30 September, 2010

Tiga Puluh Hari Lagi..


Salam dan hai

Gambar hiasan, cilok daripada google. Dah lama simpan gambar ni, sebelum abang saya kahwin lagi!


Hari ni tak mahu tulis pasal persiapan. Tapi nak buat pengumuman.

1. Saya nak minta maaf kepada kawan-kawan setaman saya. Saya tahu kebanyakkan mereka baca blog saya, walau hanya sebagai pembaca belakang tabir. Memang ramai yang saya sudah jarang-jarang hubungi. Jumpa pun masa raya dan kenduri kahwin. Tapi saya amat berterima kasih pada mereka yang masih lagi menghubungi saya, bertanyakan persiapan dan sebagainya. Maaf sangat, tak ter'update' semuanya.

Kawan-kawan saya majoritinya telah berkahwin, jadi saya percaya mereka lebih mudah untuk fahami 'kehilangan' saya. Mereka pun pernah berada dalam situasi saya, jadi memang setiap masa ada sahaja aktiviti nak dibuat.

2. Saya masih sibuk dengan aktiviti mengepos kad. Semalam sudah berjaya hantar beberapa kad lagi ke rumah kawan-kawan. Sempat juga beraya di rumah kawan sekolah-- tapi tertekan pasal tak ikut tema. Ada ke patut, datang raya pakai jeans dan tshirt! Semalam main bantai datang rumah orang untuk hantar kad, diajak terus sekali beraya. Kemudian meroyan dalam kereta minta D hantar balik rumah nak salin baju kurung. Tup-tup, tuan rumah telefon bagitau, rumah yang kami nampak ramai-ramai pakai baju kurung tu, tu bukan rumah dia. Rumah dia sebelah tu, yang gelap tiada orang. Jadi, patah semula ke rumah tu. Haha. Memang kerja buang masa. Nasib D tak marah. Haha.

3. Oh ya sebut pasal jemputan. Tetamu yang sudah saya hantar kad jemputan [rujuk post ini], boleh maklumkan pada saya ya kalau kad belum diterima. Saya rasa macam saya ada terlalai sikit dalam hal ini (Hana Yorie dan Nurul Nazreena, sila check emel masing-masing) Hari ni saya akan mulakan operasi mengepos kad kepada:

Bushra, KL
Mieza, Putrajaya
Nur Hidayah Jamaludin, Putrajaya
Jaja Butterfly, Selangor

Kiranya dengan empat nama diatas, selesai sudah operasi mengepos kad jemputan kepada kenalan siber. Minta sangat kalau ada yang masih belum dapat kad dalam minggu depan, tolong maklumkan pada saya. Kadang-kadang emel yang saya bertindih-tindih dengan emel yang request untuk tentatif dan belanjawan. Takut terlepas pandang.

4. Pada mereka yang request untuk tentatif dan belanjawan, saya akan emelkan secara pukal ya. InsyaAllah, hari ini saya akan emel kan semua-- Kalau gmail saya dah boleh dibuka semula.

5. Saya tak pernah buat 'countdown' dalam facebook pasal saya ada medium yang lebih sesuai-- blog. Walaupun kawan-kawan dah ramai yang dok usik saya di Facebook, tapi saya tetap rasa tak perlu untuk kecohkan di Facebook. Tapi tak bermaksud saya tak teruja untuk hari besar kami. Jadi, hari ni untuk merealisasikan impian kawan-kawan saya nak tengok saya update status pasal kahwin, buat kali pertama, saya tulis status facebook saya " 30 hari lagi, insyaAllah seseorang akan menjadi imam dan saya menjadi makmumnya " .. Makan dalam? Bagus. Lepas ni, jangan harap aku nak update apa-apa hal kahwin kat status Facebook.

Hujung minggu ini ada jemputan, kemudian bakal bergegas ke MidValley nak beli tambahan mekap MAC.. kemudian apa ya D? Jumpa katerer nak batalkan beberapa perkara.. Lagi nak fitting baju nikah.. lagi.. M.A.L.A.S

M= Malas
A= Adalah
L= Lumrah
A= Alam
S= Sayang...

Wah.. terasa diri hebat, berjaya buat cam tu!


30 September 2010

29 September, 2010

31 Hari Lagi



Salam dan hai

1. Kad jemputan
30% sudah dihantar, lagi 70% belum lagi. Tetamu jemputan nikah, asingkan dengan letakkan
wax seal tu. Kelakar bila ada kawan-kawan yang takut nak buka pasal takut terkoyakkan wax seal tu. Ada orang tu kata (baru aku tauuuu, ko baca senyap-senyap ye blog haaaku! ;p ) "aku takut nak buka ni pasal aku tau banyak effort ko buat untuk benda ni". Reaksi lain "Huuish, apa ni?", "Ni nak buka kad macam mana?", "Aku bukak kat tepi sampul la", "Aku takmo buka. Takpa pasal dah tau tempat". Sukati korang~

Masa berhari raya minggu lepas, dapat kad jemputan daripada kawan sekolah. Tertera ini


Saya kata kat D, "Dia silap tulis ke?". Ooh rupanya dia kahwin selepas majlis kami. Hehe. Kali pertama dapat kad macam ini. Melangkaui waktu. InsyaAllah, harap semuanya selamat.

Iklan: Kentang sesuai dimakan dengan apa sahaja, termasuk nasi ayam.



