24 September, 2011

Sebulan



Salam dan hai

Ibu masih lagi tidak benarkan saya menulis blog -tapi saya degil. Kata nak tulis sikit sahaja, dah hampir sebulan tak menulis, tak best la kan biarkan blog bersawang sedangkan yang datang membaca masih ada.

Tak dapat tulis banyak, ibu dah bising-bising, "Ha, tulis blog. Kang rabun kang!" .. monolog dalaman "tapi ieja dah memang rabun pun".

Maka cuma dapat tempelkan gambar sahaja.


*mata D tak cukup tidur. hahah

lagi 15 hari lagi berpantang. Tak sabar nak balik Bangi.. dan makan ayam goreng, kek keju, kentang goreng, pizza, ~~~~

Dan semestinya, nak menulis di blog ini semula!


Isnin ni baby ada pemeriksaam kesihatan 1 bulan di Klinik Kesihatan. Kali pertama baby akan tengok dunia luar. Selama ni, ummi dan baby asyik terperuk dalam rumah.


.dan nasihat 'penaja' a.k.a ibu "Ha ko jangan nak melencong ke Mines ke Alamanda ke. Habis checkup, balik rumah!"


24 September 2011