30 September, 2009

Purple Bukan Ungu kah??


30 September 2009

Salam..

Bebehari sudah, selepas waktu kerja, terus bergegas ke KL, untuk urusan kad kahwin abang saya.

Penat bekerja, tapi gagahkan juga ke Jelatek..Ye saya tau memang jauh dari rumah kitorang, tapi dah berkenan punye pasal, sanggup aje direnangi traffic jam.

Dalam 30 minit, sudah sampai. Ala, sama aje jauh dari rumah saya ke tempat kerja.

Jadi masuk aje, terus jumpa Abang E, owner kedai kad tu. Masa kali pertama berurusan, dia takde jadi staff dia yang uruskan.

Nak dijadikan cerita, mungkin tengah kalut pasal orang ramai, tetiba kami pulak datang nak tukar itu dan ini, maka terjadi la drama yang tidak diundang.

Saya: Abang, art work ni warna cream. Hari tu saya minta warna lilac.

Abang E: Warna lilac takde.Untuk kad ni takde warna tu.

Saya: (.. fikir dalam ati..) hari tu staff dia kata ada...

Kemudian, Abang E ada hal perlu diuruskan, jadi dia pun minta undur diri sekejap.

Sambung semula

Saya

: Takkan purple takde bang? Hari tu staff abang kata ada.

Abang E: Tu staff saya. Mungkin dia tak tau. Saya yang owner kat sini.

Saya: Ok, kalau purple takde, warna apa yang ada untuk kad ni?

Abang E: Warna yang ada.. (fikir jap), soft pink, soft blue, cream, putih.. ungu..

(Bunyi cengkerik..)

OMGWTF???????

Dalam hati saya.. bukan ke ungu dan purple tu adalah warna yang sama?????

Saya dah toleh kat abang saya, saya rasa dia pun dengar benda yang sama pasal muka dia dah terkulat tahan gelak dan bagi signal, seolah-olah berkata "dah, jangan buat hal.."

Jadi saya pun terus kata pada Abang E, "Ok la bang, warna ungu".

Serius, masa tu tak sampai hati nak kata, "Warna purple tu warna ungu la gak tu bang!!"

Dia penat sangat kot, kerja sampai 10 malam.

Bagi dia muka sikit hari ni :P

Ala, sedangkan saya masa dalam perjalanan ke kedai kad tu pun, saya bagitau arah pada abang saya "Masuk sini, masuk sini",

Sini tu kiri ke kanan???????

Yang lebih teruk keadaan, yang dimulut kata Kanan, tapi tangan tunjuk Kiri.

Yang tu pun pernah saya buat...

Penat sangat dah abang E tu kot.. Syian dia..

Nasib saya tak kata, "Abang, saya nak warna lavender"..tak pun "Abang, saya nak warna biji kundang?"

Confirm kena halau keluar kedai kot??!!

Ha, ni adalah hasil kad yang dibuat, ikut warna Ungu,yang juga dikenali sebagai Purple ye :)


28 September, 2009

Visual Dewan dan Petugas


29 September 2009

Salam dan hai

Otak dan memori bukan boleh di'bluetooth' sesukahati.. Apa yang saya dah letak dalam otak, tak semudah untuk di'bluetooth' kepada orang lain.

Abang saya yang sulung, suruh saya buat proper kertas kerja untuk majlis perkahwinan abang saya yang kedua. Selama ni, bila abang yang sulung tanya, "ko buat tau semua ni dalam hard copy??". saya jawab "dah dah, dah buat" --tapi sebenarnya belum pun. Semua dalam bentuk lakaran cakar ayam, yang kadang-kadang saya sendiri tak dapat nak baca dengan betul. Kebanyakkan dalam otak saya aje.

Kadang-kadang terfikir juga, kawan-kawan lain takde pun buat kertas kerja, majlis elok aje. Mungkin mereka ada makcik pakcik yang berpengalaman menguruskan majlis semacam ini. Atau mungkin sudah ada wedding planner dibayar berbelas ribu untuk uruskan semua.. Atau mungkin nasib mereka majlis berjalan dengan lancar?.. Tapi sedar, nasib baik orang tak semestinya jatuh pada kita, kan? Baik kita merancang sikit. Orang kata poyo pun, kata la.. Dalam Islam pun dah diajar, kita manusia perlu redha dan berserah padaNya, tapi hanya selepas usaha dan ikhtiar kan?

Jadi semalam, lepas pergi tengok dewan, saya buat la visual ini (pakai Power Point aje.. heheh) untuk rujukan pada hari majlis berlangsung

1. Visual dewan
1. Pintu masuk ada dua. Pintu masuk 1 adalah main entrance ke dewan.
2. Pintu masuk pertama akan jumpa dengan petugas yang akan berikan buah tangan kepada tetamu, tapi hanya selepas tetamu hendak pulang, bagi elakkan tetamu tertinggal buah tangan.. Bagi saya, camni lagi praktikal untuk kurangkan jumlah orang yang kena ditugaskan, mereka pun takde la penat kena gerak dari meja ke meja. Meja buah tangan diletak berhampiran untuk mudahkan refill.
3. Belah kiri ada tandas, jadi mudah untuk dikenal pasti. Bilik VIP kami akan letak barang-barang berharga dan juga dijadikan tempat untuk kaum keluarga nak rehat kalau penat sangat.. Pantry kami akan jadikan stor simpan buah tangan. Jadi nak refill pun mudah sebab dekat aje. Tapi apa-apa pun, kena tengok dulu kebenaran dari pihak pengurusan.
4. Ada dua pintu masuk di pintu Masuk 2. Tak tau ngapa cam tu dewan tu. takpe la. Tapi kami akan letak red carpet di pintu belah kiri sebab lebih center menghadap pentas. Jadi mungkin berharap, tetamu yang hendak keluar, akan menggunakan pintu belah kanan, untuk elakkan traffic (cam laporan trafik kat tv!)
5. Meja hadiah dari tetamu letak kat belah dalam dewan sebab mudah untuk tetamu serahkan masa bersalam dengan ibuayah.
6. Meja buffet cuma ada 2 aje. Arch diletak di hadapan sikit, bagi ruang untuk tetamu bergerak.
7. Meja pengantin perempuan ada 4 biji, mewakili 40 orang. Meja tetamu dalam 20 biji, satu meja 10 orang, jadi muat 200 orang satu masa. Tapi tak sure nak tambah lagi ke tak meja. Pasal kadang-kadang, masa peak hour nampak penuh, tapi lepas tetamu balik, nampak sangat kosong.
8. Meja pengantin di atas pentas memandangkan kami tiada pelamin. Meja potong kek di sebelah kanan. Kami tak guna pun backdrop, cukup sekadar tutup dengann langsir dewan (jimat dah sikit). Penggantin akan naik dari tangga sebelah kiri.
9. Rancangnya, nak ditutup semua pintu sisi, supaya tetamu tak mudah keluar masuk (kalau selalu keluar masuk, nanti dewan akan nampak kosong), cuma nak bukakan 2 pintu aje kot, untuk mudahkan pekerja katerer bertugas. Mungkin perlu kuncikan pintu sisi, atau letak kertas A4 tulis "Pintu Ditutup"??
10. Dewan ni, bukan dewan macam D'Seri Hendon ke, yang siap karpet bagai, ada lampu mewah... Ni cuma dewan main badminton, siap ada line gelanggang badminton. tapi kami cuba la yang terbaik untuk naikkan suasana majlis kahwin. Kat tepi-tepi dinding dalam dewan ni, siap ada kerusi tingkat untuk tengok badminto lagi tau~~ Terfikir gak, mungkin nak buka satu kerusi tingkat, mana tau ada kawan-kawan yang dah makan, nak lepak-lepak dulu, tapi takmo ganggu meja tetamu.. Ni pun akan dibincangkan dengan katerer bertugas pasal mereka dah pernah buat kat dewan tu banyak kali. Mungkin berdasarkan pengalaman mereka, mereka boleh bagi khidmat nasihat yang logik dan praktikal.

2. Visual petugas


Ramaikan petugas-petugas sukarela dan terpaksarela?? hehehe.. Sebenarnya, nanti pada waktu majlis mesti berkecamuk.. Nak nye bila dah jumpa kawan-kawan dan sedara mara. Tapi tak apa la, yang penting, kita merancang dulu. Ikutkan rancangan:
1. Aen& Acip- bawa bunga manggar sebagai penghulu rombongan pengantin
2. Ana & Nity- bagi buah tangan pada tetamu dewasa, merangkap muka depan majlis.
3. Icik, Dania & Anis- bagi gula-gula pada tetamu cilik
4. Ibu & Ayah- peranan sebagai ibubapa pengantin, senyum sokmo
5. Cik Aya & Cik Azhar- Penyambut tetamu untuk rombongan Terengganu (pasal Cik Aya reti cakap loghat Ghanu), merangkap peninjau untuk situasi dalam dewan
6. Pak Ngah & Mak Ngah- penyambut tetamu belah sedara mara ibu
7. Cik Jun- penyambut tetamu belah sedara mara ayah
8. Nuri- Chif flower ladies. Kami takde flower girls, jadi dia yang akan amik alih mengajak kawan-kawan melemparkan kelopak bunga kepada rombongan bila pengantin berarak. Dia juga seorang multitasking, akan membantu Ana & Nity di pintu hadapan.
9. Awi- Videography pada hari itu.
10. Cik Dah & Sons+D- Peninjau keadaan dalam dewan, dari segi pekerja-pekerja katerer menjalankan tugas seperti yang diharapkan, merangkap menjadi bidan terjun kalau ada pinggan yang belum diangkat, air basuh tangan dah habis, meja bersepah..
11. Pasukan Kompang- Amik pasukan kompang adik Shima dan rakan-rakan setaman beliau.Tugas berkompang sampai pengantin sampai ke meja beradap.
12. Nor & Yus- pengapit pada hari tu
13. Am & Rina- pengantin tak perlu buat apa-apa
14. Xora- berada di mana-mana aje.. hihihih

Entah ngapa, saya amat risaukan petugas katerer. Sebab ada kawan-kawan yang kongsi pengalaman mereka, kadang-kadang katerer ni janjinya lain, yang kita dapat lain. Lain lauk yang diminta, lain pula yang diberi. Janji 15 orang pelayan, yang datang cuma 8 orang..

