04 August, 2009

O.P Terpilih


Salam dan Hai

Semalam malam, selepas giler frust dengan hasil air tangan barang hantaran cam --- hisshhh! Maka pergi juga jumpa Abang Rashdi dari Peveyheck untuk booking khidmat fotografi dia, di Kopitiam Bangi.

abaikan kewujudan gadis dibelakang tu

Hai, tambah lagi frust, dia telah dipinang pada 1 November tu! Maka melepas la.. tapi A.Rashdi tetap amik, cuma dia amik kawan dia utk fotografi tapi editing semua dia akan buat.
Tipu la kata tak kecut, tapi saya rasa kena percaya dan redha aje la.. Harap semuanya ok. Harap orang yang akan A.Rashdi assign tu, ok. Walaupun abang saya asyik kata "takpe, janji cun", tapi mesti la saya kecut gak kan kalau apa-apa terjadi.
Pakej untuk bersanding, termasuk snap tanpa had, customized album 10x28, percuma 18r frame sekeping, cover 4 jam, .. Lagi apa ye?? dah lupa..
Tau, ada pakej di luar sana lebih best dan murah. Tapi entah la, saya sudah jatuh hati sama art work dia. Cuma skrang berdoa, orang yang ditugaskan tu, dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya, memenuhi standard yang saya harapkan.
Saya suka kerja A.Rashdi pasal dia tak edit terlalu dasyat sampai pengantin tak kenal muka sendiri. Saya takmo macam tu. Biar anak-anak, cucu-cucu tengok, diorang kata "Atukkk!".. bukan "Hannttuuu!!!!" Penerangan dengan A.Rashdi amat jelas sebab dia bagitau setiap details, duit kita pergi mana. Tau upah kamera man tu berapa.. yang RM ni untuk mane..
Teringat juga pesanan A.Rashdi, ramai yang jenis yang nak murah, tapi nak kualiti tip-top. Mencari dan membandingkan, tup-tup bila last minit baru nak booking, dah terlambat. Abang saya bukan antara orangnya. Dia langsung tak amik peduli, tu pun jadi kes booking terlambat.. hisssh!
Dalam membincangkan hal pakej, sempat juga dia bagitau saya hal berkenaan pakej kahwin untuk masa saya pulak nanti. Siap proposal untuk tema pre marriage saya tahun depan InsyaAllah.. Saya amat gembira, pasal proposal tema yang A.Rashdi cadangkan pada saya, sebiji yang macam saya dah impikan! Semangat kami berdua nak buat tema tu pasal A.Rashdi kata, dia belum pernah ada tema tu lagi dan akan berguna untuk portfolio dia nanti.
Tapi memandangkan hal masih belum terlaksana, maka kena simpan rancangan ni dalam-dalam sehingga pada hari pelaksanaan. Tahun depan InsyaAllah saya akan war-warkan.. Yang penting, kena ada duit lebih kurang RMX.Xk untuk 3 majlis..! Nak kena cekau dari mana eyyyye..
Ok jom layan gambar dari Peveyheck a.k.a Rashdi Amin



acai1

img_2992

img_3129
img_0187

img_76711

img_72551

Jangan lupa klik di peveyhack.com/blog ok?!

5 comments:

  1. sy pun suke style Abang Rashdi dari Peveyheck ni (ceh.. mcm tahu sgt jek ckp style2 ni)
    tapi mmg suke lah sbb cantik
    tapi apa kan daya jumpe page dia after sy dh book dgn org lain
    so redha jelah dgn apa yg ade

    ReplyDelete
  2. Waaa, gambar kahwin sayeppun ada gaklah,hehe..:) aah, rugi tak book rashdi awal2 tau..sbb biasanya kalau photographer2 best ni at least 3 bulan dah kena book tau..

    Pasal photog tu biasanya pevey tu akan pilih orang yang dia percaya untuk handle tugas dia..:) dan kalau dia buat editing dan album mmg best,hehe..tapi terpulanglah..cuma nasihat sy, sapa2 photographer yang dia bagi nanti, awk kena kenal dulu..at least nanti senang nak bekerjasama..

    Emm, 1 November tu sy ada job kat JB rasanya,kalau tak bleh datang tolong2 amik gambar,hehe..

    ReplyDelete
  3. alamak.. encik acaii jawe sudah kembali :p.. mesti ni puan falin memberikan khabar ye??? mustahil boleh terjumpa blog saya di sini :P

    Falin!!! mana ko!!

    ReplyDelete
  4. impression varies. sesungguhnya tidak berminat gambar seperti ini dan sewaktu dengannya. tidak sesuai untuk diframe, tidak clear. gambar separuh, senget dan terlalu jauh. gambar bulu mata palsu juga tidak berminat untuk disimpan. Ada kawan yang ambil gambar seperti ini dan menyesal. Tertipu dgn artistic value, sort of, but itula, impression varies!

    ReplyDelete
  5. biasanya gambar camni bukan untuk letak dalam photo album tapi burn dalam cd. yang penting, kena brief dlu fotographer kita nak gambar yang macam mana sebab kebanyakkan diorang ada different way of shooting dan diorang boleh fleksibel kepada permintaan sebab setiap pelanggan ada citarasa yang berbeza. macam saya, dah dapat unlimited shoot, jadi apa salahnya nk masukkan stiap details hal perihal wedding.. kalau boleh setiap dekorasi dewan saya nak abadikan..tapi excludekan dari dalam photo album. so saya rasa it's all about communications. jgn expect fotographer faham apa yg kita nak sedangkan itu baru pertama kali berjumpa kan?

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)