Salam dan hai
Hampir 2 minggu berlalu sejak post terakhir saya disini.
Ye, saya masih disini dan masih belum sempat mengarang apa-apa post yang padat pengisiannya. Terlalu banyak yang saya ingin kongsikan disini.
Tentang pengalaman berpantang saya
Tentang pengalaman melanggar pantang saya. Hehe
Tentang pengalaman menyusu badan kali pertama
Tentang pengalaman kegagalan menyusu badan kali pertama juga. Haih *siap nangis-nangis berduet dengan baby haha
D baru belikan komputer. Mungkin selepas ni nak pasang Unifi, jadi baru dapat ligat menulis semula disini.
Tapi si tenit ni perlukan perhatian juga.
Bos kecik. See the penumbuk?? (D jr baru pandai menghisap jari. Tu la pasal dapat pose begini)
Mengatur waktu dengan bijak--itu skill yang perlu saya tajamkan buat masa sekarang.
InsyaAllah, kalau berkesempatan menulis, saya akan berikan post terbaru nanti ya.
Sehingga itu, jaga diri dan mereka yang tersayang.
23 November 2011
Salam dan hai
Untuk maklumat lebih lanjut, klik disini Saya sukakan konsepnya.
8 November 2011
Salam dan hai
Post pendek bergambar.
Lima pengajaran buat saya. Mungkin ada yang releven untuk kamu, atau mungkin tidak. Tapi ditulis disini sebagai tanda ingatan buat diri sendiri untuk masa hadapan
1. Jangan beli stroller sebelum bayi dilahirkan sebab:-
a. tak tahu anak akan besar mana, takut bila kita dah nak bawa dia jalan-jalan, tak muat macam si kecik kat bawah ni (atau tak bawa sikecik bersama masa beli, jadi tak dapat nak test kasi dia duduk dalam tu)
Muka ketat kena paksa duduk kat baby carrier yang kecil. haha.
b. tak tahu bila baru boleh bawa anak keluar lepas pantang dan tumbesarannya bagaimana ketika itu.
c. ajal maut ditangan Allah
Selingan
Terus beli dikedainya. Amik model yang boleh gabung terus stroller dan baby carrier. Senang sikit.
Babah lebih teruja daripada baby
2. Makanan yang kita mengidam masa mengandung tapi tak dapat. Kemudian dapat selepas mengandung, rasanya tetap sedap je!
Nasi ambeng di Seksyen 3 Bangi kalau tak silap. Berdekatan dengan Proton Edar dan Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Sedap dan murah (RM4.50)!
3. Perempuan beranak pun boleh, apa lah sangat nak kemas rumah yang macam tongkah pecah ni. Tapi ingat, kalau dah berehat 45 hari masa berpantang tak buat apa-apa, jangan terus nak buat kerja rumah menggila. Alamatnya, sakit tulang, urat dan semua yang boleh rasa sakit, akan dialami (macam siapa?? macam saya *angkat tangan). Minta encik suami bersihkan rumah sikit-sikit sebelum balik ke rumah dengan baby demi persekitaran yang sihat dan bersih.
Lihat rumahku, bersepah kan..?
4. Menjadi ibu bekerja memang mencabar. Menjadi ibu bekerja yang menyusu badan, memang teramat mencabar.
Beg menyusu D jr. D for Dyzhwar!
5. Kalau kita ditugaskan hantar anak ke rumah pengasuh/penjaga solo tanpa kehadiran suami, pastikan buat 'warm-up' dulu. Praktis bawa kereta dari rumah ke tempat dituju berdua sahaja. Biasakan si kecil dengan situasi di dalam kereta. Praktis mental kita kuat dulu, mana la tahu, kalau tiba-tiba si kecil mengamuk tengah jalan, kita tak terlalu panik dan tahu macam mana nak atasi
hari pertama practice. Kasi pose ketat pasal pagi-pagi kena kejut gi rumah Opah
Bila dah selalu sangat, layan tido lagi best
4 November 2011