Sebab tu, pada hari majlis, kita berserah aje lah. Redah aje masa tu. Kang dilayan sayang perasan, muka berkerut, tetamu pun tak selesa.

Harap visual ini dapat membantu perjalanan majlis. Sudah pasti, yang buruk datang dari kita, tapi kita perlu cuba sehabis baik. Sebab semuanya berbalik pada Dia diatas.

Doakan yang terbaik ye..!!

Hafizah Che Ramli- Episod 2


28 September 2009

Salam dan hai

Ini namanya cinta..


Bukan mereka..

Saya.. saya yang jatuh cinta pada persalinan sanding mereka




Kena kumpul duit untuk dapatkan khidmat Sitti!!!

Baju Resepsi - Rumah Kebaya
p/s. semua gambar adalah sumber dari Ahmad Fairus

27 September, 2009

Pre-Wedding


27 September 2009

Salam dan hai

Yang ini, betul-betul last minute punya rancangan. Amik keputusan bergambar untuk bunting abang.

Nasib tinggal berdekatan dengan UPM yang kaya dengan pemandangan yang cukup nyaman dan indah.


Maka kami menceroboh masuk ke ladang UPM, walau diberitahu hanya untuk pelajar dan pekerja. Nasib staf yang lalu takde yang halau kami. Semua takat angkat tangan aje, mungkin mereka faham keadaan kami.



Hanya pakai kamera Olympus saya FE-20, hanya mampu mengambil gambar 8.0 pixels. Bukan DSLR.. Takde 'fisheye'.. Sama sekali bukan auto face detection, gambar boleh jadi macam hantu Ju-On, kalau tidak set kan mada mode gambar yang betul. Edit pun hanya pakai basic Adobe aje.

Pendek kata, hasil gambar tersebut bukan dari O.P yang profesional.

Maka kami buat tahap termampu.

Tiada bimbingan atau arahan. Semuanya gaya bebas.

Saya cuma tukang snap dan tukang buli mereka. Bila lagi dapat buli abang saya kan? :P

Susah juga nak mulakan bergambar.. pasal abang saya tetap tak dapat pisah dari kereta dia.

Maka banyak gambar dengan kereta dia.

Gambar pose menggelikan abang saya. Dia rasa tidak macho pose begitu tapi demi yang tersayang, dia gagahkan juga

Sebab dia lebih suka pose begini

Walaupun abang saya penat, dia masih boleh menari dengan riang

video

Mungkin terlalu penat sampai otak jadi mental..

Mahunye tak mental, nak dapatkan pose pun dah macam warm up untuk exercise!


video
Tapi akhirnya, dapat juga la gambar yang ibuayah setuju untuk letak di bunting.

Pasal ibuayah bangkang sehabisnya pilihan kami kat bawah ni..

Tak boleh ke??

p/s Tribute pada semua O.P diluar sana. Giler penat nak amik gambar 2 jam aje, ini O.P tu semua buat kerja hampir 5-6 jam.. giler la!!


26 September, 2009

Hafizah Che Ramli-- Episod 1


26 September 2009

Salam

Benar orang kata, ikatan perkahwinan yang sah tu sesuatu yang cukup indah

Indahnya bersyarat..

Walaupun terpaksa menempuh urusan segala kertas kerja yang memeningkan



Menghadap pula tok kadi yang muda (sampai kami terfikir, tok kadi ni dah kawin ke belum?)


Demi lafaz azimat tersebut..
video

Untuk menghalalkan si hawa kepada si adam

Buat harta benda menjadi amat kecil di mata kita.










Ikatan suci yang takkan terbayar oleh wang hantaran

Ikatan suci yang debarnya hanya Dia yang tahu

Ikatan suci yang dizahirkan pada jari, diikat pada hati.



.. Ikatan yang takkan lerai walaupun kurang pasti tangan mana yang disarungkan jari.
video

Ikatan yang perlu diserahkan mas kahwin dari kanda dan diterima oleh adinda
video
Ikatan yang dipimpin oleh suami
video

Dia tidak menangis selepas semuanya selamat.
Tiada air mata gembira bukan maksud dia tidak gembira.
Kegembiraan bukan terletak pada bilangan sahabat yang hadir.



Bukan juga baju sanding ala Bunga Cinta Lestari.. (MasyaAllah cantik :)

Bukan pada gahnya pelamin tersergam indah.

Bukan terletak pada zahir pasangan.

Tidak terletak pada indah bilik pertama mereka.










Kerana kebahagiaan terletak pada cinta agung mereka.

Usah pedulikan apa yang disoksek dibelakang kita


Sebab yang pasti, kebahagian kini adalah sah milik mereka berdua.

