Salam dan hai
Kelmarin (9 Oktober), saya terima sms jemputan ke majlis pernikahan Nurul Intan dengan Mohd. Husni yang akan dilangsung pada 10 Oktober. Disebabkan majlis berlangsung di masjid UPM dan saya memang nak surview macam mana majlis pernikahan dijalan di sana, maka saya pun bersetuju dan berbesar hati pergi menyaksikan.
Ni dia Puan Nurul Intan.
Untuk majlis pernikahan, Intan pilih persalinan warna peach (saya panggil sebagai oren apricot). Di lengan dia, manik2 bewarna hijau muda, sepadan dengan warna samping pengantin lelaki.
Sesuatu yang saya perhatikan, untuk rujukan saya, pernikahan ini mengadap kiblat. Kiranya, kedudukan pengantin berada macam di bawah ni.
Sepanjang menunggu akad nikah mula, pengapit sentiasa duduk disebelah pengantin. Nanti Nity, kau punye kedudukan pun macam ni tau.
Tapi saya datang lewat banyak, pasal sudah ada jemputan rumah terbuka. Akad nikah dijadualkan 11 pagi.
Keseluruhan perjalanan majlis pernikahan, saya kira amat sempoi dengan juru nikah (ayah pengantin perempuan sendiri. Ustaz Halim adalah juru nikah Serdang). Bayangkan, sepanjang majlis, tak terasa langsung debaran sebab dengan pengantin memang sempoi dan masih sempat nak toleh belakang bergossip. Tanpa protokol dan amat rileks. Jadi takde rasa tekanan pada mana-mana pihak.
Perkara yang paling saya takleh lupa, bila Ustaz Halim kata pada pengantin lelaki, "kita buat rehearsal dulu dia. Akad Nikah pun kena ada rehersal". Jadi maka bermula la so-called rehearsal, tapi rupanya2, terus jadi sah. Kami semua terpinga-pinga, dengan pengantin perempuan tertanya-tanya dah sah ke belum. Pengantin lelaki pun muka blur. Memang amat sempoi. Semuorang pun tergelak dalam surau. Kemudian, disebabkan "rehearsal" tu secara spontan, jadi OP Intan tak dapat nak amik gambar. Jadi Ustaz Halim kata, "Ha, salam balik. Angguk angguk aje. Camera nak amik gambar. Angguk lebih-lebih sikit". Satu masjid gamat gelak! Nasib videographer memang siap pasang. Kalau tak, terlepas moment penting tu!
Tak penting rehearsal atau tak, yang penting, cukup 5 rukun nikah dan saksi katakan sah. Bagi saya, cara ni amat bagus, setidaknya, dapat kurangkan debaran pengantin lelaki. Juru nikah Serdang best, jadi kawin la dengan orang Serdang :P hahaah
Akad nikah dimasjid adalah yang ketiga saya hadiri. Dua majlis sebelum ni, masa Falin nikah dan Fieza nikah. Ketiga-tiga majlis akad nikah ni berbeza.
Falin, dia nye akad nikah di masjid pada waktu malam. Jadi selepas akad nikah, ada jamuan sikit.
Fieza, dia nye akad nikah di masjid pada waktu pagi, hari yang sama majlis sanding. Jadi lepas aje akad nikah, semua ke dewan untuk terus makan.
Intan, juga berbeza. Hanya akad nikah di masjid. Tiada hantaran di bawa dari pihak perempuan sebab semua hantaran di tinggalkan di rumah pengantin perempuan. Pihak lelaki membawa 3 dulang- wang hantaran, mas kahwin dan barang kemas. Tiada jamuan di masjid pasal keluarga dia telah dirikan khemah di hadapan rumah mereka, jadi selepas majlis akad, semua tetamu akan ke rumah pengantin perempuan untuk makan di sana.
Cincin juga tidak disarung di masjid. Selepas akad nikah, pengantin lelaki solat syukur, dan kemudian pulang ke rumah perempuan untuk upacara sarung cincin di mini pelamin. Barang hantaran juga ditukar di rumah pengantin perempuan.
Suami Intan, Husni terpaksa (takde la terpaksa.. dia rela sebenarnya.. :P) cium isterinya Intan di pipi disebabkan tudung Intan keras di bahagian depan. Segala posisi dah dicuba, maka terpaksa la cium pipi. hihih. Tu pun Intan geli. Takpe, skrang geli. Nanti lama-lama sedap la.. Ooops!
Oh, saya amat "heart" cekak (atau cekak butterfly org kata.. )... amat hot!! Dari Azue Bridal di Bangi (012-2156167--Puan Azue). Bagi saya, amat cantik sebab tudung intan cukup dengan hanya renda tanpa ada batu. Jadi bila letak cekak tu, hasilnya cukup cantik kat mata saya. Makeup Intan pun cukup cantik. Tak terlalu galak dan cukup masih kekalkan muka dia yang saya kenal. Makeup pun dari Azue Bridal. Cantik!
Disebabkan nak tunggu rombongan lelaki pengantin tiba dari masjid, saya amik aje dulu gambar hantaran dari belah perempuan. Saya kira, hantaran belah perempuan bertemakan warna merah dengan bunga ros hidup
Hantaran wallet +tali pinggang
Hantaran minyak wangi
Hantaran kemeja
Hantaran kek
Hantaran kasut dan stoking
Hantaran jam
Hantaran coklat Patchi
Hantaran cincin
Hantaran alquran dan tasbih
Hantaran gadget. Intan kata, walaupun hantaran dia kepada Husni, tapi akan menjadi hak dia semula.. hihihi
dan mas kawin dalam gelas.
Pasal terasa diri amat kecil dengan camera kompak banding gadget yang lebih dasyat.
Walaupun percubaan mencari pose tertentu, sedikit berjaya (walau tak sharp :P)
Cuma saya rasa, OP Intan ni pendiam sangat. Kurang komunikasi dengan kitorang yang nak bergambar, jadi pose kitorang pun jadi cam takut-takut. So mungkin ini nota kepada pengantin di luar sana, kalau boleh briefing atau cari OP yang lincah dan gila-gila sikit supaya pengantin dan kawan-kawan pun takde la segan sangat nak bergambar. Seorang rakan photographer pun pernah berpesan, OP bukan sahaja perlu pandai mencari sudut dan moment manis, tapi juha PR kena bagus untuk bagi semua pihak selesa.
Majlis Jamuan dan bersanding diadakan sehari selepas pernikahan, iaitu pada 11 Oktober. Tapi saya tak dapat nak bagi review sangat pasal saya perlu bergegas ke Kajang untuk majlis yang lain. Tapi sempat untuk saya tunggu perarakan pengantin perempuan ke Dewan Banquet, UPM. Siap sempat baling bunga pada pasangan mempelai.. best-best..
Seingat saya, trend ni mula menular dikalangan kawan-kawan saya, selepas majlis sanding Fieza. Saya pun plan nak buat perkara yang sama untuk majlis abang saya nanti memandangkan kami takde flower girls, jadi pakai flower ladies :) Intan memang pengantin yang sempoi, siap boleh borak semasa dia berarak tu.. hihih
Warnanya, hijau lumut. Pelamin cantik dan penuh satu pentas tu. Tapi tak sempat nak amik gambar close up la pulak.
Jumpa semula dengan bekas pengantin baru- Fieza dan Khairul. Inai masih merah dijari. Baru balik dari honeymoon di Bandung rasanya. Terima kasih untuk kain ela cotton yang amat cantik!!! Aku, Nity dan Shima sangat suka! Cepat-cepat la mail kepada Izzah di Melaka tu ye..
Saya 'heart' sangat door gift yang diberi! Harus disimpan! Dalam tu ada isi dodol yang sedap. Terima kasih juga pada Falin yang beri kitorang pilih warna kesukaan. Rambang mata nak pilih, pasal semuanya cantik!
Saya balik cukup awal, hanya sempat mengambil gambar pengantin di atas pentas. Tak sempat nak tunggu pengantin turun dari pelamin yang cantik tu.. Apa tah lagi nak bergambar.. Rasa bersalah juga, tapi atas jemputan yang lain, saya kena hormati juga. Tapi saya kira, perjalanan majlis mesti cukup lancar dengan saudara mara dan kawan-kawan Intan yang rajin membanting tulang empat kerat mereka!
Oh ya! Sangat gembira terserempak dengan Eila, kawan di UiTM Segamat dulu! Hampir 5 tahun tak jumpa! Kali terakhir jumpa pun di Konvo Diploma dulu. Dia masih riang dan ceria cam dulu.. Tu pun tak sempat nak borak lama.. tension!!
Juru nikah sporting+pengantin sporting=majlis rileks~~!!! Best!
11 Oktober 2009
jurunikah adelah bapaknye sendiri.mmg class nyah!!~
ReplyDeletebtw video tersebut turut mengkantoikan aku sempat membelek bunge kt tepi aku.cess.