReplyDelete
  3. waaahh..kena ada tema eh. langsung tak terpikir.

    ReplyDelete
  4. kalau takde pun takpe, yg penting gambar berdua aje. tak semestinya tema tu merujuk pada era atau fashion. benda yang santai pun boleh jadi tema. contoh kamu macam road trip bersama si dia ke. kamu buat la road trip, gi makan durian tepi jalan ke, repair tayar rosak ke, lepak kat RnR ke.. yg penting, apa2 perkara yg boleh igtkan kembali detik korang bersama :) tu tema yg dicari--pada pendapat saya la :)

    ReplyDelete
  5. dlm kepala ni byk sgt nk buat utk pre weding nie
    xtau yg mane satu nak
    hehehhe

    ReplyDelete
  6. tips yg dpat mmbantu.. masih blum t'fkir lg nk buat cmne nnt. awl lg kott.. heee..

    ReplyDelete
  7. bagus gak idea xora tu..lain dari yang lain..

    roy mybe buat hjg tahun kot..nk tunggu musim padi skali..ingat nk amik gambar kt tepi sawah..dengan padi yg menguning,wah bestnye..

    ReplyDelete
  8. hye...erk..wedding kat belah lelaki akan jadi tema KAMPUNG.everything akan jadi kenduri kawin zaman mak abah kita.siap gotong royong sume.tapi belah saya...blum tau.hehehe

    ReplyDelete
  9. uniform mmg style, tp takleh byg i yg pki uniform, hihi.. i pun nak pre wed by june, nak kene fikir ni..

    ReplyDelete
  10. wau!! lelaki beruniform campur era 60's, superb n classic ok!!!! sure cantik kalau berkebaya sanggul tinggi di stesen keretapi, nak carik mood??? tgk la video clip katy perry thinking of u, cerita pearl harbor n kalau cerita melayu, leftenan adnan... walaupun semua cerita tu askar... tapi lebih kurang la... boleh carik idea makeup n baju... xora idea awak menarik

    ReplyDelete
  11. xora : eh eh...nice laa tema centu...i got an idea for my pre-wedding nnt..!!yeay..thanks xora..tapi lama lagi...E-day pun blom lagiii...hu3

    ReplyDelete
  12. owwhhhhhhhh.....byk giler nak kene baca..ttingal ber entry2 nih!

    ReplyDelete
  13. Mom: takpe, mesti akan jmp 1 dihati :D

    Ezza: pejam celik pejam celik. tup2 dah tiba

    Roy: wahhh.. bestnya ada padi!!

    Shima: takpe, nnt jumpa la tema :D

    Huda: nnt up kat blog tau

    Sya: betul cadangan yg betul, gi tengok video tu kan!

    Elya: takpe, benda2 cam ni cepat aje masa berlalu

    Harz: blog ni dikemaskini setiap hari tau :P

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)