30 November, 2010

Perkongsian Idea Secara Pukal


Ini adalah post berjadual. Segala komen saya akan approve kemudian.

Salam dan hai

Secara pukal, saya nak kongsi idea daripada gambar-gambar berikut

1. Kesukaran mendapatkan bunga? Gunakan riben besar untuk menyuntik element dramatik pada kek pengantin.


2. Bosan dengan kek yang tersusun tinggi. Pelbagaikan susunan dan aturannya.


Sumber:
rosannainc



3. DIY ini untuk idea segar kek hantaran atau kek pengantin

Sumber: craftstylish


4. Muak dengan gambar pengantin menyambut tetamu? Jadikan salasilah keluarga atau kronologi percintaan kamu dan pasangan sebagai ganti (Boleh masukkan gambar juga untuk memudahkan pengecaman ahli keluarga)


Sumber:
weddingbee

5. Baju nikah putih kamu terlalu kosong dan polos? Naikkan serinya dengan penggunaan aksesori bewarna.


Harap idea-idea tersebut cukup praktikal untuk kamu praktikkan dalam majlis kamu.


30 November 2010


Sambung Kisah Perarakan dan Kain Tersangkut




Ini adalah post berjadual. Segala komen saya akan approve kemudian.

Salam dan hai

Post terakhir tentang majlis sanding kami adalah berkenaan ketibaan kami di dewan {
Post}. Jadi macam yang dah saya janjikan, saya nak menulis tentang:

1. Perarakan mencemaskan
2. Bantuan daripada Pak Long
3. Kain tersangkut kat kasut.

1. PERARAKAN MENCEMASKAN

Memang daripada awal, kami tak mahu flower girls mengiringi kami. Kami mahu buat simple sahaja. Rancangan awal, cuma ada kami, pengapit dan kumpulan kompang. Kami tiada orang menghantar pasal majlis kami serentak, jadi tak perlu rombongan. Sebelum ini, saya ada berangan, mahu kawan-kawan kami yang sudah berkahwin sama-sama berjalan dengan kami di karpet merah. Saje, nak ulangi memori manis mereka. Tapi lepas fikir praktikaliti dan komitmen, kami batalkan sahaja.

Kemudian, mak D ada idea untuk minta bunga pahar dibawa berarak. Pada mulanya saya macam keberatan pasal saya tak pernah nampak, jadi tak dapat bayangkan. Tapi lama-lama, saya rasa, tak apa la, nak juga saya tengok macam mana. Tapi dalam hal bunga pahar ini, saya memang serah bulat-bulat pada mak D untuk uruskan, baik daripada segi bunga paharnya, kepada penanggah yang akan bawa.

Saya dan D cuma beli baju melayu untuk budak penanggah tu pada Ramadhan lepas. Kami pilih warna hitam, sampin nasib baik budak tu dah ada. Jadi mudah kerja kami.

Jadi seperti yang dilihat pada majlis kami, penghulu kepada perarakan kami adalah si budak bawa bunga manggar. Budak ini jiran D juga, ahli kompang kawasan perumahan tu juga. Cuma untuk majlis kami, dia tak main kompang.

Serius, budak ni memang kuat tangan dia! Bayangkan bunga pahar di bawa berarak dengan kadar jalan pengantin, tambah dengan dulang tembaga. Memang berat.



Ni memang tak dapat buat apa pasal budak ni memang segan sangat-sangat kena bawa bunga pahar, jadi dia pilih untuk jalan sambil tutup muka dia dengan bunga pahar.. Dia segan.

Saat genting bermula pada masa kami berhenti di arch. Semua orang berpusu ambil gambar. Nasib seorang abang yang tak mahu pakai songkok-pasal takut rambut cacak dia rosak- berbaju pink gegas berjalan ke arah arch. Pasal? Arch tu lagi sikit nak tumbang pasal ramai orang terlanggar arch tu masa nak ambil gambar kami.

Walaupun sehari sebelum majlis kami dah buat latihan, tapi serius, masa ini saya tak ingat apa saya kena buat. Nasib D yang ingat susunannya bagaimana. Saya main nak jalan aje bila kompang dah berhenti, sedangkan kami sepatutnya jalan bila kumpulan kompang berselawat.

TIPS 1: Kalau kurang pasti susunan majlis, lihat pergerakan pasangan anda.

2. BANTUAN DARIPADA PAK LONG

Masa kami berarak, tiba-tiba Pak Long D bagi arahan untuk berhenti hampir di setiap walkway. Ini memang tak dirancang,tapi entah kenapa, pada hari majlis tu, saya dan D mengikut pulak.

TIPS 2: Pengantin sila berhenti sejenak, bagi memudahkan tetamu ambil gambar. Bila mereka dapat gambar yang mereka berpuas hati, mereka akan beredar dan seterusnya dapat bagi peluang orang lain pula nak ambil gambar.

Memang ada eloknya kami berhenti. Serius, puas hati bergambar. Hahah. Ok sebenarnya saya puas hati bila saya berhenti pasal saya dapat tengok muka tetamu yang hadir. Sorang-sorang saya cam.


3. KAIN TERSANGKUT PADA KASUT

Ini keji tau!! Saya memang tak mahu kain yang berjela-jela panjang untuk majlis sanding pasal saya tahu saya kena banyak bergerak. Jadi, saya buat ekor kain saya takat cecah tanah sahaja.

Tapi bila saya naik tangga, anak tangga pertama ok. Anak tangga kedua, sedikit sukar. Anak tangga ketiga, terus sangkut benang manik pada kasut.

Reaksi: Saya langsung tidak panik.

Kawan-kawan yang kenal saya, memang tahu saya amat panik dan kalut. Serius, teramat mudah kalut. Tapi entah mengapa, masa majlis tempoh hari, saat kain saya tersangkut, saya tak menggelitis. Mungkin saya tahu, saya ada pengapit paling peka kat dunia haha. Nity cepat sahaja perasan kain saya tersangkut, terus dia leraikan.

Masa ini pula, ramai orang amik gambar. Benci~



TIPS 3: Jangan panik. Apa-apa yang terjadi, senyum sahaja.

Masa kami tiba di pelamin, ikutkan saya mahu terus duduk. Serius, saya tak ingat satu pun apa yang dipesan masa rehearsal! Nasib saya mengunakan TIPS 1, jadi saya menggunakan sudut pandangan tepi, tengok tindakan D seterusnya. Bila dia terus berdiri, saya pun terus berdiri. D hanya duduk selepas selawat tamat.



Tahukah anda, TIPS 1 juga berguna kepada pengapit?

Dalam video, banyak tindakan Hafiz pengapit D, dibuat setelah melihat apa yang Nity buat. Bila Nity amik kipas, dia amik. Bila Nity keluarkan tempat letak kaki, Hafiz ikut buat. Memang tindakan yang amat bijak!

Saat paling melegakan kami, bila sudah duduk diatas pelamin.


Fiiuh!! Rasa 50% perjalanan majlis sudah lengkap. Masa bersanding (kami memang tiada tepung tawar) sambil diiringi pukulan kompang, saya gunakan masa ini sepenuhnya untuk perhatikan keadaan dewan.

Rumusan pemerhatian: Saya tahu sesuatu tak kena apabila saya nampak abang saya berlari ke sana sini. Tiada siapa boleh tipu saya akan apa yang tak kena.. Nanti saya ceritakan.

Sedikit bengang bunga orkid dimeja berdamai yang digubah dengan kasih sayang oleh kami, telah ditutup oleh bunga katerer. Sempat saya dan Nity bergosip atas pelamin. Haha. Sedikit marah di atas pentas, tapi senyum jangan tinggal. Kemudian perasan juga, kek cuma dua tingkat.. Sambung meradang, tapi senyum jangan lekang.

Ingat ye, senyum jangan tinggal. Marah macam mana sekali pun, jangan lupa senyum.

TIPS 4: Pengapit kena sentiasa ingatkan pengantin untuk senyum dan sentiasa bagi signal kedudukan OP di mana. - Saya selalu leka. Walau Nity dah ingatkan, kemudian saya lupa. Haha.

Kami duduk diatas pelamin (sambil saya jadi saiko perhatikan keadaan sekeliling dewan) sampai kompang habis dengan lagu-lagu mereka. Bila mereka bersurai, terus ke bacaan doa. Selepas bacaan doa, baru kami turun daripada pelamin.

Sangat suka masa ini pasal betul-betul molek kami turun daripada pelamin, gamelan pun berkumandang lagi, mengiringi kami. Dapat naikkan mood kami (Atau mungkin saya seorang?:p) semula.



