Daisypath Graduation tickers Daisypath Anniversary tickers

30 July, 2010

Kongsi Gambar Tanpa Bingkai Gambar


Salam dan hai

Nota: Kalau ada B2B yang mencari post tentang tema pre wedding yang saya pernah masukkan tempoh hari, saya dah jadikan post tu sebagai draft, atas permintaan pemilik website tu . Tapi, kalau ada sesiapa yang nak tengok gambar-gambar tu, boleh pergi ke axioo.com ya?! Maaf untuk sebarang kesulitan yang dialami.




Idea sempoi untuk B2B yang nak berkongsi gambar-gambar kenangan dengan pasangan, tanpa gunakan apa-apa bingkai gambar.

Profile Bulletin Boards


Sumber: Countryliving

Masa saya tengok gambar ni, terbayang terus, eh macam pemikiran perempuan VS. lelaki.

Sebelum ni, saya ada terima emel, tentang bahagian pemikiran perempuan dan lelaki. Emel lawak aja.

Sumber: google images

Menggunakan idea yang sama, kita boleh tampal gambar-gambar peribadi mengikut kehendak masing-masing.

Contoh, lelaki nya gambar tu, boleh la letak gambar kereta ke, gambar aktiviti lasak dia ke, dia pergi melancong ke atau tengah main futsal ke. Yang gambar perempuan, boleh la letak tengah bercuti dengan kawan-kawan ke, majlis bertunang, gambar syok sendiri dalam kereta (ni confirm semua perempuan mesti akan ada sekali amik gambar sendiri berposing macam-macam).

Jadi tetamu yang tengok gambar, secara tak langsung, dapat mengenali dan ketahui latar belakang pasangan.

Sekadar berkongsi idea ni sahaja. Kena tengok kesesuaian majlis juga ya sebelum realisasikan idea ni?

Untuk sumber penuh macam mana nak DIY projek ni,
klik sini

Muat turun terus template di sini


30Julai 2010

Soalan Hari Jumaat: Macam Ini Ke?



Salam dan hai

Tajuk seperti di atas.

Persoalan saya: Macam ini ke buat centerpiece bulat?




Sumber:
skiptomylou.org

Kiranya, kalau cara yang sama di atas, kita aplikasi untuk hantaran di bawah, menjadi kah? Gunakan kaedah yang sama?


Sumber: Arma Wedding Couture

Tips yang saya pernah dengar, bahagian atas span tu, lapikkan dengan kertas plastik jernih sebelum letak barang hantaran atasnya, supaya tak basah.

Ada sesiapa pernah tengok orang buat hantaran membulat macam ni atau pernah buat sendiri hantaran susunan bunga membulat macam tu?


30 Julai 2010

29 July, 2010

10 Tema Pre Wedding/ Post Wedding



Salam dan hai

Saya suka gambar-gambar perkahwinan dalam laman sesawang axioo.com


Idea-ideanya fresh.

Walau saya belum sempat nak tengok satu per satu semua gambar dalam laman tu, tapi ada banyak tema yang kita boleh realisasikan juga!

Nah, sekarang tiada alasan, kata tiada tema untuk pre wedding! Rajin-rajin tengok gambar dalam lama sesawang tu ok?
.
.
.
.

erm.. ke B2B semakin keliru pasal terlalu banyak pilihan? *lari!


Kepada B2B yang bakal ada sesi photoshoot pre wedding, have fun!



29 Julai 2010

Save The Date: Bila Waktu Nak Letak?


Salam dan hai

Dengan detik majlis berbaki 3 bulan saja dalam lagi ni, persoalan yang saya tengah fikir: Dah kena Save the Date kah?

Mulanya, rancang nak letak video Save The Date ni dalam pertengahan bulan 9 tapi bila baca post
Lynda,Belle , Zara dan beberapa B2B lain, buat terfikir juga-- Dah kena letak ke?

Video STD memang dah
lama siap (terima kasih Nity!) cuma tunggu tarikh sahaja untuk upload dalam FB dan blog.

Tapi, kalau saya letak sekarang, tidak kah terlalu awal? Ia la, kita cuma merancang, Allah yang Esa menentukan. Takut-takut, ada dugaan, ada cabaran, kita tak tau kan? Tapi saya doa, InsyaAllah, harap semuanya selamat.

Tapi kalau tak letak sekarang, kawan-kawan ramai dah dok tanya, bila mereka nak RSVP. Dah banyak kali kena tanya ni. Walaupun tarikh saya bukan tarikh panas atau cuti sekolah, tetap bahangnya terasa juga.

Macam mana ya? Kebiasaan yang B2B tengok daripada blog B2B yang lain, mereka letak seawal bila?

Bercakap tentang video Save The Date saya ni, kad jemputan saya pun alhamdulillah sudah siap, cuma tunggu diambil sahaja daripada kedai. Harap sangat D akan cuti esok, jadi boleh la kami pergi amik kad tu, tapi nampak gayanya D macam nak amik hari Ahad nanti aje *marah marah!

Sabtu ni kena jadi penanggah. Kena jadi floor manager (nama nak gempak lagi, tapi sebenarnya cuma orang suruhan) untuk majlis kahwin anak kawan ibu. Tapi budaknya, tak datang-datang jumpa saya lagi, bincang apa yang dia nak, apa dia nye rancangan. Haiish! InsyaAllah kalau sempat saya amik gambar, saya akan ulas majlis ya?




