30 August, 2010

Kompang Dipalu



Salam dan hai

Saya terjumpa gambar ni masa tengah google Bunga Manggar DIY



Rasa macam best juga kalau posisi pemain kompang macam ni, berdiri di kiri dan kanan. Kalau orang berarak bawah pedang, kami berarak tepi kompang *nama khas masih boleh diperbaiki. Nak nya untuk kami yang memang tiada rombongan pengiring, takde la rasa kosong sangat.

Tapi kalau saya majukan pada D, mesti dia akan kata "Tak perlu. Biar la diorang nak kompang macam mana sekalipun"

~~Dah dapat bayangan pun.

Huh!

Tapi nak letak gambar ni gak, mana tau ada B2B yang boleh guna idea ni.

Mood: Rasa cam nak pengsan pakai girdle ni. Tak suka, tapi baru tadi ada kawan puji sudah kurus. Jadi kena teruskan pakai.


30 Ogos 2010

61 Hari Lagi


Salam dan hai


Apa perkembangan saya dengan baki majlis 61 hari lagi ni?

1. Kad Kahwin
Selesai bagi kad 500+ untuk belah D. Lega sangat! D kata, famili dia tak perlukan sampai 500 kad, tapi tak apa la. Sekarang, kad untuk belah saya berbaki 170 keping sahaja lagi. Sangat sempat siap sebelum akhir bulan September InsyaAllah.

2. Deko bilik pengantin
Tunggu lepas raya baru boleh laksanakan rancangan. Barang- barang keperluan untuk deko dah dibeli, tunggu masa sahaja nak buat semuanya.

3. Hantaran
Hantaran dua-dua belah dah selesai, cuma tinggal manisan sahaja. Saya dah fikir, kalau la tak jumpa vendor kek yang berkenan, saya terus tukar hantaran kepada cupcake atau coklat sahaja.

4. Buku tetamu
Layout bahagian dalam sudah siap. Cuma nak dapatkan persetujuan daripada D dan tunggu D beli kertas A4.

5. Rozek
Baru beli pin untuk digam kat rozek. Kemudian, beli bunga lagi untuk buat tambahan rozek lagi pasal sudah kira-kira, takut ada penanggah yang tak dapat rozek. InsyaAllah boleh siapkan sebelum raya.

6. Baju pengiring
Majlis kami memang tiada flower girls atau dayang-dayang. Kami mahu hanya kami di karpet merah (pengapit aje boleh. hihi). Atas permintaan mak D, kami selitkan seorang budak pengiring di hadapan kami. Jadi semalam sempat ke Jalan TAR beli baju melayu hitam untuk dia. Selesai.

7. Diet
Saya rasa nak berhenti daripada diet. Ada beberapa kawan di pejabat dah mula tegur kata saya nampak terlalu kurus. Ibu pun sudah bising. Tapi kalau ikutkan berat badan sekarang, masa kat UiTM dulu lagi kurus. Tapi rasanya, cukup sahaja la diet saya. Cuma perlu kekalkan berat badan sekarang. Maka, saya buang ticker berat disebelah ni. Cukup dengan motivasi selama ini *senyum. Oh ya, sudah selamat beli girdle, untuk dipakai pada kedua-dua majlis nanti. Macam saya bagitau kakak ipar saya, K.Ana "Menangis masa nak bayar".

8. Misi Sulit
Daripada enam misi sulit kami, tiga daripadanya sudah siap, dua dalam proses dan satu masih belum dimulakan. Yang dua dalam proses ni, kena siapkan sebelum raya InsyaAllah.

9. Video Save the date
Hari tu, komputer rumah ni kena virus. Tapi orang yang install ni, takde pula install video maker yang baru. Yang kat opis tu, tak sama macam yang saya buat dulu. Jadi ada bahagian yang saya nak edit, tak dapat nak edit. Maka, kalau memang sudah malas nak edit, saya akan masukkan sahaja video tu, tapi bahagian akhir nya, saya akan buang sikit ;p InsyaAllah, post pertama untuk bulan September.

10. .. apa lagi?
Kalau ikutkan tentatif persiapan, buat masa sekarang semuanya masih mengikut jadual. Ada terkucil sikit sana sini, tapi rasanya boleh disiapkan juga ni.


Tapi saya tiada gambar pasal bateri camera tertinggal di pejabat dan camera tertinggal di rumah. Memang pakej 'lengkap' sangat!



30 Ogos 2010




28 August, 2010

Serasi Bersama



Salam dan hai

Saya tengah tengok gambar-gambar D dan saya masa kecil.

Tiba-tiba perasan, kami ada gambar basikal roda tiga yang sama!



Perasan: Teruja tanpa sebab




Kuiz: Dapat agak tak projek DIY seterusnya ini?



28 Ogos 2010

26 August, 2010

Senarai Semak - Berjaya!



Salam dan hai

Lagi 65 hari menjelang hari bersejarah itu InsyaAllah, dan saya telah berjaya menyiapkan senarai semak! tepuk untuk diri sendiri*

Semalam ada majlis berbuka puasa di opis, jadi memandangkan saya masuk kerja 730am-430pm, jadi memang 3 jam menunggu waktu berbuka saya sempat siapkan senarai semak saya. Macam tak percaya. Agaknya, memang kalau sudah dalam mood, apa perkara dan kerja pun, lancar sahaja kan?

Tengah leka isi senarai semak-- tiba-tiba terkantoi pula dengan seorang kawan daripada Finance. Teruk saya kena gelak. Kantoi dengan orang Finance ni memang tak best. Cepat sahaja mereka kesan belanjawan 'apa' tu. Haih...

Tak apa. Cabaran ;p

Ok, saya tahu memang saya amat bergantung dengan format excel. Mata lebih selesa dan otak cepat tangkap tengok senarai tu. Suka Excel pasal boleh masukkan nota kecil kat kotak, tanpa mengganggu susunan perkara.

Walaupun sudah siap, tapi masih ada lagi yang saya rasa kena baiki sana sini. Rasanya, banyak perkara lagi saya masih lupa. Untuk perbandingan, kena semak semula fail belanjawan saya kot, baru dapat pastikan apa yang dah diatur.

Yang ni salinan untuk diri saya, bukan untuk diletak dalam blog. Kalau la format ini boleh terus dikemas kini daripada blog, memang dah lama saya letak.



Pada mereka yang pernah minta file excel Belanjawan dan Tentatif Persiapan, korang mesti tahu macam mana saya susun hal-hal majlis. Kalau tak biasa lihat, memang boleh menimbulkan kepanikan dan kekusutan--daripada gaya, nampak macam seorang yang amat teliti tapi realitinya, sesuai untuk orang malas nak baca banyak macam saya ;p Benda ni simple sahaja tapi susunan sahaja melebih-lebih sikit. Pendek kata: Poyo!

Kalau ada B2B yang nak buat perbandingan, seperti biasa boleh emel saya atau tinggalkan komen. Akan dihantar tanpa prejudis.

Esok Selangor cuti untuk Nuzul Alquran! Sangat best!!!!


Nota 1: Terima kasih SiKecil yang sama-sama kemas kini senarai semak majlisnya. Disebabkan senarai semak dia la, saya pun terpanggil nak buat senarai semak juga. Boleh rujuk senarai semak
dia disini


Nota 2: Ayah baru bagitau, orang buat kek ovennya meletop! Jadi tak boleh amik order. Erm. Sekarang saya mencari vendor buat kek yang harga bawah RM100 pasal saya nak kek amat simple untuk hantaran. Macam kat bawah ni. Tak perlu bunga apa-apa atau hiasan apa-apa pasal saya sendiri akan letak bunga hidup. Sesiapa ada contact, hargai sangat-sangat kalau boleh majukan nombor telefon mereka kepada saya (kalau ada website lagi best)



26 Ogos 2010


25 August, 2010

Senarai Semak


Salam dan hai

Percubaan pertama nak buat senarai semak.

1. OP -done (nikah & sanding)
2. MUA - done (nikah & sanding)
3. Gamelan - done (sanding)
4. Katerer - done by ayah (nikah & sanding)
5. Pakej persalinan sanding - Done (50% deposit. fitting pertama selepas raya)
6. Kumpulan kompang - done
7. Pelamin - done ( dah bayar 10%. 50% dua minggu sebelum majlis)
8. Bunga untuk deko bilik, pelamin dan bunga tangan - Apa??
9. .. Apa aje lagi?
10. Apsal macam banyak??


Erm..

Erm...

Rasanya, bukan macam ni B2B lain saya tengok mereka buat senarai semak..

Erm..

Erm..

Ok, angkat tangan. Saya memang tak reti buat senarai semak majlis sendiri dalam bentuk post..

Otak berfungsi dan melihat semua perkara dalam bentuk file excel.

Petang ni ada jamuan berbuka kat pejabat. Mungkin boleh buat senarai semak, sementara tunggu waktu berbuka. Sementara waktu ni, nak pergi terjah blog B2B lain yang dah ada senarai semak. SiKecil pun baru buat gak rasanya ni..

Terjah!



25 Ogos 2010



Kerana Allah Maha Mengetahui


Salam dan hai

Kadang-kadang, orang selalu salah faham.

Bila kita tulis sesuatu yang menggembirakan, disangka hidup kita tak pernah ada masalah. Disangka persiapan kita semuanya lancar dan berjaya.

Indahnya tentang penulisan, kita boleh memilih untuk menceritakan semuanya atau menyimpan sebahagiannya. Atau olah cerita dan penyampaian kita.

Begitu juga dengan kes saya. Tetap ada perkara kurang best berlaku sepanjang persiapan saya cuma saya menunggu waktu yang sesuai untuk saya kongsi.

Tapi bila saya terima beberapa emel yang bercerita tentang bagaimana mereka mengharapkan persiapan mereka selancar saya, rasanya mungkin saya telah bagi gambaran yang salah dalam penulisan saya.

Sayang, rancangan saya tetap ada tersadung sana sini. Tetap ada yang melencong daripada apa yang dirancang. Saya tetap ada moment bridezilla saya. Mereka yang rapat dengan saya, tahu macam mana saya meracau.

Sebenarnya, saya simpan post ini untuk dimasukkan seminggu sebelum saya post kan kad jemputan saya. Tapi rasanya, sekarang waktu yang sesuai untuk saya masukkan dahulu. Supaya tiada lagi salah faham, yang beranggapan persiapan majlis saya amat sempurna.

Kesilapan 1: Koordinat GPS pada kad jemputan.

Sebenarnya, koordinat patut ditulis N 2' ..., tapi entah macam mana boleh pulak otak dan mata manipulasi saya, tersilap tulis N 25' ... pulak!

Tak terfikir nak periksa dua kali pun nombor GPS tu. Dah nak dijadikan cerita kan? Memang bukan salah LH Creative. Saya yang tersalah kasi digit.

Penyelesaian?
Meracau dalam 5 minit di Starbuck dengan disaksikan oleh D.

Kemudian, hidup tetap diteruskan.

Kalau saya nak meracau, marah-marah, stress pasal kad kahwin ni, memang saya boleh sangat. Tapi untuk tujuan apa kan? Sekadar nak lepaskan perasaan marah? Atau sekadar nak kurangkan rasa bersalah?

Walau apa pun terjadi, yang penting, selesaikan masalah yang terjadi.

LIQUID SAHAJA

Buruk? Memang buruk. Tetamu perasan tak? Erm, ada yang tak perasan bila tengok sepintas lalu. Tapi adakah itu menjadikan niat menjemput orang kurang ikhlas?

Tidak. Niat saya masih sama, menjemput tetamu ke majlis kami. Kesilapan manusia tetap berlaku.

Allah memang Maha adil. Kurangnya pada kesilapan digit tu, tapi dilebihkanNya, pada jumlah kad yang saya terima. Bertambah syukur lagi, saya hanya perlu padamkan digit tu, daripada buat tambahan digit baru ditengah-tengah tu. Kan?

Saya tak mahu mengkufuri nikmat yang diberi.

Setiap apa pun perkara yang kita usahakan, ada lebih dalam kurangnya.

Kalau kita dapat semuanya dengan sempurna, boleh jadi kita berubah jadi angkuh dan bongkak dengan kesempurnaan itu. Orang mengkagumi majlis kita diatas kesempurnaannya, atas dasar kita yang merancangnya. Sampai kita semua lupa, semuanya berbalik kepada keizinan daripadaNya.

Berapa ramai antara kita, bila kita tengok majlis seseorang itu cantik dan sempurna pada mata kita, kita akan memanjatkan kesyukuran dan puji kepada Yang Esa?

Jarang sekali. Kebanyakkannya akan memuji tuan rumah, mengkagumi kesempurnaan yang terbentang. Sedangkan titik bermulanya, atas izin Ilahi. Saya juga tak terkecuali. Kalau pun tidak saya komen, mulut dan hati tetap akan berbisik "Wah, hebatnya dia rancang majlis sendiri!". Sedangkan saya alpa, Dia yang mengizinkan.

Niat saya menulis post ini untuk membetulkan tanggapan sesetengah pihak-- persiapan saya tidak sempurna. Tetap ada kurangnya. Jangan terlalu mengkagumi saya. Saya, seperti kawan-kawan juga, banyak silap daripada betul, banyak kurang daripada lebih. Tiada rancangan yang sempurna tanpa cela. Tapi kita sama-sama belajar kan?

Cuma mungkin, saya memilih untuk melihat yang lebih positif daripada meratapi apa yang saya tak mampu lagi untuk dibetulkan.

Moto: Redha dan Redah!

Lagi post tentang kesilapan saya yang lain, akan saya kongsi dalam post akan datang InsyaAllah. Ada lagi, serius tak tipu. Tunggu ya?

Kita semua manusia biasa yang bukan kalis daripada kesilapan. Jadi biasakan diri dengan keadaan itu *senyum



25 Ogos 2010

24 August, 2010

Misi Sulit RS (Raja Sehari) VII


Salam dan hai


Hari kejadian: 24 Ogos 2010.
Lokasi: Depan monitor terpinga-pinga
Kod Misi: Misi Sulit RS (Raja Sehari) VII
Agen: Kanda Agen B



Isu: Penggunaan warna.

Kena putuskan sebelum akhir minggu ini.

Saya menongkah kebiasaan.


Haih....






24 Ogos 2010


67 Hari Lagi



Salam dan hai

67 Hari lagi menjelang majlis kami InsyaAllah.

Status saya (tiada idea nak karang panjang-panjang, cuma letak gambar sahaja)

1. Corsage atau Rozek atau Boutonniere (atau apa sahaja nama ia)

Siap buat 20 set. Tinggal lagi 4 set belum bersentuh, ni khas untuk ibu ayah pengantin. Masih belum ada idea jadi tunggu dahulu. Buat masa sekarang, teruskan dulu operasi nak lilit dengan riben dan gamkan pin dibelakang rozek ni (pin belum beli. Macam mana boleh terlupa!)

Pandai kan D pilihkan bunga :D

2. Kad kahwin
Kad untuk belah D yang siap lengkap, sudah 60%. Lagi 40% harap dapat diselesaikan minggu ini juga pasal cuma tinggal nak gamkan dan bakar hujung riben sahaja lagi. Kad belah saya, 50 keping yang urgent untuk diberi masa balik kampung beraya, sudah siap. Baki boleh disiapkan dengan tenang.



3. Misi Sulit RS (Raja Sehari) VI
Siap! Hasil gagal =10 keping. Hasil lulus=10 keping.
Cemerlang (iye la tu)



4. Buah tangan meja beradap
Bekas tembaga dah beli dulu. Idea pun memang dah ada, cuma nak jalankan operasi sahaja. Saya dah potong siap-siap ukuran kain organza dan panjang riben yang diperlukan. Jadi insyaAllah, sehari sebelum majlis sanding, kakak ipar saya cuma teruskan lagi 50% kerja.


Telur tu telur hidup. Haha. Pegang dengan penuh berhati-hati saya! Hari majlis nanti InsyaAllah akan pakai telur pindang *jeling ayah.

5. Hantaran
Barang-barang hantaran semua sudah selesai alhamdulillah.. kecuali manisan dan sirih junjung. Ok. Lega. (tapi tak ingat simpan kat mana.. mana ye barang-barang tu saya letak~)

Misi jangka panjang: Mahu siapkan projek DIY sebelum raya. Agar raya saya akan lebih menyeronokkan tanpa perlu fikir hal persiapan kahwin langsung! Kena bekerja dengan tekun untuk tempoh dua minggu ni!


Nota:Buat yang bertanya, Misi Sulit saya hanya cukup sampai 10 misi sahaja. 6 sudah dicoretkan, lagi 4 misi. Tak banyak mana pun :D


Selamat berpuasa ya!



24 Ogos 2010



23 August, 2010

Status Prosedur Pernikahan Kami: 100%



Salam dan hai

Alhamdulillah.

Dengan ini saya isytiharkan, status prosedur pernikahan kami sudah 100% selesai.

Pagi tadi, saya ke Shah Alam untuk selesaikan prosedur untuk belah perempuan pula.

Parking memang tak berapa heaven (atau mungkin pasal kami sampai sudah 9.30pagi), tapi asal jadi aje la letak kereta kat tepi. Prosedurnya begini.

1. Ada 2 bangunan kat situ, masuk kat pintu lobi utama, belok kanan. Terus ke kaunter pertanyaan tu. Bagitau nak ke Pendaftaran Nikah. Nanti sistem barter akan berlaku: kamu dapat pas pelawat. Dia dapat lesen memandu kamu

2. Naik lif. Lif sedikit gelap dan horror. Sampai nombor pun tak nampak. Pejabat di tingkat 6

3. Kamu kena guna pas pelawat untuk masuk. Kena TETET, cam kat opis tu. Tempat TETET ada kat belah kiri pintu masuk.

4. Masuk, jumpa orang pertama. Bagitau tujuan dan dia akan minta borang kamu. Dia selak, kemudian dia suruh kamu belok kiri, masuk bilik situ.

5. Masuk, terus ke kaunter depan. Staff kesibukan bincang persiapan raya. Tapi masih ada masa nak layan kamu dengan senyuman. Dia akan amik borang dan minta kamu duduk.

6. Duduk. Dalam kurang 15 minit dia akan panggil kamu (atau tertakhluk kepada berapa orang yang perlu dilayan sebelum kamu).

7. Pergi ke akak yang panggil kamu. Dia akan bagi kamu borang 4A Rekod Catatan Akad Nikah. Ada beberapa perkara yang dia sudah tick, yang itu sahaja kamu isi. Yang tiada, jangan gatal nak isi. Dia akan bagi sedikit penerangan. Dengar!

8. Kemudian dia akan tunjukkan Surat Kebenaran Nikah kamu (perempuan). Dia akan minta kamu periksa nama dan IC pasangan betul-betul. Boleh terjadi kesilapan manusia. Macam borang saya, tersilap eja nama D. Tapi cuma perasan masa nak keluar daripada bangunan. Dah satu kerja kena patah naik semula. Nasib D tak marah.

9. Jangan lupa bayar RM10 untuk borang tu. Sila sediakan duit kecik. Pagi-pagi, tau la baru keluar duit daripada Mesin ATM tapi tak perlu sangat pakai not RM50 ok.

10. Ucap terima kasih dan sila pulang ke rumah/ pejabat/ urusan lain.

Peringatan:

1. Sila bagi salam dengan semua orang yang kamu berurusan.
2. Sila pakai pakaian menutup aurat. Terpampang Zon menutup aurat OK. Semanisnya, pakai baju kurung.





D kata: Dah boleh kahwin dah ni B!

Yeah alhamdulillah. Lagi 68 hari InsyaAllah.


Lepas selesai urusan kami, terus ke PKNS Shah Alam. Nak terus cari songkok dan butang baju melayu untuk hantaran dan baju nikah. Nak ke KL, malas dan payah.

Dapat dan rembat. Tak perlu nak cerewet (walaupun butang melayu empat segi saya tak jumpa-jumpa *mad)

Ingatkan nak balik pasal D nak masuk kerja. Tapi tiba-tiba (dan-dan ni tiba-tiba) teringat kena beli kerusi untuk meja solek. Ayah nak beli kerusi kayu tapi saya tak mahu pasal saya tak mahu kerusi yang rendah. Saya nak kerusi tinggi macam masa saya buat trial mekap dulu. Sedap duduk, kaki tak cecah lantai.

Jadi terus ke IKEA.

Jumpa kerusi ni. Amik paling murah, RM39.



Masa nak balik, jam sudah pukul 2 petang. Hihi. D kena amik cuti terus yeay!

Ok, sekian sahaja kemas kini hari ini.

..erm.. pst.. rasanya macam boleh deko sikit kat kerusi tu. erm..... GOOGLE IMAGES!!


23 Ogos 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) IV: Bunga Manggar



Salam dan hai

Rasanya, post ini post pertama yang saya buat previu (rasanya perkataan ini tak sesuai, tapi tak tahu dah nak pakai perkataan apa) tentang Misi Sulit saya.

Tapi tak mengikut susunan pula ;p Terus lompat ke Misi Sulit ke Empat.

Masa saya post Misi Sulit yang ini, ramai dapat agak, ianya tentang bunga manggar.

Memang bunga manggar dan terima kasih kepada idea asal daripada K.Shaja. Dia ajar tutorial dalam web dia:
DIY bunga manggar.

Walaupun kedua-dua famili setuju tak mahu bunga manggar di bawa berarak dalam dewan, saya tetap nak pakai bunga manggar. Masa kecik dulu, bunga manggar adalah tumpuan paling utama saya. Kalau dapat pegang sebatang lidi bunga manggar, memang kembang betul hati! Tapi memandangkan masa kecik masih pendek dan tak sampai nak capai bunga manggar, jadi saya selalu amik bunga manggar yang jatuh kat lantai. Kemudian dok lambai-lambai daripada tingkap kereta, berlagak dengan budak-budak lain yang tak dapat ;p

Kenangan..

Memandangkan bunga manggar sudah ditolak, jadi saya kurang berfikir mahukan bunga manggar yang bagaimana. Sehingga la saya ke kedai Fah Lean di Balakong. Tujuan untuk cari benda lain, tapi memandangkan ada masalah komunikasi dengan jurujual tu, lain yang saya nak lain yang dia tunjuk, terus saya dapat idea nak DIY bunga manggar sendiri. Teringat post K.Shaja tu yang pernah saya baca.

Berterima kasih pada jurujual yang tunjukkan benda lain ;p

Rezeki agaknya, pasal bunga ni memang untuk penghabisan stok. Tapi kuning cuma ada 2 peket sahaja. Jadi saya campurkan dengan yang silver, 3 peket. Harga setiap peket, dalam RM1.20/ 25 keping sepeket. Saya buka
tutorial k.Shaja dan saya fikir, memandangkan kelopak bunga saya ni lebih besar, jadi saya pun potong dua. Lagi banyak dapat kan?



Saya tak beli tape putih lagi pasal ada baki daripada penggunaan masa majlis merisik dulu. Nasib simpan!



Kalau nak amik gambar langkah demi langkah, tak sempat pula. Yang saya amik, gambar dah dipotong dan dawai dah digam

(Perhatian: ada watermark yang buruk ;p Malas nak tukar font)


Lepas tu, gulung elok-elok ikut kesesuaian kelopak.


Dah dapat bentuk kuntum yang kita nak, gamkan elok-elok. Kemudian lilit dengan tape bunga putih tadi



Dah siap lilit.


Berpandukan tutorial K.Shaja, saya pun satukan kelopak demi kelopak. Tapi tak dapat letak serapat yang K.Shaja punya pasal bahan-bahan pun terhad. Jadi sebatang lidi, cuma ada 6 kelopak sahaja.

Penat juga, letih mengumpil. Bergam-gamkan jari jemari. Malam-malam, SMS d ngadu tiada siapa nak tolong saya. Meracau-racau jap. D suruh tidur. Tapi saya tak mahu. Sambung buat esok harinya.

Bila dapat hasilnya--puas hati *senyum. Walau tak sama macam K.Shaja, tapi hasil tangan sendiri memang tiada bandingan.


Maaf la, latar belakang tak mengasyikkan pasal tengah teruja nak tunjuk kat ibu yang tengah basuh baju kat luar dapur. Hihi

Kelopak dan lidi belum dikemaskan. Tu yang macam tak semenggah sahaja.

Memandangkan bunga manggar yang terhasil pun tak banyak sangat, jadi, ingat nak campur sekali bunga manggar tradisional yang biasa kita lihat tu untuk bahagian bawah bunga manggar. Bahagian atas baru letak bunga manggar DIY ni. Sekurangnya, merasa buat DIY bunga manggar.

InsyaAllah, tunggu hari majlis nanti ya kalau tiada halangan. Buat masa ni, saya dah tak kisah macam mana rupanya lepas abang saya susun nanti.

Bunga manggar ni semua sudah saya gulung dan simpan dalam stor, ditanda ikut jenis dawai. Harap abang saya boleh susun bunga manggar ni dengan jayanya.

Tak perlu nak sempurna, cukup tak sakit mata memandang. InsyaAllah, bunga manggar ini akan diletak di gate utama dewan, mengalukan kedatangan tetamu.



23 Ogos 2010








22 August, 2010

Misi Sulit RS (Raja Sehari) VI


Salam dan hai

Hari kejadian: 22 Ogos 2010
Lokasi: Rumah
Kod Misi: Misi Sulit RS (Raja Sehari) VI
Agen: Agen B & Agen D



Perhatian kepada penyepit yang ada bentuk hati dihujung tu, bukan kepada Unta comel tu. Tu bukan saya buat. Memang masa beli penyepit ni kat Memory Lane 3 tahun dahulu, dah ada bentuk hati. Harga RM1.50.

2 bulan daripada sekarang, InsyaAllah saya akan kongsikan. Sekarang, kena habiskan dulu misi ini.

Ok, jom berteka teki!!



22 Ogos 2010

20 August, 2010

Misi Sulit RS (Raja Sehari) V



Salam dan hai

Hari kejadian: 19 Ogos 2010
Lokasi: Rumah
Kod Misi: Misi Sulit RS (Raja Sehari) V
Agen: Agen B & abang Agen B



Abang agen B bakal berperanan menjalankan
tugas ini.

Kegunaannya? 2 bulan daripada sekarang, InsyaAllah saya akan kongsikan. Sekarang, saya kena habiskan
stok-stok Innershine saya tu!

.. K.Ana, jangan risau. Ni bukan untuk Rozek :p Hihi

Sumber: Googles




20 Ogos 2010

19 August, 2010

Cik Bedah in the Making (Cik Bedah Junior)


Salam dan hai

Susah ke nak kahwin ni? Kahwin memang susah, tapi lagi susah menghadapi soalan yang dilontarkan oleh 'Cik Bedah'

1. Kahwin
Kalau kahwin awal, dikata "Erm.. dah gatal nak berlaki la tu!"
Kalau kahwin lewat, dikata "Psst.. Dia tu jual mahal. Pasal tu tak laku-laku"

2. Anak
Kalau bunting pelamin, dikata "Ei, mengandung 2 bulan dah? Rasanya baru sebulan setengah kot diorang kahwin. Jangan-jangan...."
Kalau tak de rezeki lagi, dikata "Dah setahun kahwin, takde isi? Mandul la tu!"

3. Wang Hantaran
Kalau diletak tinggi, dikata "
Amboi! Hebat sangat ke anak dia tu sampai letak wang hantaran tinggi-tinggi?"
Kalau diletak rendah, dikata
"Rendahnya. Bakal suami dia tak mampu la tu"

4. Majlis
Kalau sederhana, dikata "Erm.. kahwin sekali seumur hidup. Buat apa buat majlis kecik!"
Kalau mewah, dikata "
Membazir betul! Baik simpan duit tu untuk kehidupan lepas kahwin"

5. Mekap
Kalau sederhana, dikata "Ei, muka pengantin tu buruknya. Kan elok amik makeup artist yang bagus sikit. Tu pun nak berkira"
Kalau cantik, dikata "Mekap, kalau dibuat mata cam Rozita Che Wan pun, nanti dah basuh mekap, sepet juga mata tu. Rugi aje seribu bayar mekap"

6. Photo
Kalau sederhana, dikata
"Gambar ni aje kenangan. Baju kahwin, pelamin, tu semua kena pulankan balik. Apa salah kuar banyak sikit budget untuk gambar"
Kalau mahal, dikata " Ala mahal cam ni pun, nanti dah 4 bulan kahwin, takde nya nak tengok album ni sama-sama. Nanti buat kumpul habuk aje!"

7. Makan
Kalau banyak lauk, dikata
"Siapa nak habiskan semua lauk ni? Tetamu bukannya dia jemput ramai pun!"
Kalau lauk sikit, dikata "Panggil orang kenduri. Lauk macam makan tengah hari aku masak kat rumah aje!"

8. Pelamin
Kalau pelamin lama, dikata
"Ei, tak sesuai langsung la warna pelamin tu! Cam kampung betul taste pengantin ni!"
Kalau pelamin moden, dikata "Ala. pelamin ni dah biasa aku tengok kat wedding lain. Tak unik mana pun!"

9. Door gift
Kalau tuan rumah kasi buah tangan sikit, dikata
"Aku penat-penat datang dari jauh, muffin aje dapat!?"
Kalau tuan rumah kasi buah tangan banyak, dikata "Ala, Nak nampak grand aje la tu kasi paper bag, tapi dalam tu setakat kerepek, gula-gula, muffin, tisu ni, huh murah aje"

10. Jemputan
Kalau dijemput
"Aku ni bukan teringin sangat nak gi kenduri dia. Tapi pasal aku nak tengok, hebat sangat ke majlis dia tu!"
Kalau tak dijemput "Dia tu takmo jemput aku pasal malu la tu, majlis dia mesti cikai-cikai aje tu..!"


Mereka digelar Cik Bedah a.k.a Mulut Bedebah.

Saya rasa, kita semua pernah hadapi situasi macam ni. Sama ada kita terdengar perbualan orang atau kita orang dalam kumpulan perbualan--atau kita lah Cik Bedah yang dicari-cari itu.

Misi Cik Bedah satu sahaja; Ingin pihak lain sependapat dengan dia.

Kalau dibangkang, dia akan menjuih.
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti.

Zaman sekarang, Cik Bedah boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan sudah bertukar modus operandinya. Tidak mahu lagi dilihat sebagai mulut jahat. Tetapi mereka akan bijak mengambil peluang untuk menjadi tumpuan.

Mereka dikenali sebagai Cik Bedah Junior. Junior kerana mereka kini boleh wujud dalam golongan muda belia dan bukan lagi makcik tua yang pakai lipstik merah terang menderang itu. Berbanding Cik Bedah Senior, objektir Cik Bedah Jr adalah untuk memastikan tumpuan majlis padanya.

1. Gambar
Cik Bedah akan suka mencuri tumpuan OP bertugas. Dia sentiasa nak menempil sebelah pengantin di pelamin, upacara sarung cincin, upacara potong kek dan lain-lain. Kalau gambar berkumpulan, dia paling depan dan tengah. Boleh kata, muka dia ada dalam kamera untuk apa juga situasi. Kadang-kadang secara selamba akan kata "Abang, amik la gambar saya. Pengantin tengah bersiap tu, takde menarik pun"

2. Sponsor
Cik Bedah beria-ria mahu sponsor telur pahar, hantaran atau buah tangan tetamu. Tak pernah diambil kisah sama ada pilihannya bersesuaian dengan majlis atau kehendak tuan rumah. Yang penting banginya, dia akan pastikan semua orang tahu dia sponsor sesuatu untuk majlis "Kek majlis dia yang 10 tingkat tu, aku yang sponsor. Saje, nak tengok kawan gembira. Aku punya nanti 2 kali daripada ini tau!"

3. Penampilan
Cik Bedah akan pastikan penampilan dia lagi glam daripada pengantin. Dia akan cuba melantik dirinya menjadi pengapit atau dayang-dayang. Jika tidak berjaya, dia sebolehnya mahu warna setema dengan pengantin. Bila bergambar sebelah, dia nak nampak lebih menonjol "Eh, warna baju kita sedondon pulak! Macam bermadu. Hikhik"

4. PA tak dilantik
Cik Bedah akan melantik dirinya menjadi PA kepada pengantin. Walaupun tetamu tak bertanya, dia dengan murah hati bercerita "Wang hantaran pengantin 7K aje. Saya tahu pasal saya ada masa majlis nikah. Tak de hantaran barang kemas pun. Cuma cincin yang diorang beli masa sale 70% kat kedai emas cina depan simpang tu.. Mak cik, tambah lauk..?"

5. Wartawan hiburan
Cik Bedah sudah tidak segan silu bertanyakan tentang kos majlis. Kalau pengantin mengelak daripada menjawab, dia amat licik dan terus bertanya pada vendor "Kak, kalau saya nak gunakan khidmat mekap akak cam majlis kawan saya ni, berapa akak charge?" Dah dapat tahu harga, dicanang pula harganya pada orang lain.


Cerita pasal Cik Bedah ni dah lama saya nak tulis, cuma belum berkesempatan, baik daripada segi masa dan idea. Cuma hari ini, baru idea mencurah-curah datang.

Tiada siapa tahu bagaimana nak kawal Cik Bedah ni, jauh lagi macam mana nak elakkan dia daripada majlis. Kerana kadang-kadang, seseorang boleh tiba-tiba menjadi Cik Bedah tanpa disangka. Sifat mazmumah yang sekian lama disorokkan, bak tak dapat ditahan-tahan.

Cuma kita sebagai pengantin / bakal pengantin, kena persiapkan emosi dan mental kita menghadapi Cik Bedah itu semua. Tiada ubat dan petua nak elakkan mereka kerana, kita ni hidup bermasyarakat. Kalau pun Cik Bedah tu bukan dikalangan kawan kita, boleh jadi wujud di kalangan saudara mara dan sahabat ibu bapa kita.

Yang saya boleh tulis disini, kalau kita nak hapuskan kewujudan cik Bedah, terlebih dahulu kita kena hapuskan Cik Bedah yang wujud dalam diri kita sendiri.

Saya rasa, semua orang secara tak sedar, mesti akan terdetik, tak perlu banyak kali, sekali pun cukup, sama ada sedar atau tidak, sama ada dilafaz atau tidak; dialog-dialog di atas tadi.

Mungkin bukan dialog serupa, tapi yang membawa maksud yang hampir sama.

"Umur 21 dah kawin? Ohh." yang membawa sama maksud "Mudanya nak kahwin! Enjoy dulu!"

Saya akui, saya pernah.

Mungkin masa tu saya masih muda, masih mentah nak faham, merancang majlis kahwin ini sebagai tuan rumah tidak semudah kita hadir sebagai tetamu.
Naif tentang ribuan duit yang diperlukan untuk persiapan.
Apa tah lagi isu jodoh dan takdir bukan kita coretkan.

Tak semua kita rancangkan, boleh berjaya.
Tak semua benda boleh diselesaikan dengan duit.
Restu bukan soal apa yang dilafaz pada mulut sahaja.
Berkat itu urusan kita dan Maha Esa.

Kadang-kadang, kesempurnaan yang kita cari, wujud dalam kekurangan yang kita tangisi itu.

Mungkin tidak ada titik nokhtah tentang maharajalela seorang Cik Bedah. Tiada siapa boleh mengubah Cik Bedah, kecuali dirinya sendiri.

Saya tak tahu macam mana nak akhiri post ini, jadi saya tinggalkan puisi. Hihi

Orang Cina dari Seberang,
Bawa jual ikan tenggiri,
Mengata orang jangan sebarang,
Tak pernah cermin diri sendiri.



Sekian,

Mantan Cik Bedah ;p


19 Ogos 2010

18 August, 2010

Pilihan Lain



Salam dan hai

Nak cari pilihan deko selain pomander ball?

Ini pun boleh.


Sumber: Familyfun

Comel kan? dengan warna yang terang dan comel macam ni, amat la menyerlah. Macam bola sepak takraw, tapi lebih comel pasal warnanya!

Boleh DIY tau. Mudah sangat-sangat!

Cara nya ada dilink ini: http://familyfun.go.com/crafts/yarn-eggs-670275/

Erm.. Rasanya perlu ke tak saya buat ni? (mati kena maki dengan Nity kalau dia dapat tahu saya nak DIY lagi ni!)


18 Ogos 2010

Terlajak Kata...


Salam dan hai

Selamat berpuasa hari ke 8 di bulan Ramadhan buat B2B semua..!

Erm.. Nak cerita kisah yang betul-betul tak dirancang.

Semalam, saya tanya pada ibu, majlis saya nanti tiada rozek ke? Ibu kata, ayah mungkin nak beli lewat sikit pasal tak penting mana.

Saya= tak reti menyabor= lancang mulut kata, JOM LA buat sendiri!

Ibu sudah jadi teruja. Ayah pun terus jadi malas nak amik tahu dan setuju aja.

Jadinya sekarang, sudah terikat dengan DIY Rozek. Aduh!! Dengan tanpa apa-apa gambar koleksi tentang boutonniere/ rozek ni, saya mengagah diri google images.

Tapi tiada satu pun berkenan.

Bukan kerana tiada yang cantik, tapi pasal otak belum hadam apa yang perlu dibuat.

Jadi, masih kabur dengan pilihan yang ada.





Gambar sekadar hiasan

Kalau sudi, kawan-kawan boleh tak kongsi dengan saya link/ gambar boutonniere yang simple untuk dibuat sendiri? Saya tak tau boutonniere/ rozek yang macam mana telah wujud selama ni.

Saya betul-betul kurang arif. Harap ada yang sudi kongsi dikomentar atau emelkan pada saya.


Terima kasih :D


18 Ogos 2010

17 August, 2010

Inai



Salam dan hai

Hari ni seorang kawan-rapat-amat-rapat-sayang-sama-dia, baru balik umrah alhamdulillah. Saya pesan inai Mekah.

Dia pun keliru juga inai mekah macam mana pasal dah banyak kali sangat, orang pesan inai mekah, tup-tup inai daripada india juga dibeli. Pasal tu sahabat ni macam teragak-agak nak beli yang mana. Dia tanya orang jual, lain ditanya, lain dijawab. Jadi sahabat ni pun yakin sahaja.

Nah, dia kasi saya dua peket inai Mekah.


Nampak macam sikit sahaja kan.

Ok, ukuran sebenar peket inai Mekah ni.



Nah, sekarang ukur sendiri di keyboard masing-masing!Mari mari, satu kampung, kita pakai inai~~!!! Thanks Laling!

Saat ni dah tak kisah, inai Mekah ori ke tak. Dia dah sanggup belikan dalam kepadatan aktiviti disana pun, sudah memadai.

Saya teringin nak cuba dulu untuk tengok hasil, tapi kalau dicuba, bising pula satu opis ni kalau perasan. Kalau pakai masa raya, tak pe sangat. Orang faham. Tapi lama sangat tunggu raya. Hati sudah tak sabar.

Jadi, mangsa 'tikus makmal' saya, K.Rina yang sedang berpantang kat rumah tu.. Hihihi.. Harus, balik nanti pujuk K.Rina pakai inai.


17 Ogos 2010

Status Prosedur Pernikahan Kami: 80%


Salam dan hai

Selamat berpuasa-- sudah seminggu kita berpuasa Alhamdulillah :)

Kali ni, saya menulis tentang prosedur pernikahan. Sebenarnya, setiap bakal pengantin akan melalui proses prosedur yang berlainan daripada segi pengalaman dan cabaran. Ada yang jalan mereka dipermudah, ada pula yang mengalami saat benar-benar mencabar pemikiran secara rasional (Bridezilla: Gear 1).

Tapi apa-apa pun, bagi mereka yang mudah jalannya, anggap itu rezeki. Yang menerima dugaan, anggap itu pembakar semangat ya?!

Kali ni, post saya berkenaan prosedur majlis nikah kami

1. Kursus kahwin

Kami dah amik kursus kahwin tahun lepas lagi, Julai 2009.



Kami amik di Putrajaya. Ini saya kurang dapat bagi komen pasal D yang uruskan semuanya. Ingat-ingat lupa saya, D sms orang yang bertanggunjawab untuk masukkan nama kami dalam senarai peserta untuk khusus. D rujuk pada
laman sesawang ini.

Tapi rasanya, kalau tidak mendaftar dulu pun tak apa pasal kebanyakkan peserta, datang terus pada hari tu. Cuma jangan lupa bawa salinan kad pengenalan siap-siap ya. Tempoh pendaftaran dibuka seawal 12 tengah hari. Lepas daftar dan bayar RM80, kami pun makan tengah hari di Taman Warisan (pasal makan tengah hari untuk hari pertama tidak disediakan. Sila tanya atau dapatkan tentatif kursus daripada pihak pengurusan dahulu tentang aturcara majlis pasal setiap penganjur, mungkin berbeza aturacara kursusnya)

Saya pernah tulis tentang kursus kahwin saya dalam
post yang ini.

Ingat ya, selepas selesai kursus kahwin, jangan lupa amik tahu bila dan dimana boleh ambil sijil kursus kahwin. Ada yang boleh terus dapat selepas tamat kursus dan ada yang kena tunggu seminggu kemudiannya. Dah amik nanti, jangan lupa hantar kedai untuk plastic laminate @ lapisan plastik kat sijil tu. Baru cantik dan terjaga sijil tu. Kenangan tu tau!

Seperkara yang lain, pastikan berapa tempoh sah sijil tu. Yang saya tahu (maaf kalau saya tersilap), tak semua kursus kahwin ni, tarikh sah seumur hidup. Ada yang tiga tahun. Jadi sila dapatkan maklumat betul daripada pihak pengajur. Pastikan sijil itu juga mendapat pengikhtirafan daripada Jabatan Agama Islam negeri.

2. Lokasi majlis nikah

Sebenarnya, ada sedikit isu tentang lokasi majlis. Ayah nak buat di rumah. Saya nak buat di masjid. Nasib ibu nye ayat kepada ayah "Biar la. Majlis dia, biar dia tetapkan kat mana nak buat" *hugs ibu! Jadi, masjid la lokasi kami InsyaAllah.

Lepas dapat persetujuan lokasi, baru pergi ke langkah seterusnya --kebenaran menggunakan ruang masjid. Proses nak menggunakan ruang masjid ni, tertakhluk kepada pihak pengurusan majid. Ada yang tak perlukan sebarang dokumentasi cukup sekadar janji mulut, tapi ada juga yang perlu melalui proses yang betul.

Hal surat menyurat untuk kebenaran menggunakan ruang masjid, saya serah kat ayah saya untuk uruskan. Dia kariah masjid tu, jadi dia lebih tahu selok belok pentadbiran macam mana. Katerer untuk majlis nikah pun ayah yang uruskan. Saya cuma bagitau ayah saya, majlis nak berlangsung pukul berapa dan hari apa. Itu sahaja. Saya mahu majlis diselesaikan di masjid, baik daripada akad nikah, tukar barang hantaran sampai ke jamuan. Mula di masjid, selesaikan di masjid.

Saya percayakan aje ayah uruskan dan bila dah tengok surat kebenaran, OK lega alhamdulillah.Senang hati.



Nota: Perkara diatas berkaitan majlis nikah yang tidak dilangsungkan di kawasan kediaman. Tapi bagi yang melangsungkan di rumah, antara perkara yang perlu kamu sensitif, antaranya tentang kebenaran untuk menutup jalan daripada pihak berkuasa tempatan (jika perlu) dan penggunaan khemah yang akan menggendalakan aktiviti jiran tetangga. Jangan lupa tanganinya dengan berhemah. Terpenting, sama ada buat di rumah atau sebaliknya, kena dapatkan persetujuan bersama tentang lokasi pasal nanti kena isi info pasal lokasi nikah dalam borang kahwin tu.

3. Ujian saringan HIV
Saya amik awal bulan 8, supaya tak lari sangat daripada tempoh 3 bulan sah sebelum majlis kami nanti. Saya dah pernah tulis ulasannya dalam
post ini.



Sangat mudah dan cepat prosesnya kalau kita ikut prosedur yang betul.

4. Surat kebenaran nikah (pihak lelaki)


Prosedur ni kena ke garisan-sedia-mula oleh pihak lelaki dulu. Mereka kena isi borang yang berkaitan, lampirkan dokumen-dokumen yang dikehendaki macam salinan sijil kursus kahwin dan IC saksi-saksi. Lepas tu pihak lelaki dapatkan tanda tangan penolong pendaftar nikah kariah dia. Kemudian, baru hantar borang ke Shah Alam (dalam kes kami)



Lepas pihak berkenaan proses borang, kemudian baru dapat surat Kebenaran Berkahwin Lelaki. Dalam surat tu, tertulis la nama korang dan pasangan, serta tempat di mana majlis pernikahan akan berlangsung.


Bayaran RM10 dan ingat, borang sah selama 3 bulan sahaja


Segala cop-cop yang diperlukan.


Dah dapat Surat Kebenaran Nikah lelaki, baru pihak perempuan boleh mulakan operasi yang sama.


Maka, baki 20% tunggu daripada pihak saya sahaja. Tak sempat lagi nak jumpa tok kadi kawasan saya. InsyaAllah, mungkin minggu ini cuba selesaikan.


Suka betul D bila saya bagitau, dia dah dapat surat kebenaran bernikah ;p

Nota: Saya kurang pasti, di mana nak dapatkan borang berkaitan pasal dalam kes saya, ayah saya yang pergi ambil untuk pihak saya dan D pergi amik sendiri untuk pihak dia. Mungkin ada B2B lain dapat tolong bagitau sumber, boleh kongsi di ruang komen. Kalau tak silap saya, borang juga boleh diperoleh daripada Penolong Pendaftar Nikah kawasan qariah masing-masing.


17 Ogos 2010



16 August, 2010

Cupcake in a Jar



Salam dan hai

Suka idea ni -- Cupcake yang diletak dalam mason Jar a.k.a Balang Mayonnese ;p


Makan pun tak bersepah, lebih mesra alam, boleh dibawa balik dan kalau makan tak sempat habiskan, boleh buat beberapa kali round kemudiannya.

Satu lagi kegunaan lain untuk balang kaca ni daripada post
saya terdahulu

Kalau nak dibuat untuk semua tetamu, memang tak terbuat. Tapi kalau untuk kumpulan yang lebih kecil, macam kumpulan marhaban ke, kompang ke mungkin masih boleh. Kalau nak untuk majlis-majlis lain macam baby shower, bachelorette party ke, atau jadikan prop pre wedding pun sesuai juga kan?

Untuk tahu prosesnya, boleh klik disini:
http://mycakies.blogspot.com/2010/03/diy-cupcake-in-jar.html




16 Ogos 2010

Misi Sulit RS (Raja Sehari) IV



Salam dan hai

Hari kejadian: 14 Ogos 2010
Lokasi: Rumah
Kod Misi: Misi Sulit RS (Raja Sehari) IV
Agen: Agen B & Agen D



Misi yang ni, rasanya ramai boleh agak apa dia kan? *senyum
Misi DIY yang tak dirancang pada mulanya, tapi telah berjaya disiapkan dengan penuh semangat!


16 Ogos 2010

14 August, 2010

Rehat Sabtu



Salam dan hai

Hari ni saya tak sentuh pun DIY kad kahwin saya. Saya mahu rehat dulu daripada hanya tengok riben-gam-kad.

Lagipun 'pasukan bantuan' yang tiba
Jumaat lepas, dah sangat-sangat banyak membantu!





Yang penting--Memang kerjasama! Dah booking khidmat mereka lagi untuk minggu depan. Suka suka!

Pagi tadi sempat jumpa D. Temankan dia untuk urusan Tabung Haji (Tipu aje, sebenarnya saya yang ngedik nak temankan dia. Dia tak kisah pun). Kemudian, kami ke kedai kahwin -- dan terus dapat idea baru untuk Misi Sulit seterusnya!

Juadah berbuka cuba resepi ayam goreng berempah.Kombinasi lauk yang serba tak kena, tapi kena pada perut.



Saya paling suka hujung minggu, mesti akan makan kat lantai pasal ahli keluarga dah ramai. Macam makan ramai-ramai kat kampung!


Abang-abang saya kata, tahun depan puasa dah tambah lagi satu pinggan ;D -- Untuk D.

InsyaAllah (yeay!)



14 Ogos 2010


13 August, 2010

Misi Sulit RS (Raja Sehari) III


Salam dan hai

Hari kejadian: 11 Ogos 2010
Lokasi: Bilik
Kod Misi: Misi Sulit RS (Raja Sehari) III
Agen: Agen B



Dalam proses menghasilkan DIY seterusnya.
2 bulan daripada sekarang, InsyaAllah saya akan kongsikan


Kemas kini: Tadi rehat hari Jumaat, terus ikat riben dengan Nailah & K.Nadzrah. Sedar tak sedar, sambil dengar lagu raya (tahu masih awal, tapi nak dapatkan mood raya), dah siap ikat riben 250 dalam masa 1 jam setengah sahaja! Alhamdulillah, lega sangat! Segan sebenarnya nak minta tolong pasal takut menyusahkan. Tapi bila bantuan sudah tiba, harus la disambar dengan kesyukuran!Hujung minggu baru terus gam kan. Kini, tinggal 15% sahaja yang belum diikat--pun nak dibawa hari Jumaat minggu depan. Memang yang penting--kerjasama!!



13 Ogos 2010



40.5% Lagi



Salam dan hai

Juadah berbuka puasa semalam--masak nasi tomato. Lauk, bantai sahaja dengan rendang, dendeng, salad dan acar. Tak tau la betul ke tak kumpulan hidangan nasi tomato ni, tapi bantai sahaja. Asal selera.

Sikit kan saya amik nasi? Kata nak diet nasi ;p Ikut diet 1 sudu makan nasi sahaja.



Ok, cukup hal juadah berbuka semalam.

Kemas kini persiapan majlis: Masih gigih ikat riben.

Kad dah siap: 29%
Kad dah siap tapi belum gamkan riben & bakar hujung riben: 22.5%
Kad reject pasal riben dah gam tapi tak cantik: 8%
Kad belum diletak riben: 40.5%


Kad dalam kotak ni, bahagian D. Asingkan siap-siap

Walau persiapan kad macam siput, tapi syukur juga, sekurangnya sudah makin pantas disiapkan. Tambah-tambah lagi, bila ada 'tangan-tangan halus' yang sudi menolong walau saya segan sangat susahkan orang.

Mekacih Nailah & K.Nadzrah!

Hari ni hari Jumaat. Rehat tengah hari 2 jam. Mungkin lagi banyak boleh disiapkan, InsyaAllah! Hujung minggu, baru boleh gamkan kad-kad tu serentak.



Nota: Masih mencari deko apa yang boleh dibuat dengan kad yang berbaki banyak ni. Barangkali nak dijadikan centerpiece. Sesiapa ada idea lain?




13 Ogos 2010



12 August, 2010

Kreativiti Menggunakan Kapur



Salam dan hai.

Idea selain daripada bunting atau banner untuk alukan tetamu.

Pakai kapur!


Sumber: Google Images

Tapi rasanya kebanyakkan bakal pengantin mesti fikir 10 kali kot nak buat macam ni, pasal
1. takmo orang pijak nama kita
2. takut orang tak perasan seni tu
3. takut orang terpijak lalu mengotori seni ini

Kalau tak mahu tulis nama pun tak apa.

Boleh lukis benda lain *senyum




Sumber: google images

Nak basuh pun senang, lalukan sahaja air. Tak perlukan apa-apa kemahiran yang tinggi pun (Ada ke orang tak pernah conteng papan hitam masa sekolah??)

Jadi, siapa nak cuba??



12 Ogos 2010



Persiapan Majlis Dalam Bulan Ramadhan



Salam dan hai

Macam mana ibadat berpuasa kawan-kawan?

Semalam, juadah berbuka puasa pertama saya sekelurga-- Mee Jawa


Orang separuh Jawa masak Mee Jawa-- terlalu pedas ;p Cuma bulan Ramadhan ni aje la boleh cuba pelbagai resepi. Semangat entah daripada mana datang!

OK, berbalik pada persiapan majlis kami. Walau dalam Bulan Ramadhan, tapi persiapan tetap berjalan, walau lebih lambat daripada siput.

Rasanya, aktiviti saya dipenuhi dengan aktiviti mengikat riben kad jemputan. Saya suka buat dalam keadaan bebas tekanan. Saya tau, mengikat riben ni makan banyak masa saya, sedangkan saya boleh buat perkara lain dalam waktu yang sama, tapi tak apa. Bukan hari-hari kerja mengikat riben (saya takut nak minta tolong orang pasal takut nanti saya tak puas hati. Saya tak cerewet, cuma saya ada pendapat sendiri -- bila seseorang mengatakan diri dia tak cerewet, sememangnya dia seorang yang cerewet)

Ibu saya pulak, sibuk menjahit
bantal pouf saya. Ibu kata "jangan amik gambar! nak letak dalam blog la tu!"



Kerja ibu yang masih berlangsung
1. Langsir bilik saya. Jahit simple sahaja jadi minggu ini pun boleh siap.
2. Bantal nikah. Ibu takut nak jahit (patut tak payah bagitau ibu harga kain tu)

Kerja ibu yang sudah siap-- kain untuk deko bilik saya.

Tugas saya yang belum siap -- tak ingat pasal banyak sangat ;p

Nity, ko diam. aku geget ko kang! Ha la, nanti aku buat tentatif tu.


Esok hari Jumaat. Boleh sambung ikat riben di pejabat! Kena cari tempat yang orang tak ramai. Segan.


Nota: IKEA ada buat sale raya! Klik disini


12 Ogos 2010



11 August, 2010

Solat Bersama



Salam dan hai

Selalunya, kalau lepas akad nikah, suami akan pergi buat solat syukur kan (betul ke? betulkan saya kalau saya silap).

Kalau dimasjid, terus solat disitu.
Kalau dirumah, masuk ke bilik/ solat diruang tamu.

Pengantin perempuan biasanya hanya akan tunggu di pelamin kan? Ditemani kawan-kawan dan saudara mara.

Semalam, saya tengok gambar daripada
Acai Jawa ni

Berkenan.

Jadi saya masukkan dalam blog ni. (A.Acai, pinjam gambar yek?!)


Sumber: AcaiJawa

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, saya tanya pada Acai, betul ke keduanya solat berjemaah.

Iye. Ni bukan lakonan atau posing semata.

Ni betul-betul.

Berapa kerat sahaja pengantin perempuan yang akan solat berjemaah bersama suaminya, macam gambar tu?


11 Ogos 2010

Rutin Innershine


Salam dan hai

Jarang-jarang sekali saya terpengaruh dengan iklan di TV tentang produk kecantikan dan kesihatan. Tapi untuk Innershine ni, entah kenapa saya boleh lemah.

Mungkin:
1. Budget Kahwin memang ada bahagian dikhaskan untuk pembelian Innershine.
2. Pil vitamin C saya dah habis.
3. Mental yang lemah disaat nak kahwin.
4. Ibu tak larang.
5. D pun tak larang.

Jadi, saya beli dan beli. Kena kutuk dengan abang saya, pekakkan sahaja telinga. Iye, tau, takkan minum mata terus jadi bulat dan bersinar cam anime Jepun. Ikut logik la juga kan? cuma tak apa la, cuba sahaja.

Lepas kali pertama merasa sebotol [post penuh disini], terus suka dengan rasanya. sedar-sedar, dalam simpanan saya sudah ada beberapa kotak yang 14 hari tu. Satu pun tak buka lagi pasal sayang dan nak simpan menjelang hari majlis.



Tapi rasanya, kena mulakan rutin minum innershine ni minggu ini. Nanti dah dekat dengan hari majlis, boleh la selang selikan pula pengambilannya.

Baik! Saya mulakan minum innershine ni pada hari ini, sempena hari pertama Ramadhan!

Selamat menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan ye kawan-kawan.






11 Ogos 2010


Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates