22 Ogos 2009
Salam dan hai
Tali perahu terap belaka.
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh
Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu
Barulah kini batangnya rebah.
Rebah pula menyembah bumi
Baru sekarang diizinkan Allah.
Agar dapat menyatu dua hati
Banyak dapat ikan tembakul.
Ikan tembakul dikerat-kerat
Yang kami doakan sudah terkabul
Biar sampai dunia akhirat
Untuk artikel penuh bagi rujukan bakal pengantin semasa majlis persandingan/ makan beradap berlangsung, boleh klik di sini
Oh ya, pantun di atas tu adalah hasil meng'google, terjumpa beberapa pantun yang amat molek dipersembahkan sepanjang majlis berlangsung! :)
hehe boleh amik ni
ReplyDeletebg memeriahkan majlis.. :P
sila sila.. kita kongsi ramai2 pantun ni :) sharing is caring
ReplyDeletesalam akk boleh tak nak mintak senarai budget akk dgn kertas kerja untk wddg nie .tahun nie insyallah sya akn kahwin .saya tak tahu nak buat persiapan mcm mna dan tak tahu nak mula dari mana .lagi pun dlm fmly saya blm ada yang dah kwen .so saya harap sgt budi baik akk kgsi dgn saya .thank you kak .ini email saya idayuramli@ymail.com
ReplyDelete