Salam dan hai.
Semalam kita dah buat Poco-poco untuk Wan Norfadzlina, jadi hari ni kita sambung buat'ombak' untuk Suraya Harun dan Miss Fiza yang menjadi pembaca tegar yang ke 46 dan 47. OOOMBBAAAAAKKKKK~~ harap mereka tak lemas dalam ombak tu :P
Hari ni saya ada event di KLCC. Balik tu, singgah ke Kinokuniya, konon nak risik-risik majalah yang bersesuaian untuk tatapan.
Saya beli satu majalah ini, dia majalah wanita moden, cuma untuk keluaran Disember ni, mereka kata ini adalah keluaran khas perkahwinan. Jadi saya pun beli la. Serius, ini kali pertama saya beli majalah tentang perkahwinan (dan mungkin serik nak beli lagi!)
Bila saya belek-belek, terasa nak tuntut semula RM9.50 saya kembali!!!! (Untung Nuffnang saya pun baru cecah RM9.00 ni :P ekekeek ) Isi kandungan dalam majalah tu dibuat semacam ala kadar. Sampai saya rasa, isi kandungan kawan-kawan blogger kat sini, lebih berilmiah dan berisi, boleh dibuat rujukan. Macam mana penat lelah kami memuaskan hati semua pihak. Macam mana kes kami kena tipu dengan vendors. Tak masuk kes makan hati dengan keluarga bakal mentua.
Ok, saya sedar saya cuma penulis blog, banding dengan penulis majalah yang mungkin sudah bertahun-tahun menulis.
Cuma ada satu artikel dalam majalah tu, yang saya amatlah terpanggil untuk menjawab.
Hal berkenaan bezanya kahwin dulu dan kahwin sekarang.
Realitinya, saya rasa penulis ni membezakan kedua-dua zaman ni menggunakan memori penulis dulu-dulu.
Bagai membandingkan manisnya oren dan masamnya epal. Sesuatu yang saya kira tidak adil, tanpa menitik beratkan keadaan semasa, logistik, sumber, dan kos zaman sekarang.
Sedangkan YM dan MSN pun kena bagi laluan pada kebangkitan social networking seperti Facebook dan Friendster, mengapa kesesuaian majlis tidak boleh disesuaikan dengan peredaran masa?
Saya kira, mungkin kenangan majlis perkahwinan yang penulis dambakan adalah berdasarkan faktor ini
1. Majlis dirancang oleh ketua keluarga paling senior dan hanya sedikit penglibatan daripada keluarga pengantin.
2. Rewang dan gotong royong beramai-ramai selama seminggu atau berminggu-minggu
3. Pengantin tidak boleh pose terlalu bebas bersama tetamu yang hadir dan perlu menjaga status "raja/ ratu sehari".
4. Penilaian pengantin untuk menjadi pemimpin keluarga bermula dari saat pengantin kena basuh periuk belanga selepas majlis.
Tidak boleh bergambar dengan tetamu??? Jangan harap! Kawan sudah datang jauh-jauh, takkan tak mahu bergambar. Saya tau, adat dalam satu majlis tu, sesuatu yang amat 'mahal', tak terbeli dek duit, mahupun pangkat. Tapi adat ini semua dicipta pada zaman tu, mengikut kesesuaian zaman tu.
Penulis menulis, majlis perkahwinan zaman sekarang kebanyakkan diuruskan oleh bakal pengantin; dari hal kad kahwin, pakej perkahwinan, membeli barang hantaran. Saya berfikir-- salah ke?? Salah ke kalau kami nak kurangkan beban orang lain menguruskan majlis (.. dan memastikan ini adalah pilihan kami :P hihihi) maka kami galas tanggungjawab tersebut? Kami perlu lakukan demi mengelakkan makcik pakcik yang hanya suka ikut selera mereka, sedara yang nak tunjuk pandai ikut kemahuan mereka tanpa pedulikan pendapat bakal pengantin?
Tolong faham, ini majlis kami, hari kami. Kongsi ruang dengan kami ATAU ketepi sedikit bagi laluan :)
Salah ke jika kami upah OP semata-mata dambakan kualiti gambar yang bagus?? Bukan sekadar gambar zaman dulu yang hanya bergambar di pelamin dengan cermin mata hitam tu (serius, saya masih tak faham mengapa pengantin zaman dulu mesti nak pakai cermin mata hitam sedangkan pelamin dalam rumah aje??-- termasuk la ayah saya :p) Kami mahukan out door, mahukan post bersama-sama di atas pelamin-- sebabnya? kami laburkan duit untuk benda yang kami hanya pakai sehari, tak salah kalau sekurangnya masih kekal dalam bentuk gambar kan, boleh diselak untuk tatapan cucuk cicit kami nanti?
Kami upah katerer untuk menolong kerja-kerja kenduri, semata-mata kami tidak mahu sedara mara yang sudah warga emas, terbongkok-bongkok buat kerja? Percaya atau tak, kadang-kadang majlis yang pakai katerer ini la yang membolehkan sedara mara dapat lepak-lepak dan berborak sesama mereka (sekurangnya pada majlis abang saya la)
Kami mahukan juru solek untuk tepek-tepek muka kami. Kami tau, jika saudara mara yang membantu, tiada bayaran dikenakan. Mungkin percuma itu menjimatkan. Apatah lagi kalau dapat sponsor. Tapi berbaloikah percuma tu dengan nilai "saya tak puas hati!!!!!!"-- dan seterusnya ungkit sampai dah ada anak 5?
Apa salahnya memberikan rezeki pada OP, katering, mak andam dan pihak-pihak lain yang terlibat?
Setiap kita ada pilihan. Setiap vendors ada harga masing-masing, kepakaran masing-masing. Pilih la ikut kemampuan tanpa niat menunjuk-nunjuk. Saya percaya, bakal pengantin zaman sekarang, terlalu sayangkan bakal suami masing-masing, jauh untuk menyusahkan mereka, bukan?
Mungkin sesetengah orang berpendapat kurang manis kalau pasangan terus nak bergegas berbulan madu. Tapi kebanyakkan majlis kahwin, untuk sedara mara yang jauh, biasanya mereka akan pulang selesai majlis. Anak-anak kena bersekolah esok hari. Ayah-ibu kena bekerja esok hari. Adakah sedara mara kita cuma duduk dirumah mereka, bercucuk tanam di belakang rumah sambil menunggu ketibaan kita? Zaman sekarang, bukan la seperti zaman dahulu. Semua sedara satu kampung. Zaman sekarang, semuanya berterabur. Sorang di Johor, sorang di Terengganu, sorang di Sabah. Jadi, tolong la fikir faktor logistik. Syarat, kena pandai bawa diri dan sesuaikan keadaan.
Tapi bahagian yang saya setuju dalam artikel ni; bakal pengantin usahlah terhasut dengan bisikan syaitan untuk menunjuk-nunjuk-- jangan impikan glamor sehari, tapi menderita seumur hidup. Yang ini saya amat setuju, tiada bantahan!!
Tapi apa-apa pun, pokoknya, bagi saya jangan jadikan isu, kenapa tak buat macam dulu-dulu. Sebetulnya, zaman sudah berubah.
Sedangkan Khalifah Umar bin Al-Khattab pernah menyarankan dan menganjurkan ibubapa mengajar anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan yang secocok dengan keperluan zaman anak-anak itu. Iaitu zaman akan datang bagi anak-anak itu.
Sebab anak-anak itu akan dewasa di zaman yang berbeza dengan keadaan masa ibubapa mereka.
Sedangkan para pemimpin dan sarjana Islam sejak dari zaman keagungan Islam dahulu mempunyai pandangan yang bersifat "futuristic", mengapa tidak kita orang Melayu, yang sememangnya Islamnya.
Bak kata Allahyarham Usman Awang dalam karya berjudul "Melayu"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Tapi apa-apa pun, ini hanyalah pendapat peribadi saya untuk dikongsi dengan kawan-kawan bloggers yang lain. Saya hanyalah penulis blog cepisan, yang masih dahagakan ilmu dan pengalaman -- copyright Rashdi Amin dalam profile Facebook beliau :)
Sesungguhnya, yang buruk tu datang dari saya dan yang molek datang dari Allah S.W.T
2 Disember 2009

xora,
ReplyDeletesaya sgt bersetuju dgn tiap butir bicara awak tu. sbb saya juga tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak dan semestinya mahu membuat pilihan sendiri utk majlis saya.
adakalanya, tindakan saya juga dipertikai dek kerana 'tak pernah org buat' atau alasan 'membazir'. sdgkan kalau mereka buka blog bakal2 pengantin, mungkin mereka mengerti isihati bakal pengantin spt saya.
teruskan menulis, blog awak mmg menjadi inspirasi saya.
time kasih sebab mengombak saye..hikhik..salam kenal..
ReplyDeletexora, superb. i setuju sangat dengan apa awak tulis. dan saya da bace majalah itu. hihi. ambil mana yang boleh dibuat rujukan sahaja. hihi.
ReplyDeleteMM: isi hati manusia ni banyak lapisan, lebih banyak dari lapisan bawang kan? :) MM jgn putus asa ya? :)
ReplyDeleteBelle: Tau kan mag mana :P ye, gunakan apa aje yg perlu.. yg tak perlu kuis ketepi dan cari di blog kawan2 yg lain, lagi bagus :)
xora...awk mmg leh jd wedding planner la...skang kalo buka blog mst klik blog awk dl..hehehehe...byk idea...saye xsempat nak"merusuh"kat semua house lg ni :)
ReplyDeleteLyna: ish, terima kasih tapi tak layak lagi.. ilmu baru sejengkel aje :P ha, ngapa belum merusuh ke semua house??!! tu tempat wajib merusuh. merusuh beramai2 tau
ReplyDeletesy ada baca dalam satu majalah tak igt majalah apa tp butirnya sebegini 'perkahwinan tu tidak menyusahkan pengantin & keluarga, jika kita tahu majlis yang bagaiman kita nak'
ReplyDeletemaksudnya...kita buatlah majlis kita ikut kemampuan sendiri. yg penting akad nikah tu. majlis resepsi sekadar meraikan para jemputan saje.
and yes, skrg nih byk majalah yg fokus kat 'pembaziran' instead of 'keberkatan'.
sama-samalah kita renungkan & amik mana yg terbaik kan :)
senyum...
xora!!!!..go go!!!...sy angkat tgn(stuhu dgn awak)....smpai dah xtau nl komen apa...majalah mn tu?jeng jeng jeng...hahaha
ReplyDeletefara tau majalah pe nih..hehe..free horlicks 3 in 1 kan??cover girl pon xglamer mane..
ReplyDeleteFiza: Yup, topik ni amat subjektif kan? ada situasi, kawan saya nak buat simple aje, tapi makcik-pakcik pulak yg nk buat besar2an, katanya, kang org tak tau dia dah kahwin, kan dalam Islam kena hebahkan perkahwinan.. ermm.. fikir panjang
ReplyDeleteHarz: nama majalah biarlah rahsia :P ekeke.. majalah yg bukan majalah pengantin tapi dia kelurkan edisi khas disember utk pengantin.. sila terjah! :P
xora.. im agree with u..
ReplyDeletekeadaan masa sekarang sangat la tak sesuai utk kt nak susahkan saudara mara.. kt sekarang bukan duduk sekampung mcm dulu2.. sekarang semua bekerja makan gaji, mana boleh cuti lama2..
kt kena sesuaikan adat dengan peredaran zaman.. bukanlah maksud sy utk tolak adat, tapi kita cuma perlu sesuaikan..
mm.. agaknya writer tu terasa ati dengan mana2 anak sedara dia yg nak kawen yg tak nak ikut pendapat dia etc kut .. hehe tak baik nyer sy.. huuu
fza: kita sama2 tak baik pasal saya pun fikir cam tu gak awal2 :P ... hihihihihi..
ReplyDeleteZaman sentiasa berubah. Ada perkara baru akan muncul yang tidak ada pada zaman dahulu. Asalkan perubahan tu tidak menyalahi agama rasanya kita boleh terusnya..:)
ReplyDeleteMungkin akan tiba satu hari nanti, taste kita ni dah tak sesuai dan tak releven ngan anak2 kita plak..diaorang plak cakap style kita ketinggalan zaman dan cam orang tua,hehe..kenalah terima gak..:)
acai. yup! taste sentiasa berubah. mana tau, zaman akan datang, tetamu cuma 200 orang aje dah, takde dah ribu riban lagi. kan? Perubahan itu la kehidupan kan?
ReplyDeletefaratul, kenapa i punye mamak tuh tak kasi pon free horlicks 3in1.. sob3
ReplyDeleteagaknya mamak tu amik horlick tu kot!!!??? jeng jeng jeng
ReplyDeletexora, saya kurang setuju psl komen tak manis pengantin terus pegi honeymoon...sbb nye some pengantin nak utilize cuti ihsan yang co. bagi instead of pki annual leave later :( esp yg kawin jauh2...cuti dh byk burn sbb nak setelkan borg nikah, survey+jumpa vendor dan prep saat2 akhir tu..
ReplyDelete