28 August, 2009

Hantaran--Finale

28 Ogos 2009

Salam dan hai


5 dulang telah disiapkan dengan kadar amat-amat sederhana.


abaikan karpet geometri dan wayar sterika dibelakang
Seperti yang telah dipersetujui oleh bakal pengantin, takde kotak plastik dililit ropol.. Takde kerawang-kerawang.. Takde kombinasi warna pelbagai... Takde gubahan bentuk yang kreatif.. Yang penting, mudah untuk dibawa ke Ghanu.

Demi menghormati bulan Ramadhan (ceeehhh), maka aktiviti berasaskan perkahwinan telah di hentikan sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Semua hantaran telah disimpan di dalam almari untuk elakkan daripada berhabuk.

Mungkin akan pulun habis dengan mutiara-mutiara dan kristal-kristal bling bling dalam seminggu sebelum berangkat ke Ghanu.. 2 lagi dulang-- wang hantaran+barang kemas; dan buah-buahan akan disiapkan di minggu terakhir sebelum majlis.



Mungkin aje la.. tengok pada kesesuaian masa.

Buat masa sekarang, ini la hasil DIY kami.. Saya rasa, dengan teknik angle camera yang betul dan pencahayaan secukupnya, patutnya hantaran ni nampak sedikit gojes, even sipi aje :P

Penghulu segalanya--tepak sireh




Kasut+wallet


Minyak wangi+makeup
Telekung+alQuran
Kain Ela (tudung belum beli-- akan diletak di tengah-tengah tu membentuk ros dan brooch diletak di tengah 'kelopak'-- tunggu aje la entah apa rupa tudung tu saya buat :(..)


Jangan gelak..

Dah kata jangan gelak...!!

Korang puasa ke tak ni?? :P

11 comments:

  1. hye xora.. orchid sy warna purple jugak.. tapi purple penuh.. ntah bila nak start buat dgn ibu.. huuu

    ReplyDelete
  2. wah..cantik. semakin hebat kamu..kipidap!

    ReplyDelete
  3. ctfza: takpe, ibu kamu hebat jadi buat last min mesti ok nye.. jgn risau tau

    cik modus: hahaha.. cantik erk? ye mekacih.. terharu la *kesat hingus*

    ReplyDelete
  4. tema purple eh? same mase sy tunang jgk :). xora thanks sudi jln² di blog sy. sy nk link awk eh!!

    ReplyDelete
  5. eh.. cantik la..siries..
    takkan nak gelak..
    simple but lovely..
    tak tipu punya..
    tahniah..

    ReplyDelete
  6. Haliza:thanks! nanti saya add kamunye link juge ye? :)
    Shareeda: hugs maya* mekacih!! lap hingus*

    ReplyDelete
  7. xora, i tgk cantik je.tak rasa nak gelak pun..pandai u gubah..

    ReplyDelete
  8. Xora,series cantik..ari tu miza bangkang cakap mak..guna orked cam org dulu..tp ni mmg siries cantik..

    ReplyDelete
  9. ur welcome. ok² kite xchange *lap hingus jgk! hehe

    ReplyDelete
  10. cntik la hntran awk wat
    mmg sweet sngt

    ReplyDelete
  11. xora, urs is very simple yet lawa, kadang2 mmg tak perlu over the top nak lawa, simple pun dah nice..

    good jod, atleast boleh berbangga diy.. dari org yg duk tempah (mcm saya) hehe...

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)