Kerana Allah lebih tahu, itu yang pasti.

14 September, 2009

Curang-- Tak Perlukan Alasan


15 September 2009

Salam dan hai

Rasa, mana-mana perhubungan pun, steady couple, tunang ke, suami isteri ke, antara isu yang sensitif dan mampu menggoncangkan kerukunan rumah tangga (.. selain mungkin isu balik kampung sapa dulu masa raya) adalah isu curang.

Isu curang ni adalah isu yang paling D saya risau. Dia banyak kali cakap "B dah jadi isteri D nanti, jangan curang-curang tau.. " Pasal dia dikelilingi dengan kawan-kawan yang curang. samada dicurangi atau mencurangi.. Samaada lelaki mahupun perempuan..

Rasanya kita semua pun dikelilingi dengan isu ini.

Case study 1

D ada seorang kawan lelaki di opis, kita bagi nama A, yang menceritakan bagaimana isteri kepada sahabat dia, yang sudah dianggap bagai adik, langsung tak menunjukkan ciri mencurangi suaminya. Apatah lagi, si isteri tu ustazah sekolah agama, yang mana kita kira, patutnya ilmunya lebih daripada kita yang biasa-biasa ini, yang sekadar sekolah KAFA sampai darjah 6. Rupanya, tudung labuh tu tak dapat menepis godaan dan dugaan dari seseorang yang bukan sah untuk dia.

Maka, terjadi la insiden mata-mata gelap mengambil gambar cerekarama sebagai bukti pada suami. Niat kawan-kawan si suami, tidak mahu kawan terus menyimpan seseorang yang tidak lagi sudi menjaga maruah suami tu. pendekkan cerita, bagai cerita hindustan+ melayu, berlaku la adengan ugut, adengan serang dan culik di rumah lelaki tu, adengan tumbuk menumbuk sekaki dua...

Pada permulaan D menceritakan pada saya, tanggapan saya pada A, "Oh, dia lelaki yang menolak unsur curang dalam rumah tangga"

Case Study 2

Di hari lain, D menceritakan bagaimana A keluar dengan seorang gadis bujang, yang sudah pastilah dibelakang pengetahuan isterinya. Mula la si A 'kompang' kan pengalaman dating dengan awek bujang. Mula la menunjukkan skill2 yang hanya biasanya suami orang tau (contoh: cara layanan, cara percakapan, cara berbual). Si awek tu sudah pasti la teruja dilayan sebegitu.

Saya terpana, lalu saya tanya pada D, bukan kah A ini orang yang menolong si suami tu menangkap kecurangan isterinya? D jawab ya. Jadi saya mula berfikir, apa contoh yang dia nak tunjukkan sebenarnya? Bukan kah dia pada mulanya, ber'kompang' pada D, mengatakan jangan percayakan wanita sekadar pada luaran, di dalamnya, bukan ada love bite yang bukan milik lelaki yang berhak?

Jadi saya terus berpinar dengan soalan-soalan sebegini

1. Lelaki boleh curang, tapi perempuan tak boleh?

2. Lelaki boleh curang, dengan syarat isteri tak tau?

3. Keluar minum tanpa pengetahuan isteri, tak dikira curang, walaupun dengan niat sebenarnya nak tackle?

4. Lelaki boleh curang, asal jangan dengan isteri kawan?

5. Lelaki boleh curang, dengan syarat bukan dengan seseorang yang dikenali oleh mana-mana pihak?

D ada tanya A, "dia tau tak ko dah kawin?" A jawab"mesti la tak tau!! Aku kata aku bujang"

Case Study 3

Kes diserang isteri orang yang tak tau suaminya bagai kasanova di luar sana. Isteri terlalu mempercayai suami dan mendewakan suami, tanpa sedar memijak maruah sendiri ke lantai. "Husband i seorang pemalu tau.." Melolong menyergah orang lain. Maki orang membabi buta. Menganjingkan orang, tanpa sedar kau kelihatan amat betina depan orang lain.

Tanpa sedikit pun guna akal yang 1 tu, berfikir sejenak logikal insiden yang berlaku. Kesian isteri sebegini. Suami di luar, menagih janji pada orang lain, merayu-rayu orang temankannya makan. Maka si suami menjaja kisah isteri yang konon curang pada suami. Wallahualam, sejauh mana benar cerita tu, saya pun tak tau.

Saya pernah bertanya pada si suami itu " You keluar dengan XX ni, wife you tau tak?"

Suami jawab dengan yakin "mesti la tak tau.. Nak mati kalau dia tau!"

Curang bermula dengan penipuan.

Kita menipu sebab kita rasa, pasangan kita tak dapat terima hal sebenar. Atau kita sengaja menyembunyikan kebenaran sebab kita tau apa yang kita buat tu salah.

Dan kita sendiri sedar, pasangan kita tak dapat terima hal sebenar sebab dia takut apa akan terjadi seterusnya... dan dia tau apa yang dia risaukan tu memang munasabah

Ketakutan pasangan kita berasas dan ini menambahkan sebab mengapa kita tak mahu bagitau hal sebenar dari mula.. sebab kita takmo nampak bersalah.

