Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

28 February, 2011

Alternatif untuk Deko Tangga



Salam dan hai

Post pendek petang Isnin, hari terakhir dalam Februari 2011.

Tak berapa sihat. Suami isteri tak sihat. Penat ke hulu hilir cari barang rumah. Lagi penat daripada masa cari barang nak kahwin.. Ke itu petanda kita semakin tua Yayang?

Ok, topik petang ni, perkongsian gambar



Dekorasi belon macam ni untuk tangga, kalau-kalau ingin lari daripada idea bunga saiz Alice in the Wonderland macam dalam post dahulu {
Post}

Saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada mereka yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu lepas dan semestinya minggu ini! Saya doakan semoga semua persiapan berjalan dengan lancar ya InsyaAllah.

28 Februari 2011

Aksesori untuk Disewa



Salam dan hai

Saya buat post khas ini untuk seorang teman baik.

Dia telah terbuka pintu hatinya (serius Nailah, aku tak tau nak buat ayat camne ni. Aku suruh ko buat intro, ko malas kan..so aku tibai) untuk menyewakan aksesori yang dipakainya dalam majlisnya baru-baru ini

Barang-barang aksesori tersebut seperti dibawah (klik untuk tumbesaran yang sihat dan kuat)


Kod 01: RM50

Kod 02: RM50

(Bagi aksesori diatas, kalau disewa kedua-duanya skali, boleh dapat diskaun RM10, maka harganya RM90)


Kod 03:RM40


Kod 04: RM40

Jika ada sebarang komen tentang harga, maka boleh di ajukan kepada Nailah. Boleh dibawa berbincang. Xde masalah :D Jika mahu lihat dulu barang atau mahu bertanyakan tentang deposit, boleh emel terus pada Nailah

Emel:sitinailah@gmail.com


Nota 1: saya tidak mengambil sebarang keuntungan atau bakal menanggung sebarang kerugian diatas transaksi diatas; mahupun bertindak sebagai orang tengah dalam sebarang proses perbincangan. Saya hanya menyediakan medium untuk Nailah dan potensi penyewa. Diharap pihak yang berminat, boleh terus emel nailah ya.

Nota 2: Saya akan buatkan quicklink untuk post ini kemudian bagi memudahkan pembaca kembali kepada post ini semula

Nota 3: Rindu nak menulis panjang-panjang~ Tapi kekangan masa pasal dah nak masuk rumah baru, memang betul-betul sibuk dan penat..


22 Februari 2011

23 February, 2011

Lipatan Napkin



Salam dan hai

Mungkin topik ni antara topik paling kurang orang amik kisah atau perasan. Tapi memandangkan saya terjumpa gambar-gambar yang cantik dan berbaloi untuk dikongsi, maka saya selitkan dalam blog saya.

Tentang napkin.

Biasanya, lipatan napkin ni hanya untuk meja beradap dan meja rombongan. Biasanya akan diuruskan oleh pihak katering. Tapi mana la tau kalau-kalau ada diantara kita yang ada keinginan nak mencuba seni ni atau ingin kelainan berbanding lipatan yang biasa dilihat, boleh la klik gambar-gambar dibawah.

Bow

Sumber:
marthastewartweddings.com


Rose Bud

Sumber:
collectintexasgal.blogspot.com

Rose

Sumber:
marthastewart.com


Heart Shape

Sumber:
delish.com

Four Points

Sumber:
napkinfoldingsecrets.com

Diamond Pouch

Sumber:
napkinfoldingguide.com


Siapa bertangan seni ni, boleh la mencuba!

P.S tiba-tiba terfikir, kalau-kalau teknik yang sama boleh digunakan untuk hantaran seperti tuala atau kain ela?



23 Februari 2011

18 February, 2011

Sedekahkan Al-Fatihah


Salam dan hai

Buat semua pembaca yang mengenali Reen Tart Nenas secara langsung atau tidak langsung, diharap dapat sedekahkan al-Fatihah ke atas pemergian ayahandanya, pada petang Jumaat yang tenang ini di Hospital Temerloh.

Didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh para solehin, diterima ibadahnya dan diberikan keampunan oleh Allah swt.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa' fuanhu. Wa akrim nuzulahu wawassig madkholahu. Waghsilhu bil ma' wa thalji wal bard.
(Ya Allah ampunilah dia dan kasihanilah dia, maafkanlah dia dan sejahterakanlah dia. Muliakanlah tempat turun nya dan luaskanlah tempat masuknya.
Bersihkanlah dia dengan air , salji dan air yang nyaman)

Nukilan Reen Tart nenas buat babahnya.


18 Februari 2011

Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat


Salam dan hai

Mana-mana isteri pun akan melalui proses pembelajaran peel suami masing-masing, dan vice versa. Apatah lagi, sebelum kahwin, kita memang dah selalu dengar ayat "Nanti dah kahwin, kau tau la perangai dia sebenar". Jadi secara tak langsung, kita sebenarnya sudah tahu yang ada beberapa bahagian dirinya yang kita akan kenal selepas tinggal sebumbung.

Hidup rumah tangga ni memang pembelajaran sepanjang hayat. Bila dua orang berbeza hidup bersama, masing-masing bawa budaya dan cara hidup berbeza, yang kita dapat daripada habit, latar belakang keluarga dan faktor-faktor lain. Bila dua gaya ini bertembung, hanya akan berlaku dua perkara; sama ada ngam atau melantun.

Kadang-kadang, perkara harian yang kita dah selalu buat masa bujang, mungkin bukan perkara yang suami kita suka. Contoh, D tak suka kalau ada barang di atas katil. Saya pula memang habit daripada kerja dulu, segala file dan tas tangan saya letak atas katil. Pelik juga dalam bulan pertama saya kahwin, saya perasan tas tangan dan file saya diletakkan di tempat lain. Rasa macam ada penunggu lak dalam bilik yang mengubah kedudukan barang-barang. Sampai la satu hari saya tanya D, mengapa dia alihkan barang saya dan jawapan dia, dia tak suka ada barang atas katil pasal D suka baring terus atas katil berehat sekejap lepas balik kerja.

Sejak tu, saya tak letak lagi barang atas katil *kadang-kadang masih letak, tapi kalau dah dengar bunyi motor D, cepat-cepat alihkan barang heheh

Kadang-kadang, rutin harian yang sebelum ni tak jadi isu pada saya seperti membasuh baju, macam-macam saya akan persoalkan bila sampai pada hak milik D.

'Kenapa la D ni tak turunkan lengan baju dia dulu?'
'Kenapa la D tak check dulu poket, kot-kot ada siling ke, resit ke?'
'Kenapa la D tak tanggalkan belt siap-siap daripada seluar kerja ni'

Bila ditanya, jawapan dia mudah "Dulu, mak yang selalu buat"

Nak marah pun tak jadi, pasal saya pun antara tak sedar akan buat perkara yang sama. Kebergantungan kepada orang lain memang memanjakan kita.

'B kenapa tak check air kereta?'
'B bila nak isi angin tayar kereta ni?'
'Bila kereta ni nak kena servis B ada tengok tak?'


Jawapan saya 'Dulu, Ayah yang selalu buat tu semua.B bawa kereta aje tahu' *sambil beri senyuman paling manis pada D.

Kita ada sebab musabab kenapa kita bertindak seperti apa yang berlaku, kan? Cuma kita nak berkongsi dengan pasangan kita, itu satu tugas yang lain.

Proses pembelajaran ni berbeza untuk setiap pasangan. Macam juga kita belajar di sekolah. Ada yang mudah tangkap ilmu dengan hanya memberi tumpuan pada guru dalam kelas, ada yang perlukan kelas tambahan, ada yang suka study group, ada yang rajin buat latihan spot question. Setiap kaedah caranya berbeza dan tiada kaedah lebih baik daripada yang sebaliknya kerana setiap antara kita adalah individu, otak kita bekerja dan menilai dengan cara berbeza.

Seperti juga saya tak lut dengan bebelan ibu masa saya remaja dulu "Bilik air kena bersih selalu. Nanti dah kahwin, apa-apa hal pun orang tengok bilik air dulu", hati saya mesti persoalkan "Apa la datang rumah orang tumpang kencing je!". Saya lebih mudah belajar melalui proses pemerhatian dan perbincangan terbuka. Memang rasanya, selepas berkahwin, kita memang akan jadi lebih peka dan pemerhati yang lebih tajam. Kadang-kadang, susunan pinggan pun kita boleh cam yang mana kita susun, yang mana suami kita susun.

