5 Ogos, 2009
Salam dan Hai
Update tentang 4 perkara
1. Kimie Kajang.
Salam dan Hai
Update tentang 4 perkara
1. Kimie Kajang.
K.Rina dan abang saya pilih Kimie Kajang untuk jahit baju nikah. Masa sampai malam tadi, lama gak kena tunggu pasal ada 2-3 orang pelanggan dah memang sedia ada dalam butik mereka. Nasib proses nak ukur badan kejap aje, tapi cuma boraknya aje yang panjang. Kimie dan rakan-rakan memang peramah. Pandai amik hati pelanggan. Rasa cam dah lama kawan. Kongsi idea dan pendapat. Penting ada tailor yang sudi kongsi ilmu pasal kadang-kadang orang biasa cam kita ni, tak tau pasal luas bidang kain, dan serba serbi hal kain ni. Jadi Kimie dah bagi khidmat nasihat percuma.
Kimie pun minta maaf pasal tak sempat nak layan kitorang dari awal. Pasal ada sesetengah pelanggan tak suka dieekor, jadi Kimie n the gang pun biarkan aje kami tengok-tengok dulu koleksi mereka yang memang boleh tahan cantik juga la. Upah jahit baju kurung moden perempuan RM260 dan baju melayu lelaki cekak musang RM130. Boleh bayar deposit sesuka ati.
Kimie pun minta maaf pasal tak sempat nak layan kitorang dari awal. Pasal ada sesetengah pelanggan tak suka dieekor, jadi Kimie n the gang pun biarkan aje kami tengok-tengok dulu koleksi mereka yang memang boleh tahan cantik juga la. Upah jahit baju kurung moden perempuan RM260 dan baju melayu lelaki cekak musang RM130. Boleh bayar deposit sesuka ati.
Tapi kesian K.Rina dan abang saya pasal Kimie tak benarkan mereka pinjam kasut dan veil pasal Kimie dah banyak kali kena, pelanggan pinjam kasut, tapi pulangkan kasut dah tak serupa kasut lagi! Dah tu, mereka simpan rapat-rapat dalam kotak, terus pulang dan terus juga balik. Bila check, kasut dan jadi capal agaknya! Bila call, pelanggan tak ngaku salah. Jadi Kimie kata, takkan nak argue dengan pelanggan. Jadi untuk elak hal berlarutan, jadi Kimie pun amik keputusan untuk tidak menyewakan kasut dan aksesori kalau pelanggan tu tak amik pakej dari butik tu. Rasanya memang rata-rata bridal yang kitorang pergi, memang takkan bagi sewa aksesori kalau tak amik pakej dari mereka. Kesian Kimie and the gang :(
Bakal pengantin semua, jangan buat aniaya orang macam tu. Tak baik tau!
2. Perut buncet?
Dalam ramah-ramah Kimie tu, mereka berjaya buat saya risau.
Kimie kata kajian terkini menunjukkan, orang yang selalu pakai low cut jeans, besar kemungkinan nanti perut akan buncit sebab makanan tersekat di perut.
What the fish??!!
Saya baru beli jeans baru lepas dapat bonus hari tu??!!
4. Katerer
Dengan nada sekat-sekat, saya tau yang kawan opis saya memang datang dengan tujuan. Rupanya dia nak bagitau saya yang dia pergi jemputan kahwin minggu lepas dan memakai katerer yang sama. Kawan saya ngomel sikit-sikit, hal persiapan makanan yang lambat dan alas cawan yang berhabuk. Saya tau dia serba salah, tapi atas tanggungjawab sebagai kawan, dia bagitau juga. Nasib baik juga dia bagitau.
Tapi hal-hal macam ni amat subjektif. Maksud saya, apa yang berlaku kat majlis A, mungkin tak berlaku kat majlis B. Apa yang berlaku kat majlis B, tak berlaku kat majlis A.
Mungkin ikut nasib, mungkin ikut rezeki.Sebab dulu masa saya datang majlis yang katerer ni buat, makanan memang cedap sangat! sebab tu kitorang amik keputusan nak amik katerer ni..
4. Tayangan Ulangan
Baru tadi K.Rina telefon dengan keadaan amat panik. Dia kata kawan abang saya kata, baju sewa abang saya dan K.Rina, sama cam baju isteri dia masa belah dia. Maka K.Rina skrang tengah dalam keadaan amat panik. Abang saya pulak asyik kata nak pitam..Jadi tak tau camne jalan penyelesaian. Orang butik tu cadangkan, tukar yang inner tu kepada warna cream.. tapi entah la..Tapi sudahnya, mungkin kena tengok baju lain kot if takmo sama gak.
Untuk sedapkan ati K.Rina, saya kata la, bak kata Kimie Kajang masa ukur badan K.Rina, potongan badan K.Rina seimbang dan cam model, jadi sarung apa-apa pun tetap akan cantik.
----------------------------------
Ok hari ni terlalu banyak maklumat perlu dihadam.
Presentation pun hari ni.. adoi la!!!
Tu dia persiapan :) takpe, belajar dari abang pastu bleh aplikasikan dalam majlis sendirik nanti,ceewaahh,hehe..:) bagus sebenarnya rancang properly camni, supaya tak sakitkan kepala dan nyusahkan orang lain dikemudian hari,heh.
ReplyDeleteTapi betullah memang perempuan yang byk cerita dan fikir ttg persiapan ni. Takdepun lagi jumpa blog persiapan kahwin tulisan orang lelaki,hehe..Lelaki kekadang tu rileks je cam sy dulu,wakkakaka..
eleh.. rilex sbb korang, mak, adik beradik perempuan dan tunang yang uruskan.. if tak, ha memang tak jalan kot!
ReplyDeletemahal tak kimie kajang?
ReplyDeletedia amik upah jahit baju kurung moden RM260 (perempuan). Lelaki baju melayu RM130.. Harga standard kot..
ReplyDeleterase mcm mahal je xora.mak andam yg roy ckp tu die tukang jahit gak tau.jahit baju pengantin.dulu pernah keje ngan man kajang.
ReplyDeletebaju melayu siap sulam baru rm90 je..n baju kurung modern tu sampai rm260 tu mmg melampau la.xsanggup rasenye..
mgkn mahal sbb kt bandar n da ade name kot..
oo, masa dia bagi harga, saya rasa cam harga standard jadi tak terfikir la pulak mahal. Yup, rasanya la kan Roy, kat bandar semo harga pun lain. Nak compare price pun susah pasal if puas hati, mahal ke murah ke dah tak jadi masalah. Senyum je menjela :P)
ReplyDelete