Salam dan Hai.
Testing testing..
Perasmian blog perkahwinan saya~~
Ini adalah nukilan pertama blog ni. Sedikit janggal. Kecut juga ada.
Sumpah, kalau Fieza tau tentang blog ni, mesti dia akan gelakkan saya. Walaupun dia selalu kata blog tentang perkahwinan adalah amat cool, tapi rasanya kalau dia dapat tau yang saya menulis mesti akan jadi bahan untuk gelakkan saya pada raya tahun depan... dan raya-raya seterusnya.Testing testing..
Perasmian blog perkahwinan saya~~
Ini adalah nukilan pertama blog ni. Sedikit janggal. Kecut juga ada.
Sila lihat tajuk besar blog ni dan dah pasti kamu tau blog ini berkenaan apa kan?
Siapa saya sebenarnya, biarlah rahsia.. walau tak glamer cam Siti untuk berahsia, tapi saya tetap rasa, cukup la sekadar dikenali sebagai Xora.
Sebenarnya, pada tarikh blog ini ditulis, tiada tarikh rasmi tentang majlis saya dan pasangan saya. Tapi saya teruja untuk tulis sebab saya rasa saya perlukan wadah online supaya mudah untuk saya buat semakan di masa hadapan. Belajar dari pengalaman kawan-kawan saya, patut untuk kita saling bertukar pendapat. Sama ada dari bakal pengantin atau pengantin.
Beberapa perkara perlu ditekankan di sini:
1. Sama sekali tidak akan meletakkan sebarang gambar saya di sini. InsyaAllah, kalau umur panjang dan dipermudahkan jalan, saya akan letakkan gambar saya pada post hari pernikahan saya. Pada masa tu, mungkin kamu baru menyedari mungkin saya adalah sahabat kamu, kawan satu opis kamu, jiran kamu atau pun mungkin orang yang dibenci kamu.
2. Berikan saya tempoh 1 tahun 6 bulan untuk merealisasikan impian majlis DIY saya.
3. Blog ini ditulis oleh orang biasa-biasa aje, yang akan cuba melangsungkan perkahwinan yang biasa-biasa aje.Tak mengharapkan sponsor tak mengharapkan pinjaman.
4. Peringkat permulaan post untuk label ini akan agak perlahan kerana takde banyak perkara yang boleh dikongsi daripada side dia, tapi mungkin kita semua boleh belajar antara satu sama lain.
5. Tak mahu mencarut-carut di blog ini.
Yang no 5 tu paling susah.. haaaiaiiii
No comments:
Post a Comment
Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)