19 July, 2009

Tulisan Jawi

Salam

Sesuatu yang saya ingin kongsikan bersama pembaca. Pada bekas-bekas pengantin baru, takpe la kalau terbuat perkara di bawah. Tapi kepada bakal-bakal pengantin, mungkin artikel ni boleh memberi perspektif berlainan. Tapi kesudahan tindakan tu, terpulang pada diri.

Yang penting, peranan saya menyampaikan sudah dilaksanakan.

Saya pernah dapat diemail. Tapi masa tu tak terfikir nak simpan (pasal saya tak terfikir ada orang nak kawin dengan saya pun :P).

Hal berkenaan penggunaan tulisan jawi dalam kad kahwin.

Tulisan Jawi ni adalah khazanah orang Melayu. Pak arab sekali pun, takkan tau membaca tulisan jawi kita sebab tulisan jawi tu dicipta oleh orang dulu-dulu, seiring dengan penggunaan bahasa melayu kita.

Memang penggunaan tulisan Jawi unik dan tradisi orang Melayu. Sedangkan nama jalan dan papan tanda pun ada pakai tulisan Jawi.

Tapi, disebabkan terpana dengan cantiknya kerawang tulisan Jawi ni, kita lupa yang tulisan jawi ni diambil daripada tulisa dan huruf di dalam alquran. Tulisan Jawi adalah tulisan Al-quran

Nampak hal isu remeh aje kan?

Kad raya pun pakai tulisan jawi apa, boleh aje jual!!?

Takde sapa kata tak boleh jual. Ada permintaan, ada la yang menjual. Kita pun ada terima kad kawin dan kad raya pakai tulisan Jawi. Tapi kita kena ingat, kesudahan kisah hidup "Aku Sekeping Kad Kahwin", karya wajib budak sekolah rendah biasanya, akan ke tong sampah juga.

Walaupun perkataan "Assalamualaikum" pun seeloknya jangan ditulis dalam tulisan jawi. Cukup tulis dalam tulisan rumi sebab dikhuatiri dipijak atau dibuang. Seingat saya, masa abang saya kahwin dulu, kad kahwin dia untuk orang bukan Islam, dia terpaksa tutup perkataan "Assalamualaikum" bila kad tu diedarkan kepada bukan Islam.

Sebab tu kad kahwin dulu-dulu selalu ditulis Walimatururus.

Perlu diingat, bukan isu keberkatan majlis kahwin tu terletak pada kad kahwin tu. Berkat datang dari Allah, bukan datang dari kad kahwin, tak juga dari takutkan orang ngomel kat belakang maka majlis tak berkat.

Bakal pengantin sekalian, sila jangan alpa tentang hal penting ini.

Kalau ada yang tak sama pendapat, terpulang. Tak kisah. Pilihan masing-masing. Buatla pilihan yang bijak.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

4 comments:

  1. Tak pernah terlintas pasal isu ini.Very informative.Akan diselidik dgn lebih lanjut dan akan share dgn Xora.Dari tanggung dosa...

    ReplyDelete
  2. bukan ke dalam bahasa Arab Assalamualaikum tu bermaksud (Peace to U)

    jadi kalau kad kahwin nak bg non muslim kena tutup jugak perkataan tu ye?

    ni just curious n nak tau je.
    thanx kak :)

    ReplyDelete
  3. Menn, abg saya kahwin dulu, dia hitamkan ejaan assalamualaikum tu. dan kalau tak silap saya, kalau non muslim cakap kat kita assalamualaikum, pun kita tak boleh nak balas waalaikumussalam

    ReplyDelete
  4. Klu non muslim bg salam kat kt...kt jawab waalaikum je...sebab klu dorg ada niat x baik...pulang smula kat dorg...(astro oasis CUBAAN ust7 akhil hay)..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)