Saya ada sahabat yang sangat la jahat. Mula-mula, dia meracau pasal tak tau nak hias bilik pengantin macam mana. Jadi saya ni pun berbesar hati dan bersimpati la, konon nak tolong dia lalu email la kat dia beberapa keping gambar bilik pengantin yang saya suka, mana tau dia dapat idea dan kreatifkan dirinya. Tup-tup dia kata, dia berkenan yang satu tu dan dia terus dia chop dulu! Sabar aje la. Alasan dia
"takpe, ko tak kawin lagi. Aku dah nak kawin ni!. Nanti aku cakap la kat orang, kawan aku yang design kan bilik pengantin tu. If buruk, aku leh salahkan ko"
Nasib la dia tu one of my 'bestest' friend, jadi bagi la muka kat si darah manis ni!
Tapi memandangkan dia pun dah amik katil idaman saya, maka saya pun nak kongsi dengan semuorang, bagi semuorang pun amik katil idaman dia! hahahah.. Jahat giler aku :P
Gambar ni saya dah tak ingat dari mana saya dapat. Tapi kalau tak salah saya, nombor-nombor ni mewakili perkara berikut, No. 1 (Katil), no.2 (Cadar katil), no.3 (bantal), no. 4 (warna dinding), no.5 (gambar abstrak -bentuk hati, pemandangan ke atau pasangan pengantin pun boleh), no 6 (meja katil), no 7 (lampu bilik) -pada siapa yang penah terjumpa artikel ni, sila betulkan kalau ada yang saya salah.
Secara asasnya, perhatikan dalam gambar ni dari nombor 1 sampai 7, adalah beberapa benda yang boleh diubah suai untuk bangkitkan aura bilik pengantin. Sebelum buat apa-apa, sila ingat yang semuanya bergantung pada budget. Jangan sesekali belanja lebih daripada yang patut. Walaupun dalam gambar tu tulis lampu tidur nombor 7, tak semestinya kalau takde lampu tidor, dah tak jadi bilik pengantin. Yang penting, ubah suai ikut budget dan selera.
Berikut adalah beberapa keping gambar bilik pengantin yang saya suka. Maaf, saya memang tak suka lapik katil yang renda-renda, berbulu-bulu dengan warna yang gilanye menjerit untuk perhatian. Kalau ada yang pernah guna macam tu, minta maaf kalau tersinggung. Selera masing-masing berbeza. Tapi rasanya akan mendapat tentangan dari sedara mara ~~ saya nak something yang simple, selesa, praktikal tetapi elegant dan masih ada aura bilik pengantin. Jadi yang renda-renda berjuntai-juntai langsirnya, saya kurang berminat. Dapat terasa badan akan gatal-gatal nanti.
Saya takmo guna bunga plastik--buat kumpul habuk. Saya juga bukan lah peminat bunga hidup--Mahal tak logik!. Tapi rasanya, demi memenuhi permintaan orang tua, mungkin juga kena gunakan, tapi saya nak minimumkan seberapa boleh. Cukup kot sekadar tabur kelopak bunga kat atas katil.

Ini lah gambar yang dah selamat jadi Fieza nye pilihan.. Damn yyuuhh Fieza!
Perhatikan gambar-gambar di atas: Tiada bantal guling. Bila dah kawin, sudah tidak sama sekali memerlukan bantal guling ok~ :P
Kalau saya, saya sukakan bantal bewarna polos, dan ada 2-3 bantal empat segi sama dari tone warna berlainan. Naik warna dia, terutama kalau cadar pun warna putih. Kat hujung katil, boleh letak selimut atau gubahan bunga untuk naikkan kontrast dengan cadar katil. Tapi saya sudah ada plan lain, takmo gunakan kedua-duanya. Ada sesuatu, yang perlu saya youtube untuk dapatkan hasilnya, tapi takmo tulis disini. Nanti Fieza amik lagi! (Oh, i still love you the same way Fieza)
Bagi saya, kalau nak pilih warna, saya akan pilih satu warna, tapi tone warna yang berbeza. Saya lebih suka macam tu. Pemilihan warna macam ni, biasanya akan nampak lebih serasi.
Mari putar, tengok mana yang kena! Kalau saya, saya sukakan bantal bewarna polos, dan ada 2-3 bantal empat segi sama dari tone warna berlainan. Naik warna dia, terutama kalau cadar pun warna putih. Kat hujung katil, boleh letak selimut atau gubahan bunga untuk naikkan kontrast dengan cadar katil. Tapi saya sudah ada plan lain, takmo gunakan kedua-duanya. Ada sesuatu, yang perlu saya youtube untuk dapatkan hasilnya, tapi takmo tulis disini. Nanti Fieza amik lagi! (Oh, i still love you the same way Fieza)
Bagi saya, kalau nak pilih warna, saya akan pilih satu warna, tapi tone warna yang berbeza. Saya lebih suka macam tu. Pemilihan warna macam ni, biasanya akan nampak lebih serasi.
Bunga, tak kira la hidup atau plastik, memang tak dapat dipisahkan dari bilik pengantin. Tapi kadang-kadang kos jadi isu. Alternatif kepada bunga, adalah lilin. Lilin pun mampu beri aura romantis seperti bunga juga. Yang penting, Lilin boleh digunakan kemudian dan lebih tahan lama (lebih murah!) kalau tetiba blackout! Jadi pada siapa-siapa yang rasanya tak dapat nak keluarkan budget yang banyak untuk bunga, tipsnya, sila gunakan lilin sebagai alternatif. Lilin besar dan warna warni macam ni, memang akan stand out. Kadang-kadang, kalau ada masa, tak perlu nak keluarkan duit beli lilin camni. Boleh buat sendiri lilin camni. Google aje cara nak buat lilin, mesti ada! Sedikit leceh, tapi kalau korang ada masa lebih, tak salah sekadar nak cuba. Tapi kalau rasa tak rajin, terus aje beli yang dah siap kat kedai.
Tapi lilin bewarna biasanya lebih mahal. Kalau ada budget, takde masalah isu duit. Tapi kalau korangnye budget bilik pengantin kena berpada-pada, apa salahnya beli yang putih, tapi gunakan kreativiti sendiri untuk hiaskan lilin.
Saya sendiri pun lebih suka lilin putih macam ni. Rasa cam lagi bebas nak menghias. Biasanya lilin macam ni takde bau, tapi disebabkan itu, harganya biasanya lebih murah dari yang berbau wangi, dan yang wangi tu pun dah tentu la sayang nak bakar. Apa salahnya beli yang takde bau, boleh jimat kos. Takdanya bau lilin tu akan cukup kuat untuk wangikan satu bilik (kecuali yang brand betul-betul mahal). Dan adakah korang rasa korang akan nyalakan lilin tu?? Harga mahal, bagaikan membakar duit sendiri. Kalau murah, takde la terasa sangat nak bakar :P.
Nak hiaskan lilin putih camni senang aje. Cuma letak kat dalam piring (kaca atau plastik tak kisah) dan boleh letakkan kelopak bunga atau batu sungai dalam piring atau pun riben organza dililit mengelilingi lilin. Letak bunga macam gambar kat bawah ni pun nampak kelainan.
Biji saga pun nampak menyerlah kalau lilin tu putih kan? (Tapi rasanya kat bawah ni bukan biji saga cuma saya terfikir biji saga bila tengok benda bulat-bulat merah kat bawah ni). Ikat dengan riben organza, kemudian letakkan semuanya di atas cermin. Jadi bila nyalakan lilin, imbasan kena kat cermin kat tapak tu, amat la cantik (bagi saya)
Pakai siput dan shells pun cantik tau~!! Lagi tak perlu bayar apa, cuma cari shells yang cantik-cantik kat pantai.
Kalau lilin yang gemok tu mahal, boleh aje beli lilin yang panjang sekotak 8 batang tu. Hiaskan macam kat bawah ni pun dah ok (sesuai tema bilik hijau)
Kalau takmo gunakan bunga yang banyak macam kat atas ni, boleh letakkan lilin yang kecik dan pendek yang comey dan letakkan dalam bekas berisi air. Kalau nak yang bewarna boleh beli kat Ikea. Tapi rasanya kalau beli aje kat Watson boleh dapat berpuluh-puluh macam ni, harga tak sampai RM12 (last time saya check, tak tau la dah naik ke atau tak), lagi untung. Walaupun tak bewarna tak ngapa sebab kita boleh tambah kelopak bunga yang warna-warni dalam bekas berisi air tu.
Nak cara yang lain, gunakan aje mangkuk besar dan isi rampai dan kelopak bunga untuk bau wangi. Letak lilin di tengah untuk kontra. Sebagai tambahan, boleh pakai Ambi Pur untuk bau yang lebih kuat. Multi purpose. Boleh guna lagi lepas habis majlis.
Kalau rasa cam tak perlu untuk keluarkan budget untuk lampu baru, boleh guna kreativiti untuk buat reka cipta kat bawah ni. Kemudian lilin tu boleh diletak di tengah. Bila nyala, seolah2 macam lampu tidor --tapi hati-hati, takut terbakar pulak! Saya kurang pasti teknik membuat seni ni. Kalau saya jumpa website yang ajar, saya uploadkan disini.
Apa pun yang saya tulis di atas, adalah pendapat sdn bhd saya. Apa yang saya suka, mungkin orang lain tak suka. Apa yang orang lain suka, saya pulak kurang suka. Sebab semuanya adalah bergantung pada selera masing-masing. Lagipun kebahagiaan kita bukan terletak kepada betapa mewahnya bilik pengantin. Lepas ni saya akan menulis hal berkenaan Centerpiece. Yang ni pun Fieza dah amik saya punye :P aiiih redha aje la. hahaha.
Yang penting, perkongsian ini membawa berkat harapnya
Yang penting, perkongsian ini membawa berkat harapnya
No comments:
Post a Comment
Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)