23 February, 2012

Dunia Baru, Orang Lama


Salam dan hai

Persoalan yang selalu orang ajukan "Bila nak update blog", saya ajukan kepada diri sendiri juga soalan yang sama, dengan penambahan "Bila la nak mengarang post yang berkualiti agaknya ya.."

Serius, saya amat rindukan zaman saya boleh dan sempat mengarang post-post yang panjang lebar, seperti dalam label Isu Padat. Saya boleh menulis apa yang saya fikirkan dan bertukar-tukar pendapat dengan pembaca blog ni. Masa tu, terasa diri amat produktif dan berbakat *buwek*.

Tidak saya salahkan sesiapa dalam hal ini. Semua ini adalah perubahan fasa kehidupan yang saya percaya, pasti ditempuhi oleh setiap orang, cuma yang membezakannya, seberapa pantas kita dapat menyesuaikan diri dengan fasa kehidupan yang baru.

..dan nampaknya, saya bukan seorang yang dapat menyesuaikan diri dengan pantas. Tidak mengapa, ruang memperbaiki diri sentiasa ada.

Hari ni, saya sekadar dapat berkongsi post pendek untuk memberi nyawa kepada blog ini. Sekadar berkongsi gambar-gambar peribadi untuk terus memberi nafas kepada blog ini.

Dunia baru yang sudah 6 bulan ditempoh. Menyeronokkan walau mencabar. Menguji dalam bahagianya.

InsyaAllah, 25hb Februari ni, genap la Dyzhwar Naushad Iman berumur 6 bulan.

Dulu, sebelum ada anak, selalu membayangkan anak tidurnya begini.




Tapi realitinya, tidurnya begini


Oh ya, tak sangka ada yang memberi perhatian kepada post saya tentang susun atur rumah dalam label Perkongsian Hidup Memang masih banyak yang belum saya kongsikan, tapi masa amat mencemburui. Kalaulah saya blogger sepenuh masa, mungkin ada banyak juga masa dapat saya selitkan dalam blog ini. Tapi itu semua tidak berlaku.

Gambar ini sahaja yang terkini dapat saya kongsikan.



Rak-rak putih itu saya beli di Pasar Borong Selangor, di Equine Park. Di dalam setiap rak, ada barang-barang kering yang berbeza, diletakkan mengikut kategori barangnya *Yang cuma saya sahaja yang ingat. Hehe* Yang modular mates Tupperware bertutup merah tu pula, bahan-bahan bakeri seperti tepung gandum, SRF, Baking powder, Coco powder, dan beberapa bahan lagi yang saya tak ingat sekarang. Saya sekadar menulis tangan label-label yang saya tampalkan pada badan bekas.

Masih berusaha untuk menyusun bahagian bawah kabinet yang masih kelihatan berselerak dengan peralatan bakeri bercampur dengan peralatan memasak. Sedang berkira-kira untuk mengalihkan barang-barang bakeri ke rak yang lain agar bahagian bawah kabinet ni boleh dikhaskan untuk periuk belanga sahaja.

Mata memang sudah berkenan dengan shelf daripada Ikea dalam katalog yang ini



untuk item no 2 dan 3. Pasti amat berfaedah dalam menyusun atur perkakasan dapur, naknya untuk dapur yang tempatnya terhad macam dapur saya.


Tambahan: Perkara mesti bawa setiap hari ke pajabat
Daripada kiri: beg mekap, set bekal, cooler bag untuk EBM

Kalau dulu, beg mekap sahaja yang saya bawa. Sanggup la patah balik rumah kalau tertinggal beg mekap. Tapi kalau tertinggal handphone, tak kisah pula.

Minat baru sekarang: Baru berjinak-jinak membeli barang jenama Tupperware. Bukanlah peminat kipas-susah-mati (die hard fan), tetapi barangnya sesuai dengan kemahuan saya dalam bab-bab menyusun barang. Cuma beli apa yang perlu sahaja dan tak ikut sangat pun dengan barang promosi. Kalau ada yang berminat nak membeli barang tupperware, boleh sahaja hubungi Reen.

Masih berharap, saya dapat menulis artikel yang panjang-panjang, seperti dulu.

Sehingga itu, saya berterima kasih kepada pembaca blog yang masih sudi melawat blog saya yang tenggelam timbul ini.



23 Februari 2012

14 February, 2012

Selamat Merancang Bakal Pengantin 2012


Salam dan hai

Bulan Januari sudah berlalu (tanpa ada apa-apa post daripada saya. Ye, memang saya teruk, membuatkan pembaca blog ni ternanti-nanti) dan kini bulan Februari pula sudah masuk minggu ketiga, baru la saya sempat mencoret sedikit cerita di blog Dia Terima Nikahnya.

Iye, seperti yang ramai sudah dapat duga, saya sibuk menguruskan keluarga. Walaupun cuma keluarga kecil, tapi dengan kehadiran si kecil, jadual hidup memang berubah 100%. Ini baru seorang, saya tak tahu la macam mana ibu-ibu yang menguruskan rumahtangga dengan anak-anak yang ramai.

Tapi, saya disini menulis bukan tentang hal rumahtangga. Saya masih akan terus mengekalkan objektif blog ini, untuk diabadikan kepada bakal pengantin. Walaupun kebanyakkan mereka yang dalam link senarai blog Bakal Pengantin saya, sudah lama menjadi mantan, tapi saya rasa, dengan bertambahnya pengikut blog ini, masih ada ramai bakal pengantin yang membaca blog-blog perkahwinan seperti blog ini.

Untuk post kali ini, saya cuma mahu berkongsi gambar-gambar yang saya rasakan menarik untuk dikongsi. Gambar-gambar berikut bukanlah menandakan aras sesuatu trend untuk tahun 2012, tapi sekadar saya berkongsi citarasa dengan pembaca blog ini

1. Warna mencuri tumpuan .Dengan menyelitkan sedikit warna yang kontra dengan warna putih, mata memang terus tertumpu kepada warna yang satu itu.

Bukan sahaja pada persalinan pengantin



Tetapi juga pada kek pengantin



Warna juga boleh menyerlahkan penampilan 'dayang-dayang' yang memakai warna sedondon. Tidak lagi bergantung kepada warna bunga, kini warna kasut berbeza juga kelihatan menarik.




2. Projek DIY masih relevant. Semakin ramai bakal pengantin yang memilih untuk menyediakan sendiri buah tangan untuk tetamu yang boleh di'DIY' oleh bakal pengantin sendiri, tampil unik dan lebih dekat dihati tetamu.



Dan juga menghiaskan sendiri beberapa perincian majlis dengan kos yang rendah.







3. Candy buffets atau dessert tables masih mendapat tempat di dalam majlis perkahwinan dengan tema-tema yang lebih menyerlah.



Saya percaya, bakal pengantin di luar sana, pasti lebih up-to-date dengan trend terkini berbanding saya yang sudah hampir setahun lebih menjadi mantan. Diharap bakal pengantin 2012 dapat menyerlahkan keunikan idea masing-masing. Jangan sekadar mengimprovisasi trend-trend terdahulu kerana saya percaya, semangat seorang bakal pengantin pasti akan dapat menempiaskan seri yang baru kepada sesuatu trend itu.


14 Februari 2012





09 February, 2012

Terapung


Salam dan hai

ye, memang keji kan saya. Sebulan hilang semula, muncul 1 hari sahaja.

Kemaskini pantas.

Tempoh hari masa saya mencari cara nak organize kabinet dapur di google, terjumpa gambar ni.


Menggunakan straw pada bahagian bawah tangkai bunga ros.

Idea yang menarik juga untuk digunakan untuk:

1. Memberi ilusi tangkai bunga ros yang terapung
2. Kantoi terpotong tangkai bunga ros pendek sangat, tak dapat nak cecah dasar pasu. Idea untuk waktu-waktu kecederaan. hehe


Pesanan untuk suami tersayang: OK D, b dah update blog. Okey? hehe


9 Februari 2012


Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates