Salam dan hai.
Ibu kata, bulan puasa ni la baru boleh asah skill memasak. Masa ni la boleh cuba berbagai resepi. Disebabkan kita takleh nak merasa, masa ni la asah kemahiran mengagak garam dan gula (takde Cukup Rasa ke, Pasti Sedap ke, Ajinamoto--semua tu telah dilarang dalam rumah saya)
Memang sepanjang Ramadhan, setiap petang saya masak. Tangan kanan pegang sudip, tangan kiri pegang resipi.
Keluar ofis 4.30, mencecet pulang ke rumah, sampai mesti 5.20 (saya bawa kete amat slow, walaupun perjalanan tak pernah jam langsung) jadi dalam tempoh 1 jam setengah, semua kena siap!
Ibu pun galakkan saya cuba macam-macam resepi. Mula-mula saya hanya buat manisan.. kemudian buat lauk..kemudian nasi.. dan akhirnya, satu set makanan saya sediakan.
So far, ni resepi paling sedap (bagi saya) yang pernah saya cuba
Nama: Ayam masak Seri Wangi
Link resepi: di sini
Nama: Nasi Carrot
Link resepi: di sini
Nama: Salad makaroni
Link resepi: di sini
Hari tu ibu kata "nanti dah kawin, cam ni la jadual hidup. Balik dari opis, terus kena masak. Kalau skrang tak biasa dan tak larat, dah kawin nanti lagi la tak sanggup"
Ibu ada agenda tersembunyi rupanya.
Dan saya baru sedar, rasa tanggungjawab dan kasih sayang, tu yang menjadi tenaga untuk saya terus ke dapur selepas seharian di pejabat.
Harap diizinkan Allah, ada tenaga semacam ini!
Encik D saya pun selalu cerita, betap kagumnye dia tengok mak dia boleh bangun awal2 pagi siapkan sahur, sedangkan bila malam, dia yang paling lewat tidur.
Perempuan memang amat istimewa :)
nasib baik bukak blog awk lepas berbuke. Kalau x, sedut air liur je la :p hehe..
ReplyDeleteseronoknya bln puasa ni dpt balik awl :)
memang passssss bangat kamu!!!
ReplyDeletebtol2...tingat plak time aku pas grad dlu, dok umah..time bulan pose, time tu laa leh asah skil masak...
ReplyDeletecaya laa laling!!! mesti gemok laki ko nnt da kawen...heehhe