05 July, 2009

Warna Hantaran

Salam dan Hai

Sepanjang saya terlibat sebagai tetamu atau penyibuk dalam majlis kawin, mahupun dalam gatal-gatal surfing internet cari bahan, saya perasan yang tema warna dalam majlis melayu ni, warnanya 'pi mai pi mai tang tu'. Bukan maksud saya biru tak cantik, atau hijau tu dah biasa sangat, tapi maksud saya, kombinasi warna belum lagi mengalami transformasi. boleh dikatakan balik-balik, warna itu.

Mungkin jalan selamat daripada buat sesuatu yang diluar jangkaan orang.

Tau-tau aje la, walaupun majlis kita, tapi biasanya makcik-makcik dan mak-mak yang akan pot-pet bising, masing-masing kata pilihan mereka la yang hebat..

Kadang-kadang, baik ikut kerenah mereka dari makan hati bila mereka menjuih bibir mereka..

ppsstt...! mungkin zaman muda-muda dulu mereka tak mampu buat apa yang mereka nak, maka diorang nak laksanakan pada majlis anak-anak mereka pula :P

Ok, post kali ni, saya nak berkongsi tema kaler yang saya dapat hasil googling. Saya jenis kalau boleh nak sesuatu yang baru dan tak mau sama cam orang.

Kononnya nak rasa diri kreatif tapi saya sedar,ada dua sebab ngapa orang tak buat apa yang saya nak buat..

orang tak pilih pilihan kita sebab kaler tu memang tak cantik!!

atau

orang tak pilih pilihan kita sebab tak pernah dibuat orang!!

Jom, layan tema warna yang saya harap dapat tengok dalam majlis kawan-kawan terdekat suatu hari nanti..

Navy dan Lilac yang sama kuat warnanya.




Atau cuba sesuatu yang baru- navy dan kuning?



Tiga keluarga menjadi satu? -- Navy, Lilac and Grey? Ada bran???? (bahasa mat rempit)




Atau sesuatu yang lebih lembut?


Tak pun kaler di bawah ni.

Kat tempat omputih diorang panggil warna ni sebagai warna champegne.. tapi kat sini, kita panggil aje kuning cair, ha kan mudah :P

Champegne atau nama melayunya kuning cair giler :P





Tapi kalau warna champegne atau kuning cair tu terlalu lembut, boleh tambah dengan warna copper


Dalam situasi saya sendiri, pada mulanya saya nakkan warna ni


Coklat dan pink.

Hanya disebabkan mereka pakai cantik, lalu saya berangan dan berharap, saya punya gubahan juga cantik macam ni.. membayangkan, gadis-gadis pengapit di bawah ini adalah barang hantaran dan saya ditengah memakai baju serba putih


Tapi disebabkan baru-baru ini, teman lelaki bagitau yang mak dia nak pakai warna pink, maka saya beralih pada warna hitam dan merah -- konon kombinasi warna yang elegant.

Tapi lepas saya baca dalam satu artikel, dikatakan elok perempuan bagi hantaran warna lembut, bak kata orang, tau la penghantarnya seorang gadis.. Maka rancangan telah berubah.. Cari punya cari dan mengambil kira tema hantaran saya yang impikan menggunakan english tray lalu saya rasa pemilihan saya kena la warna lembut

Pilihan saya terhenti pada warna di bawah:



Yup, warna peach.





Kombinasi apricot, peach dan pink adalah tema saya.


Doakan saya mampu hasilkan sesuatu yang indah dengan pilihan ini.

Dan harap kali ni, ketetapan saya lebih lama. hihihi!!

No comments:

Post a Comment

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)