05 December, 2009

Xora Wonka and the Patchi Factory


Salam dan hai

Saya sebenarnya dah hilang identiti siapa follower terbaru saya. Yang saya pasti, post terakhir semalam, saya baru welcome pembaca tegar ke 50, 51 dan 52. tapi skrang saya kena alukan pembaca yang ke 53 dan 54, saya cuma dapat alukan
Za dan seorang lagi saya tak tau. Mungkin dia follow saya sebagai anonymous. Takpe la, tapi apa-apa pun-- selamat membaca ya!

Ada sebab kenapa saya post tentang coklat semalam.

Pasal saya juga baru selesai job hunting untuk coklat untuk majlis saya. Saya tak tau nak panggil ni majlis apa. Kalau risik, tak juga. Kalau tunang, pun tidak. Jadi saya anggap, ni majlis tanda. Tanda muafakat. Tanda booking. Tapi saya akan tulis lebih terperinci pada post akan datang.

Mengenai coklat itu--saya tak tau nak buat keputusan, jadi saya beli kedua-duanya; coklat Yakin Boleh dan Coklat Mak Datin in Training. Kira adil la kan? hahaha. Saya tak bias :)

Saya pergi ke MidValley dengan adik saya. Mula-mula, saya ke kedai Choco Trees kat The Graden. Kawan opis saya, Wan yang cadangkan beli kat situ. Memang ada banyak seleksi. Coklat Daim pun ada! Tapi kat sana, saya cuma beli Hershey's Kiss, RM21. Ingat nak buat jadikan bahan untuk buat choc. chips nanti, saing dengan jadikan buah tangan untuk family dia.

Kemudian menapak ke MidValley, pergi ke directory dan cari kedai Patchi. Mudah aje. Kedainya amat la kecik, dekat dengan pintu keluar, berhadapan dengan kedai Charles & Keith. Nombor kedai G-099.

Saya masuk aje, terus buat pengakuan kat salegirl tu yang saya tak pernah beli coklat Patchi jadi saya tak tau sistem macam mana. Siap speaking Omputih lagi. Dia pun gigih la terangkan kat customer yang tuli ni. Dia terangkan yang coklat Patchi ada 4 kategori; Deluxe, Classic, sugar free dan Degustation (kalau tak silap saya). Saya cuma request dia terangkan Deluxe dan Classic aje pasal Sugar Free dan Degustation cam tak menarik langsung.

Kemudian salesgirl tu pun, siap letak coklat-coklat tu dalam dulang, terangkan apa isi kandungan coklat tu. Saya nak minta dia keluarkan dark coklat pasal saya tak suka tapi pasal saya lupa apa perkataan "pahit" dalam bahasa inggeris, saya bantai aje cakap "pahit", then salegirl tu pun terus cakap bahasa melayu.. hahahah.. sama-sama cakap bahasa melayu. Muka dia muka cam arab-arab, takut dia tak reti bahasa melayu. Rupanya, nama dia NoorBaayah :)

hahaha

Patchi Classic harganya dalam RM24/100gram. Harga Deluxe mahal sikit, dalam RM27 kalau tak silap. Baayah kata Deluxe banyak dark coklat. Saya tak suka dark coklat. Maka saya jadi beli 400gm Patchi Classic, dapat setiap satu jenis dalam 6-7 ketul coklat.


Sementara Baayah susun coklat, saya pun pusing-pusing satu kedai Patchi ni. Ada banyak seleksi dan kotak-kotak yang telah mereka siap susun. Kat rak, paling murah dalam RM10, Baayah kata sesuai untuk door gift pasal sudah berkotak dan beriben. Kemudian, di kaunter ada pulak coklat Patchi dibungkus amat molek, siap riben. Harga dalam RM6-RM9. Teringat beberapa kawan yang saya rasa macam nak bagi, jadi saya pun rembat la 4 bungkus bunjut. Ikutkan memang saya nak beli lagi banyak, tapi kat kaunter tu, cuma ada 4 bungkus aje, nak buat camne (T.T) --nangis


Cantik Baayah susun coklat dalam kotak. Siap berbalut riben. Macam ni la susun coklat yang Baayah buat. Kemas kan?


Adik saya amat la jakun. Orang tak pernah masuk kedai Patchi. Kemudian Baayah bagi adik saya coklat percuma. Sedap pulak tu! Separuh coklat kosong, separuh ada isi cam cracker. Saya? Dia cuma bagi senyuman manis aje.. huhuhu.. Saya tak cukup jakun ke??


Ni dah susun dalam paperbag, rupanya macam ni. Memang cantik dan kemas.


Satu perkara; customer service memang amat best. Siap disapa, siap dibuka pintu. Sapa tak suka dilayan cam tu. Memang tip-top dan puas hati.

Kemudian, adik saya siap buat pengiraan harga coklat tu. Masa Baayah key in figure, saya suruh dia pergi jauh sikit pasal takmo dia tau. Nanti dia bagitau ayah saya. Takut parents saya tak faham situasi eheheh.. Jadi adik saya pun buat pengiraann dia sendiri. Saya pun tak faham apa jenis pengiraan dia buat. Tapi dia bagitau saya, harga coklat semuanya adalah RM38.40.

Cisss...

Beberapa minit kemudian, dia kata "Eh, Icik salah kira. Harga yang betul, RM3.84. Salah letak titik perpuluhan"



Nangis..Sentap aku!!

Tapi Icik sempat kata "Coklat ni sedap sangat. Tak sama cam coklat Icik selalu makan"

Nasihat saya pada adik saya: Ko gantung pada deria rasa ko aje la, bukan daya matematik ko. Amat out Matematik ko!!"

Coklat Mak Datin amat manipulasi. Tak sedar bila duit bertukar tangan.. Haiishh


5 November 2009


12 comments:

  1. ohhh sgt terima kasih sbb info ni sgt berguna utk sy.. i xtau pn die ade jenis2 die.. hihi~utk majlis sy lg 12hari nnt, igtkn nk mintak enTunang belikn coklat mak datin sbg hantaran.. bkn ape, dulang masih kosong lg 1, tanak menyusahkn femli enTunang. so memandangkn enTUnang akan transit di KLIA sejam dr sri lanka sblm betolak blk ke Kdh, sy cadangkn die beli coklat mak datin itu je(patchi/godiva).. packaging dh cantik, letak dlm bekas kaca dh setel.. kononnye..
    bkn tanak coklat yakin boleh,tp coklat yakin boleh dh boleh makan hari2 so mintak la yg mak datin ni.. hihihi..


    btw, i lah pembaca tegar u yg ke 50 tu :p

    ReplyDelete
  2. wah.
    jeleznye.
    kalau la dkt ngan mid
    tros g berlari beli :(

    ReplyDelete
  3. thanx dear for the info... boleh lah budget utk my hantaran coklat nanti..

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak penah makan coklat Mak Datin dalam Latihan ni..musti sangat sedap..harganya pun mantap.huhu..Tapi sekali skala utk org2 yg tersyg apa salahnya kan?yg penting ikhlas..memberi..menang memakan..hahaha..

    ReplyDelete
  5. Fara: Godiva nye packaging saya amat suka.. warna emas betul :) selamat membeli ye.. memang sedap :)

    Easy: hihih.. berlari ye mv :P tapi patchi pun ada cawangan lain gak, cuma tak pasti kat mane. kena google dapatkan jawapan

    Eila: nak beli coklat mak datin ye? selamat membeli ye dan sila bawa yg tersyg pasal takut kita perempuan tak dapat kawal diri :P

    Wan: Memang menang memakan. tapi make sure, dia bagi coklat yg mak datin juga.. baru kita menang memakan juge :P ekekek

    ReplyDelete
  6. laling dearie, thx for the info! sgt helpful! pasni x de segan2 dah nk masok :p

    ReplyDelete
  7. Laling: apasal lak ko nak masuk? ko tak perlu masuk kalau nak beli untuk hantaran. Kan aku sponsor ko coklat, sila jgn lupa~~~

    Harz:sila sila. :)

    ReplyDelete
  8. thanks zora alu2kan me as ur follower..
    i like ur style, simple yet details..
    congrats for the recent event..
    =)

    ReplyDelete
  9. best2...tetibe terasa nk mkn coklat patchi...shedapnya...
    ms tunang aritu...dh dapat patchi as one of the hantaran. kawin ni dh x de coklat dah klu ikutkn list hantaran tu...maknanya kenelaa beli sendiri kalau tingin nk mkn. huhuu...

    ReplyDelete
  10. kalau patchi rm$10 tu brapa kira2 dalamnya yee?

    ReplyDelete
  11. saya pun tak pasti pasal masa beli ni 2 tahun lepas. skrang mungkin dah berubah harganya

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)