Salam dan hai
Kepada peminat tart nenas atau sesiapa yang tetiba teringin nak makan tart nenas di luar musim raya, boleh la hubungi Reen Tart Nenas, pembaca tegar ke 74 blog ni! Saya dah pernah rasa tart nenas dia.. memang nyums!!! Boleh terus pergi ke laman web dia untuk maklumat lanjut ya?
Ok, post kali ni sebenarnya entry yang sudah lapuk seminggu juga. Tapi tak sempat nak update pasal menunggu gambar dari camera D, selang dengan beberapa perkara yang tetiba mengambil tempat.. Hari ni baru saya upload gambar sekitar majlis perkahwinan Yati.
Saya pernah tulis majlis pertunangan dia di sini.
Bayangkan, persiapan majlis dia dalam tempoh 2 bulan sahaja dari tarikh pertunangan dia 2 Oktober 2009! Selalu juga, kalau sempat saya chatting dengan dia di gmail, tanya update dan Q&A yang lain. Memang jadual sangat padat selepas tarikh ditetapkan.
Tak ada apa yang mustahil dengan usaha kan?
Jadi bakal pengantin semua, jangan panik tau. Mesti boleh dilaksanakan dengan cara yang betul.
Masa saya tiba, sudah ramai sangat tetamu.Majlis pernikahan dijalankan pada belah pagi dan tengah hari terus ke majlis persandingan. Majlis Yati ni pun dijalankan secara gotong royong. Khemah dia warna cam Tiffany's Blue kan?
Saya tak dapat pergi untuk majlis pernikahan, tapi bila saya masuk rumah Yati, barang-barang hantaran masih ada diruang tamu, jadi mana yang sempat, saya cepat-cepat amik gambar. Tapi tak dapat nak fokus satu-satu pasal ramai tetamu tengah bergambar dengan pengantin.
Hantaran dari belah lelaki warna pink dan belah perempuan warna hijau-putih.
Ni hantaran tafsir alQuran dan satu lagi tu rasanya mungkin hantaran cincin kot.Tapi isinya dah dipakai :P
Sireh junjung penghulu hantaran!
Telekung dan belakang tu gambar kek.
Kemeja
Kek Fondant dari Yati
Kek butter cream dari belah lelaki
Hantaran kasut
Hantaran kain pasang.
Rasanya ni hantaran kain ela dan kain pelekat
Tak silap, ni kotak jam Fossil
Hantaran beg Guess dari pihak lelaki
Nyums yang mesti ada!
Hantaran buah. Ada buah Kiwi!
Barang hantara dah tengok. Tapi camne ye rupa pengantin?
Macam ni la rupa pengantinnya!Yati dan suaminya Syarif.
Gembira kan mereka??!
Ok, pasal ramai sangat orang bergambar, pengapit terjun Yati hari tu, Falin sempat tarik saya masuk tengok bilik pengantin, yang dia dan suaminya Amin usahakan untuk Yati. Saya suka warna Ungu!
Saya tak sempat bergambar dengan pengantin banyak sangat pasal barisan yang menunggu tu ramai juga. Jadi cepat-cepat aje amik gambar dan beredar.
Perkara yang saya nak sangat kongsi sepanjang majlis ni adalah-- rose pomander DIY yang dihasilkan dari riben-- menemani Yati masa pernikahan!
Tak tau siapa yang tolong buatkan. Tapi rasanya cam air tangan pengapit dia, si Falin tu aje.
Apa-apa pun, memang nice sangat :D
3 January 2010
Cik Xora, macehhh yer tolong promote :)
ReplyDeletebabe..bkn aku yg wt rose pomander tu..ada kwn yati bg pinjam. very nice kan? buat dgn riben..
ReplyDeletebabe boleh tanyakan kwn u tak mana dia amek canopy? sbb i punya tema pun colour tiff blue ni tp cari byk dah canopy mcm xjumpa je:( hope u can help me... much appreciated ;)
ReplyDeleteapplebutter33@hotmail.com
frfz, saya blh cuba, tapi maybe lambat skit pasal dia dah pindah ke oversea. tgk kalau saya blh dapatkan info ya
ReplyDelete