Tapi ada juga pasangan yang proses pembelajarannya berlaku bila tengah bergaduh. Masa tu la baru disebut satu persatu apa yang tak kena pada mata mereka. Tapi harap-harap, kita semua jangan lah macam ini ya. Kang, perkara yang sebenarnya kita tak kisah sangat, pasal dah gaduh, terus kita rasa macam kisah teramat-amat.

Mantan pengantin, korang lak macam mana? dan Bakal pengantin, dah sedia?


Nota: kepada sesiapa yang ada menghantar emel pada saya, saya tak dapat nak baca dalam dua hari ini. InsyaAllah, saya akan balas semuanya malam ini.


17 February, 2011

Perubahan Angin


Salam dan hai

Buat semua pembaca, blog ini bakal mengalami sedikit perubahan angin daripada segi isi kandungannya.

Ye, saya akan masih menulis berkisarkan idea perkahwinan, namun mengambil kira pada mantan pengantin yang masih sudi membaca blog ni, mungkin akan ada sedikit isu yang lari daripada topik perkahwinan dan persiapan. Mungkin saya akan berkongsi isu dan idea yang bersesuai untuk mantan pengantin dalam hal pengurusan rumah tangga, yang mungkin sedikit sebanyak bakal pengantin juga perlu tahu.Masih berkisar perkongsian idea dengan pembaca. Bukan kisah peribadi saya. Hehe.

Obsesi terkini saya: Pengaturan

Mungkin saya akan menulis tentang hal ni dalam post saya akan datang InsyaAllah.



14 February, 2011

Dengan Rendah Hati


Salam dan hai

* 5 minit dah duduk depan monitor tak tau nak taip apa..

*10 minit berlalu, situasi masih seperti 15 minit terdahulu..

Post pukal!!

1.
4weddingku Blog Award

* Tak tau nak komen apa nih...*



Satu ekpresi sahaja: Terima kasih :) Memandangkan saya tak pandai nak mengulas tentang award ini, jadi ada baik saya mengucapkan terima kasih kepada Mya daripada 4weddingku yang sudi memberikan saya anugerah di atas (dan dapat hadiah juga. Mekacih!!). Ini bukannya satu pertandingan, maka apabila menjadi pilihan, saya dengan rendah hati menerimanya. Tahniah kepada blogger yang turut menerima anugerah masing-masing!

2. Jarang-jarang... Kadang-kadang..
Rasa bersalah pula pada pembaca-pembaca blog ni, terutama pada pengikut yang baru. Saya sudah jarang-jarang dan kadang-kadang sahaja dapat kemas kini post dalam blog ini dengan idea baru. Harap arkib post terdahulu (terutama label Idea Praktikal) dapat dimanfaatkan oleh bakal-bakal pengantin yang baru sahaja membaca blog ini ya. Sama juga pada mereka yang ada menghantar emel, kalau terlewat dibalas, maaf sangat.

3. Lebih sibuk daripada menguruskan majlis kahwin
Memang sekarang saya super padat dengan aktiviti melengkapkan rumah kami, baik daripada segi perabot, kemas, dan segala rancangan. Satu perkara yang saya tak dapat nafikan: menguruskan rumah lagi mencabar daripada menguruskan majlis. Jadi pada mereka yang menjadi perancang majlis sendiri, memang korang kena manfaatkan sepenuhnya peluang dan pengajaran yang korang boleh belajar sepanjang menguruskan majlis perkahwinan sendiri kerana, bila korang dah mula dengan rancangan nak masuk rumah sendiri, percayalah rutin yang sama akan bermula semula. baik daripada kesibukan mencari vendor, mencari quotation sampai la campur tangan dan pendapat orang lain tentang apa yang mereka rasakan sesuai dengan rumah korang (bunyi macam sama kan masa rancang majlis perkahwinan?). Tapi memang pengalaman yang mengujakan!

InsyaAllah, kalau ada masa dan idea atau kesempatan berjumpa sumber yang kreatif, saya akan kongsikan dalam blog ini. Terima kasih kepada pembaca blog ini yang saban hari melawat blog walaupun kadang-kadang saya tak sempat nak kemaskini post.


14 Februari 2011

11 February, 2011

Penjenamaan



Salam dan hai

Topik ringkas di pagi Jumaat

Terjumpa imej buah tangan ini di Google images

Sumber: prowpatareeya.info (menerusi google images)

Mungkin kalau sekali tengok tak perasan persamaannya, tapi bila perhatikan, baru perasan cop di cawan tu, yang ada nama pengantin beserta tarikh majlis, serupa dengan logo Starbuck.



Mungkin pasangan ni suka atau selalu dating kat Starbuck dulu-dulu, atau mungkin berkenalan di sana, atau mungkin 1001 cerita disebaliknya, tapi saya suka bila ada pengabadian begini.

Tak tahu la kalau isu hak milik jadi isu, tapi buat masa ini, mata saya suka dengan apa yang saya lihat.

*Tiba-tiba terfikir, kalau ada bakal pengantin yang berkongsi minat suka lepak di Starbuck, mungkin boleh buat pelekat ini untuk prop Save The Date, kalau-kalau buat lokasi ambil gambar di Starbuck. Hehe


11 Februari 2011

10 February, 2011

Rumitnya Isteri.. Payahnya Suami


Salam dan hai

Saya terima forward emel pagi ni dan suka untuk saya kongsikan sebagai post hari ini pasal rata-rata saya rasa, memang ada benarnya walau dalam lucu.

> > ----------------------------------------------------------

Laki talipon,Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab, Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik, Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab, Memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------

Laki talipon bini,Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab, Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba...

Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben! Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

> > ----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa... Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

> > ----------------------------------------------------------------

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik kampung, Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi...

Bini dia talipon. Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

> > ----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?

KENAPA? KENAPA? KENAPAAAA??

> > ---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> > ----------------------------------------------------------


Kesian lelaki... lurus sangat, x boleh bengkang bengkok sikit.


10 Februari 2011

09 February, 2011

Besar Punya!



Salam dan hai

Rujuk post saya yang terdahulu {
Post}


Kemudian, klik pula pada link dibawah untuk mengetahui lebih lanjut langkah-langkah untuk merealisasikan idea ni

100layercake.com





Diajar langkah demi langkah untuk DIY bunga kertas ni.

Rasanya, kalau dalam warna putih, lebih cantik dan nampak klasik. Tapi mungkin juga penggunaan kertas bewarna akan nampak lebih ceria dan ala-ala Alice in The Wonderland. Atau kertas metalik akan nampak mewah?


Sumber: 100layercake




Selamat mencuba!



9 Februari 2010


Kalau Nasihat Saya Laku


Salam dan hai.

Curi-curi masa nak kemas kini blog. Hehe. Dah lama rasanya tak menulis post bawah label Isu Padat pasal tak ada idea. Cuma kebelakangan ini, emel yang dihantar pada saya, rasanya persoalan mereka sesuai dijadikan topik Isu Padat kali ini.

Saya suka kongsi persoalan yang sering diajukan pada saya menerusi emel daripada pembaca kerana bagi saya, kebanyakkan soalan mereka, saya sendiri pun tak pernah terfikir! Mereka memang amat kreatif dan kritis. Terus sahaja persoalan mereka jadi modal topik saya pagi ini : Nasihat untuk bakal pengantin

Huu, tak terlayak lagi diri ini nak beri nasihat, gelaran isteri baru digalas 3 bulan lebih. Bak kata orang, baru suku pertama, semuanya masih manis. Tapi mungkin ada beberapa perkara yang saya kira boleh saya kongsi sesama kita ya. Nasihat daripada orang lain, pemerhatian saya, saya gabungkan jadi satu post. Saya harap, kita sama-sama boleh tambah lagi maklumat jika ada yang saya terkurang atau tersilap. Cuma apa yang saya kongsikan disini, bukan la sesuatu yang tipikal kita baca tentang tugasan seorang isteri, tapi perkara-perkara yang bagi saya mungkin kita ada/ akan terlepas pandang selepas berkahwin.

1. Sayangkan suami, biar-biarkan dia.
Antara nasihat terbaik saya pernah dapat, rasanya daripada
Reen, yang dapat daripada orang lain (sapa ye Reen? aku yakin aku dengar ni daripada kau) Jangan terlalu manjakan suami. Konteks manjakan suami disini, bukan la bermaksud jangan panggil dia dengan panggilan yang dia suka atau jangan buat suara manja-manja dengan dia. Maksud 'manja' disini ialah jangan sesekali kita manjakan nak buat semua benda dan tugas untuk suami. Contoh, kalau suami kita dah pegang cawan dan nak buat air nescafe, kita cepat-cepat amik cawan tu daripada dia dan kata kita akan buatkan air untuk dia. Jangan ya biasakan suami kita, kita buatkan semuanya untuk dia. Mungkin kesannya tak nampak sekarang, tapi apabila tua, apabila sudah terbiasa "Bak sini sayang buatkan", bila diminta tolong, suami kita akan liat. Beranggapan kita boleh buat semua perkara. Biarkan dia buat apa yang dia nak buat. Ingat, kita isteri dan kita bukannya berkahwin dengan budak lelaki 8 tahun yang perlu ditatang segalanya. Suami kita mampu selesaikan apa yang nak dia buat sebaiknya. Biarkan dia. Mungkin korang sendiri akan kagum, bila rupanya nasi lemak dia lebih sedap daripada nasi lemak korang (ni perumpaan aje ye! :P)

2. Wajib, bukan patut.
Nafkah zahir, sila jangan kompromi. Ingat ya, nafkah zahir itu adalah tanggungjawab suami dan tanggungjawab itu sama sekali tidak akan kurang, walaupun si isteri bekerja atau si isteri berkemampuan lebih daripada suaminya. Menafikan atau meng 'tak apa' kan nafkah zahir ini, bagai kita menindakkan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kaum Adam. Ingat, nafkah zahir bukan patut, tapi WAJIB. Berapa jumlahnya, baru itu terpulang pada kemampuan dan hasil perbincangan suami isteri. Nafkah zahir ini, berbalik semula pada nasihat nombor satu tadi, jangan manjakan suami dengan memejamkan mata tentang isu nafkah zahir ini. Kalau kita beranggapan, dengan tidak menuntut nafkah zahir, kita dah menolong suami, sebenarnya kita telah menutup pintu untuk dia beribadat pada Allah. Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri dan menunaikan amanah tersebut merupakan ibadat kepadaNya. Takmo tolong tambah pahala suami? Kata sayang suami, kaaaaaan...

3. Kita semua pasti berubah
Masa sebelum kahwin, saya paling takut kalau saya tak dapat buang habit suka sambung tidur lepas solat Subuh :P ada kawan-kawan saya yang telah melatih diri mereka beberapa bulan sebelum kahwin, untuk terus bangun dan tak sambung tidur. Tapi saya tak mahu dengan alasan nak menikmati moment terakhir bujang hehe. Lepas kahwin, automatik saya boleh tak sambung tidur lepas subuh, terus tolong ibu atau mak buat sarapan pagi. Jadi saya rasa, kita semua boleh berubah dengan syarat ada kemahuan dan kesedaran yang kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik. Tak pandai memasak sekali pun, kalau sanggup belajar, takkan jadi masalah. Wanita ni makhluk yang mengkagumkan tapi kita bukannya sempurna. Selagi kita sedar diri dan sedar tanggungjawab kita, tiada apa pun yang mustahil untuk kita pelajari dan perbaiki.

4. Persiapkan diri dengan ilmu rumahtangga
Ada pengantin baru yang diuji oleh makcik, nenek atau mak mentua, masak resepi sekian-sekian. Selamat maju jaya la korang ye. Hehe. Saya ada kawan yang terpaksa telefon mak dia dalam bilik perlahan-lahan bertanyakan bahan-bahan resepi untuk masak mee goreng blackpepper --ok tipu, saya la orangnya yang telefon ibu tanya resepi tu. Haha. Perkara lain yang kita kena ingat, tak semua orang boleh berkongsi dapur. Maksud berkongsi dapur ni, macam buat tugas memasak ni sama-sama di dapur. Ada yang lebih selesa dia seorang memasak, tak mahu ada campur tangan orang lain. Jadi, kalau ibu mentua/ ipar duai macam tu, jangan cepat melatah ingat kita tak disukai. Bersedia juga jika cara masak mak mentua kita berbeza dengan cara mak kita selalu buat. Cuba sebaiknya ingat kedudukan dimana garam gula, minyak teh dikabinet dapur rumah mentua. Belajar cara nak cuci sotong, sayur dan ayam sebaiknya. Belajar siang ikan kecuali korang bunting pelamin dan tak digalakkan menyiang ikan tu bonus ok. Belajar kenal rupa ayam separuh masak dan masak penuh. Tak perlu nak jadi chef, tapi sebolehnya, tahu perkara asas. Jangan sesekali kata "Saya memang jarang masak", kalau boleh cuba kata "Saya masih belajar ilmu dapur ni". Sekurangnya, nampak kesungguhan nak baiki diri. Si suami juga tak terlepas. Sebolehnya, perbaiki bacaan ketika solat dan cuba la hafal banyak surah-surah untuk dibaca ketika bersolat, mana tahu bapa mentua minta imamkan satu rumah ke kan dan bapa mentua tu pulak tok imam!? kalau seminggu asyik surah yang sama (..yang dibaca dengan suara amat perlahan :P), takde variati pula.

