Salam dan hai
Nampak ticker di bawah under Majlis-Majlis?
Ye, sudah tertera dengan lengkap "Another BFF's wedding" dengan sekali lafaz malam tadi, maka sekarang kena panggil dia Puan Shima.
Majlis yang saya kira amat meriah dengan begitu ramai sanak saudara. Sampaikan nak amik video pun asyik tergendala disebabkan sedara mara yang cilik dok sibuk nak pegang-pegang videocam saya. Kerana saya tidak berperikemanusiaan sangat pada kanak-kanak, maka saya jegilkan mata dan mereka lari ketakutan :P hahahah
Shima dapat capai apa yang dia idamkan selama ini-perkahwinan dengan dikelilingi bunga-bungaan hidup! Dari entrance, ke pelamin ke bilik. Semuanya bunga hidup putih. Suci amat!
Malam tadi, nasib la \Fieza datang (selepas dia tinggalkan suami nye makan sorang diri di mamak), kalau tak kiranya saya mampu jadi bunga dinding kerana dikelilingi oleh orang yang saya langsung tak kenal. Fieza tak buang masa, terus aje memberi amanat-amanat akan tanggungjawab isteri (terutama part malam pertama.. cheh!). Saya tak leh dengar pasal turn saya belum lagi..
Disebabkan majlis nikah diadakan di ruang tamu rumah, maka ruang untuk ambil video amatlah terhad, dicampur dengan hampir 5-6 orang DSLR, maka memang susah nak cari angle yang terbaik.
Majlis Shima ini juga adalah majlis nikah pertama yang saya hadiri di mana, ayah kandung sendiri yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki pilihannya. Jadi nasib juga saya datang, sekurangnya saya tau apa tugas juru nikah pada waktu itu. Sebagai rujukan saya nanti kerana InsyaAllah, ayah saya nak nikahkan saya sendiri. Best-best!
Selepas akad nikah, baru la pengantin perempuan dijemput ke depan untuk disarungkan cincin sementara tetamu lain dijemput untuk sedikit kenduri di luar.
Seperkara yang saya amat puji OP Shima, di mana buat masa ni, belum pernah sekali pun mana-mana wedding saya pergi OP dia buat perkara sebegini.
Perkara apa?
OP shima saya rasa, satu-satunya OP yang pernah saya jumpa, yang amat bertimbang rasa.
Bukan OP2 lain tak timbang rasa, tapi saya belum pernah melihat keadaan di mana, OP Shima (nama dia saya tak tau, tapi dia nampak muda dan comey--oh isterinya jadi second photographer :P) setiap kali lepas amik gambar (masa ni gambar posing, jenis yang bergambar sarung cincin, cium dahi, serahkan mas kahwin, etc2), dia mesti akan tanya sekelilingnya, 'yang lain dah dapat ye gambar tadi?' takpun "ada sapa-sapa lagi tak sempat amik gambar tadi? Kalau tak sempat cakap, kita minta pengantin posing lagi" Saya rasa, "Woh OP ni amat bertimbang rasa".
Tapi dalam timbang rasa dia, dia mesti akan jerit juga " Shima, pandang sini. Ni gambar album ni. Kang tak dapat masuk dalam album kang.."
Hihih..
Saya rasa, dalam mana-mana keadaan pun, amat mencabar bila OP kena bersaing dengan camera kawan-kawan pengantin yang juga DSLR. Mesti akan ada gambar 'juling itik'.
'Juling Itik' ni, istilah yang saya gunakan bila gambar pengantin, yang sorang pandang camera OP, yang sorang menggagau pandang tempat lain.
Tak cantik hasilnya.
Sebab tu malam tadi, saya pulak yang jadi 'third OP', menjerit kat Shima minta dia pandang OP dia, memandangkan saya duduk betul-betul di tepi OP dia.
Saya tak sempat amik gambar detail majlis, seperti khemah, makananna, barang hantaran dan lain-lain pasal asyik dengan videocam. Cuma gambar pelaminnya yang cukup cantik ni aje sempat saya amik.
Mungkin hari ni, majlis persandingan, saya akan curi-curi masa untuk ambil gambar sekali. Curi sekali peluang untuk gambar di atas pelamin ni :P
Ok, nak bersiap untuk ke majlis Shima!
Tema hijau olive. Nasib saya tailor sudah siap jahit baju saya dalam tempoh 2 minggu aje sebelum majlis Shima ni.. hihihi..
Rejeki! :)
7 November 2009
salam xora ^^ sy ni silent reader ur blog..sy suka la your writngs,especially yg tag 'mungkin berguna' tu...bnyk juge la sy cilok idea awk..halalkn ye...terima kasih!
ReplyDeletesy minat la OP kwn awk ni,bole sy minta contact details dia? thanx!
Pineapplertart: (Terbayang pinepappletart sekarang ni.. nyums!!!), thanks. Tak pe, kita kongsi2 ramai kat sini. Halalkan dah lama dah.. hihih.. Details OP tu nanti saya cuba dapatan secepat mungkin dari Shima ye? Orang baru jadi isteri orang mungkin "tangan dia full sikit" hihihih. nanti dah dapat details, saya akan reply kat post yg sama ni ye?
ReplyDeletehehe...okey,thanx xora ^^
ReplyDeleteMiss P: Shima dah jawab soalan kamu tapi kat post lain. just in case kamu tak perasan, saya paste komen Shima kat sini
ReplyDelete"OP saya shaiful dari CMDigital art..number phone dia 019-3266227.
Harap harap dpat membantu ye.."
allright, thank you xora and pn.shima ^^
ReplyDelete