01 November, 2009

Majlis Menyambut Menantu I

Salam dan hai

Ok, sedikit tontonan umum berkenaan majlis sebentar tadi :) Tapi maaf sangat pasal camera sendiri cap ayam, jadi gambar pun biasa-biasa aje. Jadi ulasan pun bergantung pada gambar yang diambil.

Persiapan dewan di awal pagi yang telah mengganggu tidur ku..


Muzik yang memang disusun atur oleh saya dan abang sendiri. Harap kena dengan halwa telinga tetamu.. Slideshow untuk tayangan pun ada walau tak berapa besar. Tak tau nak letak mana lagi, kena la letak kat belakang, berhampiran dengan MC pasal kat depan takmo kacau space untuk potong kek. Jadi la, cukup syarat.


Jasa sahabat yang bagai saudara sendiri yang tak mungkin terbalas.. Menolong saya lagi awal dari orang lain.. dan pulang paling lambat dari orang lain.. haii.. sampai mati pun tak terbalas budi korang!


Kek Restu Rezeki yang berjaya meracunkan beberapa orang kawan saya untuk membeli kek ni bagi majlis mereka.. marketing cam ni lagi bagus :)


Flower ladies nye beg chumel (yang tak kukuh.. hehehehh)


Takde bakul untuk isi gula-gula maka pakai yang ini untuk keseragaman.


Bunga rampai yang menaikkan suasana... Benda yang remeh dan orang tak peduli pun nak buat dalam majlis di dewan. Tapi insist nak buat bunga rampai (ni bukan bunga rampai sebarang.. Ni bunga rampai dibuat oleh pengantin sendiri tau..!), bila tetamu masuk, bau wanginya mengiringi tetamu.. (dan ada banyak tangan nakal bawak lari bunga rampai)


Pengantin lelaki yang bertegas juga nak drive sendiri (.. dan takmo langsung riben pasal katanya "tak CARA la letak riben. Ni kete sukan. Malu aku dengan masyarakat!!")


Posing sehabis tenaga abang OP dikerah!



.. dan sesi fotoshoot yang memenatkan tapi amat menyeronokkan!
Kemudian, pengantin buat outdoor di Putrajaya (pasal nak suasana yang urban demi masukkan gambar kereta abang saya..)


Dan.. ini la rupa dewan dah habis kemas oleh cleaners.. lega.. kitorang tak perlu sibuk-sibuk kemas


Alhamdulillah. Tiada perkara yang tak diduga yang merosakkan majlis. tapi terlebih timing dan ada mak andam tambahan tu memang takleh nak elak.. haii.. benci betul aku!!

Takpe la, yang penting pengalaman menguruskan majlis abang saya, memang pengalaman yang sampai mati pun takde sapa dapat beli!


1 November 2009

5 comments:

  1. alhamdulillah..selamat dah semer..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..syukur laa da selesai..sori x dpt tunggu hingga majlis btol2 setel...

    nway, pasni ko bleh relax jap..dan smbg gile balik utk majlis sendirik..hehehe...

    thx laling, dr ko jugak laa etlis aku bljr utk persiapan majlis aku plak nnt..thx ye laling sbb kenalkan pd kwn2 serdang ko.. :)

    ReplyDelete
  3. Nad: Thanks Nad!
    Fik: selamat, tapi ada juga la compang camping :P
    Laling: ko dah byk tlg aku.. aku rasa ko dan nity leh jadi kawan! sorang laling, sorang dear :)

    ReplyDelete
  4. tahniah :-) suke korang yer main baling2 bunga kat pengantin.. :-)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)