Sebab tu saya rasa, curang tak perlukan alasan.

Bukan alasan prestasi di kamar tidur. Jauh sekali isu kurang komunikasi. Alasan tiada anak, tidak sehaluan, layanan tak seperti dahulu, kurang perhatian--bukan lah pemangkin sebenar.

Curang hanya perlukan dorongan. Sedikit dorongan dari pihak luar, sudah cukup menginjakkan pedal kecurangan. Geselan mungkin? Perhatian mungkin? Lebih muda mungkin?

Maka bermula la sesi banding-membandingkan, supaya nampak yang baru lebih elok dari yang lama. Baru lebih moleh dari yang lama. Baru lebih mantap dari yang lama.

Kita membandingkan, supaya kita rasa tindakan kita betul.

Kita membandingkan, supaya kita dapat yakinkan orang sekeliling kita, pilihan kita betul.

Kita kufurkan kebaikan pasangan kita, sebab kita fikir, kita layak dapat lebih baik daripada yang sudah ada.

Sebab manusia, takkan dapat lari dari sifat tamak.
"Kenapa nak pilih 1 aje kalau boleh dapat 2?"

Saya bukan baik sangat. Serius, hidup saya penuh drama. Sahabat yang cukup rapat dengan saya, tau apa yang berlaku dalam hidup saya.

Tapi saya belajar sedikit demi sedikit. Apa yang saya kongsi di sini adalah sedikit daripada pengalaman hidup saya. Mungkin tidak relevant bagi sesetengah orang. Mungkin dibakulsampahkan pendapat saya.

Tak apa.

Sebab apa hidup telah ajar saya, lebih tepat ditala ke muka saya.

Yang pasti, curang boleh menyebabkan kita kehilangan semuanya.

Sebab tak semua orang sudi memberi kita peluang ke dua.



11 September, 2009

Dana Kahwin?


11 September 2009

Baca artikel ni (klik untuk artikel), hal sepasang bakal pengantin, yang buat permintaan secara terang-terangan, mereka mahukan duit tunai sebagai ganti kepada hadiah, daripada tetamu-tetamu mereka.

Alasan mereka, mereka dalam bajet yang ketat untuk majlis perkahwinan ini. Pada mulanya, mereka hanya mahu mendaftar perkahwinan, tapi atas desakan dan permintaan kawan-kawan, mereka amik keputusan untuk melakukan majlis resepsi yang dihadiri kira 75 orang tetamu (ngapa majlis melayu, kalau tak cecah 1000, majlis cam tak lengkap. Orang putih rilek aje tetamu 75 orang)

Ada beberapa perkara yang saya nak kongsi disini. Walaupun berlainan bangsa dan agama, ada beberapa kriteria dalam artikel ni, yang saya rasakan tetap ada persamaan dengan perkahwinan orang Melayu

1. Duit sebagai hadiah

Serius bagi saya, langsung tiada masalah menerima duit cash sebagai ganti hadiah vakum, blender, toaster atau alas katil. Dalam budaya melayu kita pun, "salam berisi" (ni bukan definasi rasuah ye), memang amat normal. Biasanya, diberi pada mak ayah pengantin sebelum kita beransur dari majlis. RM10 ke, RM20 ke, RM50 --semua bukan isu. Terpulang pada kemampuan tetamu.

Ayah saya juga lebih senang "salam berisi" dari bagi hadiah. Motifnya mudah, sebab setiap kepala yang datang, sudah dikira paling tidak RM8. Jadi sekurangnya, duit yang dihulur paling tidak, dapat diguna oleh keluarga pengantin untuk pusing semula duit tunai mereka selepas kenduri.

Tapi tak dinafikan, amat best bila kawan-kawan atau sedara mara bermurah ati offer diri untuk sponsor itu dan ini. Hai rasa dunia ni ana yang punye! Memang banyak dapat dijimatkan. Kawan bagi pinjam kereta untuk konvoi pengantin, kawan tolong makeup kan, makcik tolong buatkan pelamin, pakcik tolong jadi DJ, anak sedara buatkan kek. Sebab mereka tau, belanja kawin ni tinggi. Kalau tak, takkan sampai ada yang sanggup minta pinjaman kat bank.

Cuma keadaan akan kekok bila pengantin yg meminta-minta, disponsor itu ini. Mendesak-desak. Orang tu tak offer pun diri untuk meng'sponsor'. Yang diminta, sudah pasti kekok untuk menolak. Takut bermasam muka pulak. Maka terjadilah "terpaksa rela". Buat separa ikhlas. Tangan buat, mulut mengumpat.

2. Baget

Keratan kenyataan pasangan US tu

"We still need a baker for the cake or cupcakes, outfits for the ring bearer and a limo service to take us there and back," said Caldwell. "We haven't even considered a honeymoon because we can't be away from our business for that long, but we were thinking about staying somewhere in Atlanta, so maybe we'll get something from a hotel."

Ni isu melibatkan kos yang tak perlu dalam perkahwinan, seperti sewaan kereta mewah, kek, pakaian pengapit/ flower girls, bulan madu--tu semua yang tak perlu. Memang impian mahukan perkahwinan cam tu, tapi dalam keadaan diri dan poket yang tak mampu, kenapa nak paksa diri? Belanja ikut budget. Keperluan dan keinginan adalah dua perkara yang berbeza. Jangan jadi resam katak, nak lompat, masa tu juga nak kencing. Semua benda nak dibuat, last-last serba cacar merba.

3. Siapa yang kahwin?

Desakan dan permintaan dari keluarga memang isu paling rumit dan mana-mana pengantin pun mesti akan alami, secara langsung dari famili sendiri atau bakal famili yang sana. Ni bagai peribahasa, menarik rambut dari tepung. Kadang-kadang, kita sudah fikirkan budget kita sampai di sini, tapi permintaan famili sampai ke hujung sana.

Isu ni saya penah sentuh di sini

Macam kes pasangan US tu pun, mereka cuma mahu mendaftarkan perkahwinan, tapi kaum keluarga yang mahukan majlis resepsi. Bila jadi hal camni, mana tak pening kepala pengantin. Maka meraban la mencari sumber untuk penuhi kos.

3 perkara diatas kadang-kadang, memang tak dapat dieelak langsung.

hai.. saya pun selalu cam tu.. dalam keadaan tenang, saya mungkin boleh berfikir, "Oh, tempah baju sanding yang hanya paling tidak dipakai 6 jam pada harga baru 3-4k, memang takde dalam bajet kita" Tapi semua pendapat tu terbalik 200% bila nafsu menguasai diri. Maka mula la bergaduh kecil dengan si dia, hanya kerana hal perihal baju.

Ingat bakal-bakal pengantin, jangan ikut pe'el camni. Kita jangan terlalu meminta-minta, nanti tak kan belajar cara nak hidup dalam keadaan susah.

Kalau belum cukup, usaha dengan cara yang betul. Jangan semua nak dibuat serentak.

Orang kata, cakap lagi senang dari buat.. Mungkin ya, tapi tak mengapa. Yang penting ada kesedaran. Yang lain datang seiring dengan usaha. Kita sama2 saling ingat mengingati ye.. Mana tau, saya pun terlupa

Kita sama-sama usaha, jangan jadi resam katak, masa tu nak lompat, masa tu juga nak kencing.

Kan tak cantik rupanya..


10 September, 2009

Disentap oleh Amirul


10 September 2009

Amirul Shafique sudah tembak saya di
blog beliau. Lama sungguh baru dapat post kan disini. Mesti kena cerca diatas kelewatan ni :P.



1 Name one person yang sentap ngan ko malam td?
takde sapa-sapa .. Ok tipu.. My D!! asyik masuk tido awal aje (if tido lewat boleh sms dgn dia..jangan fikir lain)

2. What were you doing at 0800?
sekarang jam masih 7.44 pagi la.. masuk opis 7.30--hamik!

3. What were you doing 30 minutes ago?
buka gmail chat, update blog dan telefon D bagitau dah sampai opis..

4. What happened to you in 2006?
Masih bergelar student UiTM Shah Alam

5. What was the last thing you said out loud?
"Ko diam la bulat!!"--kutuk Fatah pasal panggil saya gemok

6. How many beverages did you have today?
Sahur tadi, segelas air mineral, segelas susu anlene

7. What was the last thing you paid for?
kuih takung yang amat sedap kat bazar

8. Did you cry today?
dah lama tak nangis. tengah simpan stok air mata untuk raya

9. Where were you last night?
terawih 20 rakaat untuk kali pertama. alhamdulillah.

10. What color is your front door?
coklat

11. Where do you keep your change?
syiling di tabung teddy perut oren. kertas di dompet la

12. What’s the weather like today?
pagi tadi masa drive, nampak guruh kat awan tu!

13. What’s the best ice-cream flavor?
apa2 yang perasa keladi.. nyums!

14. Do you want to cut your hair?
3 bulan sebelum kawin insyaAllah-- make over!

15. Are you over the age of 25?
shut up!

16. Do you talk a lot?
dengan orang yang saya kenal, cakap tak henti.

17. Do you watch the O.C.?
Saya ada peminat kipas-susah-nak-mati (die hard) CSI ok

18. Do you know anyone named Steven?
Takde.

19. Are you currently depressed?
sedikit pasal kena kerahan tenaga buat kuih raya dan kemas rumah

20. Do you make up your own words?
kalau tersasul tu, maka akan tercipta perkataan baru.

21. Are you a jealous person?
tanya boyfren saya.. tapi saya memang tak jeles orangnye..

22. Name a friend whose name starts with the letter ‘A’
ada 5 orang dalam phone book ni. malas nak tulis

23. Name a friend whose name starts with the letter ‘K’.
check, ada 10 orang. jadi malas nak tulis

24. Who’s the first person on your received call list?
D!

25. What does the last text message you received say?
"sayang, D dah dapat kad jemputan Nisa. Hoho. boleh tahan kad dia. Dia buat kat Taman Botani"

26. Do you chew on your straw?
tak ayu la

27. Do you have curly hair?
lurus cam singa hokey?

28. Where’s the next place you’re going to?
petang2 mesti gi bazar ramadhan beli kuih takung RM2

29. Who’s the rudest person in your life?
erm.. myself?

30. What was the last thing you ate?
lauk sahur

31. Will you get married in the future?
insyaAllah

32.What’s the best movie you’ve seen in the past 2 weeks?
Oh, bajet untuk entertainment sudah dipotong.lagipun, time puasa. gi terawih!