5. Jangan halang aktiviti dia selagi tak melalaikan tanggungjawab dia
Sebelum kahwin dulu, ada juga kawan-kawan yang mengusik "Habis la dzulq kahwin dengan kau, ko kan garang mesti aku tak dapat lepak-lepak dengan dia lagi". Kita kena faham, yang ada kawan-kawan dia, dia kenal jauh lebih lama daripada dia kenal kita. Kalau saya sendiri, saya pun tak mahu jika dia meletakkan saya disituasi saya kena pilih antara dia dan Nity. Walau selepas kahwin, D masih ada aktiviti bersama kawan-kawan dia dan saya masih bebas menulis blog. Kami berdua dapat buat apa yang kami suka bersendirian. Suami yang baik dan bertanggunjawab, akan sentiasa sedar diri status dia tanpa perlu campur tangan kita. Lagipun, masing-masing dah cukup dewasa kan, bukan bagai budak sekolah yang perlu dihembat pagi Ahad untuk ingatkan basuh kasut. Namun, tetap penting bagi kita untuk saling ingat mengingati, takut-takut kita terbabas. Sedalam mana pun, sehebat mana pun cinta dan keserasian kita dan pasangan, kita tetap manusia biasa, terdedah dengan godaan dan anasir syaitan.



Rasanya cukup dulu 5 perkara diatas saya kongsikan pagi ni. Kalau ada pembaca yang nak tambah, boleh kongsi di ruang komen ya?


9 Februari 2011

07 February, 2011

Ditarik ke Kiri dan Kanan


Salam dan hai

Kemas kini pantas petang Isnin.

1. Nak gi majlis Lala dan Dr.Myra tapi dua2 tak dapat gi (sedangkan Lala nye kat Dewan LLM aje!!) pasal ada kenduri keluarga di Melaka
2. Masih mencari dua kad kahwin yang saya amat suka. Tak tau siapa gatal alihkan kad kahwin tu daripada tempatnya, terus tak jumpa-jumpa, sedangkan saya nak sangat buat review kad kahwin dia. Cuma dapat amik gambar kad kahwin Lala aje!
3. Tak dapat penuhi undangan perkahwinan pasal terikat dengan perancangan nak masuk rumah. Huuuu~~ Dulu survey barang kahwin pun tak sibuk macam survey barang rumah..
4. Orang selalu kata, lepas kahwin duit lagi banyak nak pakai. Memang betul, tapi kalau saya boleh beri apa-apa nasihat pada bakal pengantin, nasihat saya: Dapatkan majlis perkahwinan idaman korang dan dapatkan juga rumah idaman korang :P Tiada kompromi disitu wakakak. Sekurang-kurangnya, rumah takde dateline banding majlis perkahwinan :P Jadi sila dapatkan baju sanding idaman. :P
5. Saya cuba yang terbaik untuk terus membalas emel yang dihantar.




7 Februari 2010


02 February, 2011

3 Bulan Kena Ada Isi


Salam dan hai

Sudah genap 3 bulan saya dan D menjalani hidup suami isteri dan saya nak berkongsi sesuatu menarik yang saya perhatikan tentang corak persoalan yang ditanya.

Pemerhatian saya sepanjang tiga bulan berkahwin ini, soalan wajib ditanya bulan pertama perkahwinan kami "Sekarang tinggal kat mana?" telah berubah kepada soalan "Dah berisi ke belum?" apabila masuk bulan ke tiga.

Soalan ini merupakan soalan paling tak suka dan sukar dijawab oleh mana-mana mantan pengantin, walau sekadar nak beramah mesra menegur dan perbualan di dalam lif. Mungkin kalau yang dah ada rezeki alhamdulillah, akan seronok untuk bercerita, tapi kena ingat, kalau mantan pengantin tu pula masih berusaha, sudah pasti sedikit sebanyak dia akan rasa jengkel dengan soalan macam ni. Terfikir, apa faedahnya kalau empunya diri yang bertanya tu tahu? Nak sponsor masuk hospital ke? Nak sponsor susu bayi selama 3 tahun ke? Atau sekadar menyibuk dan ingin tahu sama macam orang lain?

Melainkan hanya jika puan empunya diri sudah menghebahkan kepada satu dunia, keadaan dirinya di status facebook atau di blog, maknanya dia sendiri sudah bersedia untuk berkongsi hal gembira ini secara terbuka. Jika tiada apa-apa datang daripada mulut puan empunya diri, tolong faham yang tak semua orang suka hebahkan berita awal kandungan mereka, maka juga tak suka jika diajukan soalan macam tu.

"InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, ada la. Doakan ye"

Jawapan diplomasi mungkin tak dapat nak redakan hati yang kurang selesa dengan soalan itu, tapi sekurangnya, letakkan jawapan yang cukup memadai bagi kamu dan pihak yang bertanya.

Ingat ya bakal pengantin, harus bersedia tentang senarai soalan-soalan cliche yang bakal ditanya. Jangan cepat melatah. Kalau nak melatah pun, jangan melatah dengan pihak bertanya, melatah dengan kawan-kawan paling rapat sahaja, baru best buat sesi luahan perasaan.

Kamu perlu bersedia melepasi frasa diajukan soalan "Dah berisi ke belum" sebelum mungkin selepas 6 bulan perkahwinan kamu, kamu akan ditanya

"Korang ni buat family planning ke taknak ada anak buat masa sekarang?"
"Ko ni mandul kot?"

Tersentap dengan soalan macam tu? Perisaikan diri dan hati.

.. dan apa yang tidak memeranjatkan, biasanya orang yang bertanyakan soalan-soalan begini, biasanya mereka yang paling tak rapat dengan diri kita, tapi entah mengapa boleh terfikir yang mereka perlu tahu perkembangan kita. Kerana mereka yang rapat dengan kita, tak perlu menadah-nadah bertanyakan soalan-soalan macam ini pasal semestinya, jika ada berita gembira, kita sendiri akan memberitahu mereka kan?

Nak marah-marah? Tak perlu. Kalau kamu marah sekali pun, bukan kamu akan terus mengandung esok harinya, makin tak stabil emosi, ada la..! Yang penting, cukup kamu, suami dan Allah tahu kebenarannya. Siapa la kita untuk mencampuri urusan Allah dan ketentuanNya kan?

.. Oh ya, pada mereka yang mungkin pula dipihak yang bertanya, tanya semula kepada diri sendiri, kenapa soalan itu diajukan? Sekadar nak tumpang gembira atau tumpang menyibuk? Daripada mengajukan soalan begitu, ada baiknya dilanjutkan doa agar Allah murahkan rezeki cahaya mata kepada mantan pengantin.Itu lebih afdhal dan ikhlas, kan?

Kalau la 10 pertanyaan ditukar kepada 10 doa, waaa alangkah bahagianya! *senyum sampai telinga.



2 Februari 2011




01 February, 2011

Tema Kaktus


Salam dan hai

Masa bercuti dengan D tempoh hari, saya cukup berkenan amati pokok kaktus yang renek dan comel-comel ni.



Kemudian terfikir, kalau saya kongsikan idea majlis perkahwinan bertemakan kaktus, mana tau mungkin ada yang berminat. Dengan cuaca tempat kita yang memang sentiasa panas, pemilihan bunga hidup memang berisiko dan sedikit leceh dalam memastikan kesegarannya. Mungkin idea penggunaan kaktus ni dapat dijadikan alternatif pada mereka yang sukakan kehijauan dan mahukan kelainan, pada kos yang lebih murah dan tahan lama.