Entri akan datang : Makan berdamai yang tidak berapa damai. Balasan pasal saya dan D dulu-dulu, suka kacau pengantin masa makan :P Kan Sayang? Haha. Padan muka kami! Nasib abang saya dah tapau lauk pengantin untuk kami. SUka!


Nota: Alhamdulillah. genap sebulan kami menjadi suami isteri. Syukur pada yang Maha Esa.


30 November 2010

29 November, 2010

Fruit Buffet Pengganti Candy Buffet!



Salam dan hai

Mahukan alternatif lebih murah, mudah dan menyihatkan berbanding Candy buffet?

Perkenalkan: Fruit buffet! (yang juga boleh dicampur dengan sayuran!)



Dalam majlis orang melayu, pencuci mulut ni memang dah sinonim. Baik untuk majlis tunang, aqiqah atau rumah terbuka. Tapi yang biasanya kita tengok, kalau tembikai mesti diletak dalam tray, dipotong tiga segi aje kan?

Apa kata ubah bentuknya kepada ini



.. Tak semestinya kena pakai buah-buah mahal. Kalau mangga, epal hijau, dipotong molek-molek pun ok



Buah pear yang disalut gula.


Rumusannya, kalau kita hidangkan ulam-ulaman macam lobak merah dan kacang panjang, tetap akan nampak menarik kalau dihidangkan dengan cara yang menarik mata memandang. Daripada diletak mati dalam tray, boleh sahaja ulam tu disusun menegak macam pensil dalam gelas, macam dalam gambar diatas.

Murah pun murah, berkhasiat lagi tu! Nak deko, punya la mudah! Tak perlu bunga-bunga yang mahal. Pakai sahaja buah-buah tomato ke, kubis ke buat deko. Lepas majlis, buah-buah tu masih boleh digunakan untuk memasak.

Dalam majlis orang Melayu ni, semuanya sudah ada terbentang. Yang penting, semuanya berbalik kepada cara kita persembahkan makanan tu. Kan?

Selamat mencuba!




29November 2010

Reviu: Baju Sanding Kuning Idaman



Salam dan hai

Baru kebah daripada demam. Reen yang kahwin, saya yang demam urat. Haha.

Sedikit sorotan post akan datang tentang majlis Reen.















Kali ni saya nak menulis tentang baju sanding kuning kami. Saya jarang-jarang berkongsi perjalanan nak buat baju ini secara terperinci. Mungkin belajar daripada pengalaman lepas, selagi hasil belum selamat sampai ke tangan saya, selagi tu saya akan lebih berahsia dengan siapa saya berurusan.

Selepas tak jadi amik vendor yang pertama, saya terus hubungi Nity dan minta dia cadangkan mana-mana vendor yang dia kenal. Dia cadangkan A.Roy daripada Roy Busana Anggun, Semua House.

Saya memang tak pernah dengar nama dia. Satu-satunya kerja dia yang saya pernah tengok, masa saya hadiri majlis Amyrah.Saya amat sukakan kerlipan baju Amyrah bila disirami cahaya dewan. Jadi, memandangkan saya malas nak cari lagi dan mahu vendor yang boleh bekerja dengan saya, jadi saya pun setuju aje.

Kali pertama jumpa A.Roy, pada bulan Februari, bersama Nity {
Post}

Tapi saya tetap kena bawa D untuk jumpa A.Roy, jadi bawa D pada bulan Mac. Sekadar berborak kosong sahaja, nak kenal hati budi A.Roy macam mana, hasil kerja dia sebelum ini dan sekadar nak bina keserasian dengan dia. Kami bagitau apa yang kami mahukan, warna kuning tetap tak berganjak dan harga yang kami persetujui. Yang buat saya memang muktamad nak ambil dia, pasal dia akan sediakan baju sanding untuk kami yang memang kami akan ambil terus, bukan sahaja baju, tapi termasuk tengkolok, kasut dan veil. Jadi pada harga yang kami berdua mampu, terus sahaja setuju. Tapi, masa tu kami tak bayar deposit langsung pun. Selamba aje kan, kalau vendor lain mesti kami dah kena tinggal kot :P

A.Roy minta datang semula bulan enam nanti untuk bincangkan rekaan yang kami nak dengan muktamad. A.Roy masa tu cadangkan kami buat baju kebaya labuh macam Erra Fazira tu. Saya masa tu sudah termagu-magu pasal saya rasa baju nikah saya sudah rekaan baju kebaya labuh, jadi tak mahu la rekaan yang sama. Cuma masa tu, saya diamkan sahaja pasal tiada baju nikah di tangan untuk ditunjuk.