33. Is there anyone you like right now?
dah lepas frasa tersebut

34. When was the last time you did the dishes?
hari-hari ok!!

35. Why did you answer and post this?
Amirul Shafique paksa rela saya jawab, kalau tak dia nak sumpah saya jadi lembu

36. Nak Tembak Sapa erk??
Naddynad
Roy
Ctfza
Cik Modusoperandi
ShimaShimi

08 September, 2009

Senarai Semak Majlis Pernikahan


9 September 2009
Salam dan hai

Saya buat senarai semakan ini untuk memudahkan saya kesan mana2 lopang kosong. Ni hanya untuk majlis akad nikah ke Terengganu. Untuk majlis sambut menantu, saya buat berasingan. Senarai ni akan berubah-ubah statusnya dan sentiasa akan dikemaskini.

Ada tiga kategori status
Siap= InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah
Keep In View (KIV)= Perlu spotcheck dari masa ke masa
CodeRed= Tak reti-reti nak uruskan??

1. Barang Hantaran
*Beli barang hantaran- Buah dan coklat akan disatukan. Nak beli dalam hari Khamis, sehari sebelum bertolak. Mas kawin abang saya telah tukar not RM1 di bank. Sireh pun sudah dapat sehari sebelum ke Terengganu. Simpan dengan cara dibalut dengan kain, kemudian dengan surat khabar, dan diletak dalam tempat sayur. Status Siap
*Deko gubahan- Sudah touch up. Jadi kira dah siap semua dulang dan bekas. Status Siap.
* Peralatan gubahan- bawa untuk last touch up. bawa barang seperti pistol gam, daun plastik, riben dan dawai.
*Dulang dan lapik dulang- siap dibungkus juga! Dulang diasingkan dari kakinya untuk menjimatkan ruang bonet.
*Bungkus barang hantaran- siap. Bungkus dalam plastik bag warna hitam tong sampah tu! plastiknya elok dan tak terkoyak langsung.
*Senarai pembawa dulang- 7 dulang semuanya dan ahli rombongan ke Terengganu ada lebih kurang 12 orang. Tapi tolak ibu ayah dan bakal pengantin, maka ahli rombongan 9 orang, cukup untuk bawa dulang-dulang. Sudah assign nama. Status Siap

2. Hal pengantin
*Inai- Siap. Bawa 2-3 peket pasal takut terhilang. Dipakai malam sebelum nikah.
*Baju nikah- Siap. Sudah amik dan berpuas ati.
*Pengapit- Siap. Sudah diputuskan pengantin

3. Foto & Video
*OP- belah Terengganu uruskan. tapi untuk belah kami, saya la jadi OP. Status Siap
*Video- Ayah dapat hadiah percuma video recorder Sony sempena bersara. Sudah dapat beli bateri tahan 7 jam dan stand untuk camera. Sudah putuskan dan dipersetujui, tugas dipikul abang pertama saya. Siap!

4. Hal rombongan ke Terengganu
*Booking homestay- Siap. Homestay sudah book. Bayaran pun sudah settle InsyaAllah.
*Senarai rombongan- siap. Tapi mungkin akan ada penambahan
*Servis kereta-Siap. dijalankan berperingkat.
*Mungkin perlukan duit 'tol' untuk ke pelamin? -Siap. Ikut kata k.Rina, takde duit tol.
*Permohonan cuti kerja dan cuti sekolah bagi yang berkenaan- Siap.
* Sediakan bekal- siap. Untuk elakkan kos yang tinggi, ibu sudah siap sediakan bekalan nasi, acar dan ayam goreng untuk dimakan. Siap bawa sekali segala roti dan sardin.
*Pemberitahuan perjalanan- Siap sebab semua ahli rombongan sudah dimaklumkan waktu bergerak. Cuma Pak Lang aje yang akan naik flight ke Terengganu pagi nikah.
* Keperluan asas- siap pasal semua terpulang pada individu.
*Simpan semua nombor phone ahli rombongan untuk calling2-Siap

5. Hal keluarga
*Pakaian rombongan - siap pasal takde warna spesifik. semua pun boleh.
*Sedara mara ibuayah-Hanya Mak Ngah dan Pak Lang dari belah ibu yang akan ikut. Mak Ngah tinggal di home stay yang sama, tapi Pak Lang tinggal di rumah keluarga isteri dia di Terengganu. Status penempatan--siap!

