08 July, 2009

Hantaran Bukan Untukku

Salam dan hai

Berdoa diharap majlis yang dirancang nanti dapat berlangsung. Bukan majlis saya, tapi insyaAllah abang saya yang kedua merancang untuk berkahwin. Diharap semuanya akan selamat. InsyaAllah pada tahun ni. Tapi sama-sama kita tunggu

Saya menjadi project leader.

Agak kecut!! Abang saya percayakan saya untuk siapkan barang hantaran dan kad kawin.. Dia ni biar betul!

Takde pengalaman saya ni, jadi camne?

Idea dari internet memang la teramat lah banyak, tapi apa yang akan direalisasikan kat atas dulang tu, takkan sama cam dalam gambar.

Tapi sekurangnya ada idea dulu pun ok kot dari main hentam tanpa arah.

Kad kawin pun saya kena design.. Haiiyooo.. Mungkin dalam 500 keping kad.. camne ni! saya tak reti nak vogue2 kad, jadi saya design pakai apa imej yang dah ada dari google (terpaksa abaikan isu tentang hak cipta). Nasib sahabat bernama Falin dah bagitau quotation harga kertas kat Briekfield, jadi mudah la sikit urusan.

Jadi muka depan kad, akan letak benda kerawang ni kat tengah-tengah. Kad nak cari warna ungu cair. Mungkin nak letak batu-batu kilat yang letak kat tudung bawal , kat kerawang tu, nampak detail sikit. Cari batu-batu tu kat Terengganu, mesti murah aje.



Warna dalam kad takmo banyak-banyak. Semua dari warna ungu. cuma tona berbeza. Tulisan warna hitam atas permintaan abang saya.



Hantaran 7 berbalas 9.. Jadi saya dah nasihatkan abg saya, 3 kategori barangan; agama, adat, pengantin dan buah tangan. Maka barang yang akan diberi

1.Al-quran+telekung
2.Sirih junjung (kena minta tolong pihak sana buatkan sebab mereka jauh nun di Terengganu tu!)
3. Cincin, gelang, wang hantaran, mas kawin (semua abang saya nak longgok sedulang. Layan)
4. Kain ela, tudung, brooch
5. Kasut dan cluth
6. Set minyak wangi (dah suruh dia beli set terus yang berbungkus. Senang nak deko)
7. Buah tangan

Warna tema barang hantaran, UNGU.. Tapi saya rasa kena gak ada kombinasi warna lain. Jadi skema warna kat bawah ni jadi pilihan.


Yang pasti insyaAllah, tray putih ni menjadi pilihan! Saya perlu ekperimentasi dengan dulang ni supaya bila tiba masa saya, takde la kekok sangat :) Recycle aje, kan mudah! Cuma bunga hantaran abang saya kena pakai bunga palsu sebab kami nak menyunting bunga di Terengganu!


Alquran dan Telekung, saya cadangkan yang simple macam kat bawah. Cukup disusun kemas, lilit dengan kain renda untuk kekalkan bentuk. Saya memang teringin nak buat tasbih berbentuk hati macam kat bawah ni. Niat nak simpan untuk hantaran saya, tapi memandangkan masa saya lama lagi, jadi saya buat abang saya punye dulu (dapat bayangkan yang dia akan cari tasbih warna ungu jugee)




Kami kena minta tolong family Kak Rina buatkan sirih junjung.. Kalau la ada rezeki, memang saya nak wat cam kat bawah ni. Moden dan ringkas. Memang saya suka. Citarasa masing-masing, mungkin ada yang tak suka. Yang saya suka, tak semestinya family Kak Rina suka. Tapi memang berkenan dengan ini.



Sangat berkenan dengan wang hantaran dari Zamarul Hisyam



Mas kahwin cam ni pun sangat ringkas tapi cantik. Sesuai untuk orang yang tak pandai gubah bunga dari duit macam saya.






Tapi memandangkan satu dulang nak muatkan 4 barang, jadi tak dapat la. Maka, pilihan mungkin macam kat bawah ni. Wang hantaran mungkin buat dalam frame atau ketipkan ditepi.



Untuk persalinan, kalau saya pandai gubah kain jadi bunga ros cam kat bawah, mungkin la boleh.



Tapi sebab sedar diri tak pandai, baik susun molek-molek


Tak pun jadikan kipas macam kat bawah ni.


Mula-mula abang saya nak bagi handbag dan kasut. Tapi saya cadangkan baik bagi heels yang berbatu dan clutch yang berbatu juga. Sebab tak payah nak hias beria. Batu-batu kat kasut dan cluth pun dah cukup bawa seri (sebenarnya saya malas nak hias beria hehehe) Tapi no-no, takmo handbag! Ni pendapat saya sendiri, sebab saya rasa size dan fabrik handbag macam tak cantik untuk dijadikan hantaran. Saya lebih suka fabrik licin dan details pada clutch. Size clutch yang lebih kecil, nampak lebih molek di dalam dulang.



Minyak wangi dah pesan beli siap-siap peket. Senang nak campak aje dalam tray :) Takde contoh, tapi dapat bayangkan nak campak kat sudut tray. Lilin wangi adalah wajib, tapi tak perlu la nak nyalakan. terbakar lak hantaran!



Impikan yang macam ni, tapi takde skills. Jadi sila sedar diri ye pompuan.


Untuk hantaran buah, mula-mula ingatkan nak bagi hiasan macam ni. Tapi bila fikir, alahai sikitnya anggur datang jauh-jauh, ni aje dibagi?


Jadi bagi la sesuatu yang lebih banyak untuk dikongsi satu family

epal dan anggur pun ok, tapi takut anggur bonyok.


Jadi bagi buah warna warni! ceria saya tengok :) Cuma kena buang anggur.


..dan masukkan dragon fruit! boleh beli kat tepi jalan menghala ke Terengganu :P



Secara keseluruhan, saya nak hantaran abang saya rupanya cam ni-- walau realitinya memang takkan boleh.



Takkan mampu sebab barang-barang dia yang beli. Saya cuma berkuasa pada gubahan aje.. Takmo nampak ungu sangat semua. Tapi dia dah beli kain ela ungu.. Takpe, masih ada 6 dulang masih boleh diselamatkan.

Hantaran kat bawah ini adalah hantaran idaman saya. Cukup simple, cantik dan paling penting elegant.




Nak juge bunjut-bunjut cam bunjut adabi tu!!

Ada mutiara/pearl kat tengah-tengah bunga pun cantik


Mampukah saya?? Sudah mesti lah takkan mampu.. Tapi InsyaAllah saya cuba yang terbaik!!!

Tapi yang penting~~~~ kerjasama!!!

Tapi pertama yang lebih terpenting, abang ku sayang, sila tetapkan tarikh!! Jangan nak ubah-ubah lagi!! aku cepuk!!

2 comments:

  1. salam
    selalunya idea tu takkan datang kalau di rancang,, tapi kalau tiada rancangan yang teliti pun tak jadi juga kan

    kalau gubahan tu kita tak berapa reti sangat nak gubah,, kita just tumpukan pada hiasan sahaja, contoh .. bunga yang di guna kan., warna gabungan ,., tu dah memadai,, pastu yang lain.. letak jer,,. contoh macam gubahan PS baru2 ni,., heheheh

    ReplyDelete
  2. Ooo. cam tu me Mir? Thanks!!! yup, gubahan PS tu amat best okey.. nak curik idea tu nanti ye.. kira halal tau :P

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)