12 March, 2010

3 Peristiwa Istimewa

Salam dan hai

OK, seperti yang saya janjikan, kena cover cerita tentang wedding kawan baik kami, Yazid Jaafar dan pasangannya, Nuraisyah Johar

Saya tau, yang semua ni bukan lah tanggungjawab mesti yang saya buat setiap kali lepas hadiri wedding orang. Cuma saya rasa, saya patut tulis serba sedikit tentang majlis-majlis yang saya hadiri pasal mungkin ada vendors atau idea yang boleh dipakai oleh B2B diluar sana. Iye lah, kita semua ni datang dari pelbagai kelompok. Tak semua mampu upah CS atau Avicienna (tak reti eja :P) untuk jadi OP mereka. Tak semua gak mampu upah pelamin NGI. Jadi saya rasa, sekurangnya kalau saya tulis vendors tu, dapat la bagi alternatif kepada B2B yang lain kan?

OK, dah 1 perenggan merepek.

Majlis pernikahan Yazid ni dibuat pada hari Sabtu, 7 hb Mac di surau dekat Taman Kembangsari, betul2 dekat dengan rumah D :) Tapi saya tak gi pasal takde kawan perempuan yang pergi, hanay lelaki. Jadi saya pun rasa lebih sesuai hanya antara mereka sekeluarga dan kawan-kawan rapat yang lain (Sebenarnya sudah selamat di MidValley berjimba dengan my ladies :P, cerita nanti saya tulis di bawah hihi). Sah dengan sekali lafaz. Ada cerita lucu disebalik majlis nikah ni, tapi pasal saya tak menyaksikan sendiri, jadi kurang feel nak menulis lak :P

Jadi layan gambar yang saya kidnap dari FB mereka :P

Majlis sanding pulak, dibuat serentak lelaki dan perempuan. Senang. Pasal Aishah pun junior Yazid masa sekolah dulu. Jadi jumlah tetamu pun lebih kurang aje. Majlis dibuat di Putrajaya Presint 16.

Saya gi dengan adik saya dan kesudahannya kami sesat :P Kan saya dah kata, saya tak pandai tengok map. Walaupun Putrajaya tu kita tempat drift saya bila balik kerja atau masa curi-curi keluar lunch lama hari Jumaat, tapi memang tak hafal jalan kat sana.

Sesat camne pun, akhirnya jumpa juga jalan yang benar. Siap potong kereta pengantin tau, pasal nak kejar amik gambar diorang berarak :P Pengantin sampai awal 15 minit dari waktu dalam kad. Bagus!

Jadi cepat-cepat terus gerak ke main entrance yang saya tak tau kat mana pasal pertama kali datang majlis kat dewan ni. Main redah aje la. Ni sekeping aje gambar pengantin berarak. Yang lain, saya amik gambar dengan kawan-kawan hihih.


Tapi pasal jumpa kawan-kawan ramai kat pintu masuk, jadi sambil tengok pengantin berarak, sambil borak. Pasal tu camera pegang pun tak stabil. ni salah Hafiz Habib pasal dok tanya saya mana D :P


Saya dan D datang asing pasal kad atas nama saya dan keluarga. Jadi mewakili famili saya la. Lagipun, mak saya amat pantang kalau saya nak gi dengan D pasal mak saya takmo saya menempel dengan mak ayah D. Ibu rasa, cam tak sesuai cam tu.. Dan akhirnya, kata-kata ibu memang terbukti benar (saya cite kat akhir nanti :P)

Ni warna tema dewan :D hijau...!


Ni pulak pelamin.


Ni pulak pengantin.


Ni OP majlis ni.. Ada 3 orang lagi.


Saya kan suka bertanya hal vendor. Jadi saya pun borak jap dengan OP ni, tapi tak sempat borak lama pasal kawan-kawan panggil bergambar! Tapi OP sorang tu, sempat bagi contact number dia. Saya suka coz dia panggil saya "Miss".. ahaha.. Bukan akak atau adik.


Ni pulak peralatan pasukan gamelan. Pemainnya tengah berehat.


Ni pulak mereka dengan uniform


Layan video, tengok bakat mereka.


Seperti biasa, saya menjalankan operasi saya. Saya tanya, dan mereka bagi saya risalah ni. Kalau ada sesiapa nak cari gamelan, mungkin boleh contact mereka. Tak tau harga berapa pasal belum sempat bertanya lagi kat pengurus mereka.


Ni pulak kek pengantin lepas potong. Cam kek majlis abang saya hari tu. Gatalnye mulut nak minta, tapi segan :P


Ni pulak gambar pengantin amik gambar OP



Tahniah kepada Yazid dan isteri. Nyulam cinta di zaman matrik, alhamdulillah ke jinjang pelamin juga :D Yazid sempat bagitau saya, nasib la majlis serentak. Kalau dua kali, dia tak larat dah :p hihih

Lepas habis tulis post ni, baru perasan saya terlupa nak amik gambar dua benda yang saya amat jarang tak amik:
1. kad kawin
2. door gift


Saya rasa saya lupa pasal masa balik tu, marah sangat dengan D. Ada juga cerita disebaliknya dan D tak salah. Cuma tak tau nak lepas marah kat siapa, jadi D la yang kena jadi punching bag :P

Sayang D!

Oh ya, tadi saya ada tulis, pada hari nikah Yazid saya sedang berjimba di Midvalley bersama ladies saya. Melakukan aktiviti paling kami terror--MAKAN demi meraikan sesuatu yang indah :D











Oh ya, Kad
Qistin sangat cantik. Saya suka DIY!!!! Jadi saya bias memberi komen. Saya suka semuanya, ni dapat cop mohor lagi ok.. dan nama Qistin pun amat sedap!!!



Saya berharap, baju impian Qistin akan seperti yang
dia impikan. Sekarang, saya asyik terbayangkan perincian ni di bajunya. Kalau betul la saya faham camni yang dia nak.. Ohhh tak sabar nak tengok :D Qistin, tahniah ya!!


Sumber: Jeffrieyibrahim

12 March 2010

7 comments:

  1. pengantin ppuan nampak sweet dgn pakaian hijaunya

    ReplyDelete
  2. wow good info..suke sgt u informative....plus gamelan tu dekat rumah i...dok beriya cari rupanya depan taman rumah je...thankssss byk2

    ReplyDelete
  3. Mia: nyerlah kan warna hijau pucuk pisang :D

    Nuptiles: takyah susah dah, depan mata aje ha gamelan tu.. all the best ya utk wedding prepration :D

    ReplyDelete
  4. yeay! thanks xora bagi info pasal gamelan tu. i love u la! hihi.

    ReplyDelete
  5. babe, terima kasih sbb suka kad saya... ;)

    the dress turns out tidak seperti yg saya harapkan.... *ok, ini bkn kenyataan drama mcm awak punya :P hehhehe... tp saya x mo jd insan tak bersyukur... i still think it was gorgeous... in its very own way la kan... hehehe... thanks for ur support, xora!!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)