6. Urusan kertas kerja
*Sijil kahwin, booking TokKadi, HIV Test, Kursus Kahwin, etc -- atas tanggungjawab bakal pengantin (pasal adik pengantin belum kahwin jadi tak tau apa nak buat :P) Siap


InsyaAllah, dengan izin ALLAH, harap semuanya berjalan dengan baik. 1 bulan lebih aje.. mak aiiiiiii. Oh ya, tarikh yang sungguh cantik hari ni
090909
Nasib bukan hujung minggu, kalau tak memang dah ramai book untuk majlis.
101010 dah ramai yang amik, tapi bukan saya.. takmo amik risiko syok dengan nombor tapi kawan2 terkejar2 nak gi. Pasal majlis saya satu aje.. takde belah lelaki takde belah perempuan. dua-dua belah serentak.. huaaaaaaaaaaa

07 September, 2009

Parti Bujang yang Sopan


7 September 2009

Salam dan hai

Cik Fieza belanja makan kat Fish Manhattan sempena menghargai bantuan kami untuk gift VIP dia. Nak dikatakan sambutan parti bujang takde la. Cuma berbuka puasa bersama. Sebabnya, tahun depan 2 orang kawan saya akan menyambut Ramadhan sebagai isteri orang. Maka ni Ramadhan terakhir mereka sebagai gadis bujang InsyaAllah.


Makanan memang sedap di Fish Manhattan (.. atau mungkin saya terlalu lapar :P)


Siap ada life performance mencairkan keju di udang

video

Cuma kadang-kadang cam tension gak bila handphone tak lepas2 dari tangan diorang ni..!


Perasan tak, sekarang kalau kita keluar dengan kawan-kawan, mesti akan terganggu dengan bunyi handphone masing-masing. Kadang-kadang rindu sangat sekolah menengah, keluar bersama rakan-rakan, tanpa kenal apa itu handphone.

Tapi bila handphone tu dah diletak ke tepi, memang keadaan jadi kecoh !
video
Capture sesuatu dalam gambar dengan video--memang dua perkara yang berbeza. Lihat video di atas ni, buat saya rasa macam baru 15 tahun :) Oh, di dalam video tu, mereka bukan mabuk ye, mereka cuma terlalu banyak benda nak diborakkan --dan ye mereka memang gila becok.

Saya dapat rasakan, Fieza akan jadi pengantin paling sporting bergambar. Dia amat sukakan kamera dan amat suka diambil gambar. Kami buat ramalan, mungkin pada hari majlis dia, dia akan amik kamera DSLR abang cameraman dia dan amik gambar sendiri macam gambar di bawah.


Itu satu yang pasti!!

Mesti akan rindukan aksi dia amik gambar sendiri, sambil saya akan kutuk dia depan-depan dan mesti dia akan jelirkan lidah!

Sepatah dua kata, hargailah kawan-kawan kita selagi mereka masih belum bergelar isteri orang. Lepas ni, kena percaya yang mereka dah ada tanggungjawab masing-masing. Sekurangnya, bila ada kenangan cam ni, sikit pun saya tak nyesal dan sikit pun takde apa saya nak ubah tentang mereka.
Seperti kenangan bercuti bersama mereka ke Pulau Redang.. amat manis!










Sekurangnya saya boleh kata pada Khairul, tunang si Fieza "Aku dah tidur sekatil dengan dia dulu sebelum ko!!!!HAHAHAHA~~"



giler saiko saya ni :P

Saya Xora

Walaupun blog ini kadang-kadang bersawang ditinggalkan tuannya, tetapi kandungannya masih boleh diguna pakai.. cuma jangan diplagiat tanpa rela



diaterimanikahnya@gmail.com



Blog Rumah Kami

Tersurat, Tersirat

Fantasia

Majlis Sanding

Majlis Sanding
Kemas Kini: 14 Julai 2011

Majlis Nikah

Majlis Nikah
Kemas Kini Terakhir:21 Jun 2011

Bridal Shower

Bridal Shower
Klik untuk coretan penuh

Pre Wedding

Pre Wedding
Tema: 3 Zaman

Majlis Merisik

Majlis Merisik
Sederhana Tapi Bergaya

Projek DIY Kami

Projek DIY Kami
Meja Beradap dan Meja Potong Kek

Deko Centerpiece

Buah Tangan Meja Beradap

Hantaran

Bunga Tangan

Cop Mohor

Bunga Manggar

Video 'Save The Date'

Kad Jemputan

Buku Tetamu

E-kad

Centerpiece

Botol Bunga Rampai

Bingkai Gambar Ikea

Bantal Hantaran

Biskut Coklat Chip

Pasu Bunga Telur

Rozek

Jubah Mandi

Bongkah Nama

Deko Siling

Plat Kereta

Jual, Sewa, Serah


Bantal Nikah

Bantal Hantaran

Aksesori Pengantin

Bekas Hantaran Kayu

Inner Buku Tetamu
 

Dia Terima Nikahnya Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez Blogger Templates