Bila bulan Jun tiba, saya datang semula ke butik A.Roy, bersama-sama dengan baju nikah saya.{
Post}. Jadi, lepas fikirkan balik, kami setuju untuk buat rekaan baju kebaya pendek sahaja. A.Roy yang cadangkan guna material songket penuh, berbanding songket tabur. Songket tu dijadikan dress labuh, kemudian buat baju lace potongan kebaya dipakai diluar. Memandangkan baju ni hak kami, jadi a.Roy nak rekakan sesuatu yang kami boleh pakai kemudian hari. Pasal tu dia jadikan dress songket dan kebaya lace saya dua bahagian yang bercerai dan tak dijahit sama. Jadi nanti saya boleh padankan dengan koleksi saya sendiri. Dress songket tu pun memang tak meleret. D pula, boleh pakai baju kuning melayu tu bila-bila dia mahu (Oh, tolak tepi jaket songket itu hehe) Kami ikut sahaja, asalkan kuning. Warna kuning kami, kami serah bulat-bulat untuk dia pilihkan. Kami cuma ambil tahu tentang rekaan baju sahaja.

Sejak itu, kami tak hubungi A.Roy. Saya sendiri tak pernah SMS dia tanya perkembangan. Memang serah bulat-bulat kat dia. Mungkin saya sendiri malas nak fikir dan cerewet. Dalam bulan Oktober, baru saya SMS dia bertanyakan tentang fitting baju. A.Roy dah jadualkan kami untuk datang fitting selepas bulan puasa, jadi kami pun ikut sahaja.

Datang ke butik A.Roy dalam keadaan bercampur baur. Masa ni la, baru nak ragui bakat A.Roy haha. D pun dah bosan saya asyik bebel dalam kereta, takut A.Roy salah pilih warna dan rekaan.

Tapi bila kami sampai dan lihat baju kali buat kali pertama {
Post} memang satu perasaan yang sukar diungkap. Berbeza dengan baju yang kita dah nampak pada mata dan tunggu untuk fitting, baju tempah baru sentiasa berisiko. Tapi bila hasilnya seperti yang kita mahu, senyuman lebar jangan cakap la!

Memang rasa puas hati sangat, bersyukur sangat-sangat warna kuning yang dipilih, cukup cantik. Memang tak dapat sorokkan rasa teruja kami. Banyak sebenarnya gambar saya ambil masa fitting, tapi cuma kongsikan tiga keping pun cukup la. Hehe







Secara keseluruhan, memang kami berpuas hati dengan baju sanding kami. Cuma kain saya senteng sedikit dibahagian depan, jadi A.Roy tambahkan patching lace. Hal manik saya tak seimbang {
Post}, memang dah tak kisah sangat pasal manik yang ada dibaju memang sangat-sangat saya suka. Penuh, tapi tidak terlalu sarat. Cantik, tanpa perlu beria-ria menjerit untuk perhatian.







Veil saya pun ditukar kepada yang lebih simple dan tak terlalu sarat {
Post}

Ini yang diberi.



Dapat yang lebih simple. Saya suka!


Untuk rekaan ini, saya diberi anak tudung. Tapi seperti yang saya sudah kongsikan dalam post yang ini {
Post}, akhirnya pada hari majlis, K.Nurin ubahsuai penggunaan tudung dan anak tudung saya, lalu menghasilkan sesuatu yang istimewa untuk majlis saya {Post}.



Walaupun sedikit kekurangan apda baju sanding saya, tapi dalam 'waktu kecederaan' macma ini, saya dah tak kisah. Lagipun, bila tengok dalam gambar dan video, betapa berkelipnya manik pada baju saya (D kata, macam lampu LED), saya syukur dan berterima kasih kepada A.Roy yang dapat merealisasikan baju sanding kuning idaman kami.



Kepada mereka yang berminat nak mendapatkan perkhidmatan A.Roy, berikut maklumat yang kamu perlu tahu

Dato Roy Azman daripada Butik Roy Busana Anggun
Lokasi: Semua House G15, Berhampiran dengan Habib Jewel.
Hubungi: Dato Roy Azman
{Prof
ile Roy Busana Anggun}

Saya doakan mereka yang ingin mendapatkan khidmat A.Roy, bakal turut berpuas hati dengan perkhidmatan beliau. Saya tidak la berani menjamin hasilnya, tapi saya sentiasa mendoakan semua yang baik-baik untuk bakal pengantin. Maaf, saya tak dapat dedahkan berapa caj yang kami bayar untuk A.Roy atas permintaan beliau. Jadi, saya harap pada B2B, sila gunakan skill berunding kamu ya?




