23 December, 2009

Kategori Mana Ya?

Salam dan hai

Tradisi blog ni, tiap kali ada follower baru, kita akan ombakkan dia tinggi~~ jadi, jom bersama saya menyambut kedatangan Fakhariah! O-M-B-A-K-!!!!!

OK, saya dah lama nk letak post ni, tapi masa tu belum dipinang jadi saya jadikan draft dulu. Sekarang Alhamdulillah majlisnya telah selesai(lihat ticker disebelah sana pun sudah mula mengira--walaupun cuma baru 2 minggu lebih. ha ha), baru saya berani nak letak badges pengantin perempuan ni.

Dapat link ni dari
Qistin. Boleh klik di website the.knot. untuk akses terus kepada badges tu.
Susah juga nak pilih saya yang mana 1 antara senarai dibawah.

1. Budget Bride
- Ye, memang saya ada budget yang ketat tapi tidak pada semua perkara (kerana saya bias). Jadi tak boleh amik yang ini.

2. Classic Bride
- Saya tak rasa, saya ada sentuhan klasik evergreen seperti Audry Hepburn.


3. DIY Bride
- Tak semua perkara saya mampu DIY disebabkan tiada bakat menjahit, tiada kemahiran menggunting dengan lurus, tiada kesabaran menyelesaikan perkara kecik-kecik.

.
.

Akhirnya saya pilih "Modern Bride"

Mungkin kerana..

Majlis saya tiada berinai kecik atau besar, khatam al-quran, dan sebagainya.
Majlis saya akan jadi majlis perkahwinan yang simple tanpa protokol.
Majlis saya tanpa ada majlis tunang besaran,hanya merisik dan ikat pada janji.
Majlis saya tiada gotong royong dari sedara mara.
Majlis saya akan dirancang oleh diri saya sendiri, dengan bantuan hli keluarga saya yang 9 orang tu (Echa pun termasuk dalam kategori orang) dan sahabat-sahabat rapat.
Majlis saya diilhamkan daripada idea-idea B2B yang lain
.
.

dan kerana majlis saya majlis sederhana yang berpijak di bumi nyata. Bukan membelakangkan adat-adat yang tersusun rapi, tapi itu sahaja yang saya mampu rancang dengan tenaga, sumber dan masa yang ada :D

InsyaAllah


23 Disember 2009

10 comments:

  1. kita pun modern bride jugak bebeh..buat ikut kemampuan berlandaskan duit simpanan peribadi yg ada :) plus..kita anak yatim piatu so xde parents nak uruskan huhuh pape pun...yg penting biar sederhana asalkan tidak berhutang kan..

    ReplyDelete
  2. slm

    sy pn modern bride jugak =) weee

    ReplyDelete
  3. adat mmg disanjung smp bile2.. Tp mjlis kawen ni kalo ikut adat sgt,mau berhbs puluhan ribu.. so kene la ikut kemampuan poket sendiri.. Kita semua adalah modern bride ape.. hehehhe

    ReplyDelete
  4. Miss F: ye, sekrang ni semua barang pun mahal. Ayam pun kena beli, bukan ternak cam dolu2 :P sederhana itu lebih selamat.
    Cik Modus: Huuiss, pengantin baru lalu la! :p
    Norr: Kita serupa erk! :)
    Miss D: haah, semua benda pun mahal dah skrang. Buat ikut kemampuan, bukan ikut adat dah :D

    ReplyDelete
  5. hehhe, ye, saya mula2 nak letak beberapa yg sesuai jugak... tp mcm x kena warna tema blog... ahaksz. so ambik badge yg plg significant. dan obviously i too cant DIY evrything (tho i wish i could... :P)

    ReplyDelete
  6. oohh terima kasih atas ombak itu hehehe..sya tak tau lah kategori mana..sya buat sendiri door gift(acara membuat kuih tersebut bermula jan bersama kakak)1200 bungkus semuanya..sya buat sendiri hantaran(apakah rupanya nanti..huhuhu)

    ReplyDelete
  7. aku...ermmm modern bride gak la kot...buat ape termampu...xde wedding dream pun... perlu ada wedding dream ke cik xora?

    ReplyDelete
  8. kalau wedding dream kita adalah "majlis berjalan dengan lancar dan selamat", atau "duit lepas kawin masih cukup dan tak perlu hidup cam ulat dalam batu" kiranya ada la kot dreamnye kan, kan cik Reen? tgk nama kamu ni, tetiba teringin nak makan tart nenas . nyums!!

    ReplyDelete
  9. i xtau nk pilih yg mn?...nak modern bride, fashionista bride, diy bride jugak.ermm..budget bride pun ada gak....semua la..hihi.tamak haloba kan..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)