Salam dan hai.
Selama ni saya asyik tulis perincian tentang majlis, termasuk la kenduri, hantaran, baju, pakej itu dan ini.
Tapi perasan tak saya tak pernah sentuh pasal prosedur perkahwinan?
Sebabnya, saya tak tau macam mana prosedur perkahwinan.
Saya takde pengalaman menguruskan hal tu. Masa abang saya kahwin, yang tu saya memang tak sentuh dan tak amik tau pun. Biarkan dia uruskan.
Walau saya ada juga bertanya pada kawan-kawan yang sudah berkahwin, tentang prosedur dan perkara yang mesti buat, termasuk lah borang itu dan ini, booking tok kadi la, HIV dan segala protokol; tapi saya tak dapat bayangkan bagaimana prosesnya.
Perlu menempuh baru saya dapat tulis.
Kali ni, saya nak kongsi satu post dari blog CursingMalay (abaikan tajuk kontroversi tersebut. Blog ini memang kontroversi, tapi jujur) Saya ubah sedikit bahasa dan penyampaian, supaya bersesuaian dengan pembaca blog saya yang kebanyakkanya perempuan.
Langkah Yang Perlu Anda Penuhi Jika Anda Bujang Yang Ingin Berkahwin Mengikut Undang-Undang Malaysia!
Perkara Tak Rasmi
1. Carik pasangan mahu hidup bersama.
2. Kumpul duit dan simpanlah ikut kemampuan dan keperluan masing-masing. Bincang dengan pasangan tentang pengurusan belanjawan untuk majlis perkahwinan nanti, seperti siapa bayar apa, yang mana dibahagi dua dan sebagainya.
3. Dapatkan persetujuan keluarga masing-masing secara lisan untuk upacara merisik. Bincang dengan pasangan kamu tentang tarikh yang sesuai untuk merisik. Jangan meracau macam lipas kena sembur Sheldtox kalau tarikh yang diminta oleh keluarga lelaki, berlainan dari tarikh yang kamu harapkan (seperti tarikh ulangtahun couple ke, tarikh hari jadi kamu ke). Biasanya merisik ni cuma ada kehadiran ibubapa pasangan kita dan mungkin keluarga paling tua.
4. Bila dua2 pihak dah bersetuju,bolehlah ditetapkan tarikh untuk bertunang dan bernikah. Tetapkan juga wang hantaran, dulang, segala apa yang nak dibincangkan. Ada kes macam saya, merisik dan bertunang terus dijalankan pada hari yang sama. Tapi sekarang, biasanya merisik dan bertunang dibuat secara besar-besaran. Apa-apa pun, terpulang pada penerimaan keluarga masing-masing. Jangan panik kalau apa yang kamu rancang tak sama macam yang telah orang tua bincang. Semuanya masih terbuka untuk perubahan rancangan.
Protokol dan Undang-Undang
1. Untuk urusan borang-borang wajib, dinasihatkan diuruskan 3 bulan sebelum tarikh nikah. Sebabnya:
a. Sesetengah keperluan dalam borang ada tarikh luput sah, seperti HIV test yang cuma sah 3 bulan sebelum tarikh nikah.
b. Kadang-kadang, akan ada perubahan tarikh nikah (mahupun nama bakal pengantin!). Perkara ini diberitahu oleh salah seorang penceramah masa saya hadiri Kursus Kahwin dulu.
c. Ladies, sila pastikan si dia selesaikan borang dia (you know how man's brain works kan?) sebab borang perempuan hanya boleh diuruskan selepas mendapat borang dari pihak lelaki.
2. Pergi kursus kahwin. Biasanya harga kena bayar RM80. Ada sesetengah tempat boleh cecah RM200 sebab melibatkan harga untuk buffet, keperluan keselesaan lain (kiranya memang pakej manja :P) Boleh cari tempat yang berhampiran dengan kamu. Boleh klik di laman web syokkahwin ni untuk dapatkan senarai tempat. Biasanya kursus kahwin ni 1 hari setengah. Sabtu, waktunya dalam 2.30pm-6.30pm, Ahad dari 8.30am-6.30pm. Pesanan saya berdasarkan ingatan dan pengalaman saya:
a. Kepada muslimah, sila bawa telekung siap-siap untuk solat.
b. Jaga kod pemakaian. Yang free hair, sila pakai tudung dengan sopan. Seeloknya, pakai baju kurung.
c. Sila bawa shawl yang tebal (untuk tempat berhawa dingin, takut sejuk sangat)
d. Bawa air mineral dan gula-gula sebab keadaan akan jadi super ngantuk!
e. Buat salinan IC depan belakang, sekurangnya 3 salinan. Biasanya pihak pengurusan cuma nak 1 keping, tapi buat saja lebih mana tau terconteng ke, terhilang ke. Tapi kalau terlupa, biasanya pihak pengurusan akan buat salinan untuk kita, tapi cam tak best la bagi kad pengenalan kita pada orang yang kita tak kenali, kan?
f. Kalau yang berpasangan, boleh bawa pasangan masing-masing. Yang masih single, boleh pergi bersama BFF masing-masing pasal tempoh sah sijil ni adalah seumur hidup.
g. Jangan nak berkepit dengan pasangan masing-masing. Masa pendaftaran pun, meja peserta lelaki dan perempuan diasingkan. Jadi masa makan lunch dan minum petang, jangan gatal nak duduk sebelah pasangan. Duduk kat meja semua perempuan.
h. Pastikan masa mula-mula sampai, tanya pada pihak pengurusan di mana surau dan tandas. Takde la kamu terkial-kial.
i. Jangan nak lancang mulut komplain itu dan ini pasal makanan dan tempat.
j. Biasanya, kursus kahwin ni boleh daftar awal melalui sms, email dan telefon. Tapi kalau tak daftar pun tak apa pasal kebanyakkan adalah walk in kursus. Asal bawa RM80 dan salinan IC.
k. Pastikan tunggu kursus sampai habis untuk kedua-dua tarikh pasal masa ni, nanti akan diberitahu oleh pihak pengurusan, waktu bila sijil kursus kahwin siap dan boleh diambil. Jangan fly awal sangat. Nanti tak tau.
l. Sila simpan buku-buku yang diberi dan rajin-rajin la baca, terutama di saat-saat akhir menjelang majlis nanti.
3. Saringan HIV
a. Hanya keputusan dari Klinik Kesihatan Kerajaan yang diterima.
3. Saringan HIV
a. Hanya keputusan dari Klinik Kesihatan Kerajaan yang diterima.
b. Keputusan sah untuk tempoh 3 bulan.
c. Ada sesetengah hospital dan klinik kena buat temujanji dulu. Jadi pastikan kamu jangan terus amik cuti membabi-buta. Telefon siap-siap tempat yang kamu nak pergi, tanya dia paling awal pukul berapa tempat tu dibuka dan hari apa boleh buat ujian saringan HIV sebab biasanya sistem saringan adalah "First come first serve" disebabkan test kit tu adalah terhad. HIV test dijalankan hanya pada hari Selasa dan Khamis, dari pukul 2 sampai 4.30 petang.
4. Mengikut kata Mantot, (saya kurang pasti jika proses adalah sama untuk lelaki dan perempuan --saya amat tak tau apa2, tapi kita baca aje la dulu) jika kamu menetap di daerah berlainan dengan alamat IC, pergi ke Jabatan Agama negeri dan mintak borang "Kebenaran Untuk Berkahwin" dan pastikan menerima "Borang Pengesahan Pemastautin" Isi borang itu selengkap mungkin.
Tips: Jika tidak pasti bila dan dimana akan berkahwin,biarkan kosong ruangan tu. Jika kamu seorang perantau, cari penghulu/ketua kampung/pengerusi JKKK mukim. Berikan borang "Pengesahan Pemastautin" tadi dan pastikan dapat cop beliau.
5. Selepas semua borang sudah pun diisi, bawak semua borang dan jumpalah Jurunikah atau Imam Masjid Bertauliah kawasan kamu. Jika tak kenal siapa, pastikan tanya dengan ketua kampung,dia mesti kenal (tips: sila la rajin-rajin ke masjid ya) Jurunikah ni perlu untuk mengesahkan semua butiran dalam borang adalah sah. Dia pun akan cop jugak. Jika tempat bakal kamu tiada jurunikah bertauliah, pergi ke Jabatan Agama Daerah anda. Kat situ ada jurunikah. Antara perkara kena tau:
a. Macam Selangor,perlu bawak dua orang saksi untuk sain borang tu depan Pegawai Jabatan Agama. Pastikan anda memintak IC saksi dua orang untuk difotostat terlebih dahulu.
b. Surat Akuan Bujang perlu disediakan dan boleh dapatkan dari Human Resource Department tempat kamu bekerja .
6. Langkah penamat
Bila semua benda tu dah siap,pegi ke Jabatan Agama Negeri dan hantar semua borang tadi. Tanya juga pada pekerja bertugas, bila boleh datang amik balik. Takde la kamu buat dua kali kerja :) Kesudahan akan dapat sepucuk Surat Kebenaran Berkahwin.
Perkara Tambahan
Mantot ada tulis;
1. Pegi kedai gambar dan amik gambar memakai SONGKOK. Wajib ada 5 keping untuk simpanan.
2. Fotostat semua borang yang ada 4 keping. 1 salinan untuk pihak lelaki simpan. Semua yang original dan 3 salinan bagi dekat pihak perempuan. Kenapa kena bagi yang original? Lain negeri, lain requirement. Kalau Jabatan Agama Negeri kita nak tengok yang original, kita ada dan boleh tunjuk. Takyah nak mintak dengan bakal suami.

Sekian, prosesnya mengikut kata Mantot
Kepada kawan-kawan yang pernah melalui proses yang sama, boleh la tinggal komen. Saya pun kurang pasti tentang prosedurnya.
InsyaAllah, dapat beri manfaat kepada kawan-kawan yang lain.
9 Disember 2009
so far semua ok za..cuma nanti pengantin lelaki kene sediakan duit untuk bayar jurunikah dan saksi...
ReplyDeleteHaah, tu pun betul. Tapi abg aku dulu, dia byr kat tok kadi aje. maybe saksi dia bagi rokok sebatang kot? :P
ReplyDeletefuyoh!bnyk nye nak kne wat..
ReplyDeleteFaratul, bersusah2 dahulu, bermanis2 kemudian :P
ReplyDeleteerm setau lisa, belah keluarga perempuan yg kena byr duit kat tok kadi tu, mmg dh set bape yg kena bayar, klau lisa n maksu dlu rm15+, lisa lupa la..
ReplyDeleteklau proses kat selangor sehari jer dh boleh dpt surat kebenaran nikah tu, lisa antar pagi ptg dh boleh amik dh..
proses nih tak rumit klau borang semua dh disertakan dengan dokumen yg diperlukan...
ooo.......baru la sy tau! hahaha...ingat nk suh tunang je handle, bole la counter check bile da tau ni..
ReplyDeletethanx xora ^^
byknye prosedur..
ReplyDeletekena take note n refer selalu..
takot ade yg t'tggal..hehehe..
Lisa: Oh cam tu ye? Rasanya ikut budi bicarakan? biasanya duit disampaikan oleh pengantin lelaki, tapi duit keluarga mana, takpe dah kot--kan dah jadi satu famili :P
ReplyDeletePAT: Thanks to Montot yg tulis hal ni dlam blog dia juga :) glad the post help you!
Ayu: same here!! saya pun takut. tapi ikut kata Lisa, tak rumit kalau semua borang dah ada.
mAntot aa bukan mOntot!
ReplyDeletehahahaha!
Tot, serius saya tak perasan. saya nampak huruf o-o aje hahahah..Tot, jgn marah2, kamu darah manis :P ombak untuk tot!!OMBAAAK
ReplyDeletethanx xora...i mmg dah agak dah dlm ur blog ni ade benda ni...mmg i msuk blog u ni mlm ni smata2 nak cr benda alah ni la...xsangka lak senang jumpa...entry tbaru jgk..ingat nak kene godeh2 bk entry lm...thanx skali lg xora...apa yg i dah wat.."pkara x rasmi" je...byk bnda nak kene setel ni..i mmg cdg nak tulis all the prosedure dlm my blog bl i nyer dah beres..sama2 tlg geng2 kita kan..thanx again 4 d info dear!!!
ReplyDeletewaaa..bnyknye nk kne wat..susah jugak nk kawen ek...(ayat membunuh)
ReplyDeletebtw..gud info..br satu item je yg setel kot..huwaaa..
like! (mcm facebook)
ReplyDeleteXora...i baru jumpa blog u ni...TQ for the info, dan coz sudi sharing dgn public!!!really helping me...pheww
ReplyDeleteO....banyak jugak yg plu ingat ni..fkirkan lelaki je plu urus smua ni..klu dok d sarawak mcm mana ey...
ReplyDeleteOwh..mcm tu ye..klu d sarawak mcm mana pulak???..
ReplyDelete