25 July, 2009

Nilai 3 Diserang Xora

Salam


Ok, akhirnya selepas dengar berbagai kata pujian tentang Nilai 3 tentang betapa murahnya barang kahwin kat sana, jadi saya dan ibuayah pun pergi ke sana. Walaupun meraban bawa kereta sebab tak pernah gi, tambah dengan signboard Nilai 3 yang merepek dan tak kena kedudukannya, akhirnya sampai juga ke Nilai 3..

Tempat yang teramat luas.. Memang untung la kedai yang kedudukannya paling awal kami jumpa sebab kami terus aje pergi ke kedai pertama. Selepas mendera amoi kedai langsir tu dengan menetapkan, semo barang kami, kena harga RM10 (simpati tengok amoi tu terkejal-kejal bila ayah saya menawar) , akhirnya berjaya juga beli langsir dan kain ela untuk ibuayah dan adik saya.

Kemudian kami ke kedai Thank Q rasanya, beli barang-barang untuk majlis abang saya dan keperluan hiasan barang hantaran.

Total semua barang hampir RM600++ juga dihabiskan untuk seharian di Nilai 3, dengan senarai barang yang teramat panjang nak disenaraikan, lebih panjang dari permintaan Puteri Gunung Ledang ok.

Yang paling buat saya suka, white english tray idaman saya berjaya dijumpa. Memandangkan harga biasanya dalam RM19 untuk yang kecik, disebabkan diskaun maka dapat dalam RM14.. Memang amat happy! Yang paling besar pun dapat RM22! Suka suka!!


Kalau pun ada yang murah, pejam aje la mata sebab mungkin rezeki saya dapat pada harga itu aje. Pejam mata pejam mata Xora..

Tapi sedikit frust pasal ada jumpa cam kat bawah ni tapi banyak yang dah patah-patah rangka dia dan warna cat tak sekata. Kawan saya kata, tunang dia beli kat Semua House. Tapi memandangkan nak settle hari ni, maka saya beli aje bakul besi warna silver. Nanti la fikirkan cara nak gubah macam mana.



Mengingati tips dari kawan saya bernama Chika ni, dia kata kalau rombongan kena pergi jauh, dia cadangkan beli sesuatu yang menyinar atau 'tabur-tabur' (istilah dia) untuk diletak kat atas barang hantaran. Naik seri sikit dan paling penting, tak susah nak gubah.

Saya beli white english tray ni pun pasal memudahkan nak susun barang hantaran. Main susun kat tepi aje pun dah cukup ok kot. Pasal saya takmo gubahan tutup barang hantaran sampai tak nampak apa yang dihantar. Maka white tray ni penyelesaian.

Ni la 'tabur-tabur' yang Chika suruh beli. boleh letak tepi bunga atau atas barang hantaran. Disebabkan batangnya dawai, jadi senang nak lentokkan. Harga dalam RM2.50 se-- apa ye penjodoh bilangan benda ni.. serumpun? ke sedawai? erm.. tak kisah la, tapi harga satu RM2.50. Saya beli 4 aje, total RM10 sebab white tray tu pun cuma beli 4 je sebab lagi 3 barang hantaran, tak sesuai pakai white tray ni.





Nak tunjuk sikit gambaran setelah menggabungkan barang-barang yang saya beli

tanpa flash


dengan flash

takde beza pun, cuma nak gak letak dua-dua gambar sebab excited! Kemudian, abang saya pun balik dari kerja. Lega giler bila dia pun amat suka dengan idea dan barang yang saya beli. Best sangat. Dia siap kata "takpe, aku percaya dengan taste ko". Kalau dia tak cakap pun, tengok reaksi muka dia masa kali pertama tengok dulang tu semua pun, dah dapat agak yang dia suka.

Alhamdulillah :)

Terus tak terasa penat. Kalau nak suruh tawaf satu Nilai 3 pun larat lagi ni. hihi

Sekarang, cuma tunggu barang-barang hantaran yang dia akan beli esok insyaAllah. Tak sabar nak buat gubahan tapi ayah kata tunggu la dulu. Karang buat awal-awal berhabuk pulak.

Memandangkan perjalanan ke Terengganu tu jauh, baik kami bagi tepak sirih daripada minta keluarga Terengganu buatkan sirih junjung, takut mereka pun sibuk dengan persiapan kenduri sendiri kan (sebenarnya saya amat particular dalam hal keseragaman tema :P). Bekas tepak sirih cam masa kawan saya bertunang hari tu. Saya suka! Sebab zaman sekarang dah jarang bekas tepak sirih ni digunakan.



Mungkin bila-bila, akan minta ayah gi cari bekas tepak sirih macma kat bawah ni. Warna putih gading pun cukup, tak perlu kemasan emas, kemudian boleh hias dengan jerujai warna ungu. Bunga di atas penutup, memang best. Kemudian boleh recycle balik untuk masa saya pulak --- kalau belah sana tak amik terus barang-barang hantaran.. huuuuuu



Lagi tertinggal, kain scallop untuk bilik pengantin. nak cari paling murah antara yang murah sebab hanya untuk hiasan, bukan nak dodoikan pengantin kat kain tu pun

Bunga untuk barang hantaran memang belum beli sebab nak bawa Nity sama-sama cari 2 Ogos nanti.. Yeay, girls day out!

Ni baru majlis orang, saya dah camni excited. Kalau majlis saya, mahu terbalik Nilai 3 saya kerjakan agaknya :P


25 Julai 2009,

8 comments:

  1. salam..

    suke la dgn tray putih tu..roy mmg bcadang mau guna tray putih tu memandangkan tema hntran mase nikah nnt adalah pink putih..

    ok gak erk harge tu..roy pon baru gi nilai 3 sabtu lpas tp xde beli pape pon..kejap je gi sane..

    ReplyDelete
  2. abang saya nye tema ungu-putih..! tapi beli tray tu pasal senang nak hangkut gi Terengganu..

    ReplyDelete
  3. miss, beli tray tu kat mana ek? sy cari tak jumpe2 pun :(

    ReplyDelete
  4. saya cari kat kedai Thank Q-- besar kedai nye, rasanya insyaAllah tak termiss. dalam kedai tu, masuk aje pintu, terus menuju ke belah kiri sampai hujung kedai. Tray tu letak berhampiran bakul-bakul berbagai bentuk semua. Beli la skrang, harga tengok sale tu.. ada 3 set size, kecik, sederhana dan besar..

    ReplyDelete
  5. maybe masa pegi ari tu lum ade kot ek..takpe nnt i teruskan misi mencari tray tu.

    bleh link ur blog?

    ReplyDelete
  6. pergi cepat2 tau, kedai Thank Q. dekat area rak-rak dan sangkar-sangkar. sila sila link.. kita exchange link ye?

    ReplyDelete
  7. sgt suka bila terjumpa ur blog n read entry ni....mmg tercari2 tray putih tu...ada satu vendor tu jual satu RM25 tp xsure lak jenis S, M or L... Tapi betul ker ada yg kata yg jual kat semua house tu xda kualiti...yg kat Thank Q tu mcmne kualiti dia?

    Thanx ya for respond...kita link awk tau..

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)