2. Lagu tema potong kek
Sebenarnya, tiada rancangan nak buat lagu khas mengiringi masa potong kek. Tapi semalam abang saya SMS, suruh saya dengar satu lagu ni, sesuai untuk majlis kahwin saya. Bila saya dengar betul-betul liriknya, tiba-tiba rasa nak nangis depan komputer. Tak tahu kerana terharu atau pasal saya demam semalam. Motif tidak diketahui. Jadi, terus rasa nak jadikan lagu tu mengiringi upacara tersebut. Thanks Am! Lagu apa, tunggu hari majlis ya?

3. Gula-gula si cilik
Menggunakan idea dalam majlis abang saya yang dulu. Pakai sahaja bungkusan macam ini. Jimat sangat! Dapat kurang kos pada pembungkus, lebihkan sikit pada bahagian dalamnya.


Semalam MC tapi sempat singgah Balakong beli pembungkus ni. RM7.00/ sepeket yang ada 100 pembungkus. Saya beli dalam 3 peket. Mudah dan murah. Saya pilih warna keemasan. Gula-gula ayah dah beli minggu lepas. Pasal tu nak sudahkan cepat-cepat. Boleh teruskan dengan perkara lain.



Dah siap lebih kurang 170+ buah tangan. Bakinya boleh sambung hari ini, buat bersama K.Rina dan Icik.


Kami cuma sediakan 300 buah tangan tangan untuk tetamu cilik ni. Rasanya petang ni atau esok insyaAllah dah siap. Bungkus dan letak ubat semut mengelilingi kotak. Siap.




Itu sahaja kot kemas kini persiapan.

Mood: Semakin hari semakin malas.


29 September 2010

E-Kad Tangkap Muat Kami


Salam dan hai

Pemberitahuan 1: tadi saya private kan blog saya. Ada la dalam 5 minit (ok tipu. ada la hampir setengah jam). Pasal nak tukar layout. Tapi jadi ngeri gila, layout entah tercampak kat mana-mana, blog list tepi semua hilang. Jadi saya pakai semula layout lama. Haha. Harap hal private tadi tu tak bagi kejutan pada mana-mana pihak.

Pemberitahuan 2: Terima kasih untuk yang menegur kesilapan maklumat pada kad saya! terima kasih-- tu tanda orang gatal nak kawin, cuma ingat hari Sabtu aja. haha. Sudah saya betulkan. Macam mana la kerja editor boleh tak perasan typo macam tu.


Mempersembahkan: Ekad tangkap muat kami (yang telah melalui beberapa 'pembedahan' pembetulan. Terima kasih untuk emel korang)



Dah nama pun tangkap muat, takda nak letak fancy-fancy font ke, ornament dasyat-dasyat. Tak de nak tengok allignment betul ke tak.

Yang penting --ada nama bakal mempelai dan tarikh majlis. Peta kami kepilkan bersama dengan emel. Baik pakai yang original, puas dan senang nak tengok besar-besar. Saya tertinggal nak tulis waktu majlis pada awalnya. Nasib baik KukuPanjang bagitau saya yang saya tertinggal bahagian itu. Baru tambah.


Dah ada kenalan siber yang dah sampai kad jemputan ya? Jemput datang ye.. InsyaAllah kalau tiada aral, kita berjumpa.


Mood: Masih malas + tekanan di pejabat = hilang fokus + tua sebelum waktunya.


29 September 2010

28 September, 2010

Intai: E-kad Kami



Salam dan hai

Intai sedikit e-kad saya.



Baru mula reka dan siap semalam dan pagi ni terus emel pada mereka yang nakkan e-kad. Tak ramai rasanya, ada dalam empat orang sahaja.

Ikutkan boleh sahaja hantar soft copy yang LH emelkan, tapi saje nak rasa mereka e-kad sendiri. Tak da la cantik gila, letak kat blog pun buat malu aja. haha. Tapi pasal hasil kerja sendiri, jadi rasa tetap istimewa dihati saya.

Tema, masih kekalkan damask dan warna kuning. Cuma e-kad ni tak formal. Tiada ayat bunga-bunga. Terus terjah kepada maksud.

Nanti saya pos e-kad saya macam mana. Tapi hari ni, keistimewaan kita kasi pada empat orang ni dulu ya; June, Kuku Panjang, Ai Ann dan Hasila Sapiri.



28 September 2010

Centerpiece 'Terjun'


Salam dan hai

Centerpiece??

Memang pernah berangan, tapi tak fikir perlu realisasikannya.

Sebab?

Saya rasa macam semak pula kat meja tetamu, yang memang sudah sedia ada tempat basuh tangan dan cawan+air ditengah-tengah tu.

Lagipun, kos tambahan yang tidak perlu.

Tahu, ada banyak sudah idea baru untuk centerpiece yang murah dan mudah. Cuma saya fikir, kalau kos itu dikali dengan semua meja tetamu, agak sakit mata gak pandang digit tu nanti.

.. Sehingga la kes kad saya orang kedai cetak lebih seribu.

Saya pandang kad saya. Kad saya pandang saya.
Saya pandang kad saya. Kad saya pandang saya.
.
.
.
.

Saya pandang kad saya. Kad saya pandang saya.

Tak tahu nak buat apa.

Kemudian fikir, nak cuba buat centerpiece.

Selotape punya selotape.



Ok siap. 34 keping centerpiece DIY-cukup-lulus. Bahagian dalam centerpiece belum kemaskan.



Kos:
Kad percuma
Riben pakai riben yang saya reject untuk kad kahwin pasal ada yang terpotong pendek, jadi tak dapat nak ikat kad.


Boleh tabur bunga melur dan kelopak bunga ros sikit atas meja mengelilingi centerpiece tu. Siap la.

Ini dinamakan centerpiece 'terjun'. Tak rancang, tapi tiba-tiba ada.


.. apa la aku nak buat dengan 800+ keping kad ni lagi..


Nota: Nak tau tips bekerjasama dengan OP? Boleh baca tips dikongsi oleh Acai [Post penuh disini]


Mood: Malas pasal demam hari ni

28 September 2010


27 September, 2010

Aktiviti Mengepos - Pusingan Pertama


Salam dan hai

Aktiviti mengepos kad jemputan untuk kenalan siber bermulam minggu ini. Senarai penerima di pusingan pertama:

Ainey Suryany, Pahang
Amelyn, Bukit Rambai
Anis, Puchong
Asna, KL
Elya, KL
Fazlina, JB
Harzharun, K. Terengganu
Hamizah, Seberang Perai Selatan
Hasilah Sapiri, KL
Hasril, Kedah
Hazlynda, KL
Kay Kamal, S. Alam
Masniza, Putrajaya
Myra, Shah Alam
Mysarah, s.alam
Nadira, Seri Manjung
Nurul Ain, Kuantan
Nur Athiah, Senawang
Nur Hidayah, Seri Kembangan
Nur Mazni, Bangi
Nurhidayah, KL
Nurnasrah, Kulai
Nora Aira, Kuantan
Norbaizura, KL
Norfarasila, Putrajaya
Nor Shakina, KL
Norhafizah Omar, KL
Noorhana, Seri Kembangan
Nurul Farihah, Seri Kembangan
Qaseh Qidzizie , KL
Qistin, Putrajaya
Rohaya, Jeram
Sabrina, Putrajaya
Siti Arnizah, Sabah
Siti Khadijah, Putrajaya
Suhaida, Putrajaya
Syazana, Ampang
Syazwani, Cheras

Jadi nama-nama di atas, insyaAllah kad cinonet saya akan tiba, mengikut alamat yang diberi. Yang nak e-kad, akhir minggu ini saya akan emelkan. Dah dapat idea nak buat macam mana (yeay).

Pusingan kedua akan menyusul akhir minggu ini (stem dah habis. Pasal tu la kena tangguhkan. Tiada unsur pilih kasih tau.. Semuanya secara rawak)

Perkara paling saya ngeri dalam mengepos kad ni:-
1. stem tak cukup dan penerima kena bayar posmen baki stem.
2. Typo pada ejaan nama/ alamat
3. Tersilap nama dalam kad. Sampul nama lain, isi dalam kad, saya tertulis nama orang lain!

Huuuu Seriau saya!


27 September 2010

Meraikan, bukan 'Mandikan'



Salam dan hai

Shower: party at which a woman who is about to get married or have a baby receives presents, majlis utk meraikan: a baby ~, majlis utk meraikan bakal ibu; a bridal ~, majlis utk meraikan bakal pengantin (perempuan)
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Dalang: Nity
Rancangannya:

Nity bagitau Fieza, nak buat Bridal Shower untuk saya.


Nity bagitau saya, nak buat Baby Shower untuk Fieza.


Hasilnya: Dwi tema. Rebut props (Fieza sibuk nak pegang kayu saktiku itu!) Ratu malam itu ada dua orang. Yang pakai tiara kertas tu, dayang aje tu *jeling Nity. Tapi apa- apa pun, seronok!!



Tak perlu tulis banyak-banyak. Cukup letak gambar. Gambar pun dah boleh terangkan perjalanan majlis ni. Sederhana, tapi amat bermakna!

Proses nak buat Kek Napkin untuk Fieza.



Serius, amat terkocoh-kocoh nak buat pasal saya dan D datang lewat. Nak siapkan sebelum Fieza sampai.



Tapi tak sempat sangat nak kemas elok-elok pasal Fieza dah sampai, 20-25 minit selepas saya tiba. Riben pink tu pun tak terletak dengan cermat.

Biasanya, dia selalu lambat. Daripada zaman sekolah lewat, sedangkan rumah dia paling dekat dengan sekolah. Kena kutip sampah kat padang pasal datang lewat pun tak serik-serik.

Tapi entah kenapa malam hari tu, cepat pula sampai!.

Nasib rozek puting dapat saya disiapkan. Khas untuk Fieza.



Fieza pulak, dah belikan saya masquerade, kayu sakti dan tiara. Kalau tahu majlis ini juga untuk saya, baik saya pakai lawa-lawa sikit. Cis.



Fieza siap beli penyembur nak sembur kat saya. Tapi nasib tak jadi pasal saya sampai dahulu. Haha. Ko dah boyot pun ada hati nak buat jahat kat aku kan??!!

Biasanya orang sambut bridal shower, bakal pengantin perempuan aje ada.

Tapi majlis kami berbeza sikit. Dua-dua bakal pengantin disambut!



Mereka adalah mangsa keadaan.


Percaya la, mereka pakai 'mahkota' tu, hampir sejam. Langsung tak tanggal, sporting gila!--mungkin sebagai tanda sokongan pada kami.

Nity masakkan mee kari dan saya bawakan nasi impit, rendang dan kuah kacang.
Saya buat doorgift, tapi pasal semuanya terkocoh-kocoh, tak sempat nak balut. Main bagi macam tu aje dalam bekas.

Tengok. Kad ucapan untuk Fieza pun kena tulis depan dia! Haha



Bakal ibu yang teruja.


Hadiahkan kek napkin untuk Fieza.



Malam yang sederhana. Tak perlukan hadiah apa-apa, tapi cukup kata-kata nasihat daripada bakal ibu ni tentang kehidupan lepas kahwin.

Tips:
1. Jangan tinggi suara depan D.. termasuk depan kawan-kawan dia.
2. Jaga perut dan jaga nafsu dia
3. Blla bllaa.. ZZZzzz.. (saya sangat ngantuk masa ni. Tak ingat apa Fieza nasihatkan)

Hari yang penat. Masing-masing balik kerja terus buat persiapan.

Risau gak dengan baby shower ni. Iye la kita tak tau masa hadapan apa yang akan terjadi, tapi InsyaAllah, kita doa-doakan semuanya yang selamat untuk Fieza.

Kita tak dapat duga masa hadapan. Yang penting, kami dapat berkumpul dan berborak macam dulu-dulu, memang sangat berbaloi.

.. Dan saya balik bawa belon. Yeay! Habis penuh kereta D dengan belon saya. haha.



Tak tahu nak buat apa dengan belon tu. Tapi tu belakang cerita. Yang penting, rembat dulu!


Terima kasih Nity, Fieza, Kerol n A.Ejad yang meraikan kami! Shima, tengok gambar puas-puas tau :P



27 September 2010

25 September, 2010

Baby Shower vs. Bridal Shower


Salam dan hai


Baby shower..



dan

Bridal shower




Serentak!!

Topik pagi Isnin nanti InsyaAllah


25 September 2010

24 September, 2010

Idea Guestbook yang Mudah & Murah


Salam dan hai

Lepas saya masukkan post tentang
buku tetamu saya yang idea asalnya adalah buku thesis, banyak emel saya terima bertanyakan tentang harga binding, jenis kertas, warna kulit dan idea berkenaan buku ini. Ada juga bertanya kat mana nak beli bongkah kayu tu, macam kat post saya. Tapi saya pun tak tau nak beli kat mana pasal saya beli masa pameran. Tak terfikir nak tanya syarikat apa.

Tapi tak apa. Pada mereka yang berminat nak buat buku tetamu dengan konsep yang sama, kamu boleh pakai idea sendiri tanpa melibatkan bongkah kayu tu. Kamu boleh buat macam kat bawah ini.


Sumber: Google images

Rasanya segala bahan di atas ni, boleh dibeli di mana-mana kedai barangan hiasan. Hias ikut kreativiti masing-masing.

Seperkara yang saya perlu tekankan dan ingat disini, pada hari majlis amat jarang sekali tetamu akan selak muka depan buku tetamu kamu kerana kebiasaannya, buku tetamu ni akan dibiarkan terbentang dimuka surat yang belum bertulis atau muka surat terakhir ditulis oleh tetamu sebelum kamu. Jadi tidak berbaloi untuk kamu rasa tertekan tentang design kulit buku kamu. Pilih rekaan kulit buku yang cantik pada mata kamu kerana yang akan simpan dan yang akan belek-belek, kamu orangnya (..Dan mungkin OP yang amik gambar buku tetamu tu sebelum majlis bermula). Jadi jangan pilih ikut apa yang kamu fikir orang akan nampak cantik. Ini buku tetamu kamu, jadi kamu yang perlu tetapkan. Pilih ikut pilihan dan citarasa masing-masing, paling penting, biar kena dengan belanjawan yang kamu telah tetapkan.


Boleh punya! Selamat mencuba dan berekperimentasi!

24 September 2010

23 September, 2010

5 Jenis Tetamu


Salam dan hai

Kali ni, saya nak tulis topik tentang jenis-jenis tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan. Dah lama tak tulis post label Isu Padat

Ada antaranya yang kita sedar akan kehadiran jenisnya.

Ada yang kita dalam tak sedar, kita la jenis tetamu tersebut.

Untuk post kali ini, saya menulis tetang 5 jenis tetamu yang selalu ada dalam mana-mana kenduri perkahwinan.

Ini bukan lah fakta.
Ini sekadar bahan bacaan ringan untuk semua.

1. Saya datang, makan dan pergi
Jenis tetamu yang datang untuk makan. Tiada amik inisiatif nak jumpa pengantin pun, apa tah lagi nak tunggu pengantin. Mereka balik bukan pasal ada jemputan lain yang perlu dikejar, cuma memang motif datang untuk makan. Kiranya cukup la syarat wajib hadiri majlis yang diundang.

Nak cam senang sahaja. Mereka datang terus cari tempat duduk kosong. Terus amik makanan dan makan di meja tanpa toleh kiri kanan, apatah lagi nak berbual dengan pakcik dan makcik yang duduk semeja dengan mereka. Mereka juga akan pastikan mereka dapat bawa balik buah tangan daripada tuan majlis.

Bukan mereka tiada adab, cuma memang datang untuk makan. Nak tunggu pengantin, lambat benar pulak sampainya. Jadi nak kasi tempat duduk kat tetamu-tetamu baru sampai, kena la beransur.


2. Jejak Kasih
Tetamu yang datang pasal nak jumpa kawan-kawan yang lain. Nak buat reunion, tak dapat pasal:-
1. malas
2. takda masa
3. tak reti nak buat
4. komitment
5. Tidak mendapat sokongan rakan sebaya

Jadi majlis kenduri la masanya untuk berjumpa dengan kawan-kawan lain. Biasanya, mereka ini sudah berjanji awal-awal dengan kawan-kawan yang dihubungi secara maya dalam Facebook, MSN, YM atau rangkaian sosial yang lain. Sudah janji waktu bila nak tiba, pakai baju warna apa, bawa siapa. Biasanya mereka yang paling meriah pasal teruja jumpa kawan-kawan lama. Sampai kadang-kadang, langsung tak bagi bagi perhatian kat pengantin. Mereka sesama mereka, sakan bergambar. Yang perempuan, harus berlaga-laga pipi bila berjumpa dan kamera tak henti-henti berkelip ambil gambar masing-masing. Kemudian cepat-cepat upload dalam fesbuk dan-dan tu juga. Majlis kenduri ini juga medium sesuai untuk edarkan kad jemputan bagi mereka yang berkenaan.

3. Los & Faun
Mereka tetamu yang diheret untuk temankan pasangan/ kawan/ ibu ayah untuk ke majlis tanpa paksa tetapi tidak rela. Mereka biasanya kelihatan terpinga-pinga atas sebab:-
1. Memerhati kalau-kalau ada tetamu yang mereka kenal
2. Menyesali kelurusan mengatakan "Ye, saya free Ahad ni. Kenapa?"

Mereka ni biasanya hanya berbual-bual dengan orang yang bawa mereka dan berharap orang yang bawa mereka, jangan la pergi tinggalkan mereka termanggu-manggu. Kalau mereka duduk semeja dengan kawan yang bawa, mereka tersenyum kelat-kelat sorang. Kalau yang peramah, memang akan bertegur sapa. Tapi soalan-soalan pemanas badan seperti " Daripada mana?", "Majlis satu ni sahaja ke hari ni?", " Dah makan?". Kalau yang tak berapa ramah, mereka tiba-tiba sahaja rajin SMS, belek-belek handset mereka, tengok gambar dalam camera, pergi tandas dengan amat lama.


4. Trang tang tang
Majlis perkahwinan ini memang medan mencari jodoh! Tak salah, kan jodoh tu datang tanpa diduga. Jadi pengapit pun, boleh berkahwin dengan pengapit. Cik abang dan cik adik trang tang tang ni, biasanya memang daripada jauh, sudah boleh nampak nampak potensi masih single. Mereka cantik berdandan dan biasanya pergi bersama dengan kawan sama jantina atau dalam kumpulan konvoi, tapi tak mahu berjalan dekat dengan jantina berbeza. Nanti disalah anggap sudah berpunya. Penampilan cun, rambut tip top, hujung kaki ke hujung rambut, memang sempurna. Sampai sahaja, mata meliar cari meja yang berdekatan dengan mereka yang bujang juga.

Yang perempuan, mereka makan macam kena catu. Amik sikit sahaja. Jaga badan. Badan mahal nak maintain. Lagipun tak mahu nampak lahap sangat.

Yang lelaki, segak bergaya. Tapi hati-hati. Ada juga yang perasan bujang. Mentang-mentang bini tengah berpantang kat kampung, kawan-kawan ajak pergi konvoi, terasa bujang kembali pula.


5. Cik Bedah Terlampau
Tak perlu tulis banyak. Rujuk sahaja
Post terdahulu ini.

Rasanya, saya pernah masuk semua kategori ni kot- kecuali yang trang tang tang pasal tak sempat nak trang tang tang dah couple. Hihi.

Serius, tak terasa nak post apa-apa berkenaan persiapan diri sendiri. Semua masih berjalan dengan baik. Cuma mahu berehat daripada asyik menulis tentang persiapan sendiri. Jelak la pulak.



23 September 2010

Frekuensi Berbeza


Salam dan hai

Semalam kan saya teruja pasal dah masukkan event dalam Facebook. Ramai sudah RSVP, ada yang dapat datang dan ada yang tak dapat.

Saya ingatkan sudah selesai tugas saya. Rupanya baru bermula.

Baru saya tahu, rata-rata yang RSVP tu, tak tahu apa kejadahnya 'Save the Date' tu. Penat juga saya kena terangkan kat mereka.

Yang bertanya: Apa tu Save the Date ko buat?
Saya jawab: Aku nak kawin tarikh tu
YB: Hapa ko buat gaya tu! aku tak faham..!
Saya: Habis ko RSVP apa?
YB: Attending la.
Saya: ko tak faham tapi attending?!
YB: Aku rasa, cam majlis makan-makan kot. So i'll be there for the food!

Siut!

Mungkin bukan salah mereka. Mungkin saya masih dalam frekuensi B2B, sampai saya terlupa definasi STD tu lebih sinonim dengan B2B dan mereka yang seangkatan dengannya.

Tambah parah, pasal info yang saya tulis dalam event tu, terlalu sedikit. Dengan tiada satu pun saya sebutkan pasal majlis perkahwinan. Saya tak sertakan lokasinya dimana. Saya ganti dengan Koordinat GPS (Kali ni betul!) dan tarikh serta waktu. Kebiasaannya pun STD memang macam tu kan?

Tujuan saya kongsi post ni, kalau-kalau ada kawan-kawan yang nak buat STD di facebook, mungkin ini boleh jadi peringatan: tak semua orang tahu apa itu Save the Date.

Jadi kena tulis lebih jelas.

Akhirnya, saya tukar maklumat event kepada

Please reserve the date of 31 October 2010 (Sunday) for the wedding celebration of Dzulq & Xora

So write it on your calendar. We'd like you to join us for our special day.
Hope you'll be there to celebrate with us!

Formal invitation and details to follow.


Thank you :)




Kalau tak ngerti gak, tak tahu la. Tak apa. Kad pun dah mula edar minggu ini.


23 September 2010

Tunggu la.. TING!! Saya akan Jadi Cantik


Salam dan hai

Malam semalam, ibuayah D datang beraya. D ada sekali dengan adik lelaki dia.

Seperti masa majlis merisik, keadaan saya muka berminyak, baju kurung main rembat, tudung main sarung (sampai K.Rina dok tenung saya dan kata 'Kan banyak tudung, ngapa pakai yang ini'. Ok Fine.). Dipendekkan cerita =selekeh.

Kena masak bakal keluarga mentua datang. Masak Mee Hoon goreng Nyonya.

Kadang-kadang kesian juga dengan diri ini.. dan mereka. Tak berpeluang tengok saya rupa semenggah sikit.

Saya kata kat D, "tunggu la hari majlis nikah. B jadi sangat cantik. D tunggu.."

Haha. Jangan sampai tershasul shasul nak lafaz hokey Yayang?

Nurin, sila lakukan transformasi pada saya! TING~~!!


Hari ni nak rehat daripada post panjang.

Tiba-tiba teringat: belum fitting semula baju nikah.


23 September 2010

22 September, 2010

Intai: Kad Jemputan



Salam dan hai

InsyaAllah, dalam minggu ini saya akan mulakan operasi mengedar kad jemputan pakai tangan untuk kawan-kawan setaman. Untuk aktiviti mengepos kad-kad jemputan, saya mulakan minggu hadapan. Pada siapa yang dah terima kad saya, jemput datang pada hari majlis InsyaAllah.

Drama kad kahwin saya ni, boleh dikatakan hampir tiada. Semuanya OK alhamdulillah. Kecuali kes saya silap letak GPS haha

Cuma pada fasa mencari rekaan dan proses draft tu, memang la ada ding-dong sikit
[
post disini] [post disini] [post disini] [post disini] [post disini]

Satu-satunya drama berlaku bila orang printer, print kad lebih 1,000 [
post disini] Mungkin rezeki. Mungkin Allah tau yang saya akan buat silap dalam pemilihan riben.

Riben ni memang memainkan peranan penting dalam kad jemputan saya ni. Bukan sekadar hiasan. Riben ni yang pegangkan kad jemputan ni. Saya siap gamkan bow tu pasal takut tercicir.

Kita semua melalui proses cuba-cuba dan hasil percubaan pertama saya: Kurang cantik (Maaf watermark gila buruk pasal masa ni malas nak tukar font dan malas nak adjust.. Haha.Tak apa. Nanti korang dapat kad, korang snap gambar molek-molek. Jangan ikut saya ;p)


Saya dah buat hampir 30 keping kad pakai riben ini. Lepas tengok esok harinya, rasa macam ada sesuatu tak kena, tapi tak dapat nak pastikan apa. Jadi, terus tanya pendapat beberapa kawan rapat. Lepas masing-masing kasi pendapat, saya pun tukar kepada riben organza pula.



Hasil lebih baik daripada hasil pertama--Walau r
iben ni mengingatkan saya kepada riben Minnie Mouse

Perbandingan antara keduanya


Sekian, nantikan kehadiran kad jemputan yang serba sederhana ini ya?! Kecik benar, jadi hati-hati takut terselit bawah tempat duduk kereta ke apa ke *ha jangan gelak. Ini kisah benar. Jari jemari ku gigih nak keluarkan kad yang terselit kat bawah tempat duduk. 10cm x 14cm aje besarnya. Kalau ada riben tersenget sikit, fahami la, sesungguhnya saya sorang menggamkan kad, pastinya ada yang terlepas pandang.


Oh ya, idea asal kad ni, saya adaptasi daripada idea kad kawan UiTM saya. Saya memang suka kad dia. Simple dan comel. Jadi saya pun minta kebenaran dia nak guna rekaan yang hampir sama. Cuma idea riben ikat dibahagian atas kad, orang LH yang cadangkan. Kad kawan saya, ribennya mengelilingi kad. Kad kawan saya bewarna, tapi kami punya hitam putih, untuk kurangkan kos. Jadi, kami pilih riben warna kuning, sebagai selitan warna tema majlis nanti.

Baki kad yang lebih tu, cadangnya, mahu buat centerpiece untuk meja tetamu. Nanti siap satu contoh, saya masukkan ya. Tungggguuu! Centerpiece jimat lagi menjimatkan *hihi

Sudah boleh mula edarkan kad--dimulai dengan Laling!!



22 September 2010

21 September, 2010

Jemputan Menerusi Facebook



Salam dan hai

Na'ilah teruja nampaknya bila saya bagitau dia, saya nak buka event dalam Facebook. Siap dia "yeay" lagi.

Percubaan pertama: gagal.

Walau berjaya buat, tapi ada pulak senarai tetamu kat belah kiri tu. Saya tak mahu memperlihatkan senarai tetamu. Biar saya seorang sahaja tahu siapa datang, siapa tak dapat datang.

Nasib si
Bakal Puan T, walaupun tak buka event di Facebook, dia tahu selok belok untuk realisasikan matlamat saya!

Akhirnya berjaya juga!

Terima kasih B.P.T!



Senarai Semak

Masukkan event dalam Facebook -- DONE



21 September 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) II: Buku Tetamu - Episod 1



Salam dan hai

Bulan lepas saya masukkan post tentang
Misi Sulit RS (Raja Sehari) II . Saya beli masa pergi ke Pameran Pengantin. Beli tanpa tujuan--mungkin pasal jurujual tu baik. 1 pek ada 2 bongkah.



Kegunaan bongkah bingkai itu seperti dalam gambar dibawah, mengcantikkan lagi suis elektrik. Satu saya dah gunakan untuk tujuan yang sepatutnya. Satu lagi saya simpan untuk tujuan yang tidak sepatutnya. Idea yang datang secara rawak.




Ini buku tetamu yang saya baru ambil semalam. Kosong sahaja kan? Sampai orang kedai tu pun tanya dua-tiga kali untuk pastikan kami nak macam ni sahaja ke.


Ini lepas deko DIY sikit dengan bongkah lagi satu.


Buku tetamu saya biasa sahaja. Saya cuma hantar binding hard cover macam thesis, tebal lebih kurang 130+ muka surat, dengan ruang menulis depan belakang. Harga keseluruhan buku, termasuk deko dan kertas= kurang daripada RM40.

Selain daripada pantun-pantun sebagai pembahagi bahagian, saya khaskan muka surat terakhir Buku tetamu saya untuk coretan OP rasmi saya (kalau dia sempat turunkan tanda tangan dan ucapan. Hehe).



Ruang kosong kat atas tu, nak letak gambar ni.



Rupa penuh buku tetamu saya, kena tunggu pada hari nya nanti ya InsyaAllah :)

Tengok boleh.. Nak imitasi pun boleh.. Tapi kot ye pun, tunggu la saya rasmikan dulu, boleh kan? *senyum


21 September 2010

20 September, 2010

40 Hari Lagi


Salam dan hai

40 Hari lagi.

1. Sudah siap cetak lakaran hantaran yang saya berkenan sebagai rujukan untuk gubahan. Memang kena redah sahaja pada masa nak gubah nanti. Tak boleh teragak-agak lagi. *amatur alert!*




2. Masih dalam proses nak siapkan perincian deko dewan sementara idea masih segar. Nanti boleh kasi kepada abang-abang saya dan isteri mereka untuk jadikan rujukan pasal saya harapkan mereka untuk deko (K.Ana, bersedia!). Nasib saya memang ada habit setiap kali buat sesuatu atau beli barang, mesti saya akan amik gambar. Jadi gambar tu yang saya letakkan sekali dalam slide tu, lagi mudah untuk mereka cam barang yang mana satu.



3. Senarai jemputan sudah selesai untuk kawan setaman dan kawan pejabat. Tunggu awal bulan 10 baru akan pos kan kad. Harga stem lebih mahal daripada kad. haha. Macam situasi upah jahit baju lagi mahal daripada harga kainnya. Nasib la memang teramat jarang gunakan khidmat Pos Malaysia, jadi tak terasa sangat harga naik.

4. Sudah bincang dengan ibu. Hantaran akan dibuat di bilik ibuayah. Bilik pengantin tak mahu ganggu. Barang-barang lain, sumbat kat bilik belakang.


Itu sahaja kemas kini buat masa ini. Lepas siap deko, baru nak buat senarai tugas penanggah dan jadual kami 2-3 hari sebelum majlis.

Maaf, akan jarang-jarang post berkenaan idea baru daripada Internet. Tengah fokus majlis sendiri.

40 hari lagi InsyaAllah.. 62% bayaran sudah dilakukan.


20 September 2010

18 September, 2010

42 Hari Lagi



Salam dan hai

Kemas kini aktiviti kahwin lagi.

1. Semalam selesai hampir 80% kad jemputan. Sudah masuk dalam sampul molek-molek. Niat nak menjemput kawan rapat daripada sekolah rendah yang nun jauh di Kedah tapi mengajar di Johor ke majlis nikah, jadi saya pun pakai dua sampul berbeza. Sampul kad kahwin saya letakkan
wax stamp ini, kemudian masukkan kad tu ke dalam sampul baki kad raya. Jadi selamat sikit.



2. Pergi semula ke kedai bunga hari tu. Nak beli span untuk hantaran. Sambil tu tambah tempahan bunga hidup sikit lagi. Malam semalam pergi ukur luas hantaran pakai surat khabar, siap potong bagai. Haha. Demi nak cari saiz span bersesuaian. Biasa la, amatur. Orang kedai bunga amat membantu, bagi saya tips tentang nak buat hantaran semua. Mood= teruja


3. Sangat suka dengan baki (maksudnya: talam/ dulang) tembaga abang saya beli di Terengganu. Rancang nak guna untuk sireh junjung, walaupun nanti gubahan langsung tak junjung meninggi. Renek sahaja. . Harga pun memadai sangat. mood= puas hati.


4. Praktis kedudukan hantaran. Lagi sekali: Amatur


5. Semalam petang sudah hantar buku tetamu ke kedai. Isnin minggu depan sudah boleh ambil.



18 September 2010

17 September, 2010

43 Hari Lagi



Salam dan hai

Semalam Hari Malaysia. Jadi curi-curi hari selesaikan urusan sikit, sambil pergi beraya.

1. Sudah tunjuk kat D bahagian dalam buku tetamu. D suka dan sudah luluskan.



Cuma dia rasa, buku tu terlalu tebal. Jadi saya pun kurangkan jumlah kertas. Rasanya, baki kertas yang siap ada border ni, nanti nak jadikan freebies la selepas kahwin. Sayang pula nak dibuang macam tu sahaja.



InsyaAllah, sudah boleh hantar kedai binding esok pagi.

2. Semalam, pergi tempah bunga hidup untuk kegunaan barang hantaran, bunga tangan dan deko untuk bilik pengantin, meja potong kek, meja buku tetamu, tempat bunga rampai dan meja beradap. Nampak macam banyak sangat, tapi sebenarnya deko bunga tu simple sahaja. D pun dah setuju dengan ideanya, jadi boleh teruskan.

3. Kad-kad jemputan yang perlu dipos sudah siap berstem. Tunggu akhir bulan ini, baru mulakan operasi pos. Kad jemputan yang kena bagi pakai tangan, tengah tunggu masa yang sesuai, seperti majlis kahwin kawan-kawan yang lain. Boleh bagi masa tu.

4. Semalam SMS dengan vendor baju sanding. Dia tengah tekun jahitkan manik. Nanti dia akan telefon untuk panggil fitting dalam waktu terdekat. Perasaan: PANIK! Perasaan D: Bosan, pasal saya buat pe'el sama macam masa amik baju nikah dulu ;p

5. Sudah emel pada MUA, bagitau nak bayar separuh dulu sebelum majlis dan baki selepas majlis. Pasal takut nak letak duit banyak-banyak pada hari majlis. Dia pun setuju, jadi akhir bulan ni boleh masukkan duit dalam akaun dia.

6. Lakaran hantaran pun telah saya lukis pakai Power Point. Haha. selitkan juga gambar hantaran yang berkenan jumpa kat Internet. Abang saya pun dah beli bekas tembaga untuk sireh junjung.. Erm.. tak boleh panggil sireh junjung pasal saya buat renek aje. Dah nama DIY, harus ukur kemampuan sendiri. Jadi buat renek sahaja, asal ada. Bekas nak letak span H20 tu, dah tanya pada orang bunga, dia dah tunjukkan span mana yang sesuai. Mungkin nak pergi beli span tu akhir bulan ni.


OK. Sekian sahaja post kali ini.


17 September 2010





15 September, 2010

Dalam Pantun, Ada Bicara


Salam dan hai

Tengah hari tadi korang makan tengah hari apa?

Mesti sedap kan?

Saya tak makan. Mungkin pasal pagi tadi sudah makan nasi impit, rendang, nasi lemak dan dan goreng di kafe. Nyums! Pasal tu tengah hari masih kenyang.

Tapi aktiviti tengah hari tetap ada ---Susun kandungan buku tetamu.

Gementar ni. Nak kena tunjuk kat D petang ni. Saya buat dua versi, satu yang dah siap print atas kertas dan satu lagi set, tampal kepingan gambar atas kertas. Tengok apa pendapat D.Oh ya, berharap D belanja saya mekd Ciken MekDulak (ye Laling, aku tahu aku dah makan semalam. Tapi macam
ko yang kemaruk daging, aku juga kemaruk ayam. haha)

Untuk buku tetamu kami, saya dan D amik keputusan, untuk letak gambar kami masa kanak-kanak, sambil selitkan gambar prewedding kami. tapi sikit-sikit sahaja. Banyak gila koleksi gambar zaman kanak-kanak D, tapi pasal saya mencari gambar kami yang sama tapi tak serupa, macam dalam post
yang dulu ini, dapat dalam 5-6 keping sahaja. Gambar zaman kanak-kanak saya memang la amat sikit, pasal tu kot susah nak cari padanan. (Terima kasih Nity, tolong scan kan gambar-gambar aku ni. Dah lama gila, mesti ko pun dah tak ingat ko scan kan)

Gambar kat bawah ni, pakai pembaris pasal saya tak pandai lekatkan dengan betul dan tegak. Mesti senget nanti.


Sama gak saya tak pandai tulis tegak. Mesti naik turun tulisannya. Pasal tu
saya pakai sticker untuk tulis nama pada kad kahwin ;p Buat malu, dah besar panjang, tulisan senget-senget. Haha.

Saya sebenarnya mati akal, nak letak apa sebagai seperator dalam buku tetamu ni.

Tengok kat Internet, macam-macam idea orang putih ni.

[Semua gambar ihsan daripada Google images]

Ada yang pakai lirik lagu


Ada yang jadikan gambar sebagai seperator




Isu seterusnya, kertas paling hadapan nak letak apa? Gambar macam kat bawah ni ke?



Susunan gambar pula macam mana? Nak tunggang langgang



.... atau tersusun molek?


Erm.. Dalam banyak-banyak maklumat ini, saya pun dah berbelah bagi nak yang mana satu--TAMAK! Bila saya pakai puisi, rasa cam jiwang, lalu geli. Bila pilih lagu, rasa cam geli juga pasal tak pernah layan lagu tu, tapi nak pasal sesuai kononnya.

Timbang punya timbang, akhirnya berbalik semula pada apa yang sememangnya sudah saya berkenan dan sesuai dengan jiwa saya.

Pantun menjadi pilihan saya dalam menyampaikan maksud:-



Kenapa ye saya pilih pantun? Kerana majlis saya sederhana dan tradisional. Jadi pengisian pantun ini yang saya rasa sesuai dengan majlis. Lagipun, saya tak tahu cara bagaimana nak tulis, yang orang membacanya, pun tak geli ;p

Setiap bahagian, saya pakai pantun yang berbeza, membawa maksud penceritaan kepada gambar-gambar kami.

Nak lagi??

Nanti saya kongsi selepas majlis ya?


Datang kan? *senyum! Ann, jangan la shy shy cat. Emel saya alamat rumah kamu. Kang saya geget kang!



15 September 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates