Salam dan hai.
Ini adalah episod ke 2 aktiviti memburu mencari barang hantaran.
Kali ni, barang hantaran sudah berubah senarai -- buat kali ke 3. Ok, yang itu nanti saya cite. Tapi sekarang nak kongsi apa belian kami di Sogo (selepas bertukar tempat dari OU pasal tak dapat parking!), berjaya membeli 3 barang; wallet, jam tangan dan minyak wangi.
Tanpa buang masa, tempat pertama kami pergi adalah minyak wangi. Ingatkan nak bagi D sesuatu yang baru, tapi akhirnya dia tetap pilih Hugo yang ini juga. Kami ada juga cuba bau minyak wangi lain, tapi saya sendiri pun tak suka, maka kami pilih untuk kekal dengan Hugo Boss.
Selesai minyak wangi, kami mencicit teruskan perjalanan, terus ke kedai jam di sana. Dari beberapa bulan lepas sudah ada berkenan tapi pasal pakai getah, saya kurang suka. Saya nak belikan dia kulit pasal dia takde koleksi kulit lagi. Alhamdulillah jumpa juga yang berkenan. Selepas dapat diskaun 20%, harga barunya di dalam budget :) Walaupun saya tak faham macam mana semua butang pada jam tu berfungsi, tapi saya suka reka bentuk elegant pada muka jam.
Selesai belian, terus keluar. Tetiba D jumpa pulak ex-boss dia di kedai Poh Kong. Saya pun terus aje la mundar mandir sementara D tengah borak-borak. Kemudian termasuk pulak dalam kedai ni, bila tengok nama kedai macam pernah saya dengar. Lepas tu baru ingat yang Nity pernah bagitau saya dalam sms masa saya minta dia cadangkan jenama untuk tali pinggang dan dompet lelaki.
Jadi berjalan la masuk. Tiada diskaun :( Mungkin saya di tempat yang salah. Kalau di Jusco Midvalley semalam, mesti ada kan? Tapi takpe. Yang penting D sukakan fabrik kulit wallet tu.
Ok, tadi permulaan post ni saya dah kata ada perubahan barang hantaran. Iye, kami dah setuju untuk gantikan hantaran kemeja dan seluar slack dengan kain ela baju melayu dan samping. Maka aksesori seperti cufflink dan tali pinggang, kami gantikan dengan songkok dan butang baju melayu. Kedua-dua orang tua pun dah setuju. Jadi waktu terbaik untuk kami beli kain ela dan aksesori baju melayu, pada bulan Ramadhan nanti.
Sekarang, sudah tamat ekpedisi mencari barang hantaran. Saya sudah dapat isi 3 dulang-minyak wangi, jam tangan+wallet, dan buku agama. Baki 3 baki dulang akan dibeli pada bulan Ramadhan nanti, dan yang tinggal cuma bahan makanan dan sireh junjung yang boleh dibeli seminggu sebelum majlis.
Sekarang boleh tutup buku tentang hantaran dulu :P
P/S saya masih mengarang tips nak masuk ke kedai tanpa mendapat pandangan sinis saleperson
18 Disember 2009
Fuh, sgt pantas dan pintas awk beli brg2 hntrn..dh mcm nk beli bawang yg tetiba abis kat bakul bwg kat dapur plk.hehehehe..tp apa yg awk buat adalah bijak. beli sekarang sebab nnt2 lg byk nk guna duit..skrg pun kan tgh YES..so just say YES to shopping!!weehooo...
ReplyDeleteSebenarnya dari awal takmo say YES pada YES. tapi pasal takut duit short disaat akhir, terus shopping :P D kata, tak perlu dah tunggu sale. Beli aje la, then jangan buat rajin2 lalu kat tempat yang sama, takut rasa ralat :P
ReplyDeletelorrr dah selesai ek?...i ni yg blom bli apa2...dis wiken!!!...YES tunggu!!
ReplyDeleteBelum lagi selesai Harz. Nak gi beli kain ela weekend ni :P At this point, syukur sangat pasal kami revise senarai hantaran dan make it short .. tak larat nak shopping hari2
ReplyDelete