9 September 2009
Salam dan hai
Saya buat senarai semakan ini untuk memudahkan saya kesan mana2 lopang kosong. Ni hanya untuk majlis akad nikah ke Terengganu. Untuk majlis sambut menantu, saya buat berasingan. Senarai ni akan berubah-ubah statusnya dan sentiasa akan dikemaskini.
Ada tiga kategori status
Siap= InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah
Keep In View (KIV)= Perlu spotcheck dari masa ke masa
CodeRed= Tak reti-reti nak uruskan??
1. Barang Hantaran
*Beli barang hantaran- Buah dan coklat akan disatukan. Nak beli dalam hari Khamis, sehari sebelum bertolak. Mas kawin abang saya telah tukar not RM1 di bank. Sireh pun sudah dapat sehari sebelum ke Terengganu. Simpan dengan cara dibalut dengan kain, kemudian dengan surat khabar, dan diletak dalam tempat sayur. Status Siap
*Deko gubahan- Sudah touch up. Jadi kira dah siap semua dulang dan bekas. Status Siap.
* Peralatan gubahan- bawa untuk last touch up. bawa barang seperti pistol gam, daun plastik, riben dan dawai.
*Dulang dan lapik dulang- siap dibungkus juga! Dulang diasingkan dari kakinya untuk menjimatkan ruang bonet.
*Bungkus barang hantaran- siap. Bungkus dalam plastik bag warna hitam tong sampah tu! plastiknya elok dan tak terkoyak langsung.
*Senarai pembawa dulang- 7 dulang semuanya dan ahli rombongan ke Terengganu ada lebih kurang 12 orang. Tapi tolak ibu ayah dan bakal pengantin, maka ahli rombongan 9 orang, cukup untuk bawa dulang-dulang. Sudah assign nama. Status Siap
2. Hal pengantin
*Inai- Siap. Bawa 2-3 peket pasal takut terhilang. Dipakai malam sebelum nikah.
*Baju nikah- Siap. Sudah amik dan berpuas ati.
*Pengapit- Siap. Sudah diputuskan pengantin
3. Foto & Video
*OP- belah Terengganu uruskan. tapi untuk belah kami, saya la jadi OP. Status Siap
*Video- Ayah dapat hadiah percuma video recorder Sony sempena bersara. Sudah dapat beli bateri tahan 7 jam dan stand untuk camera. Sudah putuskan dan dipersetujui, tugas dipikul abang pertama saya. Siap!
4. Hal rombongan ke Terengganu
*Booking homestay- Siap. Homestay sudah book. Bayaran pun sudah settle InsyaAllah.
*Senarai rombongan- siap. Tapi mungkin akan ada penambahan
*Servis kereta-Siap. dijalankan berperingkat.
*Mungkin perlukan duit 'tol' untuk ke pelamin? -Siap. Ikut kata k.Rina, takde duit tol.
*Permohonan cuti kerja dan cuti sekolah bagi yang berkenaan- Siap.
* Sediakan bekal- siap. Untuk elakkan kos yang tinggi, ibu sudah siap sediakan bekalan nasi, acar dan ayam goreng untuk dimakan. Siap bawa sekali segala roti dan sardin.
*Pemberitahuan perjalanan- Siap sebab semua ahli rombongan sudah dimaklumkan waktu bergerak. Cuma Pak Lang aje yang akan naik flight ke Terengganu pagi nikah.
* Keperluan asas- siap pasal semua terpulang pada individu.
*Simpan semua nombor phone ahli rombongan untuk calling2-Siap
5. Hal keluarga
*Pakaian rombongan - siap pasal takde warna spesifik. semua pun boleh.
*Sedara mara ibuayah-Hanya Mak Ngah dan Pak Lang dari belah ibu yang akan ikut. Mak Ngah tinggal di home stay yang sama, tapi Pak Lang tinggal di rumah keluarga isteri dia di Terengganu. Status penempatan--siap!
6. Urusan kertas kerja
*Sijil kahwin, booking TokKadi, HIV Test, Kursus Kahwin, etc -- atas tanggungjawab bakal pengantin (pasal adik pengantin belum kahwin jadi tak tau apa nak buat :P) Siap
InsyaAllah, dengan izin ALLAH, harap semuanya berjalan dengan baik. 1 bulan lebih aje.. mak aiiiiiii. Oh ya, tarikh yang sungguh cantik hari ni
090909
Nasib bukan hujung minggu, kalau tak memang dah ramai book untuk majlis.
101010 dah ramai yang amik, tapi bukan saya.. takmo amik risiko syok dengan nombor tapi kawan2 terkejar2 nak gi. Pasal majlis saya satu aje.. takde belah lelaki takde belah perempuan. dua-dua belah serentak.. huaaaaaaaaaaa
aku rase cam ko plak yg nk kawen...
ReplyDeletethx laling, etlis aku leh tawu gak ape yg nk dibuat... :)
aku pun dengar statement cam tu dah juta kali gak :P
ReplyDeletebaguslah xora ni
ReplyDeleteteliti betul buat perancangan
sy hire awk sebagai wedding planner sy okay tak?
hehehe
Yani, teliti memang cuma kadang2 kita manusia biasa, tak dapat juga kesempurnaan tu kan? yg kita rancang, allah yang tentukan. tapi yg penting, kita buat aje sebaiknya kan? wedding planner? ooooo saya belum layak.. hari tu buat kad kawin pun dah gaduh dgn org kedai (.. mungkin saya ni baran juge :P)
ReplyDeletexora.. nampak telinga ape? huu
ReplyDelete