29 Julai 2010

28 July, 2010

Bermegah atau Berkongsi?


Salam dan hai

Saya pernah terfikir juga, sama ada menulis blog kahwin ni merupakan kesilapan atau tidak.

Sama ada saya berjaya memberi justifikasi tentang majlis saya atau sebaliknya.

Adakah apa yang saya telah tulis mengundang perasaan jelik, meluat atau menyampah yang disebabkan cemburu, berbeza pendapat atau dorongan emosi?

Mungkinkah ada yang menjadi obses dan lebih kronik, menjadi seorang pengendap/ stalker?

Benarkah memang naluri manusia sejak dari dulu lagi, sifat nak bermegah dengan pencapaian sendiri wujud (tanpa kita sedari) dan takkan ada siapa terselamat daripada sifat mazmumah ini?

Walaupun niat asal blog ini sudah saya nyatakan dulu [
post penuh disini], tapi dengan perkembangan masa, blog ni sudah menjadi wadah untuk saya berkongsi idea dengan B2B di luar sana, bertukar pendapat dan maklumat.

Tapi tak semua orang melihatnya daripada sudut itu.

Saya bagi situasi yang kita semua boleh relate.

Contoh; ada seorang kawan meletakkan semua gambar-gambar kahwin dia dalam Facebook (atau dalam kes lain, gambar honeymoon, gambar majlis tunang, gambar bercinta, gambar aktiviti, gambar ultra sound baby).

Terdapat dua reaksi biasanya:-

1. Reaksi daripada orang yang ingin berkongsi akan tinggalkan komen macam
" grandnya honeymoon suit kau",
"jangan lupa belikan aku hadiah ok!",
" Wahh, gila cantik laut tu! aku jelez!! Nak pergi juga".

Tapi reaksi kedua mungkin berbeza.

2. Reaksi daripada orang yang tak ingin tahu mesti akan terlintas di kepala
"Tau la happy dapat anak, tapi tak perlu letak gambar anak ko banyak sangat. Bukan comel pun!",
"Aleh, dia tu saje letak gambar macam tu, supaya orang puji majlis dia la tu!",
"show off! f****g berlagak nak mampos fly ke oversea!",
"La, aku ingatkan grand sangat majlis dia. Biasa-biasa aje aku tengok"

Tak kisah la sama ada Facebook, Twitter atau Blog. Semuanya merupakan medium rangkaian sosial yang dicipta supaya kita berkongsi.

Namun naluri asas manusia yang membezakan penerimaan.

Kita membaca / ingin tahu atas sebab berbeza.
1. ingin belajar "Oh, macam tu ke prosedur nak kahwin. Baru tahu"
2. ingin melihat kejatuhan orang lain "Penat aje tepek gambar banyak-banyak dulu dalam FB, clash juga akhirnya! hahahaha. buat malu aje."
3. ingin menilai
"Eleh, dia ni cakap macam bagus sangat. Aku nak kritik kat komen dia jap, tengok camne dia balas"

Kadang-kadang, apa yang kita tafsirkan sebagai perkongsian, di salah tafsir sebagai bermegah.

atau

Boleh jadi, kita cuba yakinkan diri kita, ini adalah perkongsian sedangkan jauh disudut hati, tercalit perasaan ingin bermegah dan mengharapkan pujian orang lain. Masakan tidak, tiada hati yang tak dikembang bila dipuji kan?

Terdapat garis halus yang memisahkan bermegah dan berkongsi.

Kita berdiri pada yang mana?


Nota: saya tak ada menerima sebarang emel benci daripada sesiapa. Post ni saya tulis pasal terlintas sekali sekala dalam pemikiran saya. Tiada kena mengena dengan sesiapa atau dalam keadaan apa-apa.


28 Julai 2010


Resepi Bunga Rampai



Salam dan hai

Bunga rampai pasti akan memainkan peranan penting dalam keseluruhan majlis saya *senyum.

Saya tak pernah pun terfikir saya boleh menjadi sangat obses dengan bunga rampai, sampai la masa persiapan majlis abang saya dulu. Saya langsung memang tak pernah buat bunga rampai seumur hidup--itu yang pertama.

Mungkin memori zaman kanak-kanak dulu, teringat, bila gi rumah orang kahwin, mesti ada bau bunga rampai.

Sanggup tu saya hiris halus-halus daun pandan tu! Nasib Falin datang membantu. Sampaikan pengantin baru K.Rina pun, kena kerah buat bunga rampai.

[Post penuh
disini , disini dan disini ]

Majlis abang saya yang dibuat di dewan tak membantutkan langsung element bunga rampai dalam majlis.


Bunga rampai ni bagi saya, bagai pulut kuning dan telur pahar. Orang tak buat hanya untuk suka-suka. Orang buat untuk majlis-majlis tertentu sahaja. Kalau pun orang buat pulut kuning saja-saja, kalau diberi pada jiran, mesti jiran akan tanya "eh, ada apa-apa majlis ke?". Kuatnya momentum adat dalam hidup kita, secara kita tak sedar.

Melalut sedikit.

Tujuan saya post tentang bunga rampai ni, pasal saya nak berkongsi resepi (boleh ke pakai istilah resepi?) untuk buat bunga rampai.

Masa majlis abang saya dulu, saya main taram sahaja cara nak buat. Cuma daun pandan, kemudin pewangi yang ayah beli di kedai India dekat rumah, tak tau la kalau sama ke dengan air bunga mawar macam dalam
post Huda ini , dan beberapa jenis bunga yang B.Puan T tolong petik kat tepi jalan *dia hebat!

Yang saya ingat, bahan-bahan yang saya guna:

Bahan yang dihiris halus:
Daun pandan

Bahan-bahan 'secukup rasa':
Bunga kemboja
Bunga kertas
Bunga daisi
Bunga yang dalamnya ada madu yang masa kecik-kecik dulu, saya selalu kuarkan tengah dia untuk amik madunya yang setitik aje tu..
.. dan beberapa bunga yang saya tak tau namanya

Itu pun cukup. Tetap wangi.

Masa tu saya pakai bilah pisau cukur yang dipatahkan dua. Memang tajam. Saya tak pandai pakai gunting atau pisau dapur untuk hiris daun pandan. Lagipun, hasil pakai bilah pisau cukup ni, lagi halus. Pisau lipat yang budak-budak buat asah pensil khat masa kat sekolah agama pun boleh.

Sejarah: Ibu kata, kalau dulu-dulu buat bunga rampai kasar-kasar, orang tua-tua akan buangkan! Bukan saiko, tapi tu sebagai latihan, jangan anak dara buat kerja asal nak siap sahaja tapi hasil tak semenggah.

Baru-baru ini, saya terjumpa resepi bunga rampai yang saya dapat daripada Internet. Sumber saya kurang pasti daripada mana *maaf

Bahan yg dihiris halus:
Daun pandan
Daun serai wangi
Daun nilam
Daun limau purut
Bunga ros kampung
Bunga melor
Bunga tanjung
Bunga kemboja (biasanya warna putih)
Bunga cempaka
Limau purut - ambil kulitnya sahaja dan hiris halus-halus

Setelah dihiris halus-halus, bolehlah digaul dan hias ikut suka. Mengikut resepi tu lagi, lagi banyak bunga-bunga wangi macam bunga sundal malam, lagi bagus.

Tips yang saya pernah dengar daripada B.Puan T, dia kata ada makcik tu letak gel rambut lelaki, supaya bunga rampai tu berkilat.

Tips yang saya boleh bagi berdasarkan pengajaran yang saya belajar masa buat bunga rampai abang saya dulu, jangan campur kelopak bunga terus dengan daun pandan. Pasal masa kita nak letak air mawar/ pewangi bunga rampai kat daun pandan, benda-benda tu ada asas alkohol jadi kalau terkena dengan kelopak bunga, kelopak bunga akan jadi lebam dan teramat tak cantik! Kalau air tu kena kat daun pandan, tak apa pasal warna asas daun pandan memang hijau jadi tak ketara. Kalau boleh, ratakan air pewangi dulu dalam daun pandan. Kemudian tutup dengan plastik [rujuk gambar pertama di atas]. Kelopak bunga tu campurkan esok hari sahaja.

Kalau kawan-kawan ada lagi resepi bunga rampai yang lain, mungkin boleh kongsi dalam kotak komentar di bawah ni.


28 Julai 2010

27 July, 2010

Hal Remeh


Salam dan hai

Saya nak balas emel pertanyaan secara pukal ya--berkenaan akaun FB saya. Ada beberapa reader yang bertanyakan emel saya pasal mereka nak cari saya di FB.

Tapi, maaf ya.

Saya memang khaskan akaun FB hanya untuk keluarga dan kawan-kawan yang kenal saya dalam hidupan harian. Bukan di alam maya. Isu sombong bukan penyebab, tapi saya putuskan atas sebab peribadi. Saya mahukan kehidupan peribadi saya, kekal peribadi. Itu sahaja.

Saya bukanla 'orang ada-ada' yang perlu diketahui setiap pergerakan, apa yang saya pakai, ke mana saya telah pergi, apa yang saya fikir.

Boleh jadi, saya seorang yang canggung dan membosankan, baik di emel atau chat. Tak rugi pun tiada saya alam senarai kawan korang. Album pun tak sampai 5, dan setiap album pun, gambar tak lebih daripada 30 keping. Kawan cuma dalam 200 sahaja, tu pun masih rajin nak delete. Kemudian, suka untagged diri sendiri daripada gambar merepek-repek.

Erm... maybe i'm socially retarded.

Tapi, serius, tak rugi pun takde saya.

OK, kembali tentang persiapan majlis saya.

1. Kad sudah siap dan boleh diambil! alhamdulillah. Tapi perasaan malas datang. Rasanya hari Ahad ni kot baru pergi pasal Sabtu tu kena jadi penaggah majlis kahwin.

2. Saya terjumpa gambar-gambar ni dalam laman heatherkincaid.com (Sangat suka tengok gambar-gambar dalam laman ni. Cantik-cantik!)

Nampak gambar kasut ni dan berharap kasut ni boleh ditarik keluar daripada monitor! Tengok tapak kasut yang bewarna pink terang tu!


Stoking ni adakah sesuai untuk D??


OK, lupakan sahaja niat.

Kadang-kadang koordinasi warna yang remeh ni, tak perlu sangat nak tekankan! Nanti, kita yang tertekan.

Cukup la, nak abadikan post ni dalam memori. Hihi


Terkini: baru dapat emel daripada BFF yang merangkap WP saya nanti. Dia sudah mula naik 'sheikh' pasal saya masih rilek-rilek sedangkan hari dah dekat. hahaha. Dia dah bagi senarai apa yang saya kena buat *aku malas la Nity! tau tak aku ni pemalas!*, rancang perjalanan waktu majlis saya, dan perkara-perkara lain (serius, kalau korang rasa saya detail, dia lebih detail gila babi) Memang semua itu perlu, tambahan dengan tenaga kerja yang sejemput aje daripada pihak saya. Jadi memang kena merancang betul-betul. Iye, iye nanti aku buat ye senarai tu Nity. Love *hugs!


27 Julai 2010

26 July, 2010

Post tentang Batu Pahat dan Pin di Bunga Tangan


Salam dan hai

Hujung minggu hari tu, saya berjalan-jalan di Batu Pahat.


Kali pertama sampai ke sana, tu pun atas pelawaan Chika. Dia nak sambung belajar bulan Ogos nanti, jadi jumpa la dulu dia, sambil dia bawa kami makan-makan.

Memang betul-betul Jalan-jalan, Cari Makan!



Batu Pahat memang bertuah, ada banyak budaya yang masih terpelihara! Suka sangat makanan kat sana.

Baik daripada cendol yang sama rasanya walau dah 60 tahun.


Sate sedap di Jeng Kuan.


Makan seafood yang sedap!


'Murtabak dalam murtabak' di Murtabak Noor


sampai la makanan masakan di rumah Chika!


Sila jangan ingatkan saya ada 3 bulan lagi untuk kurangkan babat jahat. (Saya sempat makan nasi beriyani benteng, tapi tak amik gambar pasal masa tu konon nak 'blend' dengan orang persekitaran. Hihi)

Saya sempat juga singgah ke Ayer Hitam. Ada juga beli barang-barang kahwin, tapi bukan lah barang besar macam bunga telur ke atau bunga pahar. Saya cuma beli bekas tisu dan beberapa perhiasan kecil. Kalau nak katakan harga barang di Ayer Hitam murah-murah, saya kira, mungkin hanya sebahagian barangnya sahaja. Pasal saya perasan, ada barang yang sama, saya boleh dapatkan lebih murah di Balakong.

Normal la kan, ada yang murah ada yang mahal.

Oh ya, tak sangka terjumpa sesuatu yang sangat best di Batu Pahat. Saya terjumpa material yang boleh merealisasikan projek DIY saya, yang saya ingatkan, tak dapat diteruskan. Tak sangka jumpa barang tu di B.Pahat, pada harga yang amat amat murah!

Rezeki! Nanti kalau dah siap projek tu, saya kongsikan ye InsyaAllah.

Ok, post kali ni saya nak bercerita tentang bunga tangan.

Sedar tak kita, kadang-kadang pin yang digunakan untuk secure kedudukan riben satin yang 'memeluk' bunga tangan boleh melahirkan gambar yang sangat cantik?

Kadang-kadang, perkara sekecil ini pun, jika kita ada masa dan ada kemahuan untuk jadikan pin ni lebih menonjol.

Tengok, macam mana susunan pin ni semua memainkan peranan menambah keindahan bunga tangan








Sumber: Google images, heatherkincaid.com

Idea tambahan: Kalau nak kan kelainan dan tak mahu gunakan riben satin untuk kemaskan bunga tangan, mungkin idea kain lace ni boleh difikirkan. Mungkin kos nya lebih tinggi banding dengan riben satin, tapi kalau mahukan kelainan, apa salahnya!


Sumber: Google images

Atau jurai berbentuk hati macam ni?

Sumber:mimiandkarl


26 Julai 2010

23 July, 2010

Tak Pandang Sebelah Mata


Salam dan hai

Saya ada jumpa gambar deko yang saya rasa perlu untuk saya kongsi disini.

Ingat tak, masa kecik dulu (atau sekarang pun masih lagi digunakan di kedai makan), kat kenduri kahwin, pada waktu makanan masih dihidang di meja dan bukannya style buffet-- mesti setiap meja ada bekas tisu ni.


Sumber: Google images


Nampak biasa sahaja kan?

Tapi boleh jadi luarbiasa dengan bekas yang sama, cuma perincian lebih cantik.

Sumber: heatherkincaid.com

Benda yang cantik, ada disekeliling kita semua. Mungkin cuma berlainan sumber, bentuk atau kegunaan.

Persoalannya, sama ada kita sedar atau tidak.

Sama ada kita pandang sebelah mata atau sebaliknya.



23 Julai 2010



Mak Lang Paling Baik Kat Dunia



Salam dan hai

Alhamdulillah.

Tambah lagi sorang anak buah!

Abang saya yang kahwin tahun lepas dah selamat dapat anak sulung pertama. Ibu dan baby lelaki dua-dua alhamdulillah sihat. 3 petang semalam selamat dilahirkan dengan berat 3.7 rasanya. Sila percaya, semangat kan baby?!

Semalam petang lepas balik kerja terus ke hospital.

Tengok layanan nurse kat hospital ni, buat saya terfikir kalau ada rezeki, hospital kerajaan pun Ok gak la sekarang. Sangat mengambil berat. Mungkin bilik tidak mewah macam swasta tapi sekurangnya layanan memuaskan dan banyak tunjuk ajar daripada jururawat.

Kalau ada rezeki, insyaAllah.

Jauh lagi!!

TET..

Abang saya, yang baru bergelar ayah ni amat la semangat berceritakan tentang pengalaman dia. Pengalaman dia gaduh dengan guard hospital pasal kereta kena clamp, nak pukul doktor pasal doktor pegang anak dia macam pegang ayam aje, nak gaduh dengan nurse pasal lama sangat tunggu. Abang saya memang panas baran orangnya. haha.

Memang abang saya amat seronok. Tak habis-habis dia bercerita. Antara yang paling saya ingat, dia ada kata
"Aku ni rempit tegar, setakat kutip kaki ke tangan kawan2 yang putus accident, takde hal. Tapi masa kat wad dengan k.Rina, tengok darah kuar macam air, menggelatar lutut aku. Bila tengok k.Rina sabung nyawa nak lahirkan baby, aku rasa mana-mana lelaki la, kalau fikir panjang, takkan ceraikan bini dia. Cukup la sorang. Memang jodoh kat tangan Allah, tapi tengok k.Rina tadi, huiish. Memang patut la isteri mudah masuk syurga "

Tu kata-kata seorang yang baru mendapat gelaran ayah.

Gambar baby mesti la ada, tapi muka dia masih lebam. Baby ni sangat la pendiam. Jarang nangis tapi suka tidur. Dia bangun, nangis kemudian macam malas nak nangis, kemudian tidur balik. Abang saya kata, masa dah lahir, baby boleh bantai tidur, jadi memang tak nangis pun. Tapi lepas letak kat penimbang tu, baru nangis--mungkin sejuk. Kemudian lepas diangkat, dia tidur balik.

Nah, gambar baby. Ibu kata, sebiji macam abang saya masa kecik.



Baby, baby.. Untung tau ada Mak lang macam ni. Mak Lang amat rajin tangkap gambar. Selain itu baby, Mak lang baby pun amat baik tau, siap tolong makan kan makanan hospital ibu baby. Baikkan Mak Lang?? :D





23 Julai 2010


22 July, 2010

Gambar+Riben+Pomander Ball



Salam dan hai

Mungkin gambar di bawah ni boleh jana idea berbeza untuk B2B yang nak cuba idea berlainan untuk berkongsi gambar-gambar mereka dengan tetamu.


Sumber: Google Images

Riben+gambar+pomander ball= deko yang menjimatkan

Tapi rasanya, kalau gambar-gambar tu seragam daripada segi saiz, mungkin lebih molek daripada pandangan mata.


22 Julai 2010

Soalan Selalu Difikir, Tapi Tak Ditanya


Salam dan hai

Soalan mudah tapi selalu terlupa ditanya.

Mungkin soalan ni praktikal ditanya oleh mana-mana pengantin, sama ada bernikah di rumah atau masjid.

Soalan saya:-
Masa melangkah ke pelamin/ nak ke bantal nikah, perlu jalan tunduk atau buat eye contact dengan tetamu?

Harap mantan pengantin boleh kasi pendapat ya?

Saya punya rancangan kalau diizinkanNya, masa hari nikah nanti, saya mahu semuanya telah siap di masjid, baru saya akan masuk. Kiranya hantaran sudah dibawa masuk, bantal nikah sudah diletak, tetamu pun sudah duduk selesa, pengantin lelaki pun dah tenang-- Kemudian baru pengantin perempuan masuk.

Saya nak rasa diva-- macam yang
Laling rasa masa dia nikah dulu. Saya kuarantin dia dalam kereta, bagi semua orang dah tenang kat dalam masjid, baru kami panggil dia masuk. Bila dia masuk, semua mata pandang ke arah dia.

Jadi memandangkan saya yang terakhir langkah masuk, saya perlu pandang ke arah mana?

Sekadar bertanya-- walau saya rasa, pada hari tu, mesti punya satu apa pun saya takkan ingat. Langkah dah terketar-ketar.

* sekarang ni, makin kerap pulak tengok YouTube Gisele Bunchen buat catwalk! haha.

Nity, pastikan veil aku kembang macam ni ya nanti?! Hari tu sudah test atas carpet pink tu kan? ha ha.


22 Julai 2010

21 July, 2010

Love Blocks



Salam dan hai


Sumber: Google images

Best gak kalau pakai idea love blocks ni.

Mungkin sesuai kalau letak dalam bilik pengantin. Dekorasi tambahan yang simple, tapi menarik.


21 Julai 2010

Saya Mahu Majlis Nikah yang Intim


Salam dan hai

Semalam, ayah cakap "Borang Nikah tu ada dalam almari".

Oh, dah boleh isi ya?

Terasa sangat cepat masa berlalu. Dulu, masih boleh lepak-lepak dan kata kat diri sendiri "jauh lagi. Orang yang kawin lepas raya pun, belum buat apa-apa"

Tapi tup-tup, sudah berbaki 3 bulan sahaja lagi majlis kami InsyaAllah. Ayah pun dah mula bincang tentang majlis nikah, siapa nak dijemput, kenduri lepas nikah, akad nikah dan macam-macam lagi.

Majlis nikah saya InsyaAllah dijalankan dengan cara paling sederhana.

Tiada door gift untuk tetamu, hanya jamuan tengah hari.
Tiada pelamin indah tersergam, cuma bersimpuh di atas karpet masjid.
Tiada juga hantaran mewah bagai, cukup sekadar dibalas demi menghormati adat.

Ayah dan ibu bukan la cerewet sangat, cuma satu sahaja permintaan mereka "majlis nikah ni, buat majlis tertutup. Hanya saudara mara sahaja. Kalau kawan, yang paling rapat sahaja"

Serba salah juga, pasal masa kawan-kawan lain yang bernikah, mereka ada jemput saya dan saya datang atas sebab hormati jemputan tu. Kalau tak dijemput, saya memang takkan berkecil hati pasal faham majlis nikah ni sangat intim. Haram hukumnya pergi ke majlis yang kita tak dijemput oleh tuan rumah.

Demi hormati permintaan ibu ayah, insyaAllah majlis saya nanti cuma beberapa kawan paling rapat sahaja yang dijemput.

Harap tiada yang berkecil hati. Maaf, kalau berkecil hati.

Saya cuma mahu majlis berjalan dengan lancar dan selamat.Bukan majlis yang hendak dicanang betapa hebat dan mewahnya, kerana itu semua memang tiada dalam majlis saya.


Majlis saya sederhana tetapi intim.

Tak salah kan? *senyum.







21 Julai 2010



20 July, 2010

Belum Pernah Jumpa Yang Ini



Salam dan hai

Ada beberapa perkara saya terlepas pandang untuk kemas kini, jadi nak buat sekali harung:-

1. Cat tembok rumah
Ayah dah siap catkan tembok rumah. Sebenarnya, bukan la cat betul-betul. Tapi cuma touch-up sikit aje dengan baki cat putih daripada kerja siling hari tu. Walau cuma touch-up tapi tetap seronok tengok rumah dah serupa baru.

2. Innershine
Ok yang ini memang pengaruh televisyen. Tak mungkin la kan, lepas minum tiba-tiba mata terjadi macam mata anak kucing kan! Tapi laju sahaja tangan capai kotak-kotak ni kat Watsons! Saya dah minum sebotol. Sedapnya...!! Sangat suka. Tapi sayang nak minum pasal otak secara automatik berkira-kira, sebotol ni hampir sama harga dengan makan tengah hari saya! Jadi macam sayang nak minum. Mungkin nak amalkan dalam sebulan-dua sebelum majlis.


3. Bulan madu
Dulu, saya pernah tulis kat sini yang kami memang tiada rancangan bulan madu pun
[post penuh disini] .
Tapi tak sangka, dalam diam D uruskan semua *lompat!. Terharu sungguh-- baik daripada pengangkutan, tempat tinggal sampai aktiviti kat sana, semua D uruskan. Saya cuma angguk-angguk sahaja macam ma'am besar bila dia update kat saya apa rancangan dia. Alhamdulillah, harap semuanya diizinkan Allah *senyum

Ok. Cukup kemas kini buat masa ini.

Kalau ikut kepada senarai semak untuk Bulan Jun, semua alhamdulillah, masih ikut jadual. Cuma amik kad kahwin daripada LH sahaja yang belum berjalan. Mungkin dalam minggu ini atau minggu depan saya dapat khabar kot. Sepatutnya, dalam bulan ni, saya dan D kena pergi jumpa katerer untuk bincang dengan mereka, antaranya macam warna riben kerusi. Saya nak warna kuning macam gambar kat bawah ni (Atau mungkin ton lebih lembut), tapi tak tau la mereka ada ke tak. Sebolehnya, memang tak mahu riben warna gold. Kena tengok koleksi dalam simpanan katerer macam mana.


Sumber: photoaura.net


Ok, sebenarnya, tajuk post kat atas ini, berkaitan dengan gambar kat bawah ni. Tadi yang panjang-panjang kat atas tu cuma mukadimah sahaja *hihi

Saya terjumpa sesuatu menarik dalam Internet lagi---'bunga tangan' ni di laman web
Ruffledblog.


Sumber: Ruffledblog

Ini kali pertama saya terjumpa 'bunga tangan' dibuat menggunakan manik! Saya tak tau macam mana bunga ni direka. Dengan baju pengantin amat sederhana, tanpa sebarang manik atau renda, bunga tangan tu beri sentuhan magikal kepada keseluruhan penampilannya!

Dasyat cantiknya.

Paling utama, bunga tangan tu dibuat sendiri oleh--Ibu pengantin.

Kasih sayang ibu tiada tandingan *senyum. Erm, bila nak kasi ibu mulakan projek bantal bulat pulak ni *ngada-ngada.


20 Julai 2010

19 July, 2010

Light of My Life



Salam dan hai.

Amat 'geram' dengan idea DIY kat bawah ni!


Kalau ada yang berminat, boleh baca lebih
lanjut di sini.



19 Julai 2010

Pouf!!!!



Salam dan hai

Saya memang dah lama berkenan kat bantal bulat macam kat bawah ni.


Tak kisah sama ada size kecil ke, sederhana ke, atau besar gedabak ke, bagi saya cantik sahaja.

Susah juga nak cari bantal yang memenuhi keinginan saya, baik daripada segi warna, saiz dan material kain.

Kemudian, pagi ni, saya terjumpa dengan laman web ni
designspongeonline.com

Wah!! rupanya boleh dibuat sendiri ye? Siap dah diberi template dan langkah demi langkah.





Erm.. Harap ibu ada masa nak jahit. Sudah semestinya harapan digalas pada ibu hihi. Kalau saya yang jahit, entah apa jadinya karang.

Kalau jahit uncang untuk main batu seremban, tu reti la..!

erm.. Dah terbayang nak letak kat mana ni *Senyum. Ibu kata, dia cuba. Tapi saya kena beli kain muslin, atau nama pasarnya, kain belacu.

Ada sesiapa tahu nak cari kain ni kat mana?


19 Julai 2010

18 July, 2010

3 Bulan, 1 Minggu, 6 Hari


Salam dan hai

Semalam hari Sabtu. Sabtu hari yang padat buat saya dan D! Jadi nak kemas kini pun, secara ringkas sahaja. Cukup untuk kenangan masa hadapan.

1. Bilik pengantin

Ni pemandangan siling bilik saya pada hari khamis. Masa ni kontraktor belum datang.



Hari Jumaat- Mereka dah mula buat kerja.Gelap sangat bilik pasal wayar semua belum disambung.


Hari Sabtu- Mereka sudah siap buat siling baru. Kat tengah tu nak pasang kipas nanti. Tapi buat masa sekarang, kipas tak pasang pasal ada rancangan lain untuk bahagian tengah tu. Tunggu la, insyaAllah kalau menjadi.


Ok, Ibu dah boleh senyum lebar tengok siling dah siap. Haha. Memang penat gila nak kemas. Habis berhabuk satu rumah! Sekarang, tinggal beberapa perkara minor sahaja yang perlu diuruskan lagi.

Saya sakit mata mungkin disebabkan alahan pada renovation ni kot. Mungkin habuk atau siling atau debu.. tapi mata kena jangkitan mengikut kata doktor. Huhu


2. Ukir nama kat cincin
Akhirnya, siap juga ukiran nama pada cincin
lepas menunggu dengan teruja. Saya fikir, pasal sudah alang-alang ukir nama kat cincin nikah, saya minta sekali ukir nama kat cincin risik. Maka, bawah ni la hasilnya pada cincin risik kami, ukir ikut nama panggilan. Kena caj RM45. Cincin risik ni cincin belah rotan, jadi banyak sikit ruang nak menulis. Ukiran lebih jelas, berbanding dengan ukiran kat cincin nikah saya. Cinonet aje kat cincin nikah, tapi takpa. Cukup syarat. *senyum



Sebelum keluar daripada kedai emas tu, D kata "Ok, Jumpa lagi" kat salesperson tu. Saya cepat cuit D, kata "oh ada potensi la kita nak gi beli barang kemas lagi lepas ni?? " D nye response "GULP!"

3. Kasut Nikah
Terima kasih ye B2B semua yang banyak kasi kata-kata semangat mencari kasut nikah saya! Ok alhamdulillah, jumpa juga yang berkenan. Walaupun bukan 100% ikut spesifikasi yang saya nak, tapi tetap ada cantik pada kurangnya. Tak tau berapa banyak kedai saya masuk, sampai la ke kedai yang saya tak pernah dengar namanya pun, jumpa, belek sikit, minta saiz, kemudian bayar.



Saleperson kedai ni best. Pasal dia siap suruh saya berdiri sebelah D, nak tengok ketinggian tumit ni akan merosakkan penampilan kami atau tak, tapi nasib la D memang tinggi, walau kasut setinggi 10cm pun , tetap saya katik kat sebelah dia. Kasut nikah ni, rasanya tingginya dalam 5 cm. Jadi ok aje elok-elok.

Oh ya, saleperson ni orang pertama yang wish kami "Selamat Pengantin Baru"

Reaksi saya --GULP! *Tak tau nak response apa

Berkenaan kasut nikah ni, yang boleh saya kata, spesifikasi kasut ni banyak tak sama macam spesifikasi yang saya berangan nak. Tapi saya sudah malas nak layan sifat cerewet ni.

Sekarang, kasut sudah ada. Cuma keyakinan diri nak pakai sahaja yang perlu dicari! Pasal bukan senang nak yakinkan diri sendiri, yang kita boleh bawa style macam kat bawah ni.
Sumber: Google images

Saya impikan nak pasangkan warna kasut dengan warna bunga tangan, macam gambar kat bawah ni



Sumber: Google images


Kasut boleh dicari, keyakinan diri tiada dijual di kedai ok! Macam mana la boleh terlepas pandang yang ini!


Hari ni hari Ahad. Saya sakit mata semula! Tak tipu.
Mungkin penghapus dosa kecil.




18 Julai 2010

16 July, 2010

Sepatu.. Di Manakah Dikau!


Salam dan hai

Harap hujung minggu ni bernasib baik, jumpa kasut yang saya berkenan.

Saya hanya mahukan pose ini aje.



Stoking D pun nak beli ikut warna kasut saya lah.

D tak paham, kenapa warna stoking dia pun jadi isu. Tapi rasanya, dia fikir, tak berbaloi untuk bertegah hanya pasal stoking, jadi layan kan aje kerenah saya.

Harap dapat jumpa kasut saya.

Yakin, pasti ada sepasang kasut diluar itu untuk saya!
Misi mencari kasut nikah esok di Sunway pula!

Aja aja fighting!

KEMAS KINI PERSIAPAN: hari ni, orang buat siling dah datang pasang siling. Tapi tak tau diorang pasang siling yang mana dulu, kat ruang tengah ke, kat tempat makan ke, tapi saya harap mereka siapkan bilik saya dulu. Kemudian, Fara staff kedai emas tu dah telefon, bagitau cincin dah siap engrave. Mode: Teruja. Jadi esok akan jadi hari yang sibuk, daripada Sunway ke Ampang! Erm. bila ni kad nak siap. Mesti minggu depan kot ni.


16 Julai 2010

Bukan Hak Milik Kekal



Salam dan hai

Hari ni, saya ada terima emel daripada seorang B2B. Dia hantarkan
gambar ni kepada saya



Memula macam tak faham, kenapa dia hantar gambar ni, tapi lepas baca mesej dia kat bawah tu, baru saya teringat, "Oh, ye saya pernah post deko pasal ni dulu berkenaan
Door hanger"

Ada soalan dia yang buat saya terfikir. Pasal dia tanya, saya berkongsi semua idea yang saya dapat daripada Internet ni, tak rugi ke? Nanti orang lain dah pakai, sudah tak fresh pada majlis saya.

Entah la sayang, tak terfikir pun.

Pasal yang saya fikir, kalau pun bukan saya yang post, mungkin orang lain yang post. Atau mungkin boleh jadi, mereka sendiri terjumpa idea tu tanpa bantuan mana-mana blogger.

Ilmu dan idea ni sentiasa berkembang. Tiada apa perlu ditakutkan atau disorokkan.

Yang saya kongsi disini, info yang saya kebetulan terjumpa dalam Internet. Info
yang memang bebas dibaca oleh sesiapa sahaja. Kalau tuan punya idea sendiri boleh berkongsi, apa tah lagi saya yang sekadar 'bernasib baik' terjumpa idea tu. Jadi tiada apa yang perlu dikedekut.

Cuma kalau idea tu memang hasil daripada buah fikiran saya sendiri,itu perkara yang berbeza :) pasal terdapat elemen sentimental pada idea tu, sudah pasti saya mahu saya yang 'rasmi'kan idea itu. Hihi. Iye, memang saya ada beberapa idea yang saya simpan senyap-senyap dan hanya berkongsi dengan kawan paling rapat. Bukan la idea yang dasyat sangat pun, cuma macam saya kata, terdapat elemen sentimental pada idea itu. InsyaAllah selepas majlis, saya akan kongsi.

Kemudian, dah alang-alang masuk laman sesawang Photoaura, saya pun layan tengok
gambar kawin Reyna. Cantik!

Soalan: Korang pulak macam mana? Sejauh mana korang simpan sesuatu idea daripada Internet? Adakah korang berkongsi atau simpan sorang-sorang?




16 Julai 2010

Warna Bunga Tangan



Salam dan hai

Kadang-kadang, isu warna bunga tangan pun boleh jadi konflik.

Ada sesetengah pengantin, walau baju sudah putih, mereka tetap pilih warna bunga tangan putih. Bak kata orang, biar serba putih dan suci. Sama gak pengantin lelaki yang bersamping putih.

Tak salah. Tiada siapa yang kata tak boleh.

Pengantin harus la pakai apa sahaja yang mereka nak hari tu.

Citarasa dan selera setiap orang adalah berbeza. Yang itu memang kenyataan.

Sebenarnya, ayat pendahuluan kat atas tadi, takde apa. Cuma saya nak bercerita tentang bunga tangan. Bunga tangan saya untuk kedua-dua majlis InsyaAllah saya akan usahakan sendiri. Atas faktor kos, saya DIY sendiri nanti InsyaAllah. Pasal tu terpaksa rajinkan diri tengok YouTube cara nak buat bunga tangan *gelak.

Sumber kat bawah ni pula, antara laman sesawang yang ada ajar cara nak gubah bunga tangan.

Sumber: Realsimple.com

Saya dah ada sedikit gambaran tentang kombinasi warna untuk bunga tangan untuk majlis nikah saya nanti.


Bukan bunga macam ni. Ni sekadar gambar hiasan pasal cantik pula saya tengok.

Cuma yang jadi masalah saya, bunga tangan untuk majlis sanding.

Memandangkan insyaAllah tema kami warna kuning, saya terfikir, takkan la bunga tangan pun nak warna kuning? Warna paling selamat adalah warna putih. Tapi nanti sama pula dengan bunga pelamin--dah nampak cam baki bunga pelamin dijadikan bunga tangan pula nanti.

Jadi, menemui jalan buntu, saya tanya kepada vendor baju sanding saya, warna bunga tangan apa yang sesuai. Dia cadangkan tanpa fikir panjang --Merah! Baru nampak romantik.

Reaksi saya: takmo Merah! Tak kena langsung. Tiba-tiba timbul merah dalam kuning tu.

Tapi bila saya tengok gambar kat bawah ni--OK, Tarik balik komen tadi!


Sumber: WhiteSignature


Betul juga, buang masa sahaja la kan kalau penat-penat buat bunga tangan, tapi dalam gambar, kecantikkannya tak naik dalam gambar!

Soalan: Majlis korang nanti, pakai bunga tangan warna apa pula? Macam mana kriteria pemilihan bunga tangan korang erk?



16 Julai 2010

15 July, 2010

Kalau Dah Nama Bunga, Campak Mana Pun Tetap Cantik!


Salam dan hai

Bunga memang boleh naikkan seri apa juga benda dan suasana.

Volume bunga bukanlah penjamin bunga tu akan menyerlah, tapi dengan pemilihan warna dan cara deko yang betul, bunga yang sedikit pun tetap boleh curi tumpuan!







Kadang-kadang, yang sikit dan molek tu, lebih mencuri tumpuan daripada yang terlalu semak, seolah menjerit minta perhatian.




15 Julai 2010

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates