Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

26 September, 2012

Iklan Baju Pengantin


Salam dan hai

Saya nak berikan medium kepada salah seorang pembaca blog ni untuk mengiklankan baju pengantin beliau untuk dijual.

Post ni tidak boleh dikomen bagi mengelakkan ada yang meninggalkan maklumat mereka di ruang komen.

Bagi yang berminat, boleh terus menghubungi beliau menerusi alamat emel yang diberi atau nombor telefonnya. 



Harga : RM 1000 (boleh dirunding) untuk dua baju (lelaki dan perempuan)
Pakaian : Dress perempuan disertakan tudung + veil dan kot lelaki
Jenis Pakaian : Kain Duchess
Emel : julisda4741@gmail.com atau sms 013-4240702







25 September, 2012

Cari Idea Segar Pinterest


Salam dan hai

25 September 2 tahun lepas, saya baru sahaja diraikan dalam satu majlis Bridal shower yang simple dengan kawan-kawan rapat saya. Sekadar berkumpul, makan-makan dan berbual. Tiada aktiviti liar. Saya pasti.

Heheeee.


Kalau saya terjumpa idea ni, saya pakai dah masa Bridal shower dulu. Tak pun minta kawan2 rapat saya yang datang masa nikah, untuk tinggalkan kesan bibir mereka.minta sign skali siap-siap dengan ucapan.



Saya nak kongsikan beberapa idea perkahwinan yang saya perolehi daripada Pinterest. Google pictures adalah 2010. Sekarang semua pakai Pinterest. Terima kasih Reen.





1. Dalam budaya kita, takde budak yang akan bawa cincin pasal semuanya diletakkan dalam dulang hantaran. Tapi kalau nak gunakan idea ni untuk pengiring cilik ketika perarakan pengantin, mungkin boleh








2. Arch bunga sudah menjadi kebiasaan. Mungkin boleh gunakan idea baru ni. Kelihatan terapung-apung, beri kesan baru kepada tetamu




3. Beri sedikit pengenalan kepada tetamu tentang perjalanan cinta korang. Letakkan di meja Guestbook pun boleh




4. Buat sesuatu yang berbeza untuk gambar bersama dayang-dayang. Daripada pose gila-gila/manja/ gedik, apa kata amik gambar seorang wakil dayang membacakan doa buat bakal pengantin. Macam gambar kat bawah ni, cara diorang berdoa begitu. Tapi kita orang Islam berbeza, jadi mungkin boleh abadikan pose ketua dayang/ pengapit membacakan doa buat bakal pengantin untuk menempuh hari majlis di dalam bilik pengantin.


5. Ni sesuai untuk majlis di waktu malam atau dewan. Gunakan lampu lip lap kecil ni dan selitkan di bawah meja. Tak perlukan bunga bagai sudah.


6. Tiada sebab untuk gambar-gambar dibawah. Saya suka tengok, jadi saya masukkan.




.. Dan apabila melihat gambar di bawah ni




.. Teringat gambar sendiri. Signature Pose Dia Terima Nikahnya hehe



.. Bila tengok gambar ini pula



Terus teringat .. "bila la aku nak muat semula baju nikah ni". Cuma muat masuk kain, kasut, veil dan tudung sahaja. Reen ko diam.



Selamat merancang bakal-bakal pengantin 2012




25 September 2012

20 September, 2012

Pejam Celik


Salam dan hai

Source: Pinterest

"closed eyes in normal clothes, then open when we are in our wedding clothes!"




Cute idea! untuk pre wedding dan terus ke majlis pernikahan.




20 September 2012

18 September, 2012

Mimpikan..


Salam dan hai

Terjumpa gambar ni dalam pinterest.





Comel ni, baik untuk pre wedding atau nak hias bilik pengantin.



18 September 2012

10 September, 2012

Gemuk Selepas Berkahwin


Salam dan hai

Mesti ramai ada masalah kenaikan berat badan selepas berkahwin kan?

Jawapan standard "Hati senang". "Ada orang jaga makan minum"

Tapi untuk saya, jawapan saya adalah seperti dibawah. 




Ye, memandangkan ketika sebelum berkahwin dulu, bagai nak gila jaga berat badan, saya anggap kehidupan selepas berkahwin adalah masanya untuk saya makan apa sahaja yang saya nak. Kiranya macam ganjaran kepada diri sendiri, kerana berjaya kurus dan berjaya kekalkan berat badan, walaupun tak seringan masa belajar di UiTM.

Sampai sekarang, kadang-kadang D mengusik gak cerita masa kami berbulan madu di Langkawi, yang saya pergi makan sampai  4 (ke 5?) ekor ikan kembung masa makan tengah hari (Tu pun nak makan lagi, tapi D larang hahah)

Bayangkan, ketika saya berkahwin, berat saya 61kg, elok tak sampai tiga minggu, berat saya naik kepada 65kg, dan terus naik. Jika sebelum ni saya gunakan alasan hati senang selepas berkahwin, saya gunakan alasan "makan untuk dua orang" ketika saya mengandung.



Lepas bersalin, berat saya ketika berpantang dengan ketat (tak nak pun tapi pasal kena ikut cakap ibu, saya ikutkan aje la pantang cara ibu) dapat la 65kg semula. Nampak sangat berat babat yang saya bawa sebelum mengandung, kekal bersama saya. 

Sampai sekarang, berat itu masih kekal. Ada naik juga hari tu, selepas mula masuk kerja, tapi  bulan Ramadhan turun semula. Nak hilangkan 4 kg dan kembali kepada berat ketika berkahwin dulu, saya tahu itu tidak mustahil, tetapi sukar. 

Kalau nak tuliskan kepada sukar, memang saya boleh beri 1001 alasan. Dah nama pun alasan, boleh sahaja dicipta kan?

Saya tahu, ramai kawan-kawan yang dah berkahwin, risaukan tentang berat badan yang semakin naik. Ada juga yang telah pasrah dengan berat badan yang tidak nampak akan turun-turun. 

Saya pernah berada di comfort zone, di mana saya rasa, tak kisah la berat saya berapa, D Ok je. Tapi diri saya sendiri tak OK. Saya rasa mudah penat, malas, baju-baju banyak tak muat, dan saya sendiri rasa tidak selesa dengan berat badan saya.

Saya tahu, saya boleh diet, cuma saya menyusu badan dan saya tidak akan korbankan tempoh penyusuan Dyzhwar untuk kurangkan berat badan. Apatah lagi menggunakan barangan seperti Premium Beautiful semua, memang saya taknak. 




Tips paling selalu saya dengar kalau nak kurus, "Ko dapatkan dyzhwar adik lelaki sorang, confirm ko kurus"


Saya rasa, Dyzhwar sorang pun mampu meng'kuruskan' saya. 




Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates