02 September, 2009

Sederhana Ye Sayang?

2 September 2009

Salam dan hai.

Sedikit selisih faham berlaku--hal baju masa nikah..

Saya mahukan baju melayu cekak musang dia, di bahagian kolar leher, lengan dan kocek, menggunakan cebisan daripada kain songket nikah beliau. Erti katanya, saya nak beli kain songket, mungkin panjang 3 meter, bagi membolehkan impian tu dilaksanakan. Ala, bayangkan aje baju nikah lelaki, yang kebanyakkannya selalu sulam di bahagian leher? ha saya nye impian begitu, tapi gantikan dengan songket.

Seperti biasa-- dia menggunakan pendekatan yang tidak mebahaya. Setuju aje, tapi secara halus kemukakan bangkangan dengan cara paling halus mulus.. dialog dia:
"Erm, cantik idea tu. Tapi tak susahkan sayang ke beli songket panjang2? mahal tau"
"Cantik, tapi if lebih budget kita, tak perlu la ye"

'Radar' saya telah mengesan tanda-tanda protes secara berhemah dari pihak beliau.. Tapi seperti biasa, saya dengan dunia saya, takmo hiraukan kuisan dia untuk membangkang.
"B tau kan D suka yang sederhana. Tapi kalau ni impian B, asal sayang suka dan happy, D ikut aje" -- tu kata akhir yang dia bagitau saya.

Dia yang bagi kebenaran untuk teruskan, maka teruskan aje la -- itu yang saya pegang.

Beberapa kemudian, sengaja saya buka blog saya yang satu lagi, saje2 baca diwaktu lapang.. Dari satu post ke satu post..

Sehingga ke satu post yang pernah saya coretkan, bertajuk "Kerana Dia Manusia Biasa"

Saya kongsikan disini:

Kadang-kadang teringin nak tanya kawan-kawan yang dah tunang atau dah kawin, kenapa diorang pilih si dia sebagai pasangan? Walaupun soalan tu cam tak sesuai di tanya, tapi memang sentiasa berlegar-legar kat kepala saya. Jawapan yang saya biasa dengar antaranya;
dia boleh pimpin saya dunia akhirat;
dia boleh jaga saya dan keluarga
dia tahan kerenah saya
Sudah jodoh
Memilih kerana Allah Taala (diikuti dengan tawa kecil si penjawab soalan)

Macam-macam jawapan. Jawapannya kadang-kadang saya rasa macam kelakar, sampai ke tahap, saya sendiri terfikir, ikhlas ke jawapan yang diberi? tapi tak mengapa lah sebab yang pasti jawapan tu yang menjadikan si dia istimewa pada mata pasangan masing-masing.

Saya? erm.. saya pulak bagaimana ye? Kenapa dia? Susah juga nak jawab pasal saya sendiri pun tak pernah tanya soalan tu kat diri sendiri. Dok sibuk asyik tanya orang aje :) Kenapa saya pilih dia?? erm.

Kenapa saya pilih dia?
Kenapa dia yang saya pilih?
Pilihan saya dia, kenapa?
Saya pilih dia, kenapa?
Susah untuk diberi jawapan bila soalan tu saya tanya diri sendiri. Tapi saya rasa saya tau jawapannya.

Sebab dia sederhana.
Dia amat sederhana.

Dia sederhana dan dia hanyalah manusia biasa :). Dia sedar dia hanya la manusia biasa yang ada Allah yang aturkan hidup dia.

Dia bukan anak pembesar mana-mana. Jauh sekali kerabat diraja. Dia hanya lah manusia biasa. Dia tak taburkan janji-janji manis atau ayat-ayat berbunga. Dia simple dan realistik. Dia tau dia tak mampu berikan saya segala yang saya nak sekelip mata. Dia sedar yang dia perlu berusaha untuk apa yang dia nak dalam hidup, tapi dia takkan taburkan apa-apa janji sebab apa yang kita ada pada hari ini, mungkin dah tiada pada hari esok. Tapi tak mengapa, sebab kita kan masih boleh berusaha lagi? Betul tak? Yang penting usaha.

Kita hanyala manusia biasa. Manusia perlu sedar dengan sifat kemanusiaan masing-masing yang tetap ada hadnya. Mungkin hari ni bukan rezeki kita, esok juga bukan, tapi mungkin minggu depan iya.

"D cuba yang terbaik ye" --Itu lah ucapan keramat dia tiap kali saya ajukan permintaan saya yang berbukit.
Dia bukan lah kaya.. bukanlah datang daripada keluarga yang berada.. tiada perniagaan keluarga yang perlu diuruskan macam drama di TV.. Cukup untuk dia ada pekerjaan. Dia juga sedar yang mungkin hari ini dia ada pekerjaan, tapi mungkin esok tiada. Tapi takpe, pasal yang pasti, saya tau dia akan berusaha mendapatkan rezeki yang halal untuk isteri dan anak-anak dia nanti, InsyaAllah.

Dia ada beberapa kelebihan, tapi dia ada banyak kelemahan. Tapi apa bezanya dengan saya? Kalau dia boleh terima kekurangan saya, kenapa saya tak boleh bertolak ansur dengan kelemahan dia? Dia boleh hidup dengan kekurangan yang ada pada saya, kenapa saya tak boleh hidup dengan kekurangan yang ada pada dia?

Kerana diakhirnya, saya juga hanyalah manusia biasa.. Dan saya sedar saya hanyalah manusia biasa, seperti dia..


Kami hanyalah manusia biasa, yang sama-sama sederhana.
Yang mencari cinta biasa
Cinta kami cinta biasa
Tapi itu sudah cukup luarbiasa

----------------------------------
Tersedar saya.

Sampai ati saya..Betapa tamaknya saya.. Atas paksi "kahwin hanya sekali aje Sayang..", saya pekakkan telinga, butakan mata hati, buang ketepi maksud disebalik setiap ayat dia..Walau apa yang saya nak, berlawanan dengan kehendak dia. Dengan diri dia.

Maka, terus sahaja saya sms dia
"D, kita buat baju nikah D ikut selesa D? Tak perlu songket kat leher, tak perlu sulam. Simple kosong aje. Sederhana cam yang D nak?"

Beberapa saat kemudian-- .. Sms tertera
"Terima kasih sayang..!"
.
.
. Tapi sempat saya kata "Tapi butang baju melayu, nak kilat-kilat ada batu ye sayang?"

.. well.. i do have my standard :P

10 comments:

  1. XORA..
    ROY SUKE TOPIK NI.KITE NI BNYK PERSAMAAN KAN..TP UNTUNG DPT BAKAL SUAMI YG SEDERHANA NI.DR YG METARIALISTIK N PLASTIK..LG BAHAYA..

    BERSYUKUR LA DGN APE YG TUHAN DA BG KT KITE..CUME KITE TLALU IKUTKAN KONSEP PERKAHWINAN SEUMUR HIDUP SEKALI.TU YG SEMUA KITE NAK..

    ReplyDelete
  2. amboi.. capslock.. trus segar mata saya dipetang ramadhan :P ye, suka roy suka baca post ni.. benda ni, semua kita sedar dan tau, cuma kadang2 kita terlupa :)ingatan utk diri saya juga :)

    ReplyDelete
  3. rasanya semua perempuan ada rs yang sama mcm u. kita inginkan kesempurnaan. tp kadang2 kita terlupa apa yang 'the other half' kita harapkan.. dorang pulak biasanya akan cuba sempurnakan hajat kita walaupun kadangkala ambil masa..kan? tp yg pasti kita tau yang dia sayangkan kita.no doubt..itu yang penting ;)

    ReplyDelete
  4. "Butang baju aku mana pah?"

    p/s: baca kat last entry je. Hehe

    ReplyDelete
  5. hola xora. blog visiting from ctfza's blog.

    yeah. saya pun suka baca entry ni. rasa sweet sangat. rasa termuhasabah diri ini yang dah punya plan ala-ala membazir kelak.hu.

    ReplyDelete
  6. azian:yup.. sebabkan sayang, segala apa kita minta diorang ikutkan aje

    nizam: heei tu dialog madu tiga!! sebelum dia gi nikah yg kedua.. cisss

    thalhazlin: betul2.. tapi kadang2 selalu terlupa :( hari igt, esok dah nampak kain cantik, terus saya lupa hihihihi

    ReplyDelete
  7. Err bila baca entry ni memang lebih kurang samalah wak ngan sy. Memang dia suka macam2 lelagi masa nak kahwin dulu,hehe. Tapi biasalah lelaki,tak sampai ati nak menolak..lelagilah kalau dia mintak beria2,hehe.

    Kita cubalah penuhi permintaan dia. Lagipun cam awk cakap kenalah terima pasangan kita seadanya.

    Saya dulu memang buat songket kat leher tu macam yang dia nak. Tapi rasanya tu lastlah pakai baju melayu tu :) sebab segan nak pakai gi mesjid pada hari2 biasa atau pakai gi ofis hari jumaat. Saya memang dah fikir camtu gak sblm ni cuma malas nak bising2,hehe.

    Kalau pakai baju biasa, bole pakai masa hari raya, gi mesjid, majlis2 yang perlukan berbaju melayu dsb. Kalau pakai camtu, mesti orang cakap pakai baju nikah dan mmg peliklah sbb jadi lain dari lain plak dari orang lain. lelagi orang yang tak suka jadi perhatian dan pemalu cam sy ni,hehehe

    ReplyDelete
  8. Acai, encik D saya pun pernah kata nanti baju tu dah tak sesuai nk bawa pakai hari lain kalau beria sangat direka. tapi saya degil pasal nak juga kelainan, jadi dia pun ikut kan aje.. tapi skrang, bila dah tenang skt fikir, takpe la, ikut dia selesa.. kang dia takmo pakai, saya gak yg sakit ati :P ngengenge..

    ReplyDelete
  9. x pe..bajunye kosong, tp nnt kan ade songket leh touch up :)
    hehehe, bkn ke die da mintak butang bj melayu kilat, ko make sure bersinar2 smp semo org terkene pantulan nye ye ;) hehehe

    btw, aku suke entry ni n esp yg 'Kerana Dia Manusia Biasa'

    ReplyDelete
  10. hi xora
    very nice topic..the keywords 'kt hanya manusia biase'..arini sedar,esok buat blk..(refer to me)..the point is..we know here we stands..
    try to follow ur blog from ur first entry..huhu..and post ni dpt memuhasabahkan diri ^_^
    keep posting, i'm ur follower!!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)