Bunga tangan




Deko meja beradap






Centerpiece/ hiasan tengah meja tetamu







Kad jemputan


Buah tangan tetamu






Tapi untuk kek pengantin, pelamin dan sebagainya, saya rasa elok kalau kekal seperti kebiasaan. Cukup tema kaktus ni digunakan dengan minimum pada contoh-contoh yang saya beri. Kita tetap perlu kekalkan imej klasik dalam perkahwinan. Tak perlu terlalu beria-ria nak selarikan semuanya. Benda yang sikit tu la biasanya yang akan ketara.

Minimum itu masih menyerlah.



1 Februari 2010

Demi Puan SCR


Salam dan hai

Saya nak mulakan post pertama bulan Februari dengan menjawab tagged daripada
Puan SCR. Kita mulakan post hari ini yang mana Persekutuan cuti *Tensi dan jelez tak dapat cuti cam D* dengan post ringan.

Saya memang tak disiplin bab lawat melawat blog ni. Mana yang saya sempat lawat, saya tinggalkan komen. Mana yang saya tak tinggal komen, saya tinggal jejak (jejak dalam bentuk saya tahu perkembangan diri mereka heheh). Tapi memandangkan Puan SCR minta saya jawab tag dia, maka post ini saya akan cuba jawab beberapa soalan dengan cara amat formal (pasal mode sudah tukar kepada mode di pejabat. Hehe)

1. APAKAH STATUS ANDA?
Bahagia menjadi seorang isteri selama tiga bulan sudah! Alhamdulillah..

2. CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA
Tentang diri saya daripada perspektif bagaimana ni ya? Erm.. cukup saya tulis yang saya menulis sebagai blogger Xora dan diri saya diluar bersama rakan-rakan, adalah dua insan berbeza. Mungkin split personality? atau mungkin saya overdose tengok cerita Criminal Minds. Tak gitu Laling, Reen, Nuriah (.. sapa lagi nak ngaku baca blog aku senyap-senyap kat opis??)

3. CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA
Blog saya khas untuk hal perihal kahwin sahaja. Kalau dulu, saya buat blog ini tentang persiapan majlis abang saya, kemudiannya baru persiapan majlis saya, kini saya akan terus menulis untuk persiapan mana-mana pembaca yang bakal menjadi ratu sehari. Saya meminimumkan sebolehnya cerita tentang kehidupan peribadi saya yang tidak berkaitan dengan misi blog ini. heheh.

4. APA PENDAPAT ANDA TENTANG DUNIA BLOG?
Dunia blog dan dunia sebenar tak jauh bezanya. Dunia sebenar ada peniru, dan begitu juga dunia blog. Sama sahaja juga dengan isu persahabatan, permusuhan, stalker dan macam-macam lagi. Cuma bagaimana kita memanfaatkan medium blog itu sahaja membezakan kita dengan orang lain.

5. NASIHAT KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BARU NAK BUAT BLOG
oh saya ada buat tulis pasal tips bagi B2B yang baru nak buat blog * malas lak nak paste link kat sini heheh. Rasanya, rumusan kepada nasihat: Menulis kerana minat. Itu yang akan mengekalkan penulisan blog kita, samaada hanya sementara atak kekal selamanya.

6. NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA
Rasanya tajuk blog saya kot. Dia Terima Nikahnya. -- Lafaz azimat nih!! Mudah orang nak ingat. Kat Nuffnang pun, itu search word yang selalu orang guna.

7. SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG
InsyaAllah selagi ada idea dan kudrat diberikanNya. Impian saya mudah sahaja, nak bantu kongsi idea yang saya jumpa, dengan seberapa banyak bakal pengantin secara langsung atau tidak langsung.

8. TAG 5 ORANG YANG ANDA NAK KENAL

1. Puan T --> pasal ko dah lama kan tak update blog?? *slap
2. Reen --> nanti leh bahan ko semula haha
3. Laling --> Nak kenal dirimu lebih mendalam oh lalingku~~
4. Miss Elya --> Rajin tinggal komen kat blog saya :P
5. Zaa~ --> selalu kasi kata-kata dorongan kepada saya.



Kalau berkelapangan, sila la jawab ye. tiada paksaan (kecuali pada Puan T tu :P)


1 Februari 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates