01 September, 2009

Goodie Bag

1 September 2009
Salam dan hai

Ok, selesai. Goodie bag untuk rombongan belah perempuan telah siap.

Untuk tujuan ini, keluarga kami takde bagi mereka barang.

Setelah mengambil kira waktu perjalanan mereka yang akan mengambil masa lebih kurang 7-8 jam, kami amik keputusan lebih molek dan afdhal diberi makanan. Kami bekalkan mereka dengan nasi, dendeng, acar buah dan kek dari Restu Rezeki.

Sekurangnya mereka tak berlapar dalam perjalanan.

Maka, tugas saya menyiapkan riben untuk goodie bag tersebut. Walaupun ikutkan tak perlu, tapi saje nak buat riben cam Minie Mouse ni (sebenarnya untuk elakkan daripada rasa ralat sebab dah tersalah beli warna riben--maka harus gunakan semuanya!)
Ketiga-tiga jenis riben dibawah ini telah habis digunakan. Alhamdulillah. Betul-betul cukup semuanya!!


1 comment:

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)