29 November 2010



26 November, 2010

Trend Terkini: Paper Quilling



Salam dan hai

Bayangkan kalau dinding dipenuhi dengan seni kreatif ini. Paper Quilling








Boleh diletak di ruang meja tetamu, bilik pengantin atau mana-mana sahaja yang difikirkan. Kita boleh bingkaikan seni ini kan?



Mungkin tunggu masa sahaja--mana tau ada orang yang akan menjadikan seni ini dimanfaatkan di pelamin.


Cantik sangat kan? Perlukan ketekunan, kesabaran, teknik dan bakat untuk mengilhamkan semuanya.



26 November 2010

Temerloh, Tunggu Kami!



Salam dan hai.

Minggu ni,
Reen, Kay dan Farah pula yang bakal melangkah ke fasa kehidupan yang baru! Saya ucapkan selamat pengantin baru buat mereka bertiga dan juga kepada semua bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis masing-masing hujung minggu ini.

Masa post ini dibaca, insyaAllah saya dan D dalam perjalanan ke Temerloh. Reen insyaAllah bernikah malam ini, jadi mahu sampai ke sana sebelum petang.

Khas untuk Reen, saya buatkan muffin untuk hantaran dan meja rombongan dia. Bakar muffin pada hari Selasa.



Dekonya pada hari Rabu


.. Dan Khamis, terus serahkan pada pengapitnya untuk dibawa ke Temerloh.


Proses yang memang memakan tenaga, walaupun nampak pasif sahaja. Menguap-nguap pasal tak cukup tidur, sampai orang usik-usik, fikir lain. Kemudian kena gegas buat blueberry cheesecake untuk hari jadi D (Sampai hati D tak amik gambar kek tu. Terus aje dia potong T.T) dan biskut coklat chip pasal D suka mengunyah jajan.

.. Walaupun penat, tapi suntikan semangat saya -- D yang tak pernah putus-putus bagi dorongan dan motivasi. Dia pun turut tolong saya apa yang dia termampu (..sambil tengok bola T.T )


Doakan perjalanan kami selamat tiba ke destinasi. Saya akan cuba seimbangkan post tentang majlis Reen dengan post majlis sanding saya yang masih bertangguh.

Janji, InsyaAllah post seterusnya : Tentang baju sanding saya.


Saya masa fitting kali pertama.


26 November 2010



25 November, 2010

Makan Hati?


Salam dan hai

Hari ni hari jadi D yang ke 25. Jadi nak buat post khas berkenaan kek. Saya terjumpa gambar dibawah ini.

Satu sahaja perkataan yang keluar daripada mulut saya masa tengok gambar ni: MAK AAAAI!!!!

Mak aaai tu mewakili rasa kagum, geram yang positif dan teruja.



Cara nak buat, ada dikongsi disini {
Post} .


Yayang, sorry B tak reti buat kek macam ini lagi. B buat kek lain dulu ye untuk hari jadi D hari ni.


25 November 2010


Plat Kereta Pengantin



Salam dan hai

Atas permintaan saya terima dalam emel saya, saya akan buat post khas tentang plat kereta pengantin kami.

Saya ada cerita serba sedikit tentang ini dalam post ini {
Post} dan ditunjukkan secara rasmi dalam post ini {Post}





Pada mereka yang berminat nak dapatkan plat kereta macam ni, boleh hubungi Kucam Spike melalui Facebook dia {
FACEBOOK}. Saya tak berani nak jadi orang tengah pasal takut ada maklumat yang saya tertinggal ketika dalam proses penyampaian. Jadi ada elok kalau pada mereka yang berminat, terus PM Kucam Spike ini. Sebarang harga dan spesifikasi, boleh terus berunding dengan beliau. Dia ni mudah dibawa berunding, jadi korang bincang la sendiri baik daripada segi jenis tulisan, apa yang nak ditulis, warna papan plat dan semua yang korang terfikir la ye. Tapi kurang pasti la kalau dia masih ada masa untuk buat projek ini lagi. Tak apa, cuba aje hubungi dia, tak salah.


25 November 2010

24 November, 2010

Bunga Tangan Sedap Dimakan



Salam dan hai

Selama ni, saya ingatkan saya dah habis tengok macam-macam bunga tangan; baik daripada bunga tangan hidup, kepada penggunaan butang, kerongsang, bulu pelepah, riben dan pelbagai kreativiti melangkaui pemikiran saya.

Kemudian saya terjumpa gambar ini.

Sumber:
modernlifestudios.com


Kalau untuk majlis sebenar memang la amat tak sesuai. Takut terkena kotoran pada baju, apa tah lagi dalam cuaca Malaysia yang tak menentu. Tapi kalau untuk photoshoot dalam studio untuk Pre wedding atau Post Wedding, memang amat istimewa!

Sekarang, siapa nak buat?


24 November 2010

Reviu: Tudung Sanding Saya




Salam dan hai

Saya tak terfikir saya perlu buat post khas untuk tudung sanding saya.

Tapi lepas saya masukkan post sewaan untuk layah sanding, banyak pula emel yang saya terima, tapi kebanyakkan bertanyakan tentang bagaimana saya pakai tudung ini untuk majlis sanding saya. Jadi untuk jimatkan masa, saya buat post ini supaya semua soalan terjawab.

Boleh baca dulu dalam post terdahulu {
Post}, saya ada tunjukkan alternatif yang saya ada.



Kisah panjangnya begini. Anak tudung (gambar bawah) ini saya ambil daripada A.Roy 6 hari sebelum majlis. Memang daripada awal, dah diberitahu yang saya akan diberi anak tudung ini cuma saya tak dapat bayangkan macam mana rupanya. Bila dah dapat, saya cam kurang pasti sama ada saya boleh bawa ke tidak gaya tu. Saya faham, anak tudung tu dibuat sebegitu rupa untuk serlahkan manik pada bahagian leher baju saya, tapi saya tak pernah pakai anak tudung begitu sahaja, tanpa apa-apa menutup bahagian leher, jadi saya memang berbelah bagi nak pakai, walaupun manik nya dah cukup cantik.



Jadi paksa juga diri pergi Ariani Bangi beli tudung awning kosong. Tak tau nak cari kat mana. Kali pertama beli disana dan lepas ni kalau boleh tak mahu pergi lagi pasal mahal. Hehe. Tapi jurujual yang melayan saya memang bagus, sampai sanggup ke stor cari tudung yang warna paling hampir.

Pada hari majlis, saya tunjuk kat K.Nurin kedua-dua tudung saya. Saya bagitau, saya nak pakai yang Ariani nye pasal saya tak selesa terlalu semak kat kepala saya kalau pakai yang anak tudung punya. Tapi k.Nurin ada idea lain~~~

dan hasilnya, seperti yang kamu semua lihat dalam gambar-gambar sebelum ini.



K.Nurin gabungkan kedua-dua tudung. Mula-mula dia pakaikan saya tudung awning kosong, kemudian baru pakai anak tudung di atasnya. Masa mula-mula dipakai, saya macam kurang suka pasal saya nampak pelik. Tapi selepas pakai layah dan tiara, semuanya nampak memang jatuh pada tempatnya. Lebih-lebih lagi bila layah tu kedudukannya dibelakang badan saya.



Keputusannya: Saya suka dan yang paling penting, saya selesa dengan penampilan saya. Kudos kepada K.Nurin hasil kreativiti beliau! Kemas sangat dia buat! Ikatan anak tudung tu pun dia buat sangat kemas (tapi bila saya dah gerak sana sini, pusing situ sini, memang la dah tak kemas jadinya. Haha) Saya cuma tukang pakai aje (walaupun sebelum tu dah meracau-racau, tak mahu pakai anak tudung dan tiara pasal takut jadi cam Lady Gaga)



Jadi pada mereka yang emel saya bertanyakan tentang kaedah tudung majlis sanding saya, harap info saya ni membantu ya. Saya jawab secara pukal melalui post ya?



Nota: Antara soalan lain yang kerap saya terima dalam emel: macam mana saya dapat kemas kini blog sampai 2-3 post sehari. Jawapan saya, saya jadualkan post saya terlebih dahulu. Semua post yang dibaca, kebanyakkan sudah ditulis sehari atau dua hari awal. Jadi, saya cuma tambah dan edit sikit-sikit sahaja dari masa ke masa.



24 November 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates