21 December, 2012

Tema Romantis Komedia Seram

Salam dan hai

Buka gambar ni dalam window baru.. 
Scroll gambar ni sampai bawah..



Pre wedding photoshoot bertemakan: Romantis Komedi Seram




21122012

14 December, 2012

Sebulan Lebih Tanpa Berita

Salam dan hai


Post terakhir disini adalah meraikan ulang tahun kedua perkahwinan saya dan D pada 30 Oktober yang lalu. Selepas itu, saya terus menyepi. Cuma kemas kini sekali sekala di blog rumah kami.

Bukan tiada cerita yang boleh dikongsi, ada. Cuma saya rasa, hidup di luar rangkaian sosial masih indah walaupun tidak dikongsi di secara online. Saya tak mahu jadi seperti dibawah. Saya mahu menikmati hidup tanpa ada rasa kewajipan untuk kemas kini setiap masa apa aktiviti yang saya lakukan.




Jadi, dalam tempoh hampir sebulan lebih ni, hidup berjalan seperti biasa. Hidup normal seperti orang lain juga.

Ada beberapa undangan perkahwinan yang perlu dipenuhi *tapi cuma 1 aje yang sempat diambil gambar, majlis perkahwinan BFF D. Lain-lain, dengan phone ntah mana, Dyzhwar lari entah ke mana* Majlis yang sangat cantik sebab kedua-duanya penuh dengan budaya dan istiadat. 


Istiadat tentera untuk belah perempuan

dan budaya Punjabi di belah Lelaki
Nasib Dyzhwar nak pakai songkok pagi tu
Saya pun dah mulakan hobi baru, mengumpul koleksi Lego. Tapi sejak koleksi dah lengkap, tak tau nak mulakan hobi baru apa pula.



Sempat juga masuk explorace yang dianjurkan tempat saya bekerja. Tapi yang tak bestnya, setiap kali nak ke checkpoint baru, mesti saya yang paling last. Asal berlari, mesti saya yang terakhir, walaupun saya paling awal sekali lari :(  

Yang bagusnya, disebabkan terhidrat, terus kurang 2 kg masa timbang lepas pertandingan tu. Tapi tu hilang air, bukan lemak. Cis.


Reen sudah semakin kurus. Nak tau kenapa? Baca
cerita seterusnya
Kami Reen sudah kurus kerana kami ada Malam Penghargaan di Royal Chulan


Temanya: Nite at an award show. Tapi ku bantai pakai apa sahaja lalalaa

Seperti biasa, saya malas nak ambil gambar dan semua gambar saya ada pun daripada kamera kawan-kawan. Saya cuma ambil gambar makanan sahaja



Ingat ye, contohi Reen untuk pose berdiri kelihatan langsing. Silangkan kaki anda.




Pasal saya tak sempat buat baju baru, maka saya pakai baju sanding saya, lengkap dengan anak tudung, tudung dan veil sekali haha. Cuma tak pakai dress songket dalam tu pasal tak mahu nampak sangat macam baju pengantin. Jadi saya cuma padankan dengan dress kuning yang sudah sedia ada dalam simpanan.

Walaupun perancangan awal nak pakai ni, tapi D ubah fikiran disaat akhir, maka tu la pasal tiada persamaan pada outfit kami berdua :P


Selebihnya, kehidupan saya lebih banyak tertumpu pada Dyzhwar


Rambut Dyzhwar hasil air tangan uminya haha. Tu yang tak rata dipotong

Teman dia main bola
Jaga Dyzhwar demam


Jalan-jalan sampai dia tertidur

Ye, hidup kami masih seperti biasa. 

Kehidupan orang biasa yang biasa-biasa sahaja.

Korang pulak macam mana?